01/09/2025
MAJLIS MAKAN MALAM SEMPENA SAMBUTAN TAHUNAN KE 45 PERAYAAN YEE LAN 2025 DI PEKAN LUCKY GARDEN, BANGSAR, KUALA LUMPUR
IPD Brickfields, 01 September 2025 jam 5.00 Petang - ACP Hoo Chang Hook, Ketua Polis Daerah Brickfields bersama
ASP Khairulnizam bin Ramle, Ketua Polis Balai Pantai serta 20 orang Pegawai Kanan dan Pegawai Rendah Polis dari IPD Brickfields dan Balai Polis Pantai telah menghadiri Majlis Makan Malam Sempena Sambutan Tahunan Ke 45 Perayaan Yee Lan 2025 di Pekan Lucky Garden, Bangsar, Kuala Lumpur.
Turut bersama sepanjang program ini adalah Yang Berhormat Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil, Menteri Komunikasi, Encik Hazrul Fahmi bin Ahmad, Pegawai Tugas Khas Pejabat Parlimen Lembah Pantai, Datuk Ng Chu Hing, Mantan Pengerusi Persatuan Perayaan Yee Lan Bangsar, Encik Loh Boon Chuan, Penasihat Persatuan Perayaan Yee Lan Bangsar, Puan Anna Chan, Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Sub Zon 2 Lembah Pantai, Encik Faiz bin Yaakob, Pengerusi Komuniti MADANI Lembah Pantai Zon 2 serta 300 orang ahli AJK Persatuan Perayaan Lee Yan dan penduduk setempat.
Kehadiran Yang Berhormat Datuk Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai telah disambut oleh ACP Hoo Chang Hook, Ketua Polis Daerah Brickfields serta diiringi bersama Ketua-ketua Bahagian dan Ketua Polis Balai Pantai dalam Majlis Makan Malam Perayaan Yee Lan, Lucky Garden, Bangsar, Kuala Lumpur.
Perayaan Yee Lan, yang juga dikenali sebagai Perayaan Hantu Lapar, merupakan salah satu perayaan penting yang disambut oleh masyarakat Cina, terutamanya penganut Buddha dan Taoisme. Perayaan ini disambut pada bulan ketujuh dalam kalendar Cina, yang dipercayai sebagai tempoh di mana pintu alam ghaib dibuka dan roh-roh bebas berkeliaran di bumi.
Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah nyanyian lagu Negaraku dan lagu Maju dan Sejahtera. Majlis diteruskan dengan perasmian Majlis Makan Malam Perayaan Yee Lan oleh Yang Berhormat Datuk Fahmi Fadzil. Beliau juga menerima cenderahati yang disampaikan oleh Encik Loh Boon Chuan, Penasihat Persatuan Perayaan Yee Lan Bangsar.
Diharapkan dengan adanya program seperti ini dapat mengukuhkan lagi hubungan di kalangan komuniti setempat bersama dengan pihak PDRM khususnya IPD Brickfields dan Balai Polis Pantai. Majlis ini telah berjalan lancar dan berakhir dengan jayanya pada jam 8.00 Malam.
01/09/2025
PROGRAM RONDAAN 'VERTICAL POLICING' BALAI POLIS PANTAI BERSAMA RELA, SRS KONDO RAKYAT & SRS PPR KERINCHI, PANTAI DALAM, KUALA LUMPUR
IPD Brickfields, 31 Ogos 2025 @ 8.00 Malam - KPL Khair bersama L/KPL Zaim dari Balai Polis Pantai telah menghadiri Program Rondaan Vertical Policing Pencegahan Jenayah Balai Polis Pantai Bersama RELA, SRS Kondo Rakyat dan SRS Blok A, B, C PPR Kerinchi, Pantai Dalam, Kuala Lumpur.
Turut bersama sepanjang program ini adalah Setiausaha SRS Kondo Rakyat, Encik Aizam bin Baharudin, Pengerusi SRS Blok A, B, C PPR Kerinchi, Encik Khairul Nizam bin Alias, Timbalan Penguasa Kanan Rela Kondo Rakyat Desa Pantai, Encik Mohd Rasyidi Bin Ramli serta 06 orang AJK SRS Kondo Rakyat dan SRS Blok A, B, C PPR Kerinchi.
Tujuan program ini diadakan adalah bagi mengeratkan lagi hubungan baik yang terjalin antara Pihak PDRM khususnya Balai Polis Pantai dengan anggota RELA serta masyarakat setempat terutama anggota SRS di kawasan Kondo Rakyat dan PPR Kerinchi. Turut memperkasakan SRS di kawasan perumahan Kondo Rakyat dan PPR Kerinchi dalam usaha mencegah kegiatan jenayah dari berlaku di kawasan tersebut.
Program ini telah berjalan lancar dan berakhir dengan jayanya pada jam 4.00 Pagi.
31/08/2025
PROGRAM FUN RUN MERDEKA 1.7KM ANJURAN PENGURUSAN MC KONDO RAKYAT DAN KRT KONDO RAKYAT DI KONDO RAKYAT DESA PANTAI, PANTAI DALAM, KUALA LUMPUR
IPD Brickfields, 31 Ogos 2025 jam 7.30 Pagi - KPL Aliff Shazwan bin Mat Rusli, Penyelia Unit Kepolisan Komuniti Balai Polis Pantai bersama 1 orang PRP Balai Polis Pantai telah menghadiri Program Fun Run Merdeka 1.7KM Anjuran Pengurusan MC Kondo Rakyat Dan KRT Kondo Rakyat Desa Pantai, Pantai Dalam, Kuala Lumpur.
Turut bersama sepanjang program ini adalah Datuk Yusri bin Ahmad, Pengerusi KRT Kondo Rakyat, Tuan Haji Mohammad Yusoff bin Haji Hassan Basri, Pengerusi MC Kondo Rakyat, Encik Aizam bin Baharuddin, Setiausaha KRT Kondo Rakyat serta 150 orang AJK/Ahli KRT Dan penduduk setempat.
Program dianjurkan bertujuan untuk bersama-sama meraikan Bulan Kemerdekaan disamping dapat memperkasakan lagi hubungan sesama yang hadir. Fun Run Merdeka sejauh 1.7 km merupakan acara utama dengan para peserta perarakan telah dilepaskan oleh Datuk Yusri bin Ahmad, Pengerusi KRT Kondo Rakyat tepat pada jam 7.00 pagi. Antara laluan yang dilalui ialah beberapa kawasan menarik termasuk berhampiran premis perniagaan, tabika perpaduan, kawasan sekolah, kawasan perumahan dan berakhir di perumahan Kondo Rakyat sambil mengibarkan Jalur Gemilang.
Aktiviti yang diadakan ini telah menarik minat anak muda, kanak-kanak dan warga emas serta mendapat sambutan baik daripada masyarakat pelbagai kaum. Program ini telah berjalan lancar dan berakhir dengan jayanya pada jam 9.00 pagi.
31/08/2025
PROGRAM RONDAAN 'VERTICAL POLICING' BALAI POLIS PANTAI BERSAMA RELA, SRS KONDO RAKYAT & SRS PPR KERINCHI, PANTAI DALAM, KUALA LUMPUR
IPD Brickfields, 30 Ogos 2025 @ 8.00 Malam - KPL Khair bersama LKPL Fitri dari Balai Polis Pantai telah menghadiri Program Rondaan Vertical Policing Pencegahan Jenayah Balai Polis Pantai Bersama RELA, SRS Kondo Rakyat dan SRS Blok A, B, C PPR Kerinchi, Pantai Dalam, Kuala Lumpur.
Turut bersama sepanjang program ini adalah Setiausaha SRS Kondo Rakyat, Encik Aizam bin Baharudin, Pengerusi SRS Blok A, B, C PPR Kerinchi, Encik Khairul Nizam bin Alias, Timbalan Penguasa Kanan Rela Kondo Rakyat Desa Pantai, Encik Mohd Rasyidi Bin Ramli serta 10 orang AJK SRS Kondo Rakyat dan SRS Blok A, B, C PPR Kerinchi.
Tujuan program ini diadakan adalah bagi mengeratkan lagi hubungan baik yang terjalin antara Pihak PDRM khususnya Balai Polis Pantai dengan anggota RELA serta masyarakat setempat terutama anggota SRS di kawasan Kondo Rakyat dan PPR Kerinchi. Turut memperkasakan SRS di kawasan perumahan Kondo Rakyat dan PPR Kerinchi dalam usaha mencegah kegiatan jenayah dari berlaku di kawasan tersebut.
Program ini telah berjalan lancar dan berakhir dengan jayanya pada jam 4.00 Pagi.
31/08/2025
PROGRAM AMBANG MERDEKA 2025 ANJURAN PERSATUAN PENDUDUK APARTMENT KG HAJI ABDULLAH HUKUM, JALAN BANGSAR, KUALA LUMPUR
IPD Brickfields, 30 Ogos 2025 jam 10.30 Malam - ASP Md Zaidi Affendi bin Md Zali, ASP Politik Cawangan Khas IPD Brickfields bersama SUB INSP Mazdi Khairul bin Mat Derus, Penolong Ketua Polis Balai Pantai, SJN Badrul Hisham Bin Senapi, Penyelia Kepolisan Komuniti Balai Polis Pantai serta 2 orang Pegawai Rendah Polis Pantai telah menghadiri Program Sambutan Ambang Merdeka 2025 Anjuran Persatuan Penduduk
Apartment Kg Haji Abdullah Hukum, Jalan Bangsar, Kuala Lumpur.
Turut bersama sepanjang program ini adalah Encuk Mohamad Rosedin bin Mohamad Nor, Pengerusi Persatuan Penduduk Apartment Abdullah Hukum serta 200 orang AJK/Ahli Persatuan Penduduk dan penduduk setempat.
Program Ambang Merdeka yang diadakan di Kg. Haji Abdullah Hukum dengan kehadiran pihak Balai Polis Pantai ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat patriotisme sempena sambutan Hari Kemerdekaan melalui penganjuran aktiviti seperti permainan makan biskut, kerusi berirama dan tiup belon.
Seterusnya, mengukuhkan hubungan silaturahim antara penduduk setempat dengan pihak berkuasa tempatan, khususnya Balai Polis Pantai serta mewujudkan komuniti harmoni dan mesra melalui semangat kerjasama dan kebersamaan semasa menjayakan program.
Secara keseluruhannya, Program Ambang Merdeka yang dianjurkan di Apartment Kg. Haji Abdullah Hukum telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para penduduk setempat. Kehadiran pihak Balai Polis Pantai turut menyerikan acara dan menunjukkan sokongan padu dalam mengeratkan hubungan bersama komuniti.
Program berlangsung dengan jayanya dan berakhir pada jam 12.30 Pagi.
31/08/2025
PROGRAM SAMBUTAN AMBANG MERDEKA 2025 ANJURAN PERBADANAN PENGURUSAN MC & KRT KONDO RAKYAT DI DATARAN MEGASARI KONDO RAKYAT DESA PANTAI, PANTAI DALAM, KUALA LUMPUR
IPD Brickfields, 30 Ogos 2025 jam 10.00 Malam - SUB INSP Mazdi Khairul bin Mat Derus, Penolong Ketua Polis Balai Pantai bersama SJN Badrul Hisham Bin Senapi, Penyelia Kepolisan Komuniti Balai Polis Pantai serta 2 orang Pegawai Rendah Polis Pantai telah menghadiri Program Sambutan Ambang Merdeka 2025 Anjuran Perbadaanan Pengurusan MC dan KRT Kondo Rakyat di Dataran Megasari Kondo Rakyat Desa Pantai, Pantai Dalam, Kuala Lumpur.
Turut bersama sepanjang program ini adalah Datuk Haji Yusri bin Haji Ahmad, Pengerusi KRT Kondo Rakyat Desa Pantai, Encik Ahmad Shahrin bin Ab Samad, Penolong Pegawai Perpaduan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Encik Aizam bin Baharudin, Setiausaha SRS Kondo Rakyat, Tuan Haji Mohammad Yusoff bin Haji Hassan Basri, Pengerusi MC Kondo Rakyat, Cik Atiqah binti Mohd Mokhtar, Setiausaha MC Kondo Rakyat serta 500 orang AJK/Ahli KRT dan Penduduk Kondo Rakyat Desa Pantai.
Program ini diadakan adalah untuk
memperkasakan lagi hubungan kerjasama yang erat khususnya Balai Polis Pantai bersama KRT dan penduduk Kondo Rakyat Pantai Dalam. Majlis dimulakan dengan kata kata alu-aluan oleh Datuk Yusry Bin Haji Ahmad, Pengerusi KRT Kondo Rakyat. Seterusnya majlis telah diserikan dengan Pertandingan Pakaian Beragam Kanak-Kanak, Nyanyian Lagu Patriotik , Penyampaian Hadiah Sukaneka Rakyat, Kerja Tangan Wanita.
Turut di susuli p**a dengan persediaan untuk Ambang Merdeka iaitu Menaikkan Bendera dan Nyanyian Lagu Negaraku, Laungan Merdeka serta memotong pulut kuning Kemerdekaan serta Bacaan Doa Selamat. Aktiviti yang diadakan ini telah menarik minat ramai anak muda, kanak-kanak, warga emas serta ianya mendapat sambutan daripada masyarakat pelbagai kaum.
Diharapkan dengan adanya aktiviti seperti ini, ianya dapat menaikkan lagi semangat patriotik dalam kalangan warga kota untuk turut bersama-sama memeriahkan lagi Sambutan Hari Kebangsaan tahun 2025.
31/08/2025
PROGRAM SAMBUTAN AMBANG KEMERDEKAAN KE 68 TAHUN 2025 ANJURAN KRT & PERSATUAN PENDUDUK PPR PANTAI RIA, PANTAI DALAM, KUALA LUMPUR
IPD Brickfields, 30 Ogos 2025 jam 9.00 Malam - SUB INSP Mazdi Khairul bin Mat Derus, Penolong Ketua Polis Balai Pantai bersama SJN Badrul Hisham bin Senapi, Penyelia Unit Kepolisan Komuniti Balai Polis Pantai serta 02 orang Pegawai Rendah Polis Pantai telah menghadiri Program Sambutan Ambang Kemerdekaan Ke 68 Tahun 2025 di Dataran PPR Pantai Ria, Pantai Dalam, Kuala Lumpur.
Turut bersama sepanjang program ini adalah Tuan Haji Zakaria Bin Othman, Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Pantai Ria, Encik Azhar Mohani bin Adnan, Pengerusi KRT Blok A PPR Pantai Ria, Encik Zamanhuri Bin Ghazali, Timbalan Pengerusi Persatuan Penduduk Merangkap Pengerusi KRT Blok B PPR Pantai Ria, Encik Rosmady bin Abdul Jalil, Pengerusi KRT Blok C dan D PPR Pantai Ria, Encik Ahmad Jani Bin Imam, Pengerusi Surau Al Hijrah serta 200 orang AJK/Ahli KRT, Persatuan Penduduk PPR Pantai Ria dan penduduk setempat.
Program ini diadakan adalah untuk
memperkasakan lagi hubungan kerjasama yang erat khususnya Balai Polis Pantai bersama KRT dan Persatuan Penduduk PPR Pantai Ria. Majlis dimulakan dengan kata alu-aluan oleh Tuan Haji Zakaria Bin Othman, Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Pantai Ria.
Majlis telah diserikan dengan persembahan Pakaian Beragam, Deklamasi Sajak dan Senaman Zumba. Seterusnya program disusuli dengan Perarakan Kibarkan Jalur Gemilang di sekitar Perumahan PPR Pantai Ria. Kehadiran warga penduduk PPR Pantai Ria berjalan sambil mengibarkan Jalur Gemilang disamping meningkatkan lagi hubungan yang akrab sesama penduduk sekitar dan saling bertukar-tukar pendapat dan pandangan.
Aktiviti yang diadakan ini telah menarik minat ramai anak muda, kanak-kanak, warga emas serta ianya mendapat sambutan daripada masyarakat pelbagai kaum. Diharapkan dengan adanya aktiviti seperti ini, ianya dapat menaikkan lagi semangat patriotik dalam kalangan warga kota untuk turut bersama-sama memeriahkan lagi Sambutan Hari Kebangsaan tahun 2025.
31/08/2025
PROGRAM MINI KARNIVAL AMBANG KEMERDEKAAN TAHUN 2025 ANJURAN KRT DAN PERSATUAN PENDUDUK APARTMENT PUTRA RIA, JALAN BANGSAR, KUALA LUMPUR
IPD Brickfields, 30 Ogos 2025 jam 8.00 Pagi - SM Johari bin Ujang, SM Operasi Dan Pencegahan Jenayah Balai Polis Pantai serta 01 orang Pegawai Rendah Polis Pantai telah menghadiri Program Sambutan Ambang Kemerdekaan Tahun 2025 Anjuran KRT dan Persatuan Penduduk Apartment Putra Ria, Jalan Bangsar, Kuala Lumpur.
Turut bersama sepanjang program ini adalah Puan Fazilah binti Razali, Pengerusi KRT Apartment Putra Ria, Encik Wahidi bin Wahili, Timbalan Pengerusi KRT Apartment Putra Ria, Encik Husin bin Ahmad, Pengerusi Persatuan Penduduk Apartment Putra Ria, Encik Mohd Dom bin Ujang, Timbalan Pengerusi Persatuan Penduduk Apartment Putra Ria, Encik Abd Hanif bin Sulaiman, Bendahari Persatuan Penduduk Apartment Putra Ria serta 100 orang AJK/Ahli KRT, Persatuan Penduduk dan penduduk setempat.
Program diadakan adalah untuk menyemarakkan semangat patriotisme sempena sambutan Hari Kemerdekaan melalui penganjuran aktiviti riadah dan kekeluargaan serta mengukuhkan hubungan silaturahim antara penduduk setempat dengan pihak berkuasa tempatan, khususnya Balai Polis Pantai.
Turut mencungkil bakat dalam menggalakkan penglibatan aktif kanak-kanak dan remaja dalam aktiviti sihat seperti pertandingan mewarna, futsal, timbang bola dan karom serta m ewujudkan komuniti harmoni, mesra melalui semangat kerjasama dan kebersamaan semasa menjayakan program.
Seterusnya, mendorong gaya hidup positif dan sihat di kalangan masyarakat dengan penyertaan dalam aktiviti berunsur riadah dan sukan. Secara keseluruhannya, Mini Karnival Ambang Merdeka yang dianjurkan di Apartment Putra Ria telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para penduduk setempat.
Kehadiran pihak Balai Polis Pantai turut menyerikan acara dan menunjukkan sokongan padu dalam mengeratkan hubungan bersama komuniti. Program berlangsung dengan jayanya dan berakhir pada jam 1.00 Tengahari.
30/08/2025
πππππππ πππππππππ ππππ ππππππππππ ππππ
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68 tahun 2025, saya mewakili seluruh warga PDRM khasnya Balai Polis Pantai ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan kepada seluruh rakyat Malaysia.
Tema tahun ini, βMalaysia MADANI: Rakyat Disantuniβ, mengingatkan kita betapa pentingnya semangat kebersamaan, kasih sayang, serta perpaduan dalam membina sebuah negara bangsa yang aman, maju dan sejahtera.
Sebagai anggota Polis Diraja Malaysia, kami sentiasa komited dalam memastikan keselamatan, keamanan, dan kesejahteraan masyarakat terus terpelihara. Semoga semangat perjuangan dan pengorbanan para pejuang kemerdekaan menjadi inspirasi kepada kita semua dengan penuh tanggungjawab untuk terus mempertahankan kedaulatan dan keteguhan negara tercinta.
Dirgahayu Malaysia!
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
ASP Khairulnizam bin Ramle
Ketua Polis Balai Pantai
Bersama seluruh warga Balai Polis Pantai
30/08/2025
YDH ACP Hoo Chang Hook, Ketua Polis Daerah Brickfields dan YDH Supt. Ahmad Firdaus Bin Mustaffa Kamal serta seluruh warga Polis Daerah Brickfields mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-68.
30/08/2025
PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA PERINGKAT IPD BRICKFIELDS BAGI BULAN OGOS 2025 DI BALAI POLIS PANTAI, JALAN PANTAI BAHARU, KUALA LUMPUR
IPD Brickfields, 29 Ogos 2025 jam 3.00 Petang - ASP Khairulnizam bin Ramle, Ketua Polis Balai Pantai bersama SM Johari bin Ujang, SM Operasi dan Pencegahan Jenayah Balai Polis Pantai, SJN Badrul Hisham bin Senapi, Penyelia Kepolisan Komuniti Balai Polis Pantai serta 20 orang Pegawai Rendah Polis Pantai telah mengadakan Program Gotong-royong Perdana Bagi Bulan Julai 2024 di perkarangan Balai Polis Pantai, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur.
Tujuan Gotong-royong Perdana Bagi Bulan Ogos 2025 ini dilaksanakan adalah atas arahan serta saranan YDH Ketua Polis Daerah Brickfields yang mana setiap Balai Polis di bawah IPD Brickfields wajib melaksanakan program ini secara serentak pada hari ini. Fokus utama program ini bertujuan untuk meningkatkan lagi tahap kebersihan di perkarangan Balai Polis Pantai serta membasmi tempat pembiakan nyamuk aedes. Dengan membersihkan longkang-longkang dan tempat air bertakung, maka dapat mengelakkan daripada nyamuk aedes membiak.
Selain itu, program gotong-royong ini dapat memastikan tahap kebersihan dan keceriaan di Balai Polis Pantai terpelihara serta mengekalkan "Persekitaran Bersih Hidup Selesa", secara tidak langsung akan merapatkan hubungan silaturahim yang ukhwah dalam kalangan warga Balai Polis Pantai, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur. Gotong-royong ini telah berjalan lancar dan berakhir dengan jayanya pada jam 5.00 petang.
29/08/2025
LAWATAN KEBAJIKAN TERHADAP AHLI KELUARGA PEGAWAI RENDAH POLIS, BALAI POLIS PANTAI, KUALA LUMPUR
IPD Brickfields, 29 Ogos 2025 jam 2.30 Petang - ASP Khairulnizam bin Ramle, Ketua Polis Balai Pantai bersama KPL Abdul Rahman bin Hairudin, KPL Siti Aminah binti Ahmad dan L/Kpl Muhammad Afif Aiman bin Aziz telah mengadakan lawatan kebajikan terhadap isteri kepada KPL Muhammad Firdaus bin Asmadi yang telah selamat bersalin anak lelaki.
Dalam lawatan tersebut turut disampaikan sumbangan ikhlas oleh YDH ASP Khairulnizam bin Ramle, Ketua Polis Balai Pantai bagi meringankan bebanan yang ditanggung.
Lawatan ini merupakan salah satu usaha PDRM dalam menjaga kebajikan anggota disamping mengeratkan lagi ukhwah silaturahim. Seluruh warga kerja khasnya Polis Pantai, IPD Brickfields mendoakan agar isteri kepada KPL Muhammad Firdaus bin Asmadi cepat sembuh dan kembali seperti biasa.