07/04/2022
Alhamdulillah, Selesai tugasan pada kali ini, menyantuni Anak-anak yatim dengan memberi mereka "kasut raya" hasil sumbangan Muslimat Kampung Melayu Kepong.
InsyaAllah dengan sumbangan yang tak seberapa ini sedikit sebanyak mampu mengukir senyuman pada raut wajah mereka untuk menyambut Ramadhan dan Aidilfitri tanpa kedua ibu bapa.
Pada sesiapa yang ingin memberi sumbangan atau nak join program seterusnya ini lah peluang anda! boleh ke link ini
https://barokahworks.onpay.my/order/form/wakaframadhan
https://barokahworks.onpay.my/order/form/wakaframadhan
Buatlah mereka tersenyum bahagia dengan mencukupi keperluan dan kasih sayang kepada mereka. Kerana sesungguhnya besar kedudukan orang yang memuliakan,menyantuni dan mengasihi golongan ini.
BarokahWorks
07/03/2022
Throwback , 05/03/2022
1. MADRASAH TAHFIZ MIFTAHUL ULUM, AMPANG, SELANGOR
2. PERSATUAN KEBAJIKAN ANAK PESAKIT AIDS NURUL IMAN (PERNIM), CHERAS, SELANGOR
3. MADRASAH HASHIMIAH, BATU CAVES, SELAYANG, SELANGOR
Alhamdulillah, selesai 3 lagi lokasi penyerahan sumbangan dari para penginfaq budiman dari serata Malaysia.
Untuk program sumbangan pada kali ini, sedikit barangan asas keperluan dapur berserta penapis air / penapis udara (mengikut keperluan) telah disampaikan..
Kami mengharapakan agar sumbangan kecil ini dapat memberi manfaat kepada penerima mahupun dari penginfaq itu sendiri.
untuk sama2 meringankan beban mereka boleh ke link ini
https://barokahworks.onpay.my/order/form/wakaframadhan
https://barokahworks.onpay.my/order/form/wakaframadhan
Allah jua lah yang dapat membalas jasa baik para penginfaq budiman ini. Kami hanya menyampaikan amanah yang ditugaskan.
Yang nak bagi sumbangan pun sangat dialu-alukan. Please piyem tepi ya..
BarokahWorks
04/03/2022
"Sesungguhnya aku dan orang yang menyantuni anak yatim (kedudukannya) di syurga seperti ini," kemudian Nabi SAW mengisyaratkan dengan jari telunjuk dan jari tengah serta agak merenggangkan sedikit keduanya.
(HR Al-Bukhari)
UMMAH MISSION ENTERPRISE
14195010011239
BANK ISLAM
Ref:Ramadhan2022
0123855879 Tuan Rashid
03/03/2022
22 JANUARY 2022
Alhamdulillah,trip ziarah kami di Pulau Pinang. InsyaAllah lepas ni banyak lagi trip ziarah yang akan menyusul.
Moga dengan trip ziarah ini sikit sebanyak memberi manfaat pada kami dan mengeratkan lagi silaturrahim.
03/03/2022
Assallamualaikum
Mari kita sama-sama meluangkan masa 1 minit untuk berselawat keatas Nabi junjungan kita Nabi Muhammad SAW.
DARI ABU HURAIRAH r.a,
RASULULLAH SAW BERSABDA,
"Sesiapa berselawat kepadaku sekali selawat maka ALLAH akan berselawat keatasnya sepuluh kali."
[Sahih Muslim-0408]
02/03/2022
Assallamualaikum,
"(Sedekah yang paling besar ganjarannya) Engkau bersedekah ketika sihat sedangkan hatimu berasa sangat kedekut (untuk bersedekah),jiwamu sedang takutkan kemiskinan dan engkau bercita-cita mengharapkan kekayaan"
Hadis Riwayat Al-Bukhari
JOM SEDEKAH
08/07/2021
Assamualaikum wbt,
Tugasan seterusnya, kami berada di sekitar Wangsa Maju & Setapak, Kuala Lumpur. Setiap keluarga ada kisahnya yang tersendiri. Cukuplah sekadar untuk pengetahuan kami buat masa ini.
Sumbangan kecil ini adalah sumbangan dari orang ramai dari seluruh Malaysia. Kami diamanahkan untuk mengagihkan dan berkongsinya.
Sehingga saat ini, masih banyak whatsapp dan panggilan masuk yang kami terima. Maafkan kami sekiranya ada whatsapp tak terbalas, panggilan tak berjawab. InshaAllah kami cuba bantu mengagihkan apa jua keperluan di kawasan sekitar.
Untuk anda yang jauh, InshaAllah kami usahakan untuk sampaikan melalui rakan-rakan di negeri anda..
Maafkan kami ya sabahat-sahabat sekalian. Sekali lagi kami tak mampu berada di semua tempat dalam masa yang sama. InshaAllah kami cuba..
Kami akan bantu sehabis daya kami. Iya, sumbangan kecil ini tidak mampu membahagiakan anda semua walaupun untuk sebulan, setidaknya jangan dibiarkan sehingga kosong kelaparan..
Doakan kami, doakan kita semua berjaya mengharungi saat-saat getir ini bersama. Doakan juga agar pandemik ini lenyap dari muka bumi supaya kita dapat meneruskan kehidupan seperti biasa.
InsyaAllah dengan sumbangan yang tak seberapa ini sedikit sebanyak mampu mengukir senyuman pada raut wajah mereka untuk menyambut Ramadhan dan Aidilfitri kali ini..
Untuk sama2 meringankan beban mereka boleh ke link ini
https://barokahworks.onpay.my/order/form/wakaframadhan
https://barokahworks.onpay.my/order/form/wakaframadhan
BarokahWorks
UMMAH MISSION ENTERPRISE
14195010011239
BANK ISLAM
06/07/2021
Assamualaikum wbt,
BarokahWorks terpanggil untuk sama-sama ‘ride along’ dengan kempen ‘Bendera Putih’ ini ketika kami menerima satu video viral sekeluarga yang kelaparan dan keadaan anaknya yang menyedihkan dan hampir terputus nyawa akibat kelaparan. Itulah permulaan kami..
Syukur Alhamdulillah,
Selesai tugasan hari pertama penghantaran bantuan sumbangan sempena kempen ‘Bendera Putih’ yang dilancarkan melalui platform whatsapp BarokahWorks tempoh hari.
Bertempat di Kajang, Selangor, 15 keluarga terkesan dengan ‘Total Lockdown’ yang dilaksanakan.
Hampir kesemua yang terkesan bekerja secara sendiri, berniaga dan berpendapatan harian (gaji hari) dan telah lebih dari 2 minggu tidak dapat keluar bekerja.
Lebih menyedihkan terdapat 3 keluarga yang mempunyai bayi berumur antara 1 bulan - 6 bulan.
Antara barangan yang dihantar adalah :
Beras - 5kg
Gula - 1kg
Minyak masak - 2kg
Mee hoon - 400gram
Tepung - 1 kg
Krimet Manis - 500g
Sardin - 125g
Kopi - 180g
Garam - 400g
Sos Cili - 350g
Mi segera (kari) - 357g
Telur - 30biji
Ayam - 1kg
Ikan - 1kg
Sabun Mandi - 1 botol
Sabun pakaian - 1 botol
Sabun Serbaguna 1 botol
Sejujurnya kami di BarokahWorks tidak menjangkakan akan menerima ribuan whatsapp/panggilan dari seluruh negara berkongsi permasalahan yang mereka hadapi kesan dari pandemik Covid-19.
Terlalu banyak yang kami sesali dalam urusan kami ini terutama sekali dari sudut penghantaran bantuan dan sumbangan. Maafkan kami, tenaga kecil kami tidak membolehkan kami berada di setiap tempat dan setiap negeri pada setiap masa.
Kami di BarokahWorks juga amat mengalu-alukan sumbangan dari sesiapa sahaja untuk melengkapkan keperluan lain seperti susu bayi, lampin pakai buang, tuapa wanita atau apa-apa sahaja.
Terima kasih kami ucapkan kepada rakan kerjasama Unit Kebajikan Persatuan Pengguna Islam Malaysia di atas sumbangan ‘Infak Rezeki’ yang diamanahkan.
Sejuta maaf juga kami pinta andai kami terlewat membalas whatsapp atau masih tidak sempat menyampaikan sumbangan ke pintu anda. Kami mendoakan agar setiap urusan kita semua dipermudahkanNya, InshaAllah
BarokahWorks
02/07/2021
BismillahiRahmaniRahim
AllahummaSoli’alaSaidinaMuhammad
Lelaki yang wajahnya hensem, Allah uji dengan dikelilingi perempuan yang mahu menggodanya.
Perempuan yang mukanya cantik, Allah uji dengan rasa mahu sentiasa kelihatan cantik.
Perempuan yang badannya langsing, Allah uji dengan rasa mahu pakai baju ikut bentuk badan.
Yang ada ilmu, Allah uji dengan rasa mahu acah tahu semua perkara sehingga abaikan pandangan lain.
Yang kuat agama, Allah uji dengan rasa dirinya saja yang betul sampai boleh menghukum orang ses**a hati.
Yang kaya dan banyak harta, Allah uji dengan sifat tamak, kedekut dan tak mahu bersedekah kerana takut hartanya berkurangan sedangkan harta dan kekayaannya itu cuma pinjaman.
Yang susah, Allah uji dengan pelbagai persoalan menafikan kewujudan Allah.
Yang senang, Allah uji dengan rasa ujub, kerana dia rasa dia bijak dapat mengaturkan segalanya.
Yang sakit, Allah uji dengan rasa putus asa dengan hidup sendiri.
Yang banyak masalah, Allah uji dengan rasa banyak mengeluh, sedih dan kecewa berterusan.
Yang sedang berhijrah, Allah uji dengan pelbagai godaan ke arah gaya hidupnya yang dulu.
Yang sudah lama berhijrah, Allah uji dengan rasa kosong dalam hati.
Yang belum berhijrah, Allah uji dengan sifat s**a bertangguh dan merasakan mati itu lambat lagi.
Tiada siapa pun akan terlepas dari ujian Allah. Semuanya datang dalam pelbagai bentuk dan waktu yang berbeza-beza.
Yang membezakan kita antara satu sama lain di sisi Allah ialah sejauh mana ikhlasnya kita dan kesungguhan kita menjalani hidup berlandaskan syariat.
Ingatlah, setiap pilihan yang kita pilih adalah ujian
Setiap tindakan yang kita buat adalah ujian
Setiap perkara yang terfikir juga adalah ujian
Setiap pencapaian yang Allah beri juga satu ujian
Setiap pujian juga adalah ujian
Setiap kejian juga adalah ujian.
Kesimpulannya, setiap apa yang Allah benarkan untuk berlaku adalah ujian untuk manusia.
Untuk melihat tahap keimanan seseorang sama ada ujian itu mendekatkan atau menjauhkan kita dari Allah. Letaknya pada diri kita sendiri.
Wallahu’alam.
Kepada yang memerlukan bantuan makanan, boleh hantarkan ICON 🏳️ (Bendera Putih) ke link ini:
wa.me/60129797730
Share please.