Pejabat Pentadbiran Zon 3 JAWI

Pejabat Pentadbiran Zon 3 JAWI

Share

Pusat Pentadbiran Masjid dan Surau Zon 3, Jawi

01/05/2026

Seluruh warga Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Pekerja 2026. Kerja jadi ibadah, rezeki biar barakah.

“Pekerja MADANI Kesuma Bangsa”





30/04/2026

Hiburan itu tidak salah… tetapi tanpa batas, ia boleh menyesatkan arah jiwa.

Mari bersama kita muhasabah diri dalam Tazkirah Jumaat bertajuk “Hedonisme: Hiburan Tanpa Batas, Jiwa Tanpa Arah” — satu peringatan buat kita semua agar tidak hanyut dalam keseronokan dunia hingga melupakan tujuan sebenar hidup.

📅 1 Mei 2026
🕰 12.30 tengah hari
📍 Dewan Solat Utama, Masjid Al-Sultan Abdullah, Presint Merdeka 118

🎙 Disampaikan oleh:
Ustaz Mohd Ihsan Mohamad Daud

Jom hadir, isi jiwa dengan ilmu dan peringatan.
Moga kita dipimpin kembali ke jalan yang diredhai Allah. 🤲

30/04/2026

Dunia hari ini penuh hiburan
Seronok sekejap, tapi akibatnya panjang.

Hedonisme bukan sekadar trend — ia racun yang melalaikan hati ‼️

Jangan biar diri terus hanyut tanpa arah.

📢 Ayuh hadir Tazkirah Jumaat:

🎤 Ustaz Uzair
(Pegawai Hal Ehwal Islam – Darul Quran JAKIM)

🧠 Tajuk:
Hedonisme: Nikmat Sementara, Derita Selamanya

🗓 1 Mei 2026 (Jumaat)
🕧 12.30 Tengahari
📍 Masjid As-Sodiqin, Taman Kobena Cheras, KL

⚠️ Ini bukan sekadar ceramah — ini peringatan untuk selamatkan diri kita.

📲 Sebarkan. Ajak Keluarga. Ajak Kawan.

🕌 PENTADBIRAN MASJID AS-SODIQIN 🕌

30/04/2026

[ 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐈𝐋𝐌𝐔 | 𝐊𝐔𝐋𝐈𝐀𝐇 𝐌𝐀𝐆𝐇𝐑𝐈𝐁 ]

👤 Penceramah: Al-Fadhil Ustaz Harith Mustaqim
📅 Tarikh: Jumaat | 01 Mei 2026
🕰 Masa: Selepas Solat Maghrib
📝 Tajuk Kuliah: "Hiburan Yang Melampau"

Jangan lepaskan peluang untuk duduk dalam majlis ilmu yang diumpamakan taman-taman syurga. Moga setiap langkah ke masjid diganjari pahala. Ajak sahabat & keluarga, kita jumpa di sana insyaAllah! 🌸

Jom Infaq & Sedekah ke tabung Masjid Jamek Alam Shah. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun bank:
𝐌𝐀𝐒𝐉𝐈𝐃 𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐒𝐇𝐀𝐇
𝟐𝟔𝟒𝟎𝟖𝟓𝟗𝟎𝟎𝟎𝟎𝟐𝟕𝟖
𝐑𝐇𝐁 𝐁𝐀𝐍𝐊

24/04/2026

┏🌷🔊🌷━━━━━━━━━┓
MAJLIS BACAAN YASIN & DOA SELAMAT
MERAIKAN JEMAAH HAJI 2026M/1447H
┗━━━━━━━━━🌷🔊🌷┛

Assalamualaikum wbt.

Pihak Masjid As-Sodiqin dengan ini menjemput semua muslimin dan muslimat untuk menghadiri:

Majlis Bacaan Yasin & Doa Selamat Meraikan Jemaah Haji 2026M/1447H pada :

🗓 Tarikh: 30 April 2026 (Khamis)
🕰 Masa: Selepas Solat Maghrib
📍 Tempat: Masjid As-Sodiqin, Taman Kobena Cheras, Kuala Lumpur

Marilah kita bersama-sama mendoakan kesejahteraan serta kelancaran urusan ibadah para jemaah haji. Semoga dikurniakan haji yang mabrur inshaAllah 🤲🏻

Sekian, terima kasih.

🕌 PENTADBIRAN MASJID AS-SODIQIN 🕌

Photos from Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan - JAWI's post 22/04/2026
Photos from Masjid As-Sodiqin, Taman Kobena's post 15/04/2026
08/04/2026

Semoga Allah merahmati Ustaz Ahmad Buhairi.

MAKLUMAN KEMATIAN

إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن وَإِنَّا إلى رَبِّنِا َلمُنْقَلِبُون

Telah kembali ke Rahmatullah :

AL-MARHUM USTAZ AHMAD BUHAIRI BIN NAWAWI
Penolong Pengarah Kanan, Darul Quran JAKIM
Mantan PTA Zon 1 JAWI (MAC 2020 - APR 2024)

الَلهُمَّ اكْتُبْه عِنْدَكَ ِفي اُلمحِسنِينِ وِاجْعَلْ ِكتابَه ِفي ِعلّيِّين
وَاْخلُفْه في أَهْلِه في الغَابِرين وَلا تحَرِْمْنا أَجْرَه وَلاَ تَفْتِنَّا بَعْدَه

Ya Allah! catatlah, senaraikanlah dia (yang meninggal dunia) termasuk golongan orang-orang yang berbuat kebaikan di sisi Engkau dan jadikanlah kitab catatan amalnya itu dalam tingkatan yang tinggi, serta gantilah ahli kluarganya dengan golongan orang-orang yang pergi dengan ketaatan PadaMu. Jangan engkau haramkan kami ganjarannya, dan engkau uji kami selepas pemergiannya.

Semoga Al Marhum ditempatkan dikalangan para solehin.
-----

INFO PENGURUSAN JENAZAH

▪️ Hari : Rabu
▪️ Tarikh : 08/04/20256
▪️ Diuruskan : Di Masjid Ar-Rahimah KKB
▪️ Pengurusan Mandi : Jam 12.00 tengahari
▪️Anggaran Waktu Solat : Selepas Zohor (Anggaran)
▪️ Lokasi & Pengkebumian :

Photos from Kesultanan Pahang's post 27/03/2026
Photos from Masjid Az-Zahrawi JAWI HKL's post 21/03/2026
Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Jalan Perkasa
Kuala Lumpur

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00