Pejabat Provos Marsyal TD

Pejabat Provos Marsyal TD

Share

Ini adalah Facebook rasmi Bahagian Provos Marsyal Tentera Darat

Photos from Pejabat Provos Marsyal TD's post 14/05/2026

๐๐„๐‘๐๐€๐‘๐ˆ๐’๐€๐ ๐๐„๐Œ๐€๐Š๐€๐ˆ๐€๐ ๐๐€๐๐†๐Š๐€๐“ ๐€๐๐†๐†๐Ž๐“๐€ ๐๐€๐‡๐€๐†๐ˆ๐€๐ ๐๐‘๐Ž๐•๐Ž๐’ ๐Œ๐€๐‘๐’๐˜๐€๐‹ ๐“๐„๐๐“๐„๐‘๐€ ๐ƒ๐€๐‘๐€๐“ ๐ƒ๐€๐ ๐’๐„๐‘๐€๐‡ ๐“๐„๐‘๐ˆ๐Œ๐€ ๐“๐”๐†๐€๐’ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐™๐Ž๐ ๐’๐€๐๐€๐‡

๐Š๐”๐€๐‹๐€ ๐‹๐”๐Œ๐๐”๐‘, ๐Ÿ๐Ÿ’ ๐Œ๐ž๐ข ๐Ÿ๐Ÿ”: Provos Marsyal Tentera Darat, Brig Jen Nozri bin Senawi telah hadir menyempurnakan Acara Perbarisan Sempena Pemakaian Pangkat Anggota BPM TD dan Serah Terima Tugas Ketua Zon Sabah bertempat di Dataran BPM TD.

Perbarisan yang berkekuatan seramai 9 pegawai dan 25 anggota LLP diketuai oleh Pegawai Staf 1 Siasatan, Lt Kol Mawaar Ridi bin Ab Rahman.

Brig Jen Nozri bin Senawi diiringi oleh Pengarah Siasatan Jenayah, Kol Mohd Rizaudin bin Haji Mahmud telah menyempurnakan pemakaian pangkat ke atas lima anggota iaitu 1166068 P/PW II Zuhalhadi bin Dollah, 1169810 P/SSjn Rosman bin Misrom dan 1170711 P/SSjn Mohd Abijan bin Shamsudin, 1203852 P/Kpl Michua anak Linang dan 1205695 P/Kpl Mohamad Lukman bin Alias.

Acara diteruskan dengan penyerahan tugas daripada pemangku Ketua CSJ Zon Sabah, Kapt Siti Wahida binti A Rahim kepada Ketua CSJ Zon Sabah yang baharu, Kapt Muhamad Fakhrur Radzi bin Abdul Fataruddin. Acara diakhiri dengan majlis meraikan 1156201 PW II Ahmad Izwan bin Anuar yang bertukar keluar ke PULAPOT menjawat jawatan Penyelia Peperiksaan.

Turut hadir dalam acara ini ialah Pengarah Cawangan Polis Tentera, Kol Hjh Maslina binti Abu Said.

Warga BPM TD merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada anggota yang telah dinaikkan pangkat dan selamat maju jaya kepada yang baru mengambil alih tugas dan yang bertukar keluar.

11/05/2026

Provos Marsyal TD dan semua staf Bahagian Provos Marsyal TD mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Kor Kesihatan Diraja yang ke - 59.

"KHIDMAT DIUTAMAKAN"

Photos from Pejabat Provos Marsyal TD's post 09/05/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐“๐„๐Œ๐๐€๐“ ๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐๐„๐๐€๐’ ๐ƒ๐€๐ƒ๐€๐‡ (๐“๐„๐Š๐€๐ƒ) ๐“๐„๐๐“๐„๐‘๐€ ๐ƒ๐€๐‘๐€๐“ ๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐Ÿ/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐๐„๐Œ๐„๐‘๐ˆ๐๐“๐€๐‡๐€๐ ๐‹๐€๐“๐ˆ๐‡๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐ƒ๐Ž๐Š๐“๐‘๐ˆ๐ ๐“๐„๐๐“๐„๐‘๐€ ๐ƒ๐€๐‘๐€๐“ (๐๐‹๐ƒ๐“๐ƒ)

๐๐Ž๐‘๐“ ๐ƒ๐ˆ๐‚๐Š๐’๐Ž๐, ๐Ÿ– ๐Œ๐„๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” โ€“ Bahagian Provos Marsyal Tentera Darat (BPM TD) dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah melaksanakan Program Tempat Kerja Bebas Dadah (TEKAD) Siri 1/2026 Peringkat PLDTD pada 7 dan 8 Mei 2026 bertempat di Dewan Si Rusa, Akademi Tentera Darat, Kem Segenting.

Program ini merupakan salah satu inisiatif Tentera Darat (TD) dalam memperkasakan Pegawai Antidadah di peringkat formasi dan pasukan berkaitan aspek pencegahan, pengesanan awal serta intervensi terhadap isu penyalahgunaan dadah dalam kalangan warga TD. Pada hari pertama program, peserta turut diberikan taklimat ringkas oleh Mej Tengku Emelia Bellina binti Tengku Ahmad Noor selaku urus setia program berhubung pelaksanaan dan pengisian Program TEKAD Siri 1/2026. Provos Marsyal TD, Brig Jen Nozri bin Senawi turut hadir bagi menyantuni peserta pada hari pertama pelaksanaan program.

Sepanjang program berlangsung, peserta telah didedahkan dengan pengisian berkaitan pengurusan risiko, teknik pengesanan awal, intervensi awalan serta program rawatan dan pemulihan Second Chance oleh AADK melalui pendekatan ๐˜›๐˜ณ๐˜ข๐˜ช๐˜ฏ๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ฐ๐˜ง ๐˜›๐˜ณ๐˜ข๐˜ช๐˜ฏ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด (TOT) dan Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Program ini telah disertai seramai 30 orang Pegawai Antidadah di bawah naungan PLDTD.

Majlis penutup program telah disempurnakan oleh Pengarah Cawangan Polis Tentera BPM TD, Kol Hjh Maslina binti Abu Said. Pelaksanaan Program TEKAD ini mencerminkan komitmen berterusan TD dalam memperkukuh disiplin dan kesejahteraan warga pasukan melalui pendekatan pencegahan yang lebih sistematik.

Photos from Pejabat Provos Marsyal TD's post 08/05/2026

๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐๐€๐‰๐ˆ๐Š๐€๐ ๐€๐‡๐‹๐ˆ ๐๐€๐Š๐€๐“

๐Š๐”๐€๐‹๐€ ๐‹๐”๐Œ๐๐”๐‘, 8 Mei 2026 โ€“ Dalam usaha menyantuni dan menjaga kebajikan warga Bahagian Provos Marsyal Tentera Darat, isteri kepada Provos Marsyal TD, Puan Nordiana binti Abd Razak, telah mengadakan lawatan kebajikan kepada isteri 1190355 Kpl Mohd Amer Amirul bin Mohd Zamzuri di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan berikutan masalah kesihatan yang dihadapi.

Lawatan tersebut bertujuan memberikan sokongan moral serta menyantuni ahli keluarga staf yang sedang menghadapi ujian kesihatan. Kehadiran beliau turut mencerminkan semangat kebersamaan dan keprihatinan dalam kalangan ahli BAKAT.

Seluruh warga Bahagian Provos Marsyal Tentera Darat mendoakan agar Puan Nur Nayli Maisarah binti Najmuddin diberikan kesembuhan, kekuatan dan dipermudahkan segala urusan rawatan serta urusan harian. Aamiin.

Photos from Pejabat Provos Marsyal TD's post 07/05/2026

๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐†๐€๐ ๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“ ๐๐‘๐Ž๐•๐Ž๐’ ๐Œ๐€๐‘๐’๐˜๐€๐‹ ๐“๐„๐๐“๐„๐‘๐€ ๐ƒ๐€๐‘๐€๐“ ๐Š๐„ ๐€๐“๐€๐’ ๐๐€๐๐†๐‹๐ˆ๐Œ๐€ ๐‹๐€๐“๐ˆ๐‡๐€๐ ๐“๐„๐๐“๐„๐‘๐€ ๐ƒ๐€๐‘๐€๐“

๐๐Ž๐‘๐“ ๐ƒ๐ˆ๐‚๐Š๐’๐Ž๐, ๐Ÿ• ๐Œ๐ž๐ข ๐Ÿ๐Ÿ” โ€“ Provos Marsyal TD, Brig Jen Nozri bin Senawi telah melaksanakan Kunjungan Hormat ke atas Panglima Latihan Tentera Darat, Mej Jen Datoโ€™ Rashidin Hashimi bin Ab Rashid pada hari ini bertempat di Markas Latihan dan Doktrin Tentera Darat.

Kunjungan hormat ini dilaksanakan bagi mendapatkan pandangan serta nasihat daripada Panglima Latihan Tentera Darat berhubung pemerkasaan disiplin anggota. Selain itu, perbincangan turut memfokuskan kepada mekanisme berkesan yang boleh digunakan bagi membendung gejala salah laku dalam kalangan warga Tentera Darat.

Kunjungan Hormat diakhiri dengan sesi menandatangani Buku Lawatan dan diteruskan dengan pertukaran cenderamata.

06/05/2026

๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐๐€๐‰๐ˆ๐Š๐€๐ ๐€๐‡๐‹๐ˆ ๐๐€๐Š๐€๐“

๐Š๐”๐€๐‹๐€ ๐‹๐”๐Œ๐๐”๐‘, ๐Ÿ” ๐Œ๐ž๐ข ๐Ÿ๐Ÿ” - Sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan staf Bahagian Provos Marsyal Tentera Darat, isteri kepada Provos Marsyal TD, Puan Nordiana binti Abd Razak, telah meluangkan masa mengadakan lawatan kebajikan kepada isteri Lt Kol Mat Zakila bin Muhamed yang kini sedang menjalani rawatan dialisis di Pusat Hemodialisis FELDA.

Puan Noorhayati binti Dollah kini menjalani rawatan hemodialisis sebanyak tiga kali seminggu berikutan kegagalan fungsi buah pinggang. Seluruh warga Bahagian Provos Marsyal Tentera Darat mendoakan agar beliau dikurniakan kesembuhan serta dipermudahkan segala urusan rawatan. Aamiin.

Photos from Pejabat Provos Marsyal TD's post 06/05/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐‘๐Ž๐€๐ƒ๐’๐‡๐Ž๐– ๐๐„๐๐‚๐„๐†๐€๐‡๐€๐ ๐‰๐”๐ƒ๐ˆ ๐’๐ˆ๐๐„๐‘ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐๐˜๐€๐‹๐€๐‡๐†๐”๐๐€๐€๐ ๐ƒ๐€๐ƒ๐€๐‡ ๐“๐„๐๐“๐„๐‘๐€ ๐ƒ๐€๐‘๐€๐“ ๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐Ÿ/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐๐€๐†๐ˆ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐๐„๐Œ๐„๐‘๐ˆ๐๐“๐€๐‡๐€๐ ๐‹๐€๐“๐ˆ๐‡๐€๐ & ๐ƒ๐Ž๐Š๐“๐‘๐ˆ๐ ๐“๐„๐๐“๐„๐‘๐€ ๐ƒ๐€๐‘๐€๐“ (๐๐‹๐ƒ๐“๐ƒ)

๐๐จ๐ซ๐ญ ๐ƒ๐ข๐œ๐ค๐ฌ๐จ๐ง, ๐Ÿ” ๐Œ๐ž๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” โ€“ Kesinambungan usaha memartabatkan disiplin warga Tentera Darat (TD) diteruskan menerusi Program Roadshow Pencegahan Judi Siber dan Penyalahgunaan Dadah TD Siri 2/2026 yang telah berlangsung dengan jayanya di Auditorium Muzium Tentera Darat, melibatkan warga di bawah naungan PLDTD.

Majlis Perasmian Pembukaan telah disempurnakan oleh Panglima Latihan Tentera Darat, Mej Jen Datoโ€™ Rashidin Hashimi bin Ab Rashid. Turut berlangsung simbolik penyerahan ๐˜ฎ๐˜ฐ๐˜ค๐˜ฌ-๐˜ถ๐˜ฑ poster oleh Pengarah Cawangan Polis Tentera, Bahagian Provos Marsyal Tentera Darat (BPM TD), Kol Hjh Maslina binti Abu Said kepada Panglima Latihan sebagai tanda sokongan terhadap usaha pencegahan dan kesedaran yang dilaksanakan.

Pelaksanaan program ini bertujuan memperkukuh kesedaran warga TD terhadap ancaman judi siber dan penyalahgunaan dadah melalui sesi syarahan, dialog interaktif serta pameran oleh AADK. Pengisian program turut melibatkan kerjasama strategik bersama PDRM, SKMM, MK TD-G1, MK TD-G9 serta Cawangan Siasatan Jenayah BPM TD.

Seramai 141 peserta yang terdiri daripada 39 pegawai dan 102 anggota LLP telah menyertai program ini yang berakhir pada jam 1800H. Pelaksanaan program seumpama ini mencerminkan komitmen berterusan TD dalam memperkasakan disiplin, integriti dan kesejahteraan warga pasukan.

Photos from Pejabat Provos Marsyal TD's post 06/05/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐‘๐Ž๐€๐ƒ๐’๐‡๐Ž๐– ๐๐„๐๐‚๐„๐†๐€๐‡๐€๐ ๐‰๐”๐ƒ๐ˆ ๐’๐ˆ๐๐„๐‘ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐๐˜๐€๐‹๐€๐‡๐†๐”๐๐€๐€๐ ๐ƒ๐€๐ƒ๐€๐‡ ๐“๐„๐๐“๐„๐‘๐€ ๐ƒ๐€๐‘๐€๐“ ๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐Ÿ/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐๐€๐†๐ˆ ๐…๐Ž๐‘๐Œ๐€๐’๐ˆ ๐Ÿ ๐๐‘๐ˆ๐†๐„๐ƒ

๐๐จ๐ซ๐ญ ๐ƒ๐ข๐œ๐ค๐ฌ๐จ๐ง, ๐Ÿ“ ๐Œ๐ž๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” โ€“ Sebagai usaha berterusan membendung gejala negatif dalam kalangan warga Tentera Darat, Roadshow Pencegahan Judi Siber dan Penyalahgunaan Dadah Tentera Darat Siri 1/2026 telah dilaksanakan di Auditorium Muzium Tentera Darat, Port Dickson melibatkan warga di bawah naungan Formasi 1 Briged.

Majlis Perasmian Pembukaan telah disempurnakan oleh Pegawai Staf Stesen Port Dickson, Lt Kol Mohd Sufian bin Mamat. Turut berlangsung simbolik penyerahan mock-up poster oleh Pengarah Cawangan Polis Tentera Bahagian Provos Marsyal Tentera Darat (BPM TD), Kol Hjh Maslina binti Abu Said kepada wakil formasi sebagai tanda sokongan terhadap usaha pencegahan dan kesedaran.

Pelaksanaan program ini bertujuan memperkukuh kesedaran warga Tentera Darat terhadap ancaman judi siber dan penyalahgunaan dadah melalui sesi syarahan, dialog interaktif serta pameran oleh AADK. Pengisian turut melibatkan kerjasama strategik bersama PDRM, SKMM, MK TD-G1, MK TD-G9 serta Cawangan Siasatan Jenayah BPM TD.

Seramai 89 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan anggota LLP telah menyertai program ini yang berakhir pada jam 1800H. Pelaksanaan program seumpama ini mencerminkan komitmen berterusan Tentera Darat dalam memperkukuh disiplin, integriti dan kesejahteraan warga pasukan.

Photos from Pejabat Provos Marsyal TD's post 05/05/2026

๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐†๐€๐ ๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“ ๐๐„๐๐†๐€๐‘๐€๐‡ ๐‚๐€๐–๐€๐๐†๐€๐ ๐๐Ž๐‹๐ˆ๐’ ๐“๐„๐๐“๐„๐‘๐€ ๐๐€๐‡๐€๐†๐ˆ๐€๐ ๐๐‘๐Ž๐•๐Ž๐’ ๐Œ๐€๐‘๐’๐˜๐€๐‹ ๐“๐„๐๐“๐„๐‘๐€ ๐ƒ๐€๐‘๐€๐“ ๐Š๐„ ๐€๐“๐€๐’ ๐๐€๐๐†๐‹๐ˆ๐Œ๐€ ๐๐‘๐ˆ๐†๐„๐ƒ ๐๐„๐‘๐“๐€๐Œ๐€ ๐ˆ๐๐…๐€๐๐“๐‘๐ˆ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€

๐’๐„๐‘๐„๐Œ๐๐€๐, ๐Ÿ’ ๐Œ๐„๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” โ€“ Pengarah Cawangan Polis Tentera, Bahagian Provos Marsyal Tentera Darat, Kol Hjh Maslina binti Abu Said telah mengadakan Kunjungan Hormat ke atas Panglima 1 Briged, Brig Jen Datoโ€™ Zamri bin Othman di Pejabat Panglima 1 Briged, Kem Rasah.

Kunjungan hormat ini bertujuan mendapatkan pandangan serta menyelaras pelaksanaan Program Roadshow Pencegahan Judi Siber dan Penyalahgunaan Dadah serta Program Tempat Kerja Bebas Dadah (TEKAD) di Kawasan Tanggungjawab (KTJ) 1 Briged.

Program tersebut dijadualkan berlangsung pada 5 hingga 8 Mei 2026, melibatkan pegawai dan anggota 1 Briged sebagai usaha memperkukuh kesedaran, pencegahan serta intervensi terhadap isu judi siber dan penyalahgunaan dadah.

Kunjungan diakhiri dengan sesi menandatangani buku pelawat.

Photos from Pejabat Provos Marsyal TD's post 18/04/2026

๐€๐ฆ๐š๐ง๐š๐ญ ๐๐ซ๐จ๐ฏ๐จ๐ฌ ๐Œ๐š๐ซ๐ฌ๐ฒ๐š๐ฅ ๐“๐ž๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐š ๐ƒ๐š๐ซ๐š๐ญ ๐’๐ž๐ฆ๐ฉ๐ž๐ง๐š ๐๐ž๐ง๐ฎ๐ ๐š๐ฌ๐š๐ง ๐ƒ๐’๐€ & ๐๐€๐“๐’๐„๐‚ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

KUALA LUMPUR, 16 April 2026 โ€“ Provos Marsyal Tentera Darat, Brig Jen Nozri bin Senawi telah menyempurnakan Majlis Perjumpaan bersama petugas Kor Polis Tentera Diraja sempena pameran ๐ท๐‘’๐‘“๐‘’๐‘›๐‘๐‘’ ๐‘†๐‘’๐‘Ÿ๐‘ฃ๐‘–๐‘๐‘’๐‘  ๐ด๐‘ ๐‘–๐‘Ž (DSA) dan ๐‘๐‘Ž๐‘ก๐‘–๐‘œ๐‘›๐‘Ž๐‘™ ๐‘†๐‘’๐‘๐‘ข๐‘Ÿ๐‘–๐‘ก๐‘ฆ ๐ด๐‘ ๐‘–๐‘Ž (NATSEC) 2026 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat 104 Kompeni KPTD.

Seramai 52 orang petugas telah dipilih untuk menggalas tanggungjawab tersebut, terdiri daripada 37 orang Pengiring Bermotosikal, 11 orang Pengawal Pos Statik dan empat orang anggota Peronda (MPV). Dalam ucapannya, Provos Marsyal Tentera Darat mengingatkan semua petugas tentang perkara-perkara berikut:

Pertama, Profesionalisme Tinggi โ€“ Setiap anggota hendaklah mempamerkan mutu kerja yang cemerlang serta disiplin yang tinggi dan konsisten sepanjang melaksanakan tugas.

Kedua, Keutuhan Mental dan Fizikal โ€“ Mengambil kira cabaran di lapangan, setiap petugas dituntut untuk mengekalkan tahap kecergasan fizikal serta ketahanan mental yang mantap sehingga tugasan selesai.

Ketiga, Kewaspadaan (Alert) โ€“ Semua petugas hendaklah sentiasa peka, berwaspada dan responsif terhadap sebarang perubahan situasi serta arahan semasa yang bersifat dinamik.

Keempat, Keutamaan Keselamatan โ€“ Aspek keselamatan diri, aset dan orang awam hendaklah diberi keutamaan tertinggi serta tidak boleh dikompromi dalam apa jua keadaan.

Kelima, Pemeliharaan Imej Kor โ€“ Setiap tindakan dan tingkah laku petugas hendaklah mencerminkan integriti, profesionalisme serta menjaga nama baik dan maruah Kor Polis Tentera Diraja (KPTD).

Kol Hjh Maslina binti Abu Said, Pengarah Cawangan Polis Tentera dan Pegawai Pemerintah 104 Kompeni KPTD, turut hadir dalam majlis tersebut. Bahagian Provos Marsyal Tentera Darat turut mendoakan agar semua penugasan yang dilaksanakan berjalan lancar serta mencapai kejayaan yang cemerlang.

Photos from Pejabat Provos Marsyal TD's post 11/02/2026

๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐๐‘๐Ž๐•๐Ž๐’ ๐Œ๐€๐‘๐’๐˜๐€๐‹ ๐“๐„๐๐“๐„๐‘๐€ ๐ƒ๐€๐‘๐€๐“ ๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐Ÿ/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

๐’๐”๐๐†๐€๐ˆ ๐๐”๐‹๐Ž๐‡, ๐’๐„๐‹๐€๐๐†๐Ž๐‘: Mesyuarat Provos Marsyal Tentera Darat Siri 1/2026 telah diadakan pada 10 Feb 26, bertempat di Bilik Mesyuarat 4 Rejimen Kor Polis Tentera Diraja (KPTD). Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg Brig Jen Nozri bin Senawi, Provos Marsyal Tentera Darat. Mesyuarat turut dihadiri oleh Kol Mohd Rizaudin bin Hj Mahmud, Ketua 48 Cawanagan Siasatan Jenayah, semua Pegawai Memerintah Rejimen KPTD dan semua Ahli Tetap Mesyuarat serta wakil pasukan. Agenda utama mesyuarat tertumpu kepada penilaian komprehensif terhadap prestasi operasi Polis Tentera yang telah digariskan sejak awal tahun. Selain mengukur keberkesanan pelaksanaan di lapangan, perbincangan turut memperincikan pencapaian pelan tindakan strategik dalam membendung isu salah laku jenayah serta memantapkan tahap disiplin di seluruh peringkat warga Tentera Darat.

Di samping itu, bagi memastikan KPTD kekal kompeten, mesyuarat turut membincangkan perkara berkaitan pemerkasaan penugasan pengiring KPTD agar sentiasa sejajar dengan keperluan dan kehendak perkhidmatan semasa. Agenda turut diperluaskan kepada strategi pengurangan kes tatatertib melalui peningkatan kekerapan operasi yang dilaksanakan oleh pasukan-pasukan KPTD. Dalam usaha membendung penularan gejala penyalahgunaan dadah dalam kalangan warga Tentera Darat, satu lagi pencapaian signifikan yang dibincangkan adalah kolaborasi strategik antara Pejabat Provos Marsyal TD dengan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). Melalui kerjasama ini, program ๐‘‡๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘–๐‘› ๐‘กโ„Ž๐‘’ ๐‘‡๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘–๐‘›๐‘’๐‘Ÿ iaitu Tempat Kerja Bebas Dadah (TEKAD) bakal dilaksanakan pada tahun 2026. Inisiatif murni ini bermatlamat untuk melatih Pegawai Antidadah di peringkat pasukan dan formasi dalam usaha menyekat dan membanteras penularan gejala penyalahgunaan dadah secara menyeluruh dalam kalangan warga Tentera Darat, sekali gus menterjemahkan Direktif Provos Marsyal TD yang berpaksikan konsep โ€œBerorientasikan Perkhidmatanโ€ demi membantu kecemerlangan setiap formasi.

Di akhir mesyuarat, YBhg Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kerjasama, komitmen dan idea-idea yang telah diberikan semasa mesyuarat berlangsung. Mesyuarat ini telah berakhir pada jam 1230 tengahari.

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Jalan Padang Tembak
Kuala Lumpur
50634