Fleet Kenderaan Garison Kuala Lumpur

Fleet Kenderaan Garison Kuala Lumpur

Share

Ditubuhkan pada tahun 1967 dengan nama Platun Kereta Turus Kementerian Pertahanan yang merupakan salah satu cabang organisasi pasukan 931 Komp Angkut.

Kini Fleet Kenderaan Garison KL berada di bawah naugan Garison KL bermula 10 Februari 2025.

13/05/2026

Terima kasih Encik Afiq atas sumbangan dan jasa sepanjang menjadi KSM di pasukan ini, segala kenangan akan kami semat di ingatan. Selamat menikmati hari persaraan.

Photos from Fleet Kenderaan Garison Kuala Lumpur's post 13/05/2026

MAJLIS JAMUAN MAKAN DAN ACARA SEND OFF KOMPENI SARJAN MEJAR (KSM) PEGAWAI WARAN II MUHAMMAD AFIQ NETANEEL BIN ABDULLAH

13 Mei 2026 - Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan jamuan makan sambil menyaksikan tayangan montaj perjalanan Karier Pegawai Waran II Muhammad Afiq Netaneel bin Abdullah sepanjang berkhidmat. Majlis diteruskan dengan penyampaian cendera kenangan dari setiap cawangan dan pasukan. Seterusnya ucapan oleh Pegawai Pemerintah Mej Che Ku Abdul Rahman bin Che Ku Abdul Satar.

Majlis diakhiri dengan acara send off sebagai simbolik menghantar keluar KSM. Seluruh warga Fleet Kenderaan Garison KL mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pegawai Waran II Muhammad Afiq Netaneel bin Abdullah di atas khidmat bakti dan nasihat yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di pasukan ini.

Photos from Fleet Kenderaan Garison Kuala Lumpur's post 13/05/2026

PERBARISAN SERAH TERIMA TUGAS KSM DAN PEMAKAIAN PANGKAT ANGGOTA FLEET KENDERAAN GARISON KUALA LUMPUR

13 Mei 2026 - Perbarisan Serah Terima Tugas Kompeni Sarjan Mejar (KSM) Fleet Kenderaan Garison Kuala Lumpur telah diadakan di padang kawad pasukan diantara Pegawai Waran II Muhammad Afiq Netaneel bin Abdullah dengan Pegawai Waran II Muhammad Ariff bin Mohd Khalid. Majlis tersebut telah disaksikan oleh Pegawai Pemerintah Mej Che Ku Abdul Rahman bin Che Ku Abdul Satar.

Seluruh warga Fleet Kenderaan Garison Kuala Lumpur mengucapkan jutaan terima kasih di atas jasa yang tidak terhingga dan berbelah bagi di dalam pasukan ini dan di dalam Kor secara amnya. Selamat maju jaya buat Pegawai Waran II Muhammad Afiq Netaneel bin Abdullah yang bakal menjalani Latihan Peralihan di PERHEBAT seterusnya menamatkan perkhidmatan nya pada Disember 2027.

Sekalung tahniah buat Pegawai Waran II Muhammad Ariff bin Mohd Khalid diatas pelantikan sebagai Kompeni Sarjan Mejar yang baru. Semoga dengan kepimpinan Encik yang bijaksana dan semangat dedikasi akan membawa organisasi ini ke tahap yang lebih cemerlang.

Perbarisan diakhiri dengan bacaan doa dan sesi bergambar bersama Pegawai Pemerintah

Photos from Fleet Kenderaan Garison Kuala Lumpur's post 09/04/2026

MAJLIS TAHLIL DAN JAMUAN HARI RAYA

9 April 2026 - Telah berlangsung dengan jayanya majlis tahlil pasukan dan jamuan ringkas sempena Hari Raya Aidilfitri yang diadakan dalam suasana penuh keberkatan dan kemeriahan.

Majlis dimulakan dengan solat Maghrib secara berjemaah, diikuti dengan tazkirah ringkas yang memberi peringatan dan pengisian rohani kepada para hadirin. Seterusnya, diikuti dengan bacaan Yassin dan tahlil bagi mendoakan kesejahteraan serta keberkatan buat semua.

Majlis diteruskan dengan solat Isyak berjemaah sebelum para tetamu menikmati jamuan hari raya yang disediakan. Suasana bertambah meriah dengan adanya acara cabutan nombor bertuah.

Pegawai Pemerintah Mej Che Ku Abdul Rahman bin Che Ku Abdul Satar merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang telah hadir serta yang telah menjayakan majlis ini secara langsung atau tidak langsung.

Semoga majlis seperti ini dapat terus mengeratkan silaturrahim dan membawa keberkatan kepada kita semua.

Photos from Fleet Kenderaan Garison Kuala Lumpur's post 13/02/2026

MESYUARAT KEBAJIKAN PASUKAN

13 Februari 2026 - Mesyuarat Kebajikan Pasukan Siri 1/2026 telah diadakan di Bilik Mesyuarat pasukan.

Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan aluan daripada Pengerusi iaitu Pegawai Pemerintah, Mej Che Ku Abdul Rahman bin Che Ku Abdul Satar. Dalam ucapannya, beliau berharap agar semua warga Fleet dapat memaklumkan segala permasalahan serta memberikan cadangan penambahbaikan kepada pasukan melalui medium mesyuarat ini.

Mesyuarat diteruskan dengan pengesahan minit mesyuarat yang lepas serta membincangkan perkara-perkara berbangkit disamping pembentangan kedudukan kewangan semasa Tabung Kebajikan Rejimen (TKR) serta cadangan-cadangan baharu dari anggota.
Segala cadangan dan usul baharu yang dikemukakan oleh anggota dipandang serius oleh Pengerusi dan tindakan selanjutnya akan diambil demi menjaga kebajikan semua warga.
Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 1545H.

Photos from Fleet Kenderaan Garison Kuala Lumpur's post 13/02/2026

PERBARISAN PEGAWAI PEMERINTAH

13 Februari 2026 - Pegawai Pemerintah Fleet Kenderaan Garison KL Mej Che Ku Abdul Rahman bin Che Ku Abdul Satar telah menyempurnakan Perbarisan Pegawai Pemerintah yang melibatkan seramai 25 x anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) yang diketuai oleh PW II Muhammad Afiq Netaneel bin Abdullah.

Perbarisan dimulakan dengan nyanyian lagu Angkatan Tentera Malaysia seterusnya ketua perbarisan melapor kepada Pegawai Pemerintah dan diikuti dengan pemeriksaan barisan. Seterusnya, Pegawai Pemerintah menyampaikan ucapan kepada anggota agar sentiasa mengekalkan tahap disiplin yang tinggi, menjaga penampilan diri serta sentiasa berpengetahuan dalam pelbagai aspek. Pegawai Pemerintah juga mengambil kesempatan merakamkan ucapan Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak dan selamat berpuasa kepada seluruh warga Fleet Kenderaan Garison KL yang bakal menemui umat islam mulai 19 Feb 2026.

Perbarisan seterusnya diakhiri dengan bacaan doa dan acara bergambar.

Photos from Fleet Kenderaan Garison Kuala Lumpur's post 13/02/2026

MAJLIS TAHLIL PASUKAN SEMPENA MENYAMBUT BULAN RAMADHAN TAHUN 2026

12 Februari 2026 - Sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak mulai 19 Feb 2026, pasukan telah mengadakan majlis tahlil yang bertempat di garaj kenderaan pasukan. Majlis di mulakan dengan solat Maghrib berjemaah diikuti dengan tazkirah serta tahlil bagi memohon keampunan, dan mengharapkan ganjaran pahala berlipat ganda. Majlis diteruskan dengan solat Isyak berjemaah dan diakhiri dengan jamuan makan. Terima kasih pada semua yang hadir bagi menjayakan majlis tahlil pasukan ini.

Semoga dengan kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini, Allah SWT memberkati kita, mengampuni segala dosa, dan menerima segala amal ibadah serta puasa kita. Jadikan bulan penuh keberkatan ini sebagai peluang meningkatkan keimanan, kesabaran, dan ketaqwaan, serta mengeratkan silaturrahim.

Marhaban ya Ramadhan!

Photos from Fleet Kenderaan Garison Kuala Lumpur's post 27/01/2026

PERBARISAN PEMAKAIAN PANGKAT ANGGOTA FLEET KENDERAAN GARISON KUALA LUMPUR

27 Januari 2026 – Pasukan telah melaksanakan Perbarisan Pemakaian Pangkat Anggota yang bertempat di hangar pasukan.

Majlis telah disempurnakan oleh Pegawai Pemerintah Mej Che Ku Abdul Rahman bin Che Ku Abdul Satar. Seramai 4 anggota PTT Kanan dan 10 anggota PTT Rendah terlibat dalam perbarisan yang diketuai oleh PW II Muhammad Afiq Netaneel bin Abdullah.

Dalam majlis tersebut, 4 anggota PTT Kanan telah dinaikkan pangkat dari Sarjan ke Pemangku Staf Sarjan iaitu Sjn Masoud bin Daud, Sjn Andy Faizal anak Murray, Sjn Mohd Ridhuan Naim bin Jaafar dan Sjn Muhammad Redzuan bin Yahob. Seorang anggota dinaikankan pangkat dari Koperal ke Pemangku Sarjan iaitu Kpl Vijandra Nair a/l Valiyutham manakala 5 anggota dinaikkan pangkat dari Lans Koperal Ke Koperal iaitu LKpl Mohd Ridzuan bin Ibrahim, LKpl Muhamad Aliff Heiykal bin Zahari, LKpl Muhammad Irwan Haffizan bin Zaini, LKpl Muhammad Zulhilmi bin Fauzi dan LKpl Muhammad Ikmal bin Abdul Wahab serta 4 anggota dinaikkan pangkat dari Prebet ke Lans Koperal iaitu Pbt Khairul Izwan bin Ghaffar, Pmd Muhamad Affyn Afnan bin Mohd Asri, Pmd Rusydi bin Ramlan dan Pmd Muhammad Fakhri Afiq bin Mohamed Isa.

Dalam ucapan beliau, Pegawai Pemerintah berpesan kepada warga pasukan agar sentiasa mengekalkan disiplin pada tahap yang tinggi, menjaga penampilan diri serta berpengetahuan dalam pelbagai aspek agar sentiasa yakin dalam melaksanakan tugas. Beliau juga turut menyampaikan ucapan syabas dan tahniah kepada semua anggota yang layak bagi kenaikan pangkat. Semoga dengan pemakaian pangkat ini akan membuka ruang kepada anggota yang lain untuk terus komited dalam menyumbang bakti kepada pasukan khasnya, ATM amnya.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa dan sesi bergambar sebagai simbolik perbarisan.

Photos from Fleet Kenderaan Garison Kuala Lumpur's post 27/01/2026

PERBARISAN KOMPENI SARJAN MEJAR (KSM) FLEET KENDERAAN GARISON KUALA LUMPUR

26 Januari 2026 - Seramai 30 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) terlibat dalam Perbarisan Kompeni Sarjan Mejar (KSM) Fleet kenderaan Garison Kuala Lumpur.

Acara dimulakan dengan Ketua Perbarisan iaitu Staf Sarjan Mohamad Hakimi bin Bakar telah melapor kekuatan anggota perbarisan yang hadir sebelum nyanyian lagu ATM dimulakan. Acara diteruskan dengan pemeriksaan perbarisan oleh KSM PW II Muhammad Afiq Netaneel bin Abdullah dan di ikuti dengan ucapan dari KSM. Dalam ucapan beliau berpesan kepada warga pasukan agar sentiasa melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan bersungguh-sungguh, serta mengekalkan tahap disiplin yang tinggi. Seterusnya majlis diteruskan dengan bacaan doa dan disudahi dengan sesi bergambar.

Penganjuran perbarisan seumpama ini adalah selaras dengan hasrat Panglima Angkatan Tentera dalam Teras Kedua Perintah Ulung beliau iaitu memperkasa warga ATM yang cemerlang dalam segenap aspek termasuk profesionalisme, siasah warganya dan pembangunan nilai-nilai murni yang bersendikan kekuatan semangat berpasukan.

Syabas!

Photos from Fleet Kenderaan Garison Kuala Lumpur's post 19/12/2025

PEMERIKSAAN PAKAR JLJ

15 Disember 2025 – Pasukan telah melaksanakan Pemeriksaan Pakar JLJ selama 5 hari bermula 15 Dis sehingga 19 Dis 2025. Pemeriksaan ini diketuai oleh Lt Kol Mohd Suhaimi bin Ta’at selaku Ketua Tim bersama 2 orang pegawai dan 7 anggota.

Proses pemeriksaan ini dimulakan dengan 𝘌𝘯𝘡𝘳𝘦𝘯𝘀𝘦 𝘊𝘰𝘯𝘧𝘦𝘳𝘦𝘯𝘀𝘦 melalui taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Pemerintah Mej Che Ku Abdul Rahman bin Che Ku Abdul Satar kepada Tim Pemeriksa Pakar JLJ.

Selesai taklimat, Tim Pemeriksa melaksanakan pemeriksaan dokumentasi dan fizikal terhadap Kenderaan Jenis B. Pemeriksaan Pakar JLJ merupakan rutin pemeriksaan yang dilaksanakan terhadap setiap pasukan bertujuan bagi memastikan semua kenderaan dan peralatan di bawah tanggungjawab pasukan berada dalam keadaan berfungsi dan diselenggara dengan baik.

Pemeriksaan ini turut berperanan sebagai langkah pencegahan terhadap sebarang kemungkinan penyalahgunaan atau kecuaian dalam pelaksanaan penyelenggaraan Kenderaan Jenis B dilaksanakan mengikut panduan yang telah ditetapkan.

Pemeriksaan telah diakhiri dengan sesi 𝘌𝘹π˜ͺ𝘡 𝘊𝘰𝘯𝘧𝘦𝘳𝘦𝘯𝘀e yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pasukan bagi membentangkan hasil pemeriksaan kepada pasukan. Pembentangan disampaikan oleh Ketua Tim Pemeriksa dan majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahti kepada Ketua Tim Pemeriksa serta sesi bergambar bersama Ketua Tim dan seluruh ahli Tim Pemeriksa.

Syabas!

11/11/2025

Terima kasih Encik Yaakob atas sumbangan dan jasa sepanjang menjadi KSM di pasukan ini, segala kenangan akan kami semat di ingatan. Selamat menikmati hari persaraan.

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Fleet Kenderaan Markas ATM Kem Kementah, Jalan Padang Tembak
Kuala Lumpur
50634