Balai Polis Sri Petaling

Balai Polis Sri Petaling

Share

Selamat Datang ke Laman Facebook Rasmi Balai Polis Sri Petaling

Photos from Polis Daerah Brickfields's post 25/11/2025

LAWATAN YDH KETUA POLIS DAERAH BRICKFIELDS KE PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA (PPS)
DEWAN KOMUNITI BANDAR BARU SRI PETALING, KUALA LUMPUR

Kuala Lumpur, 25 November 2025, jam 10.00 pagi – YDH Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Hoo Chang Hook telah mengadakan lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bertempat di Dewan Komuniti Bandar Baru Sri Petaling, Kuala Lumpur susulan insiden tanah runtuh yang berlaku di Jalan Sepadu 5, Taman United, Off Jalan Klang Lama akibat hujan lebat berterusan.

07/08/2025

BERSAMA MENCEGAH JENAYAH melalui aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP)

Volunteer Smartphone Patrol (VSP) merupakan satu inisiatif baru Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam mewujudkan kolaborasi dan kerjasama strategik mencegah jenayah bersama masyarakat tempatan sebagai rakan kolaborasi polis.

VSP ini merupakan satu aplikasi (mobile apps) dibawah Jawatankuasa Penyelarasan Kolaborasi Strategik dan PDRM telah dilantik oleh kerajaan Malaysia sebagai agensi perlaksana program ini manakala Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) pulak dilantik sebagai 'Initiative Owner'.




Photos from Balai Polis Sri Petaling's post 26/05/2025

PROGRAM ‘MEET & GREET’ BALAI POLIS SRI PETALING DI STESEN MINYAK SHELL SALAK SELATAN KUALA LUMPUR

IPD Brickfields, 26 Mei 2025 jam 11.00 pagi – Program ‘Meet & Greet’ oleh Unit Kolaborasi Balai Polis Sri Petaling telah diadakan di Stesen minyak Shell Salak Selatan Kuala Lumpur. Kpl Siti Nuramira binti Mohd Nazar bersama 2 PRP (Unit Kolaborasi) Balai Polis Sri Petaling telah hadir mengendalikan ‘Meet & Greet’ tersebut.

Program ini diadakan untuk menunjukkan kehadiran Polis di tempat tumpuan orang ramai serta dapat memberikan keyakinan kepada masyarakat mengenai keselamatan di kawasan tersebut di samping menasihati orang awam agar sentiasa berwaspada.

Dalam program ini, masyarakat turut diberikan pengetahuan mengenai trend jenayah terkini serta tips-tips pencegahan jenayah kepada pengunjung yang ditemui.Turut diedarkan risalah-risalah berkaitan seperti Buku Poket 111 Tips Mencegah Jenayah, kepada pengunjung yang ditemui.

Program ini telah berjalan dengan lancar dan berakhir dengan jayanya pada jam 11.30 pagi.




Photos from Balai Polis Sri Petaling's post 26/05/2025

PROGRAM ‘MEET & GREET’ BALAI POLIS SRI PETALING DI STESEN MINYAK PETRON KUALA LUMPUR-SEREMBAN, KUALA LUMPUR.

IPD Brickfields, 26 Mei 2025 jam 10.00 pagi – Program ‘Meet & Greet’ dari unit Kolabirasi Balai Polis Sri Petaling telah diadakan di Stesen Minyak Petron Kuala Lumpur-Seremban, Kuala Lumpur. SM Norfaizah binti Rahmat (SM Operasi dan Pencegahan) bersama 3 PRP (Unit Kolaborasi) telah hadir mengendalikan ‘Meet & Greet’ tersebut.

Program ini diadakan untuk menunjukkan kehadiran Polis di tempat tumpuan orang ramai serta dapat memberikan keyakinan kepada masyarakat mengenai keselamatan di kawasan tersebut di samping menasihati orang awam agar sentiasa berwaspada.

Dalam program ini, masyarakat turut diberikan pengetahuan mengenai trend jenayah terkini serta tips-tips pencegahan jenayah kepada pengunjung yang ditemui.

Program ini telah berjalan dengan lancar dan berakhir dengan jayanya pada jam 10.30 pagi.




Photos from Balai Polis Sri Petaling's post 26/05/2025

LAWATAN "GO TO SAFETY POINT" (GTSP) STESEN MINYAK DI DALAM PENTADBIRAN BALAI POLIS SRI PETALING, KUALA LUMPUR.

IPD Brickfields, 26 Mei 2025 jam 9.30 pagi - Program lawatan GTSP ke Stesen Minyak Petron KL Seremban, Kuala Lumpur. Lawatan telah dilakukan oleh SM Norfaizah binti Rahmat (Operasi dan Pencegahan) bersama 3 PRP (Unit Kolaborasi) Balai Polis Sri Petaling.

Objektif utama lawatan GTSP dibuat adalah untuk memastikan stesen minyak kawasan pentadbiran Balai Polis Sri Petaling selamat dan bebas dari berlakunya kes jenayah. Selain itu lawatan ini juga bertujuan untuk menyelesaikan permasalahan berkaitan keselamatan yang dihadapi oleh pengurusan pam minyak selain penyaluran maklumat jenayah kepada Polis Sri Petaling untuk diambil tindakan.

Perjumpaan ini telah berjalan dengan lancar dan pihak Polis Sri Petaling sentiasa akan membuat pemantaun ke semua stesen minyak bagi menjamin keselamatan disamping memastikan program GTSP melibatkan pam minyak dapat berjalan dengan lancarnya.

Lawatan telah berjalan dengan lancar dan berakhir pada jam 10.00 pagi.




Photos from Balai Polis Sri Petaling's post 26/05/2025

PROGRAM PELAKSANAAN AMALAN NYANYIAN LAGU NEGARAKU DAN MEMBACA IKRAR RUKUN NEGARA PERINGKAT BALAI POLIS SRI PETALING, KUALA LUMPUR

IPD Brickfields, 26 Mei 2025 jam 8.30 pagi – Bertempat di perkarangan Balai Polis Sri Petaling, Insp Yeo Joo Boon (Ketua Polis Balai Sri Petaling) bersama 27 orang Pegawai Rendah Polis Balai Polis Sri Petaling dan 2 anggota RELA telah menjayakan Program Pelaksanaan Bacaan Ikrar dan Nyanyian lagu Negaraku yang telah diilhamkan oleh Datuk Seri Shamsul Azri Bin Abu Bakar Ketua Setiausaha Negara yang baru dalam memupuk semangat cintakan negara dikalangan penjawat awam untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Program yang di jalankan adalah simbolik dalam merealsasikan amanah Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Anuar Ibrahim yang mahukan penjawat awam menyelami erti maksud cintakan negara dalam memikul tanggungjawab bersama sama mempertahankan kedaulatan negara dalam usaha membina semula negara untuk terus maju dimasa akan datang. Seterusnya selari dengan program yang dijalankan ikrar taat setia anggota telah dijalankan dalam memastikan setiap anggota patuh serta amanah dalam menjalankan kewajipan tugasan dengan tulus ikhlas untuk diterjemaahkan kepada masyarakat. Program ini telah berjalan dengan lancar dan berakhir dengan jayanya pada jam 9.00 pagi.




Photos from Balai Polis Sri Petaling's post 25/05/2025

PERJUMPAAN AMANITA BALAI POLIS SRI PETALING BERSAMA ORANG AWAM DI GELANGGANG SUKAN BLOK 7 TAMAN SRI ENDAH KUALA LUMPUR.

IPD Brickfields, 24 Mei 2025 jam 9.30 malam – Program ‘AMANITA’ Balai Polis Sri Petaling diadakan di Gelanggang Sukan Blok 7 Taman Sri Endah, Kuala Lumpur. Kpl Nuramira binti Mohd Nazar (AMANITA) telah hadir mengendalikan program 'AMANITA' tersebut.

Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk menunjukkan kehadiran Polis di tempat tumpuan orang ramai serta dapat memberikan keyakinan kepada masyarakat mengenai keselamatan di kawasan tersebut di samping menasihati orang awam agar selalu berwaspada.

Dalam program ini, masyarakat turut diberikan pengetahuan mengenai trend jenayah terkini serta tips-tips pencegahan jenayah. Turut diedarkan risalah-risalah berkaitan seperti Buku Poket 111 Tips Mencegah Jenayah, 'AMANITA' Bersama Mencegah Jenayah kepada pengunjung yang ditemui.

Program ini telah berjalan dengan lancar dan berakhir dengan jayanya pada jam 10.00 malam.




Photos from Balai Polis Sri Petaling's post 25/05/2025

PROGRAM KEMPEN PENCEGAHAN JENAYAH BALAI POLIS SRI PETALING KUALA LUMPUR

IPD Brickfields, 24 Mei 2025 jam 9.00 malam – Program Kempen Pencegahan Jenayah oleh Unit Kolaborasi Balai Polis Sri Petaling telah diadakan di Gelanggang Sukan Blok 7 Taman Sri Endah, Sri Petaling, Kuala Lumpur. Kpl Siti Nuramira binti Mohd Nazar bersama 2 PRP (Unit Kolaborasi) telah hadir mengendalikan Kempen tersebut.

Melalui program ini, masyarakat turut diberikan pengetahuan mengenai trend jenayah terkini serta tips-tips pencegahan jenayah serta menasihati orang awam yang ditemui agar sentiasa berwaspada terhadap trend jenayah terkini.

Program ini telah berjalan dengan lancar dan berakhir dengan jayanya pada jam 9.30 malam.




Photos from Balai Polis Sri Petaling's post 25/05/2025

MAJLIS RAMAH MESRA RUKUN TETANGGA TAMAN SRI ENDAH DAN ZON E SRI PETALING, KUALA LUMPUR

IPD Brickfields, 24 Mei 2025 jam 8.00 malam – Insp Yeo Joo Boon (Ketua Polis Balai Sri Petaling), bersama 3 PRP (Unit Kolabirasi) balai telah hadir ke majlis Ramah Mesra Rukun Tetangga Taman Sri Endah dan Zon E di Gelanggang Sukan Blok 7 Taman Sri Endah Kuala Lumpur.

Turut bersama YB Teresa Kok (Ahli Parlimen Seputeh), En Dzolkarnain Bin Hj Ariffin (Pengerusi KRT Sri Endah) dan Pn Linda Neo (Pengerusi KRT Zon E).

Tujuan program ini diadakan adalah bagi mengeratkan lagi hubungan baik yang terjalin antara Pihak PDRM khususnya Balai Polis Sri Petaling dengan Ahli Parlimen serta Pihak Rukun Tetangga. Turut bersuai kenal dan berinteraksi antara Pihak PDRM dengan Rukun Tetangga dan para jemputan yang hadir majlis. Majlis ini dihadiri seramai 300 orang.

Memupuk semangat kesedaran, kepercayaan serta keyakinan Rukuntetangga, masyarakat setempat terhadap PDRM bagi menyalurkan maklumat secara terus untuk mencegah gejala sosial dan jenayah dikalangan masyarakat.

Majlis berjalan lancar dan selesai pada jam 11.00 malam.




Photos from Balai Polis Sri Petaling's post 25/05/2025

PROGRAM ACARA MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN SALAK SOUTH, TAMAN SALAK SELATAN KUALA LUMPUR

IPD Brickfields, 24 Julai 2025 jam 7.30 pagi – Kpl Vellmurugan a/l Doraisamy (Penyelia) Balai Polis Sri Petaling, Kuala Lumpur telah hadir ke jemputan acara merentas desa Peringkat Sekolah Kebangsaan Salak Selatan, Kuala Lumpur.

Dalam acara merentas desa ini, kehadiran guru seramai 30 orang dan disertai oleh 300 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Salak Selatan. Seramai (6) anggota bermotosikal URB dan MPV dari Balai Polis Sri Petaling telah menjaga kawalan lalulintas bagi memastikan kelancaran aktiviti serta menjaga keselamatan pelajar-pelajar yang menyertai acara larian merentas desa.

Melalui program ini, dapat merapatkan lagi hubungan di antara pihak Polis dan pihak sekolah.

Acara merentas desa ini telah berlangsung dengan jayanya dan berakhir pada jam 11.00 pagi.




Photos from Balai Polis Sri Petaling's post 25/05/2025

PROMOSI VSP, GTSP DAN ELEMEN COMMUNITY POLICING, BALAI POLIS SRI PETALING

IPD Brickfields, 23 Mei 2025 jam 3.30 petang – Promosi VSP, GTSP dan Elemen Community Policing oleh Unit Kolaborasi Balai Polis Sri Petaling telah diadakan di Kaunter Aduan Balai Polis Sri Petaling, Kuala Lumpur. Kpl Siti Nuramira binti Mohd Nazar (Unit Kolaborasi) dan Kpl Nor Aziah binti Mat Yunus (Penyelia Kaunter Aduan) bersama 3 PRP Kaunter Aduan Balai Polis Sri Petaling telah hadir mengendalikan program tersebut.

Program ini bertujuan bagi mempromosikan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) dan pengedaran Pamphlet Go To Safety Points (GTSP) kepada pelanggan yang hadir ke Balai Polis Sri Petaling.

Selain itu turut diberikan tip-tip pencegahan jenayah kepada para pengunjung yang hadir serta nombor kecemasan yang boleh dihubungi jika berdepan dengan masalah yang memerlukan bantuan pihak Polis.

Program ini telah berjalan dengan lancar dan berakhir dengan jayanya pada jam 5.00 petang.




Photos from Balai Polis Sri Petaling's post 25/05/2025

PERJUMPAAN BERSAMA PERSATUAN PENGANUT CHIN SHUI JIN TANG TEMPLE JALAN JIRAN TAMAN GEMBIRA KUALA LUMPUR

IPD Brickfields, 23 Mei 2025 Jam 12.10 tengahari – Kpl Siti Nuramira binti Mohd Nazar bersama 2 PRP (Unit Kolaborasi) balai telah hadir ke Persatuan Penganut Shui Jin Tang Temple untuk perjumpaan bersama pihak pengurusan Shui Jin Tang Temple, Jalan Riang Ria, Taman Gembira, Kuala Lumpur.

Turut bersama Mr Lim Soon Hin dan Lim Zer Chong (Pengurusan Shui Jin Tang Temple, Jalan Riang Ria 8, Taman Gembira)

Tujuan diadakan perjumpaan bersama pihak pengurusan Shui Jin Tang Temple adalah untuk mengetahui masalah yang di hadapi serta mewujudkan kerjasama yang erat antara polis dan pihak pengurusan Shui Jin Tang Temple.

Perjumpaan ini berjalan lancar dan selesai pada jam 13.10 tengahari.




Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


17, Balai Polis Sri Petaling, Jalan Radin Anum 1, Bandar Baru Sri Petaling
Kuala Lumpur
57000