Perpustakaan INTAN Bukit Kiara

Perpustakaan INTAN Bukit Kiara

Share

The National Institute of Public Administration (INTAN) Library, Main Campus Bukit Kiara

02/12/2025

Perpustakaan INTAN Bukit Kiara Cawangan Jalan Elmu dibuka semula kepada pengguna mulai 1 Disember 2025 setelah ditutup selama beberapa bulan bagi kerja-kerja menaik taraf lantai perpustakaan. Pihak perpustakaan mengalu-alukan kehadiran warga INTAN dan JPA serta penjawat awam untuk membuat rujukan dan penyelidikan di perpustakaan yang terletak di Aras 1, Menara Elmu, INTAN Jalan Elmu.

WAKTU PERKHIDMATAN:

Isnin - Khamis : 8.00 pg. - 5.00 ptg.
* Tutup pada jam 1.00 tgh. - 2.00 ptg.

Jumaat : 8.00 pg. - 12.15 tgh.
2.45 ptg. - 5.00 ptg.
* Tutup pada jam 12.15 tgh. - 2.45 ptg.

Sabtu, Ahad dan Cuti Umum : TUTUP

Bagi sebarang pertanyaan, boleh hubungi Kaunter Perkhidmatan di talian 03-7966 1423.

Photos from Perpustakaan INTAN Bukit Kiara's post 26/11/2025

Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang bagi Pertandingan e-Kuiz, Pertandingan Foto Menarik Klik@Perpustakaan dan Pertandingan Teka Jumlah Buku sempena Karnival Wadah Wasilah Ilmu (KARWIL) dan Kempen Tahun 2025.

Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada penerima Pembaca Paling Aktif 2025!

Penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan dan penghargaan kepada Pembaca Paling Aktif Sempena Karnival Wadah Wasilah Ilmu (KARWIL) dan Kempen Tahun 2025 telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Dr. Mohd Zabri bin Yusoff, Pengarah INTAN pada Majlis Perhimpunan Bulanan INTAN Bulan November 2025 yang telah berlangsung pada 25 November 2025 di Dewan Sri Baiduri, INTAN Bukit Kiara.

Photos from Perpustakaan INTAN Bukit Kiara's post 26/11/2025

SESI BERSAMA SK TELAGA ARA, BACHOK, KELANTAN | 14 NOVEMBER 2025 | PERPUSTAKAAN INTAN BUKIT KIARA

Perpustakaan INTAN Bukit Kiara telah mengadakan sesi bersama 35 orang pelajar dan 5 orang guru SK Telaga Ara, Bachok, Kelantan sempena lawatan sambil belajar SK Telaga Ara ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya di bawah inisiatif Program Satu Kampung Satu Pemimpin (Santuni MADANI) JPA-INTAN.

Beberapa aktiviti menarik telah diadakan dalam sesi ini antaranya Literasi Maklumat, Aktiviti Silang Kata, Puzzle, Musang Berjanggut, Jom Baca 10 Minit dan lawatan sekitar perpustakaan.

Para pelajar dan guru kemudiannya diiringi ke Dewan Sri Baiduri, INTAN Bukit Kiara untuk menghadiri Majlis Penutupan Lawatan Sambil Belajar SK Telaga Ara ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya di bawah inisiatif Santuni MADANI yang disempurnakan oleh YBhg. Datuk. Dr. Mohd Zabri bin Yusoff, Pengarah INTAN.

Photos from Perpustakaan INTAN Bukit Kiara's post 21/11/2025

BENGKEL PEMANTAPAN PENGURUSAN PERPUSTAKAAN INTAN 2025 | 7-9 NOVEMBER 2025 | HOTEL LOTUS, DESARU, KOTA TINGGI, JOHOR.

Bengkel ini bertujuan untuk memperkasa modal insan Pustakawan melalui sesi latihan, penyelarasan tugas dan perkongsian ilmu, menepati TKR Pembangunan Modal Insan. Bengkel ini juga bertujuan untuk menggalakkan nilai-nilai murni dan kerja berpasukan serta akauntabiliti berlandaskan nilai-nilai ARPA seperti amanah, luhur dan arif.

Seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada Ketua Pustakawan, Pustakawan, Pembantu Pustakawan dan Pembantu Khidmat Awam dari Kampus Utama INTAN Bukit Kiara, INTAN Bukit Kiara (Cawangan Jalan Elmu), INTAN Kampus Wilayah Utara (INTURA), INTAN Kampus Wilayah Timur (INTIM), INTAN Kampus Wilayah Selatan (IKWAS) dan INTAN Kampus Sabah (INSABAH) telah menghadiri bengkel ini.

Photos from Perpustakaan INTAN Bukit Kiara's post 01/11/2025

SESI UJARAN SANTAI@INTAN SEMPENA KARNIVAL WADAH WASILAH ILMU DAN KEMPEN 2025 | 30 OKTOBER 2025 | PERPUSTAKAAN INTAN BUKIT KIARA.

Sesi Ujaran Santai@INTAN Siri 5 dan 6 yang berlangsung pada 30 Oktober 2025 merupakan sesi terakhir bagi tahun 2025. Sesi perkongsian ilmu ini mengetengahkan dua orang lagi panel jemputan yang berpengalaman dalam bidang masing-masing iaitu Encik Mohd Afdzal bin Zainal Alam dan Encik Ahmad Fedtri bin Yahya. Sesi Ujaran Santai telah diadakan secara fizikal di Perpustakaan INTAN Bukit Kiara dan disiarkan secara langsung melalui Facebook rasmi Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).

Selain Sesi Ujaran Santai, beberapa pengisian dan aktiviti lain turut diadakan bersempena dengan Karnival Wadah Wasilah Ilmu dan Kempen 2025 iaitu Hari Bertemu Pelanggan, Jom Baca Bersama 10 minit, pameran perkhidmatan JSTOR dan u-Pustaka, Roda Ilmu@INTAN, cabutan bertuah dan tayangan filem 'Babah".

Perpustakaan INTAN Bukit Kiara merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang hadir menjayakan program ini.

27/10/2025

Pejabat Pendaftar melalui Perpustakaan INTAN Bukit Kiara akan menganjurkan Sesi Ujaran Santai@INTAN sempena Karnival Wadah Wasilah Ilmu dan Kempen Tahun 2025 di Perpustakaan INTAN Bukit Kiara. Sesi kali ini akan menampilkan Encik Mohd Afdzal bin Zainal Alam, Perunding Latihan, Certified Coach dan Munsyi Muda Bahasa dari INTAN Bukit Kiara. Seorang lagi yang akan diundang untuk menjayakan program ialah figura yang sangat dikenali ramai iaitu Encik Ahmad Fedtri bin Yahya yang merupakan seorang selebriti, pengacara televisyen dan pempengaruh.

Sehubungan dengan itu, warga INTAN dan tuan/puan yang berminat adalah diundang untuk menyertai program ini. Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama mendengar perkongsian daripada kedua-dua individu hebat ini. Sila daftarkan kehadiran anda dengan mengimbas kod QR yang tertera di poster.
Peserta juga berpeluang memenangi hadiah menarik melalui cabutan bertuah yang akan diadakan nanti!

18/10/2025

Mari sertai Siri 1 Kuiz Malaysia Membaca bersempena dengan Dekad Membaca Kebangsaan Peringkat Kementerian 2025.

Terbuka kepada semua penjawat awam di Kementerian dan agensi di bawahnya. Hadiah menarik menanti anda!

Pautan Kuiz: https://forms.cloud.microsoft/r/aGH9FXeCnc


Photos from Perpustakaan INTAN Bukit Kiara's post 16/10/2025

BENGKEL LITERASI MEDIA DAN MAKLUMAT DENGAN ELEMEN AI | 15-16 November 2025 | MAKMAL SIBER 3, IMATEC, INTAN.

Bengkel anjuran Perpustakaan INTAN Bukit Kiara ini antara lain bertujuan untuk memperkenalkan konsep asas AI dan kaitannya dengan literasi maklumat dalam era digital. Selain itu ia juga bertujuan untuk meningkatkan kecekapan Pustakawan dan petugas perpustakaan dalam melaksanakan tugasan harian melalui penggunaan AI.

Bengkel ini dikendalikan oleh penceramah profesional dan berpengalaman daripada Seksyen Latihan Perkhidmatan Digital, IMATEC, INTAN, iaitu TS. Dr. Mariayee Doraisamy, Perunding Latihan Kanan, Puan Siti Nadiah Alsadat binti Shukkran Hilmi dan Puan Farah Ain binti Mohd Tajudin, Perunding Latihan. Bengkel telah dihadiri oleh seramai 30 orang peserta daripada pelbagai agensi/jabatan.

Photos from Perpustakaan INTAN Bukit Kiara's post 09/10/2025

SESI TAKLIMAT PERPUSTAKAAN KEPADA KADET PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENGURUSAN AWAM (DPA) INTAN TAHUN 2025/2026.

Perpustakaan INTAN Bukit Kiara telah mengadakan sesi taklimat kepada seramai 156 orang Kadet Program DPA INTAN Tahun 2025/2026 pada 7 Oktober 2025 (Selasa) bertempat di Auditorium INTAN Bukit Kiara bermula jam 8.30 pagi hingga 10.30 pagi.
Sesi taklimat ini diketuai oleh Encik Azli bin Abd Rahim, Ketua Pustakawan INTAN. Sejurus selesai sesi taklimat, Kadet DPA dibawa melawat ke Perpustakaan INTAN Bukit Kiara. Taklimat dan sesi lawatan ini bertujuan untuk memberi maklumat dan pendedahan kepada Kadet DPA mengenai latar belakang, visi, misi dan objektif Perpustakaan INTAN Bukit Kiara serta koleksi, perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan oleh perpustakaan termasuk perkhidmatan u-Pustaka.
Pada akhir sesi taklimat, turut diadakan Kuiz Kahoort yang mengandungi 25 soalan berkaitan dengan Perpustakaan INTAN Bukit Kiara dan perkhidmatan u-Pustaka. Program DPA INTAN 2025/2026 akan berlangsung selama sepuluh bulan dan dijangka akan tamat pada bulan Julai 2026.

04/09/2025

ππ„ππ†πŠπ„π‹ π‹πˆπ“π„π‘π€π’πˆ πŒπ„πƒπˆπ€ 𝐃𝐀𝐍 πŒπ€πŠπ‹π”πŒπ€π“ 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 π„π‹π„πŒπ„π π€πˆ

πŸ”Ή Kursus ini terbuka kepada semua penjawat awam gred 1 -14 (SSM: 11 - 54).

πŸ”Ή Objektif:

i) Memperkenalkan konsep asas AI dan kaitannya dengan literasi maklumat dalam era digital.

ii) Meningkatkan kecekapan pustakawan dan petugas perpustakaan dalam melaksanakan tugasan harian melalui penggunaan AI.

iii) Memberi latihan praktikal dalam mencipta bahan promosi perpustakaan secara kreatif menggunakan AI.

iv) Membimbing peserta mengenai pengurusan koleksi dan metadata secara pintar dan automatik.

v) Menyedarkan peserta tentang isu etika, keselamatan data dan cabaran AI dalam pengurusan perpustakaan.

πŸ“ŒPendaftaran dan maklumat lanjut mengenai kursus ini boleh dibuat melalui pautan:-

https://www.dtims.intan.my/detail_course/zbk3YOC8JEzkFZsk

πŸ“ž Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Urus Setia di talian:
πŸ“± En. Alias Mahmood ditalian πŸŽπŸ‘-πŸπŸŽπŸ–πŸ’πŸ•πŸπŸ”πŸ– atau Puan Linda Mamat ditalian πŸŽπŸ‘-πŸπŸŽπŸ–πŸ’πŸ•πŸπŸ”πŸ“

𝐉𝐨𝐦 𝐝𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫 𝐬𝐞𝐀𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠!!!








Photos from Perpustakaan INTAN Bukit Kiara's post 03/09/2025

Sesi Ujaran Santai (sesi keempat) sempena Karnival Wadah Wasilah Ilmu telah berlangsung pada 26 Ogos 2025 yang lalu di Perpustakaan INTAN Bukit Kiara. Sesi ini telah menampilkan Puan Siti Mizalwa Idris atau lebih dikenali sebagai Wawa Idris, seorang perunding imej dan pempengaruh terkenal yang telah menyampaikan topik bertajuk TRANSFORM YOU: Imej Hebat, Impak Besar.

Sebelum sesi bermula, satu taklimat berkaitan dengan perkhidmatan pangkalan data ProQuest telah disampaikan oleh Puan Bismayazan Abu Bakar Shedek dari Access Dunia Sdn. Bhd.

Perpustakaan INTAN Bukit Kiara mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah hadir menjayakan program dan diharapkan semoga para peserta telah memperolehi ilmu yang bermanfaat daripada perkongsian dua orang penceramah jemputan ini.

22/08/2025

Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) melalui Perpustakaan INTAN Bukit Kiara akan menganjurkan Sesi Ujaran Santai sempena Karnival Wadah Wasilah Ilmu di Perpustakaan INTAN Bukit Kiara sebagaimana kesempatan berikut:

Tarikh : 26 Ogos 2025 (Selasa)
Masa : 9.00 pagi - 1.00 tengah hari
Tempat : Perpustakaan INTAN Bukit Kiara

Kali ini pihak kami akan membawakan Perunding Imej dan Pempengaruh popular, WAWA IDRIS dengan topik menarik TRANSFORM YOU: Imej Hebat, Impak Besar.

Sehubungan dengan itu, pihak kami dengan sukacitanya mengundang tuan/puan yang berminat untuk menghadiri program ini untuk mendaftar melalui pautan https://tinyurl.com/DaftarWawaIdris atau dengan mengimbas kod QR yang tertera dalam poster.

Sekian, terima kasih.

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Jalan Bukit Kiara
Kuala Lumpur
50480