Aadk Brickfields

Aadk Brickfields

Share

Halaman Rasmi Facebook AADK Daerah Brickfields WP

28/05/2026

✨ Selamat Hari Raya Qurban daripada kami AADK! Pernahkah anda terfikir tentang hikmah sebenar ibadah Qurban?

Ibadah ini bukan sekadar menyembelih haiwan, tetapi mengajar kita tentang kesabaran, keikhlasan, dan berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan.

Tunjukkan pandangan anda tentang pengajaran Qurban dan bagaimana ia boleh diamalkan dalam kehidupan seharian!

Mari menjawab kuiz! Tulis jawapan anda serta kongsi apa pengorbanan yang anda telah lakukan di ruangan komen sekarang! Semoga ibadah kita semua diterima Allah dan penuh keberkatan.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



28/05/2026
28/05/2026

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1447H | 2026M

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1447 Hijrah kepada seluruh umat Islam di Malaysia.

Aidiladha mengajak kita menghayati nilai pengorbanan, keikhlasan, ketaatan dan kebersamaan dalam memperkukuh keluarga, masyarakat dan negara.

Semoga sambutan yang penuh keberkatan ini membawa ketenangan, mempererat ukhuwah serta menyemarakkan semangat kebersamaan dalam masyarakat yang sejahtera, bebas dadah dan berdaya tahan.

Ikhlas daripada
Dato’ Ruslin Jusoh
Ketua Pengarah
dan seluruh warga Agensi Antidadah Kebangsaan


Shamsul Anuar Nasarah




26/05/2026

MUHASABAH DIRI

Amalan paling utama pada Hari Arafah adalah memperbanyakkan doa, berpuasa sunat (bagi yang tidak menunaikan haji), serta berzikir dan beristighfar untuk merebut keampunan Allah SWT

Namun, bermuhasabah diri adalah proses menilai dan menghitung kembali amalan, niat, serta kesilapan masa lalu bagi memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik. Ia adalah kunci utama untuk membersihkan jiwa, meningkatkan kualiti hidup, dan mendekatkan diri kepada Allah SWT

_______________________________________________________________

Hubungi talian hotline AADK πŸπŸ–πŸŽπŸŽ-𝟐𝟐-πŸπŸπŸ‘πŸ“ (π€π€πƒπŠ)
atau πŸŽπŸπŸ—-πŸ”πŸπŸ” πŸπŸπŸ‘πŸ‘ untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari laman sesawang 𝐚𝐝𝐀.𝐠𝐨𝐯.𝐦𝐲 untuk mendapat info terkini.





Photos from Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia's post 26/05/2026
26/05/2026

SELAMAT HARI ARAFAH 1447H

Hari Arafah merupakan antara hari yang paling mulia dalam Islam, penuh dengan rahmat, keampunan dan peluang untuk memperbanyakkan doa serta amal ibadah.

Sempena Hari Arafah 1447H, marilah kita bersama-sama memperkukuh keimanan, memperbaiki akhlak dan mendekatkan diri kepada Allah SWT demi membina kehidupan yang lebih sejahtera dan bermakna.

Semoga 9 Zulhijjah ini diisi dengan amalan-amalan rohani seperti berdoa, berzikir, muhasabah diri untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Saifuddin Nasution Ismail
Shamsul Anuar Nasarah





26/05/2026

Ramai orang berhenti di tengah jalan bukan sebab mereka gagal, tapi sebab mereka tak nampak hasil serta-merta. Dalam dunia yang serba pantas (TikTok, instant delivery, AI yang bagi jawapan dalam sesaat), kita makin hilang sabar dengan proses pertumbuhan diri yang organik.

Bayangkan sebuah kiub ais di dalam bilik yang sejuk (-5Β°C).
πŸ‘‰πŸ» Anda naikkan suhu ke -4Β°C... tiada apa berlaku.
πŸ‘‰πŸ» Naikkan ke -3Β°C... masih tiada apa berlaku.
πŸ‘‰πŸ» Naikkan ke -2Β°C, kemudian -1Β°C... kiub ais masih beku.
πŸ‘‰πŸ» Tiba-tiba, pada suhu 0Β°C, ais mula cair.

Adakah kenaikan suhu dari -5Β°C ke -1Β°C itu sia-sia? TidakβŒβ—. Itu adalah persediaan. Cairnya ais pada 0Β°C adalah hasil terkumpul (compounded) daripada usaha-usaha kecil yang nampak macam tak jadi apa sebelum ini.

Jangan berhenti hanya sebab anda belum nampak "pencairan" itu lagi.
Percaya pada proses. Teruskan menaikkan "suhu" usaha anda. Bila sampai masanya, semua usaha itu akan meledak sekaligus.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



25/05/2026

Pernah tak anda rasa malas sangat nak mula buat kerja sampai kerja sikit pun jadi bertimbun? Kemudian stres sendiri sebab kerja tak jalan dan masa terbuang macam tu je.

Ada satu rahsia senang nak lawan rasa malas ni iaitu β€˜teknik 2 minit’. Mudah je kalau sesuatu perkara tu boleh diselesaikan dalam masa bawah dua minit.

Bayangkan betapa kosongnya otak bila semua benda dah selesai awal. Anda akan rasa lebih bersemangat dan fokus untuk buat perkara yang lebih besar tanpa gangguan emosi yang negatif.

Jom cuba teknik ni sekarang. Jaga disiplin diri dan lindungi masa depan anda daripada perkara yang tidak berfaedah.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Brickfiekds, Aras 5 Rumah Persekutuan, Jalan Sultan Hishamuddin
Kuala Lumpur
50050

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00