Aadk Brickfields

Call Directions Website

Aadk Brickfields Halaman Rasmi Facebook AADK Daerah Brickfields WP

25/09/2026

Rasulullah SAW bersabda:

“Seorang Muslim ialah orang yang kaum Muslimin selamat daripada gangguan lidah dan tangannya.”
— Riwayat Muslim, Sahih Muslim 42a

Lidah dan perbuatan mencerminkan akhlak serta keperibadian seseorang. Marilah kita membudayakan tutur kata yang baik, menghormati sesama insan dan menghindari segala bentuk perbuatan yang boleh menyakiti orang lain.

Jadilah insan yang membawa keamanan, keharmonian dan kesejahteraan kepada masyarakat.

Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Nasution Ismail
Anuar Nasarah



“Terikat dengan sesuatu perkara sehingga...” ..sehingga menjejaskan kesihatan mental dan kebebasan diri untuk membuat ke...
24/09/2026

“Terikat dengan sesuatu perkara sehingga...”
..sehingga menjejaskan kesihatan mental dan kebebasan diri untuk membuat keputusan sendiri.”
“...sehingga menjadi taksub (obsesi) dan sukar untuk menerima kenyataan atau perubahan lain”

dan akhirnya boleh membuatkan kita...sehingga lupa kepada tujuan asal hidup dan mengabaikan hubungan dengan Pencipta”.

_______________________________________

Hubungi talian hotline AADK 𝟏𝟖𝟎𝟎-𝟐𝟐-𝟐𝟐𝟑𝟓 (𝐀𝐀𝐃𝐊)
atau 𝟎𝟏𝟗-𝟔𝟐𝟔 𝟐𝟐𝟑𝟑 untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari laman sesawang 𝐚𝐝𝐤.𝐠𝐨𝐯.𝐦𝐲 untuk mendapat info terkini.





24/09/2026

HEBAHAN: NOMBOR TALIAN HOTLINE WHATSAPP SEMENTARA AADK

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) ingin memaklumkan mengenai penggunaan nombor talian Hotline WhatsApp Sementara bagi Pusat Gerakan Bersepadu AADK.

Sekiranya anda memerlukan sebarang khidmat nasihat, ingin membuat aduan, atau mempunyai pertanyaan berkaitan permasalahan dadah, sila hubungi kami melalui saluran

WhatsApp di nombor berikut:
📲 WhatsApp: 011 6937 9866
Kerjasama anda amat kami hargai dalam usaha bersama mewujudkan Malaysia Bebas Dadah. Sila hebahkan maklumat ini kepada kenalan anda.

Terima kasih.

24/09/2026

"Nasi sudah menjadi bubur" adalah ayat paling pahit untuk ditelan apabila kita hanya tahu menangis di tepi liang lahad. Kita sering menyangka dadah itu masalah 'anak orang lain', sehingga satu hari nanti, ia mengetuk pintu rumah kita sendiri dan meragut nyawa insan yang paling kita sayangi.

"Kuat Bersama, Pulih Bersama" bukan sekadar slogan cantik di poster. Ia adalah amaran bahawa sokongan anda hari ini mungkin satu-satunya talian hayat yang mereka ada. Berhenti menjadi hakim yang hanya tahu menghukum, kerana setiap manusia yang tersungkur itu berhak untuk dipimpin bangun semula.

Jangan biarkan ego dan rasa malu kepada masyarakat menjadi punca kita kehilangan ahli keluarga selamanya. Luka penagihan ini tidak akan sembuh dengan cacian, tetapi ia memerlukan keberanian kita untuk akui bahawa mereka perlukan bantuan, bukan hinaan.

Persoalannya, adakah anda sanggup mengetepikan ego demi menyelamatkan satu nyawa, atau anda lebih rela menunggu sehingga nama mereka terpahat di batu nisan baru nak menyesal?

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



22/09/2026
22/09/2026

Hari Ahad ni kalau dapat 'melekat' kat rumah memang syok habis! Tapi tulah, badan p**a rasa lemau sebab seminggu suntuk menghadap meja kerja. Nak keluar jogging rasa malas p**ak.

Tapi tahu tak, nak sihat tak semestinya kena keluar rumah. Cuba bentang mat, cari video “stretching” atau yoga pendek (10-15 minit je!) kat YouTube. Bukan setakat otot rasa lega, “stress” pun automatik hilang. Badan segar, barulah rehat jadilebih berkualiti! ✨

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



22/09/2026

📢 MAKLUMAN PENYELENGGARAAN SELESAI: TALIAN WHATSAPP HOTLINE AADK KINI BEROPERASI SEMULA 📢

Dimaklumkan bahawa gangguan teknikal serta proses penyemakan sistem bagi perkhidmatan WhatsApp Pusat Gerakan AADK telah SELESAI sepenuhnya.

Sehubungan dengan itu, saluran WhatsApp Pusat Gerakan Hotline AADK kini TELAH BEROPERASI SEMULA seperti biasa untuk menerima sebarang aduan, maklum balas, serta khidmat nasihat.

Orang ramai kini boleh menghubungi kami menerusi mana-mana saluran rasmi berikut:

💬 WhatsApp Hotline AADK: 019-626 2233
📞 Talian Bebas Tol: 1-800-22-2235
🌐 Portal i-CARI: i-cari.aadk.gov.my

Pihak AADK mengucapkan ribuan terima kasih atas kesabaran dan kerjasama pihak tuan/puan sepanjang tempoh gangguan ini.

Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Saifuddin Nasution Ismail
Shamsul Anuar Nasarah




22/09/2026

Kota Bharu: Pengaruh pasangan sama ada suami atau teman lelaki antara punca utama jumlah penagih dadah dalam kalangan wanita di Kelantan meningkat pada tahun lepas, iaitu sebanyak 598 orang berbanding 526 pada tahun sebelumnya.

Address

Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Brickfiekds, Aras 5 Rumah Persekutuan, Jalan Sultan Hishamuddin
Kuala Lumpur
50050

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60326915243

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Aadk Brickfields posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share