20/05/2026
Budaya hormat dan empati mampu membentuk komuniti yang lebih selamat dan harmoni. Bersama membanteras buli demi kesejahteraan semua.
Ditubuhkan pada 27 April 2019, berfungsi bagi pengendalian Hak Kanak-Kanak oleh Kerajaan, Pertubuhan
Bagi sebarang aduan mengenai Hak Kanak-Kanak boleh tekan pautan link ini:
http://aduan.suhakam.org.my/eApps/system/index.do
Juga boleh email ke email rasmi OCC dan melalui kaunter aduan di Ibu Pejabat SUHAKAM, Tingkat 13 Menara TH Perdana Kuala Lumpur.
20/05/2026
Budaya hormat dan empati mampu membentuk komuniti yang lebih selamat dan harmoni. Bersama membanteras buli demi kesejahteraan semua.
15/05/2026
Selamat Hari Guru dari Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak SUHAKAM.
14/05/2026
12/05/2026
Setinggi-tinggi tahniah dan selamat bertugas diucapkan kepada YBrs. Dr Farah Nini Dusuki atas pelantikan semula sebagai Ketua Pesuruhjaya Kanak-Kanak SUHAKAM.
12/05/2026
Buli bukan sekadar gurauan, tetapi boleh meninggalkan kesan emosi dan trauma yang berpanjangan kepada mangsa. Mangsa buli mungkin kehilangan keyakinan diri, mengalami tekanan mental, dan sukar menjalani kehidupan dengan normal. Hentikan buli hari ini kerana luka akibat kata-kata dan tindakan boleh kekal seumur hidup.
10/05/2026
Ingat, anak-anak merupakan amanah yang sangat berharga dalam kehidupan setiap insan. Mereka berhak hidup dalam suasana yang penuh kasih sayang, keselamatan dan pendidikan yang baik. Seiring dengan itu, prinsip perlindungan kanak-kanak turut diperkukuhkan melalui peranan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) yang menekankan hak setiap kanak-kanak untuk dilindungi daripada keganasan, diskriminasi dan eksploitasi. SUHAKAM berperanan memastikan hak asasi manusia dihormati dan dipelihara di Malaysia. Pendekatan ini selari dengan nilai kekeluargaan dalam Islam yang menuntut ibu bapa dan masyarakat menjaga kebajikan serta maruah anak-anak. Isu buli dan penderaan kanak-kanak merupakan masalah global yang memberikan kesan besar terhadap perkembangan emosi dan mental. Mangsa buli sering mengalami tekanan perasaan, hilang keyakinan diri dan berdepan risiko masalah kesihatan mental. Dalam kerangka Maqasid Syariah, perlindungan kanak-kanak dan menolak gejala buli adalah selaras dengan tujuan utama syariat Islam yang menekankan pemeliharaan agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Perbuatan buli jelas bercanggah dengan prinsip ini kerana buli boleh mengancam nyawa, merosakkan akal melalui tekanan emosi dan menjejaskan masa depan generasi muda. Realiti masa kini menunjukkan bahawa masih ramai kanak-kanak menjadi mangsa buli. Kesannya buli bukan sahaja bersifat sementara, malah boleh berpanjangan hingga dewasa sehingga berlakunya gangguan kebimbangan dan kemurungan jika tidak ditangani dengan baik. Oleh itu, langkah pencegahan perlu dilaksanakan secara menyeluruh dan berterusan. Dalam ajaran Islam, sebarang bentuk kezaliman adalah dilarang. Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa seorang Muslim tidak boleh menzalimi saudaranya dan tidak boleh membiarkan orang lain dizalimi, sebagaimana diriwayatkan dalam sahih al-Bukhari dan sahih Muslim.
Terima kasih Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah kerana menyentuh berkaitan peranan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dan hak kanak-kanak untuk dilindungi daripada sebarang keganasan, buli, penderaan, diskriminasi dan eksploitasi dalam khutbah Jumaat yang dibaca pada 8 Mei 2026 yang lalu.
06/05/2026
Jangan berdiam diri. Dengarlah dengan empati, hulurkan sokongan, dan galakkan mangsa mendapatkan bantuan daripada pihak yang dipercayai.
Bersama, kita boleh membina persekitaran sifar toleransi terhadap buli.
Buli bukan pilihan. Hormat adalah keutamaan.
05/05/2026
Setiap tindakan dan perkongsian memberi kesan.
Gunakan media sosial secara beretika dan bertanggungjawab tanpa menyakiti orang lain.
Buli adalah satu pelanggaran hak asasi.
Tiada siapa wajar dihina, dipinggirkan atau dimalukan — sama ada secara fizikal, lisan atau dalam talian.
04/05/2026
Buli merupakan tingkah laku agresif yang memberi kesan kepada fizikal, emosi dan sosial individu.
Hentikan buli, cipta persekitaran yang selamat.
29/04/2026
Buli siber bukan gurauan. Ia boleh melukakan.
Jika anda melihat atau menjadi mangsa, jangan diam.
Laporkan. Sekat. Dapatkan bantuan.
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |