VIDEO PILIHAN: MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA
Sapaan seorang kanak-kanak membuka ruang kepada satu hubungan yang cukup bermakna antara masyarakat dan pasukan keselamatan.
Kehadiran Konstabel Mohd Suhaimi Mohd Zain dan Konstabel Mohammad Nizar Khairi Hamzah dari Balai Polis Paka memperlihatkan sisi kemanusiaan seorang anggota polis yang bukan sekadar menjaga keamanan, malah mendekati dan menyantuni jiwa-jiwa kecil.
Melentur buluh biarlah dari rebungnya, kerana daripada sentuhan ikhlas inilah lahirnya kepercayaan dan rasa hormat yang akan kekal dalam ingatan anak-anak ini hingga dewasa.
Syabas kepada kedua-dua anggota atas nilai-nilai murni yang dizahirkan, kerana di sebalik tindakan yang kecil tersirat makna besar sebuah pengorbanan yang sering tidak terlihat, namun sentiasa dirasai.
Sumber: Facebook KOMUNITI PAKA
Pasukan Simpanan Persekutuan
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pasukan Simpanan Persekutuan, Government Organization, Kuala Lumpur.
13/05/2026
Tragedi FRU: Susah dilupakan kerana babit pasukan beruniform, ramai - Bomba | Berita Harian TELUK INTAN: Genap setahun berlalu, namun tragedi kemalangan mengorbankan seramai sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Jalan Chikus-Sungai Lampam, di sini, pada 13 Mei 2025 masih terpahat dalam ingatan ramai.
12/05/2026
Genap Setahun Pemergian Wira Kita
Hari ini genap setahun sahabat kita pergi menghadap Allah SWT. Pemergiannya meninggalkan seribu kenangan dan kerinduan yang tidak mampu diganti. Segala jasa, pengorbanan dan semangat yang pernah dicurahkan akan terus terpahat dalam ingatan setiap yang mengenalinya.
Walau jasadnya telah tiada, namun nama dan baktinya tetap hidup dalam hati sahabat-sahabat seperjuangan. Semoga setiap langkah perjuangan, setiap kebaikan dan setiap pengorbanan yang pernah dilakukan menjadi amal yang mengiringinya di alam sana.
Marilah kita bersama-sama menghadiahkan Al-Fatihah dan mendoakan agar roh arwah sentiasa berada dalam rahmat serta keampunan Allah SWT.
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
“Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, sejahterakanlah dia dan maafkanlah dia.”
Semoga Allah SWT melapangkan kuburnya, menerangi alam barzakh buatnya dan menempatkannya dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
Al-Fatihah buat wira-wira kita…
Pergimu dirindui, jasamu tidak pernah dilupakan.
11/05/2026
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝟐 𝐏𝐈𝐀𝐋𝐀 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔
PULAU PINANG, 10 Mei 2026 – Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), YDH CP Dato’ Sri Mohd Yusri bin Haji Hassan Basri hadir ke Majlis Penutupan Temasya Sukan 2 Piala Ketua Polis Negara 2026 yang berlangsung di Stadium Olahraga, Universiti Sains Malaysia (USM), malam ini.
Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Negara merangkap Naib Yang Dipertua Majlis Sukan PDRM, YDH DIG Tan Sri Ayob Khan bin Mydin Pitchay.
Penganjuran temasya sukan ini mencerminkan komitmen PDRM dalam memupuk semangat kesukanan, perpaduan dan disiplin dalam kalangan warga pasukan.
Turut hadir, Pengarah Pengurusan merangkap Pengerusi Majlis Sukan PDRM, YDH CP Dato’ Sri Abdul Aziz bin Abdul Majid; Naib Canselor USM, YBhg. Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman bin Mohamed; Pengarah-pengarah Jabatan PDRM; serta pegawai kanan dan rendah polis.
11/05/2026
KPN ADAKAN LAWATAN KERJA KE BALAI POLIS KARAKIT
Kudat, 8 Mei 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Datuk Seri Panglima Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail hari ini mengadakan lawatan kerja ke Balai Polis Karakit, Sabah, di sini.
Lawatan tersebut bertujuan meninjau keadaan fasiliti serta persekitaran kerja warga Polis Diraja Malaysia di peringkat balai, selain mendapatkan maklum balas berkaitan keperluan semasa dan aspek kebajikan pegawai serta anggota bertugas.
Dalam lawatan berkenaan, beliau turut diberikan taklimat ringkas oleh Ketua Polis Daerah Kudat, Superintenden Mohd Haris Hj. Ibrahim mengenai penugasan harian di balai tersebut, termasuk isu keselamatan di kawasan sempadan di bawah tanggungjawab balai tersebut.
Beliau turut mengambil kesempatan beramah mesra bersama pegawai dan anggota bertugas sebagai tanda sokongan serta penghargaan terhadap komitmen mereka dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.
Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Datuk Jauteh Dikun, JP, Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam, Pasukan Gerakan Am (PGA) Bukit Aman, DCP Dato’ Mohamad Suzrin Mohd Rodhi, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Datuk Abdul Rahman Kassim, Komander Briged Sabah PGA, SAC Datuk Nor Omar Sappi, Komander Pasukan Polis Marin W4 Sabah, ACP Ahmad Amri Abd Rahman dan Ketua Polis Balai Karakit, ASP Mohd Yassin Sagap.
Jurugambar: Lans Koperal Bryanlie Mustin
Sejak saya berada di Kementerian Dalam Negeri, jumlah kes kewarganegaraan tertunggak telah berjaya dikurangkan daripada 50,000 kepada kurang 4,000 kes dalam tempoh tiga tahun. Oleh itu, dakwaan yang dibuat oleh pihak tertentu jelas tidak menggambarkan situasi sebenar.
Dalam kes melibatkan seorang kanak-kanak berumur 17 tahun yang diputuskan oleh mahkamah untuk diberikan kewarganegaraan, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah dan sedang melaksanakan perintah mahkamah tersebut.
Namun, gambaran seolah-olah JPN sengaja melengahkan proses adalah tidak tepat. Kes ini sememangnya berada dalam makluman JPN sejak awal. Siasatan mendapati sijil kelahiran asal diperoleh secara tidak sah melalui hospital swasta yang terlibat dalam sindiket dan telah disenarai hitam.
Mengikut undang-undang, proses mesti dimulakan dengan pengeluaran sijil kelahiran yang sah melalui pendaftaran lewat, selaras dengan Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian, sebelum proses yang seterusnya dapat dilaksanakan.
Saya ingin tegaskan, JPN akan melaksanakan sepenuhnya perintah mahkamah bagi memastikan anak ini memperoleh kewarganegaraan & tiada isu kelewatan atau keingkaran.
Fakta perlu dijelaskan, bukan diputarbelitkan.
10/05/2026
GAMBAR SEKITAR KARNIVAL PENCEGAHAN JENAYAH DAN MAJLIS PELUNCURAN TAMAN ANGKAT AMANITA KONTINJEN PULAU PINANG
Gambar sekitar Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay merasmikan Taman Angkat AMANITA sempena Karnival Pencegahan Jenayah bersama Komuniti Kontinjen Pulau Pinang yang berlangsung di Padang Kawad, Universiti Sains Malaysia, George Town, Pulau Pinang.
Program tersebut menjadi platform terbaik untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pencegahan jenayah dan memperkukuh semangat “Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada.”
Jurugambar: PDRM RMP TV
VIDEO PILIHAN: KPN HADIR MERIAHKAN MAJLIS RAMAH MESRA PM BERSAMA MASYARAKAT PULAU BANGGI
Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Datuk Seri Panglima Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail memeriahkan Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri (PM), Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersama masyarakat Pulau Banggi yang berlangsung di Dewan Terbuka Kobong, Kudat, Sabah pada 9 Mei 2026.
Majlis tersebut menjadi platform penting dalam mendekatkan kepimpinan negara dengan masyarakat setempat, di samping menyantuni penduduk dan mendengar sendiri aspirasi serta keperluan komuniti di pulau berkenaan.
Pautan TikTok: https://vt.tiktok.com/ZS9vU1gRm/
Sumber: TikTok PDRMsia_Official
Juruvideo: Lans Koperal Muhamad Afiq Abdullah
10/05/2026
SULTAN IBRAHIM MELAKAR SEJARAH KETUA NEGARA MALAYSIA PERTAMA HADIR SAMBUTAN HARI KEMENANGAN DI MOSCOW
KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim melakar sejarah apabila menjadi Ketua Negara Malaysia pertama dijemput sebagai Tetamu Kehormat ke Sambutan Ulang Tahun Ke-81 Hari Kemenangan di Moscow, Persekutuan Rusia di Dataran Merah pada hari ini (9 Mei).
Jemputan khas daripada TYT Vladimir V Putin, Presiden Persekutuan Rusia kepada Seri Paduka Baginda untuk berangkat ke sambutan berkenaan mencerminkan pengiktirafan tertinggi Kerajaan Rusia terhadap Malaysia.
Seri Paduka Baginda turut berkenan berangkat menyaksikan perarakan ketenteraan bersama Presiden Putin serta para tetamu kehormat lain.
Antara pemimpin yang hadir, Aleksandr Lukashenko, Presiden Republik Belarus; Shavkat Mirziyoyev, Presiden Republik Uzbekistan; Kassym-Jomart Tokayev, Presiden Republik Kazakhstan, Thongloun Sisoulith, Presiden Laos dan Robert Fico, Perdana Menteri Slovakia.
Hari Kemenangan disambut setiap tahun dengan penuh istiadat diiringi Perarakan Ketenteraan di Dataran Merah, Moscow.
Sambutan bersejarah ini bertujuan memperingati kemenangan Kesatuan Soviet dalam Perang Dunia Kedua dari tahun 1941 hingga 1945.
Keberangkatan Seri Paduka Baginda ke Moscow sebagai Tetamu Kehormat bukan sahaja mencerminkan kedudukan Malaysia yang semakin dihormati di persada antarabangsa, malah menzahirkan peranan Institusi Diraja yang amat penting dalam pengukuhan hubungan antarabangsa bagi manfaat bersama.
10/05/2026
𝐓𝐄𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝟐 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐋𝐔𝐍𝐂𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐀𝐌𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐏𝐃𝐑𝐌 𝐊𝐎𝐍𝐓𝐈𝐍𝐉𝐄𝐍 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍𝐆 𝟐𝟎𝟐𝟔
Tarikh : 10/05/2026 (Ahad)
Masa : 0800 Hrs
Tempat : USM Pulau Pinang
Karnival pencegahan jenayah bersama komuniti sempena temasya sukan 2 Ketua Polis Negara & majlis peluncuran taman angkat Amanita PDRM Kontinjen Pulau Pinang 2026. Karnival tersebut diadakan bertempat di Padang Kawad, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
Unit 3 PSP secara langsung terlibat dalam program ini dengan mempamerkan aset - aset tugas, antaranya Kenderan Water Cannon, barang kelengkapan tugas “head to toe” yang digunakan oleh anggota PSP semasa bertugas dalam menyuraikan rusuhan.
Semoga penglibatan Unit 3 PSP dalam program seperti ini dapat memberikan sedikit sebanyak info berkaitan PSP secara khusus kepada masyarakat dan memupuk semangat keharmonian diantara masyarakat dengan PDRM Malaysia secara amnya.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Website
Address
Kuala Lumpur
50560
