11/05/2026
Kor Jurutera Elektrik dan Jentera Diraja
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kor Jurutera Elektrik dan Jentera Diraja, Armed forces, MINDEF, Kuala Lumpur.
11/05/2026
11/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐-๐๐
Pengerusi KJLJD, Mej Jen Dato' Ts. Muhammad Shafiq Poh bin Abdullah dan Pengarah KJLJD, Brig Jen Dato' Ts. Hj Ahmad Jaidi bin Ali serta warga KJLJD mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Ke-59 Kor Kesihatan Diraja kepada seluruh warga kor yang sentiasa komited, berwibawa dan berdedikasi dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab demi menjaga kesihatan dan kebajikan warga angkatan tentera.
Sepanjang penubuhannya, Kor Kesihatan Diraja telah membuktikan peranan yang amat penting dalam memastikan kesiapsiagaan angkatan sentiasa berada pada tahap terbaik melalui kepakaran perubatan, pengurusan kesihatan yang cekap dan berintegriti. Pengorbanan dan komitmen seluruh warga kor dalam menjaga nyawa, merawat kecederaan serta memberikan khidmat kesihatan kepada anggota pasukan amat dihargai dan disanjung tinggi.
Semoga Kor Kesihatan Diraja terus maju, unggul dan sentiasa diberkati dalam melahirkan perkhidmatan kesihatan yang profesional, berkualiti dan dipercayai selaras dengan tuntutan semasa. Teruskan berbakti dengan penuh keikhlasan demi agama, bangsa dan tanah air.
05/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐/๐๐๐๐ & ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐/๐๐๐๐
TAIPING, 26 Apr 26: Lembaga Kenaikan Pangkat (LKP) Pegawai Tidak Tauliah Kanan (PTTK) KJLJD Siri 2/2026 dan Lembaga Pelanjutan Perkhidmatan (LPP) Melebihi 21 tahun KJLJD Siri 2/2026 telah dilaksanakan di 72 Woksyop Div, Kem Salerno, bermula 26 hingga 30 April 2026. Pelaksanaan lembaga ini bertujuan mengenal pasti serta memilih calon-calon yang benar-benar kompeten untuk dinaikkan pangkat bagi mengisi kekosongan perjawatan dalam pelbagai tred KJLJD dan menilai serta menyokong permohonan pelanjutan perkhidmatan melebihi 21 tahun.
Seramai 199 orang calon telah menghadiri LKP dan 16 orang menghadiri LPP. Kesemua calon diwajibkan melalui dan lulus Pemeriksaan Indeks J***m Tubuh (BMI), UKA dan Pembentangan Kajian Kes sebagai syarat kelayakan untuk menghadiri Lembaga Akhir, yang dipengerusikan oleh Pengarah KJLJD, Brigedier Jeneral Datoโ Ts. Hj Ahmad Jaidi bin Ali.
Secara keseluruhannya, pelaksanaan lembaga ini berperanan penting dalam menilai serta memperkukuhkan tahap kelayakan calon dari aspek kecergasan fizikal, penguasaan ilmu teknikal dan ketenteraan serta kematangan kepimpinan dalam memberi arahan kepada anggota bawahan. Pada masa yang sama, proses ini memastikan hanya calon yang benar-benar layak dipilih bagi menjamin kesinambungan legasi, profesionalisme serta kecemerlangan PTTK KJLJD pada masa hadapan.
05/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐-๐๐ ๐๐๐๐๐
Pengerusi KJLJD, Mej Jen Dato' Ts. Muhammad Shafiq Poh bin Abdullah dan Pengarah KJLJD, Brig Jen Dato' Ts. Hj Ahmad Jaidi bin Ali serta warga KJLJD mengucapkan selamat menyambut Hari Ulang Tahun Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat yang ke-45 tahun.
Semoga terus unggul sebagai tonggak utama dalam pemerintahan operasi darat, sentiasa memperkasa kesiapsiagaan angkatan dengan tahap profesionalisme yang tinggi, serta kekal cemerlang dalam setiap penugasan yang diamanahkan. Didoakan agar seluruh warga markas terus diberikan kekuatan, ketabahan dan semangat juang yang tidak berbelah bahagi dalam mempertahankan kedaulatan negara, di samping memperkukuh perpaduan, integriti dan kecemerlangan organisasi demi memastikan keamanan serta kesejahteraan tanah air sentiasa terpelihara.
30/04/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐
Lok Kawi, 21 Apr 26 โ Pengarah KJLJD, Brig Jen Datoโ Ts. Hj Ahmad Jaidi bin Ali telah melaksanakan Lawatan Penghargaan ke 75 Wksp Div yang berpangkalan di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah pada 21 dan 22 Apr 26. Lawatan ini diadakan bagi menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala kerjasama serta komitmen yang telah diberikan oleh warga pasukan, khususnya sepanjang tempoh beliau berkhidmat sebagai Peg Mem di 71 Wksp Div (kini dikenali sebagai 75 Wksp Div) pada tahun 2013, serta sepanjang memegang jawatan sebagai Pengarah KJLJD.
Pada masa yang sama, Pengarah KJLJD turut berkesempatan melaksanakan Kunjungan Hormat kepada Panglima 5 Divisyen serta Lawatan ke 5 Wksp Bgd Ad Hoc.
Dalam lawatan tersebut, Pengarah KJLJD turut menyampaikan amanat kepada seluruh pegawai dan anggota agar sentiasa:
1) Mengekalkan tahap disiplin yang tinggi
2) Mempamerkan kredibiliti sebagai anggota tentera yang profesional dan terlatih
3) Melaksanakan tugas dengan penuh keikhlasan
4) Tidak mengambil mudah setiap tanggungjawab yang diamanahkan
โServe with sincerity, stand with accountability, and lead with integrityโ
โDiscipline is the backbone of excellenceโ
Semoga seluruh warga pasukan terus komited dan berintegriti dalam memastikan kecemerlangan perkhidmatan demi agama, bangsa dan negara.
27/04/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐-๐๐
Pengerusi KJLJD, Mej Jen Dato' Ts. Muhammad Shafiq Poh bin Abdullah dan Pengarah KJLJD, Brig Jen Dato' Ts. Hj Ahmad Jaidi bin Ali serta seluruh warga Kor Jurutera Elektrik dan Jentera Diraja mengucapkan Selamat Hari Ulang Tahun ke-92 kepada seluruh warga perwira Tentera Laut Diraja Malaysia.
Sejak penubuhannya, TLDM kekal sebagai benteng utama di lautan, sentiasa bersiap siaga menghadapi pelbagai cabaran dan ancaman. Keupayaan aset yang moden serta profesionalisme warganya membuktikan TLDM terus relevan dan digeruni dalam menjaga kepentingan negara. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga TLDM, sama ada yang masih berkhidmat mahupun para veteran, atas segala jasa, pengorbanan dan dedikasi yang tidak ternilai.
"TLDM Perkasa Kedaulatan Terpelihara".
22/04/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐-๐๐ ๐๐๐๐๐
Pengerusi KJLJD, Mej Jen Dato' Ts. Muhammad Shafiq Poh bin Abdullah dan Pengarah KJLJD, Brig Jen Dato' Ts. Hj Ahmad Jaidi bin Ali serta warga KJLJD mengucapkan selamat menyambut Hari Ulang Tahun Rejimen Askar Jurutera Diraja yang ke-73 tahun.
Sepanjang penubuhannya, Rejimen ini telah membuktikan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam melaksanakan pelbagai peranan penting merangkumi operasi tempur, bantuan kejuruteraan, pembinaan dan bantuan kemanusiaan sama ada di dalam Tentera Darat mahupun Angkatan Tentera Malaysia.
Semoga Rejimen Askar Jurutera Diraja terus diperkasakan, kekal relevan dan sentiasa bersedia menghadapi cabaran semasa. Diharapkan seluruh warganya akan terus mengekalkan tahap profesionalisme, disiplin dan integriti yang tinggi demi kedaulatan negara.
18/04/2026
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ (๐๐๐๐๐๐) ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐/๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐
Sungai Buloh, 17 Apr 26 - Pegawai Staf 1 KJLJD, Markas 4 Divisyen, Lt Kol Fitri bin Fathilah telah menyempurnakan Majlis Penutup Kursus Induksi Perajurit Muda (Wanita) KJLJD Siri 1/2026 peringkat 4 Divisyen yang berlangsung di Bilik Gerakkan 12 Woksyop Briged, Kem Sungai Buloh.
Kursus Induksi Perajurit Muda (Wanita) KJLJD Siri 1/2026 telah berlangsung selama 12 hari dan disertai oleh seramai 16 perajurit wanita yang terdiri daripada 6 perajurit wanita daripada 74 Woksyop Divisyen dan 10 perajurit wanita pasukan 12 Woksyop Briged.
Acara dimulakan dengan pemakaian beret KJLJD kepada anggota yang terlibat dan penyerahan sijil yang disempurnakan oleh Pegawai Staf 1 KJLJD, Markas 4 Divisyen, Lt Kol Fitri bin Fathilah. Beliau juga turut merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada semua anggota yang telah membuktikan bahawa kecekalan, disiplin dan keberanian tiada batasan jantina. Semoga terus berbakti dengan penuh dedikasi dan berkhidmat dengan komitmen yang tinggi demi kecemerlangan KJLJD & Tentera Darat Malaysia.
BERTUKANG DAN BERJUANG
18/04/2026
(๐๐ค๐ญ๐ข๐ฏ๐ข๐ญ๐ข ๐๐๐ฌ๐ฎ๐ค๐๐ง ๐ธ)
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐๐๐๐๐) ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐
๐๐๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐
GEMAS, 13 Apr 26: Audit Dalaman Pembaikan Tempatan Tahun 2025 bagi pasukan 64 Wksp Inf KJLJD (Mek) telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pasukan 64 Wksp Inf KJLJD (Mek) pada 13 dan 14 Apr 26.
Audit dimulakan dengan taklimat pembaikan tempatan dari pihak pasukan 64 Wksp Inf KJLJD (Mek) kepada Tim Pemeriksa dari Sel JLJ MK 3 Div dan diteruskan dengan pemeriksaan dokumentasi serta pemeriksaan fizikal kenderaan yang terlibat untuk pembaikan tempatan pada Tahun 2025.
Tujuan Pelaksanaan Audit Dalaman Pembaikan Tempatan ini diadakan bagi memastikan proses pembaikan tempatan dilaksanakan selari mengikut tatacara dengan prosedur yang ditetapkan oleh Tentera Darat.
16/04/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐-๐๐
Pengerusi KJLJD, Mej Jen Datoโ Ts. Muhammad Shafiq Poh bin Abdullah dan Pengarah KJLJD, Brig Jen Datoโ Ts. Hj Ahmad Jaidi bin Ali serta seluruh warga KJLJD mengucapkan Selamat Hari Ulang Tahun Kor Agama Angkatan Tentera ke-41.
Semoga Kor Agama Angkatan Tentera terus cemerlang dalam memperkukuhkan aspek kerohanian, moral serta jati diri warga Angkatan Tentera Malaysia demi mempertahankan kedaulatan negara yang tercinta.
โTerus Berbakti, Memimpin Rohani, Memperkasa Perjuanganโ
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the business
Website
Address
MINDEF
Kuala Lumpur
50634
