Pejabat Pentadbiran Zon 2 JAWI

Pejabat Pentadbiran Zon 2 JAWI

Share

Pejabat Pentadbiran Zon 2 JAWI

Photos from Pejabat Pentadbiran Zon 2 JAWI's post 01/06/2026

✨ JEMPUTAN KE MAJLIS ILMU MADANI ✨

​Assalamualaikum dan salam sejahtera,

​Seluruh warga kota dan kawasan sekitar dijemput hadir bagi mengimarahkan Majlis Ilmu Madani yang bakal dihadiri oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar bin Ibrahim serta barisan ulama dan tokoh ilmuwan terkemuka.
​Butiran majlis adalah seperti ketetapan berikut:

​📅 Tarikh: 4 Jun 2026 (Khamis) / 18 Zulhijah 1447H
​⏰ Masa: 6.00 Petang - 9.30 Malam
​🕌 Tempat: Masjid Al-Sultan Abdullah, Presint Merdeka 118, Kuala Lumpur

​Panel Jemputan Khas:
​YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim (Perdana Menteri)
​Sheikh Muhammad Hydara al-Jilani
​Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid

​Ayuh kita bersama-sama meluangkan masa untuk menuntut ilmu, mengukuhkan ukhuwah, dan mengimarahkan masjid.
​Sila kongsikan hebahan ini kepada ahli keluarga dan rakan-rakan. Jumpa di sana!

26/05/2026

Salam Aidiladha 1447H daripada Pejabat Pentadbiran Masjid & Surau Zon 2.

​Menghayati erti pengorbanan dan keikhlasan dalam mencari keredaan-Nya. Semoga sambutan Aidiladha pada tahun ini membawa keberkatan, kedamaian, dan mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita.

​Tulus ikhlas daripada kami barisan pentadbiran Masjid & Surau Zon 2. Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H/2026M.

26/05/2026

Salam Aidiladha 1447H / 2026M
Salam sejahtera dan salam penuh keberkatan.

Sempena Hari Raya Aidiladha yang mulia ini, marilah kita bersama-sama menghayati erti pengorbanan, keikhlasan dan ketaqwaan kepada Allah SWT. Semoga ibadah korban yang dilaksanakan menjadi tanda kesyukuran dan mendekatkan diri kita kepada-Nya.
Sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah al-Kauthar ayat 2:
“Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).”
Semoga Hari Raya Aidiladha ini membawa keberkatan, ketenangan dan kebahagiaan kepada kita semua.

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H/2026.

22/05/2026

PENYELEWENGAN AJARAN AHMADIAH ATAU QADIANI

Antara ciri-ciri penyelewengan ialah:
1. Mirza Ghulam Ahmad mendakwa dirinya sebagai seorang Nabi yang menerima wahyu dan mukjizat.
2. Mendakwa malaikat sebagai pancaindera tuhan.
3. Mengingkari adanya hari kebangkitan Akhirat dan sebagainya.
Orang awam diingatkan supaya berwaspada dengan penyebaran Ajaran Ahmadiah atau Qadiani dan jangan terpengaruh dengan pembawaan dakyah oleh kumpulan ajaran ini.
Dapatkan perincian bentuk penyelewengan ajaran ini di pautan yang disediakan:
Pautan:
1. https://efatwa.muftiwp.gov.my/.../3ea1ba9b12a542cfaca25c8...
2. https://said.johor.gov.my/per.../paparan_detail_fatwa.php...

-iview

Photos from Pejabat Pentadbiran Zon 2 JAWI's post 14/05/2026

Assalamualaikum wrt. wbt.

PENAZIRAN PENARAFAN 5 BINTANG DI MASJID SAIDINA ALI KARAMALLAH WAJHAH KG PADANG BALANG 2026

🗓️ 14 Mei 2026 (Khamis)
⏰ 2.00 petang
🏫 Masjid Saidina Ali, Kg Padang Balang

Cawangan Audit dan Aduan

Sekian, terima kasih

Photos from Pejabat Pentadbiran Zon 2 JAWI's post 14/05/2026

Assalamualaikum wrt. wbt.

PENAZIRAN PENARAFAN 5 BINTANG DI MASJID IBNU ABBAS DANAU KOTA SETAPAK 2026

🗓️ 14 Mei 2026 (Khamis)
⏰ 11.00 pagi
🏫 Masjid Ibnu Abbas Danau Kota Setapak

Cawangan Audit dan Aduan

Sekian, terima kasih

Photos from Pejabat Pentadbiran Zon 2 JAWI's post 14/05/2026

Assalamualaikum wrt. wbt.

PENAZIRAN PENARAFAN 5 BINTANG DI MASJID BILAL BIN RABAH TAMAN KOPERASI POLIS FASA 1 2026

🗓️ 13 Mei 2026 (Rabu)
⏰ 2.00 petang
🏫 Masjid Bilal bin Rabah Taman Koperasi Polis Fasa 1

Cawangan Audit dan Aduan

Sekian, terima kasih

Photos from Pejabat Pentadbiran Zon 2 JAWI's post 14/05/2026

Assalamualaikum wrt. wbt.

PENAZIRAN PENARAFAN 5 BINTANG DI MASJID SALAHUDDIN AL-AYUBI TAMAN MELATI 2026

🗓️ 14 Mei 2026 (Khamis)
⏰ 9.00 pagi
🏫 Masjid Salahuddin Al-Ayubi Taman Melati

Cawangan Audit dan Aduan

Sekian, terima kasih

Photos from Pejabat Pentadbiran Zon 2 JAWI's post 07/05/2026

🔥Suara Khatib Muda Menggegarkan Mimbar Masjid 🔥

Alhamdulillah, ramai belia tampil mengisi mimbar masjid dan surau sekitar Kuala Lumpur dengan khutbah bertemakan:

“Belia Rakan Masjid: Membina Jati Diri, Mengangkat Ummah”

Ini membuktikan masjid terus hidup dengan jiwa anak muda — generasi pewaris mimbar yang berilmu, berani dan berakhlak.

Semoga usaha ini menjadi asbab lebih ramai belia mendekati masjid dan mengangkat dakwah dalam masyarakat.





06/05/2026

✨ QURANIC MADANI : NIGHT RESET — Bersatu Dalam Saf ✨

📍 Bukit Bintang, Kuala Lumpur
🗓 8 Mei 2026 (Jumaat)
⏰ 8.00 malam – 11.00 malam

Ayuh bersama-sama mengimarahkan malam dengan solat berjemaah, bacaan Surah Al-Mulk serta pengisian tazkirah yang menenangkan jiwa di tengah kesibukan kota raya.

Mari hadir membawa sejadah, hati yang tenang dan semangat ukhuwah untuk bersatu dalam saf demi mencari rahmat dan keberkatan Allah SWT.

Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir.

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Kuala Lumpur
53100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00