Jabatan Ukur dan Pemetaan WPKL/Putrajaya
Pemacu Kesejahteraan Rakyat dan Pembangunan Negara
20/04/2026
𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐓𝐈𝐌𝐁𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐔𝐊𝐔𝐑 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐈 | LSr Dr. HAJI AHMAD SANUSI BIN CHE COB
Sekalung penghargaan diucapkan kepada LSr Dr. Haji Ahmad Sanusi bin Che Cob, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I atas segala jasa dan bakti sepanjang menjalankan tugas sebagai Timbalan Pengerusi Lembaga Jurukur Tanah Malaysia (LJT) dari 26 Februari 2024 sehingga 3 April 2026. Jasamu dikenang, budimu tak terbilang, semangatmu dijulang, kepimpinanmu gemilang.
Ihklas daripada seluruh warga Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia.
20/04/2026
𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗧𝗜𝗠𝗕𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗨𝗞𝗨𝗥 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗠𝗘𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗜𝗜 | LSr HAJI MUHAMMAD SALIM BIN MOHAMMED ASARI
Sekalung tahniah diucapkan kepada YBrs. LSr Haji Muhammad Salim bin Mohammed Asari, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II kerana telah memulakan tugas sebagai Timbalan Pengerusi Lembaga Jurukur Tanah Malaysia (LJT) berkuat kuasa pada 6 April 2026 bersamaan 17 Syawal 1447H.
Seluruh warga JUPEM merakamkan ucapan syabas dan tahniah atas pelantikan ini.
15/04/2026
𝐓𝐀𝐊𝐋𝐈𝐌𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐔𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑 𝐉𝐔𝐏𝐄𝐌 𝐓15/2023 : 𝐌𝐀𝐊𝐌𝐀𝐋 𝐔𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐋𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐔𝐊𝐔𝐑 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐓𝐀𝐀𝐍
14 April 2026 | Bilik Persidangan Tingkat 15, Wisma JUPEM
Satu taklimat Pengurusan Perubahan Tender JUPEM T15/2023 : Makmal Ujian Peralatan Ukur dan Pemetaan telah diadakan pada 14 April 2026 bertempat di Bilik Persidangan, Tingkat 15, Wisma JUPEM, Kuala Lumpur.
Taklimat yang dirasmikan oleh Pengarah Ukur Bahagian Kadaster, YBrs. LSr Mohd Nazri bin Othman ini telah dihadiri pegawai Bahagian-Bahagian Ibu Pejabat JUPEM secara fizikal dan semua Juruukur Daerah JUPEM Negeri secara atas talian.
Sepanjang sesi taklimat, para peserta telah didedahkan dengan aspek pengenalan, kepentingan dan pelan pengurusan perubahan projek JUPEM T15/2023 serta pembangunan Sistem Pengurusan Makmal Ujian Peralatan Ukur dan Pemetaan – MyPilar
Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia JUPEM
Jupem Wpkl Putrajaya
21/03/2026
SELAMAT HARI JURUUKUR SEDUNIA TAHUN 2026
"Hari Juruukur Sedunia atau Global Surveyors' Day diraikan pada 21 Mac setiap tahun bagi memartabatkan dan memberikan penghargaan kepada profesion Juruukur di seluruh dunia.
Semoga sambutan ini terus menyuntik semangat untuk memperkukuh profesionalisme Juruukur dalam memacu pembangunan negara"
YB DATO' SRI ARTHUR JOSEPH KURUP
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
21/03/2026
𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇/𝟐𝟎𝟐𝟔
Mentari pagi menyinari desa,
Burung berkicau terbang beriringan;
Syawal tiba membawa bahagia,
Menyatu hati mengeratkan hubungan.
Segala tugas telah dilaksana,
Sepanjang masa penuh cabaran;
Jika tersalah tutur bicara,
Ampun dipohon penuh keikhlasan.
Dihari mulia kita bersua,
Menyusun jari tanda kemaafan;
Moga ukhuwah terus terpelihara,
Dalam harmoni dan kesejahteraan.
Akhir kata kami titipkan doa,
Agar hidup sentiasa diberkati Tuhan;
Selamat Hari Raya Aidilfitri semua,
Maaf zahir dan batin dipohonkan.
Ikhlas Daripada Kami:
*JUPEM WPKL/PUTRAJAYA*
𝐓𝐀𝐊𝐁𝐈𝐑 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐉𝐔𝐏𝐄𝐌 𝐖𝐏𝐊𝐋/𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔/𝟏𝟒𝟒𝟕
19/03/2026
𝗦𝗜𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗟𝗔𝗡𝗚𝗦𝗨𝗡𝗚 : 𝗖𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔𝗡 𝗛𝗜𝗟𝗔𝗟 𝗦𝗬𝗔𝗪𝗔𝗟 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛 | 19 MAC 2026
Ayuh bersama-sama saksikan LIVE di TikTok rasmi JUPEM dan lihat sendiri proses kerja teknikal cerapan hilal Syawal sebelum pengumuman Hari Raya Aidilfitri dibuat.
Jangan lupa, bersama kami petang ini;
📅 𝟭𝟵 𝗠𝗮𝗰 𝟮𝟬𝟮𝟲 (𝗞𝗵𝗮𝗺𝗶𝘀)
🕰 𝗯𝗲𝗿𝗺𝘂𝗹𝗮 𝟱.𝟰𝟱 𝗽𝗲𝘁𝗮𝗻𝗴
📍 𝗣𝘂𝘁𝗿𝗮𝗷𝗮𝘆𝗮 𝗜𝗻𝘁𝗲𝗿𝗻𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹 𝗖𝗼𝗻𝘃𝗲𝗻𝘁𝗶𝗼𝗻 𝗖𝗲𝗻𝘁𝗿𝗲 (𝗣𝗜𝗖𝗖)
@ TikTok JUPEM
Ikuti penerangan teknikal dan demonstrasi cerapan oleh pegawai-pegawai JUPEM dalam usahapenentuan tarikh 1 Syawal 1447H.
Bersama pasukan JUPEMedia dengan kerjasama JUPEM Jabatan Ukur dan Pemetaan WPKL/Putrajaya dan Jabatan M***i Wilayah Persekutuan.
👍 Like, share & tag keluarga serta rakan-rakan supaya tak terlepas momen penting ini.
𝙎𝙀𝙇𝘼𝙈𝘼𝙏 𝙃𝘼𝙍𝙄 𝙍𝘼𝙔𝘼 𝘼𝙄𝘿𝙄𝙇𝙁𝙄𝙏𝙍𝙄
𝙎𝙀𝙇𝘼𝙈𝘼𝙏 𝙃𝘼𝙍𝙄 𝙅𝙐𝙍𝙐𝙐𝙆𝙐𝙍 𝙎𝙀𝘿𝙐𝙉𝙄𝘼
12/03/2026
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐍𝐔𝐑 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍 𝐉𝐔𝐖𝐏𝐊𝐋/𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀 : 𝐂𝐄𝐑𝐀𝐌𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 & 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐆𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐁𝐔𝐑 𝐋𝐀𝐌𝐁𝐔𝐊 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇/𝟐𝟎𝟐𝟔𝐇
Surau Al-Muqarrabin | 10 Mac 2026
Program Nur Ramadan JUWPKL/Putrajaya 1447H telah berlangsung dengan meriah pada 12 Mac 2026 bertempat di Surau Al-Muqarrabin, Wisma JUPEM.
Program ini diadakan bagi menyemarakkan bulan Ramadan dengan pelbagai pengisian bermanfaat seperti ceramah Ramadan, majlis tahlil, sesi soal jawab serta pengagihan bubur lambuk kepada para peserta.
Selain menambah ilmu dan penghayatan Ramadan, program ini turut menjadi platform untuk mengeratkan ukhuwah dan semangat kebersamaan dalam kalangan warga JUPEM WPKL/Putrajaya.
Semoga program seumpama ini terus memberi manfaat dan keberkatan kepada semua.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Website
Address
Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia, Wisma JUPEM, Jalan Sultan Yahya Petra
Kuala Lumpur
50578
