08/05/2026
π’ JOM HADIR!
Bahagian Hal Ehwal Pesara Polis menjemput bakal pesara dan pesara polis untuk menghadiri:
β¨ PAMERAN PROGRAM TAKLIMAT RAKAN STRATEGIK β¨
Ke arah memperkasa perancangan persaraan yang lebih terjamin dan sejahtera.
π 12 Mei 2026 (Selasa)
π 8.00 pagi β 5.00 petang
π Ruang Lobi Menara 1, Bukit Aman
Pelbagai agensi kerajaan dan swasta akan menyediakan khidmat nasihat serta informasi berkaitan:
βοΈ Persaraan & manfaat
βοΈ Kewangan & pelaburan
βοΈ Perumahan & pembiayaan
βοΈ Perlindungan & takaful
βοΈ Pelancongan & keistimewaan
βοΈ Dan banyak lagi
Jangan lepaskan peluang untuk merancang masa depan persaraan dengan lebih yakin, teratur dan sejahtera.
βBersama Merancang, Bersara Dengan Tenang, Hidup Lebih Bermaknaβ
17/02/2026
π£π₯π’ππ₯ππ πππ₯ππ¬ππͺππ₯π & πππͺππ§ππ‘ πππππππππ‘ ππππππππ‘ πππ πππͺππ π£ππ¦ππ₯π π£π’πππ¦ (ππππ£π£) ππ¨πππ§ ππ ππ‘ ππ ππ’ππ’π₯
Johor Bahru, 16 Februari 2026 β Bahagian Hal Ehwal Pesara Polis (BHEPP) Bukit Aman yang diketuai oleh SAC Alina binti Saad, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Hal Ehwal Pesara Polis) telah mengadakan Program Jerayawara Peringkat Zon Selatan di Auditorium (Aras 2), IPK Johor dengan kehadiran seramai (101) orang yang terdiri daripada Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam.
Program ini bertujuan untuk memperkukuh kefahaman mengenai fungsi, peranan dan hala tuju BHEPP. Selain itu, menyeragamkan tatacara pengurusan kebajikan pesara polis disamping dapat mewujudkan interaksi dua hala bagi perkongsian maklumat antara Bukit Aman dengan kontinjen.
Pada hari yang sama, delegasi BHEPP Bukit Aman bersama HEA/PP IPK Johor dan HEA/PP IPD Johor Bahru Selatan turut mengadakan lawatan pengesahan pesakit terlantar ke atas (3) orang pesara polis di daerah Johor Bahru Selatan iaitu L/Kpl (B) Mohd Nazsafareen Bin Hasan yang mengalami lumpuh sebelah badan, L/Kpl (B) Balasubramaniam A/L Suppiah yang terlantar akibat terjatuh, dan SM (B) Suprumaniam A/L Murugis yang menghidap demensia serta kini terlantar sakit. Lawatan ini bertujuan menilai kelayakan bantuan secara One-Off kepada pesakit terlantar di bawah Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP).
Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan Polis Diraja Malaysia dalam memastikan kebajikan pesara polis sentiasa diberi perhatian sebagai tanda penghargaan atas jasa dan pengorbanan mereka kepada negara.
03/10/2025
π£πππππ¦ππ‘πππ‘ ππ¨ππ π ππππ‘π π₯π’π‘π΅π± (ππ¨πππ΅π±) πππ£πππ π£ππ¦ππ₯π πππ‘ πππππ¦ π£π’πππ¦
Kerajaan melalui inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) telah memperkenalkan mekanisme baharu bagi menyalurkan subsidi petrol RON95 secara lebih bersasar kepada rakyat Malaysia. Program ini merupakan kesinambungan usaha Kerajaan MADANI untuk memastikan golongan yang layak terus menerima manfaat subsidi, di samping mengekang ketirisan yang berlaku kepada pihak yang tidak sepatutnya.
Masih terdapat pesara dan bekas polis yang menggunakan nombor personel polis pada lesen memandu. Sehubungan itu, pesara dan bekas polis yang terlibat diminta hadir ke mana-mana pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang berdekatan bagi menukar nombor personel kepada nombor kad pengenalan awam yang sah. Langkah ini bertujuan untuk memudahkan urusan pemberian subsidi RON95 (BUDI95).
Semua pesara serta bekas polis juga dipelawa untuk membuat semakan kelayakan dan seterusnya mendaftar di bawah inisiatif ini dengan melayari laman rasmi BUDI MADANI di pautan: https://www.budi95.gov.my
Disertakan infografik penduan pengguna sebagai rujukan. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada BHEPP di talian 03-22668387 / 8693 / 8694 atau e-mel [email protected]
Terima Kasih.
28/08/2025
HEBAHAN: PENUTUPAN JALAN SEMPENA RAPTAI SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2025
Sempena raptai Sambutan Hari Kebangsaan 2025, beberapa laluan di sekitar Dataran Putrajaya mula ditutup kepada pengguna jalan raya pada 26 hingga 29 Ogos 2025 dari jam 6.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dan raptai penuh pada 29 Ogos 2025 ditutup sepenuhnya bermula 10.00 malam sehingga 31 Ogos 2025 jam 6.00 petang.
Orang ramai khususnya pengguna jalan raya dinasihatkan supaya merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan serta mematuhi arahan pegawai serta anggota trafik yang bertugas bagi memastikan kelancaran pergerakan dan keselamatan sepanjang tempoh penutupan jalan berkenaan.
Sumber: Merdeka360
26/08/2025
HEBAHAN: PENUTUPAN JALAN SEMPENA RAPTAI SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2025
Sempena raptai Sambutan Hari Kebangsaan 2025, beberapa laluan di sekitar Dataran Putrajaya mula ditutup kepada pengguna jalan raya pada 26 hingga 29 Ogos 2025 dari jam 6.00 pagi hingga 12.00 pagi dan raptai penuh pada 29 Ogos 2025 ditutup sepenuhnya bermula 10 malam sehingga 31 Ogos 2025.
Orang ramai khususnya pengguna jalan raya dinasihatkan supaya merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan serta mematuhi arahan pegawai serta anggota trafik yang bertugas bagi memastikan kelancaran pergerakan dan keselamatan sepanjang tempoh penutupan jalan berkenaan.
Sumber: BERNAMA
24/08/2025
[HEBAHAN] PMR 2025 PERINGKAT NEGERI SEMBILAN: HARI TERAKHIR TAWARAN DISKAUN 50% SAMAN TRAFIK
Ayuh beramai-ramai ke Program MADANI Rakyat (PMR) Peringkat Negeri Sembilan yang sedang berlangsung dari 22 Ogos hingga hari ini di Dataran Nilai, Negeri Sembilan.
Jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati diskaun 50 peratus bagi saman terpilih yang ditawarkan oleh Polis Diraja Malaysia pada hari terakhir ini. Waktu operasi dari jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang.
Lunaskan tunggakan saman bagi mengelakkan anda disenarai hitam atau disekat untuk pembaharuan lesen.
Semua dijemput hadir, jumpa anda di sana!
Sumber: Kementerian Dalam Negeri (KDN)
#24082025
23/08/2025
BANK MUAMALAT SUMBANG RM30,000.00 BANTU 50 KELUARGA VETERAN ATM, PESARA POLIS DAN MEDIA
Bank Muamalat sumbang RM30,000 bantu 50 keluarga veteran ATM, pesara polis, media
Bank Muamalat menyalurkan sumbangan bernilai RM30,000 kepada 50 keluarga veteran tentera, pesara polis serta kakitangan media.