11/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐)
PUTRAJAYA, 30 APR 26 โ Tahniah diucapkan kepada Yang Berbahagia Brigedier Jeneral Ts. Sharuddin bin Mohd Noh, Ketua Jurutera Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) atas penganugerahan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM), iaitu pengiktirafan tertinggi dalam bidang Kemahiran Malaysia.
Penganugerahan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap komitmen dan usaha beliau dalam memperkasakan bidang TVET serta pembangunan kemahiran anggota RAJD melalui pelaksanaan Program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang kini dijenamakan sebagai Akademi Dalam Industri (ADi) bersama Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Beliau juga turut mencetuskan idea penglibatan anggota RAJD dalam pelaksanaan program Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) disamping mewujudkan hubungan usahasama antara RAJD dengan JPK.
Kejayaan ini secara tidak langsung menjadi pemangkin semangat dan inspirasi kepada seluruh warga kor untuk terus meningkatkan kompetensi diri dengan memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) sehingga ke peringkat Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM).
Usaha berterusan ini selaras dengan aspirasi melahirkan anggota RAJD yang kompeten, berkemahiran tinggi serta memiliki nilai tambah untuk kegunaan dalam perkhidmatan dan juga selepas persaraan kelak.
Disediakan oleh Sel Latih RAJD
11/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐)
KUALA LUMPUR, 7 Mei 26 โ Ketua Jurutera, Brigedier Jeneral Ts. Sharuddin bin Mohd Noh telah menerima Kunjungan Hormat daripada Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Datuk Ir. Abdul Kadir bin Mohd Din, FASc di Pejabat Ketua Jurutera, Wisma Pertahanan hari ini. Turut hadir mengiringi Pengerusi SPAN iaitu Kol Mohd Nizam bin Mat Daud, KRJ Rejimen Pakar RAJD (AW) dan Lt Kol Shaifful Nizam bin Abdul Kholid Pen Peg Memerintah 60 Rejimen Pakar RAJD (AW).
Kunjungan Hormat ini merupakan pendekatan kerjasama secara menyeluruh melibatkan pihak kerajaan dan agensi dalam nenangi isu dalam konteks pengunaan air. Ianya juga memperlihatkan keupayaan 60 Rejimen Pakar Air (AW) amnya dan Rejimen Askar jurutera Diraja (RAJD) khasnya dalam mengendalikan situasi yang acapkali berlaku di negara kita iaitu pengurusan sumber air, kawalan pencemaran dan penyediaan bekalan air yang mencukupi
Sesi berlangsung dengan penuh informatif dan interaktif masing-masing berkongsi idea dalam memperkasakan pasukan 60 Rejimen Pakar Air (Askar Wataniah) terutamanya pemggunaan air secara lestari dan keberkesanaan tindakan jika berlaku krisis air. Kunjungan hormat ini diakhiri dengan acara bergambar, menandatangi buku lawatan dan penyampaian cendera kenangan.
-Disediakan oleh Sel Koordinasi, Jab RAJD.
11/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐๐๐๐) ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
Kuala Lumpur, 4 Mei 2026 โ Ketua Jurutera, Brig Jen Ts. Sharuddin bin Mohd Noh telah mengadakan lawatan kebajikan ke atas seorang PTTK 91 Rejimen Bantuan RAJD di Hospital Kuala Lumpur.
Sjn Mohd Azalan bin Mohd Zain merupakan atlet Paralimpik Malaysia bagi acara memanah yang kini menjalani latihan di Pusat Kecemerlangan Paralimpik Kampung Pandan. Beliau telah dimasukkan ke hospital akibat pendarahan di bahagian kepala. Walau bagaimanapun, keadaan beliau kini dilaporkan stabil dan telah dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk menjalani fisioterapi serta pemantauan rapi oleh pakar perubatan.
Lawatan kebajikan ini membuktikan komitmen berterusan Rejimen Askar Jurutera Diraja dalam memastikan kebajikan warga sentiasa diberi perhatian dan tidak dipinggirkan. Dalam lawatan tersebut, Ketua Jurutera turut menyampaikan sumbangan serta buah tangan sebagai tanda penghargaan dan sokongan.
Program lawatan kebajikan seperti ini bukan sahaja memberi sokongan moral kepada warga RAJD yang sedang diuji dengan cabaran kesihatan, malah memperkukuhkan semangat kebersamaan dan keprihatinan dalam kalangan warga RAJD terhadap warganya yang memerlukan bantuan.
Turut hadir semasa lawatan kebajikan ini ialah Pegawai Memerintah 91 Rejimen Bantuan RAJD, Kol Mohd Syahrizzat bin Sabudin dan Pegawai-pegawai Kanan RAJD.
03/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐ ๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ (๐๐๐๐๐) ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐๐, ๐๐ ๐๐ฉ๐ซ๐ข๐ฅ ๐๐๐๐ - Delegasi Naziran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Gaji dan Elaun, Dr. Nor Azlin Mohammad Shamsuddin telah mengadakan lawatan ke pasukan 12 Skn RAJD (CBRNe) bersempena cadangan mewujudkan Bayaran Insentif HAZMAT kepada pasukan ini.
Ketibaan delegasi telah disambut oleh Komander Jurutera Medan Barat (KJMB) serta Pegawai Pemerintah 12 Skn RAJD (CBRNe), sebelum program dimulakan dengan sesi bergambar sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan.
Seterusnya, delegasi dibawa ke Bilik Gerakan pasukan bagi mengikuti taklimat menyeluruh berhubung keupayaan pasukan, struktur organisasi, peranan utama, penugasan semasa serta tahap kesiapsiagaan operasi 12 Skn RAJD (CBRNe) dalam menghadapi sebarang insiden melibatkan ancaman kimia, biologi, radiologi, nuklear dan bahan letupan.
Delegasi seterusnya dibawa menyaksikan demonstrasi kepakaran CBRNE yang merangkumi Operasi Peperangan Konvensional, Operasi Melawan Keganasan serta Operasi ๐ป๐ข๐๐๐๐๐ก๐๐๐๐๐ ๐ด๐ ๐ ๐๐ ๐ก๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐ท๐๐ ๐๐ ๐ก๐๐ ๐
๐๐๐๐๐ (HADR). Demonstrasi tersebut secara tidak langsung memperlihatkan tahap profesionalisme, kecekapan serta kesiapsiagaan anggota dalam melaksanakan tugas berisiko tinggi.
Program diteruskan dengan lawatan ke pameran aset dan kelengkapan operasi yang digunakan oleh pasukan dalam melaksanakan misi CBRNE. Delegasi turut diberikan penerangan berhubung fungsi setiap aset, keupayaan teknikal serta kepentingannya dalam sesuatu operasi. Selain itu, delegasi turut dibawa melawat Makmal SIBCRA bagi melihat kemudahan sedia ada yang digunakan untuk tujuan latihan, pengenalpastian serta pengendalian sampel bahan kimia dan biologi.
Majlis disempurnakan dengan sesi jamuan makan serta ucapan penghargaan oleh KJMB kepada pihak delegasi dan diakhiri dengan sesi tandatangan buku lawatan di Bilik Gerakan pasukan. Diharapkan agar cadangan Bayaran Insentif HAZMAT ini dapat direalisasikan bagi menghargai komitmen, kepakaran dan pengorbanan anggota dalam menghadapi ancaman CBRNE.
Disediakan oleh
12 ๐๐๐ ๐
๐ด๐ฝ๐ท (๐ถ๐ต๐
๐๐)
30/04/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ & ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
๐๐ฎ๐๐ฅ๐ ๐๐ฎ๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ซ: Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) sekali lagi membuktikan komitmen dan kepakaran dalam bidang pertahanan apabila turut serta dalam CBRNE Arena sempena Pameran DSA & NATSEC 2026 yang berlangsung di MITEC bermula 20 sehingga 23 April 2026 yang lalu. CBRNE Arena ini telah dirasmikan oleh Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Datoโ Mohamad Suria bin Mohamad Saad pada hari pertama, menandakan kepentingan arena tersebut sebagai wadah perkongsian ilmu dan demonstrasi keupayaan pertahanan negara.
Dalam arena berkenaan, pihak penganjur CBRNE Arena telah menjemput pegawai RAJD untuk berkongsi pengetahuan dan informasi iaitu Kol Ts. Norhelmi bin Ismail yang telah memberi perkongsian bertajuk โIntegrating Man, Machine and Method in CBRNE Operation: Malaysia Experienceโ dan Lt Kol Shaifful Nizam bin Abd Kholid yang memberi perkongsian bertajuk โThe Future of Army CBRNE: Role, Structure and Capabilitiesโ. Perkongsian ini bukan sahaja memberi pencerahan kepada para hadirin, malah memperkukuh kedudukan RAJD sebagai pusat rujukan dalam bidang kejuruteraan tentera dan kesiapsiagaan menghadapi ancaman moden.
Selain itu Tim dari 12 Skn RAJD (CBRNE) turut mengambil bahagian dalam demonstrasi CBRNE, memperlihatkan kepakaran serta kesiapsiagaan dalam menghadapi ancaman kimia, biologi, radiologi, nuklear dan bahan letupan. Ia menjadi bukti nyata bahawa RAJD sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan demi keselamatan negara dan rakyat.
Penglibatan RAJD dalam arena ini mencerminkan usaha berterusan untuk mempertingkatkan keupayaan dan kesiapsiagaan serta membina jaringan kerjasama dengan agensi awam dan swasta yang lain. Ia juga selaras dengan pendekatan โWhole of Government dan Whole of Societyโ atau WOGOS yang menekankan kolaborasi menyeluruh antara sektor kerajaan, swasta dan penglibatan masyarakat dalam meningkatkan kesiapsiagaan dan keupayaan negara dalam menghadapi ancaman CBRNE. RAJD berbangga dapat memainkan peranan penting dalam memastikan pertahanan negara sentiasa berada di tahap terbaik, seiring dengan cabaran keselamatan global masa kini.
30/04/2026
๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐/๐๐๐๐
๐๐๐๐๐๐ : Sesi Dialog Sarjan Mejar Rejimen Tentera Darat (SMR TD), PW I Mohamad Fauzi A. Rahman bersama penuntut Kursus Bakal Pegawai Tidak Tauliah Kanan (BPTTK) Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Siri 40/2026 telah diadakan bertempat di Dewan Jurutera, Institut Kejuruteraan Medan Tentera Darat (IKEM), Kem Mahkota pada 29 Apr 26.
Program ini merupakan salah satu inisiatif kepimpinan bagi memberikan pendedahan secara langsung kepada bakal pemimpin Lain-lain Pangkat (LLP) tentang peranan dan hala tuju kepimpinan organisasi ketenteraan dalam mendepani cabaran.
Dialog dua hala ini membuka ruang komunikasi yang lebih jelas antara kepimpinan tertinggi LLP Tentera Darat dan bakal PTTK selaras dengan usaha memperkasakan budaya profesionalisme dan peranan PTTK sebagai tulang belakang pasukan.
Selain sesi dialog bersama SMR TD, turut diadakan perjumpaan penuntut BPTTK bersama SMR Terkanan RAJD, PW I Amir Zaman Khan Rahmatullah Khan turut diadakan.
Program diserikan dengan larian sejauh 4 kilometer dan perjumpaan tersebut diakhiri dengan sesi kunjungan hormat oleh SMR TD kepada Komandan IKEM.
Turut hadir SMR IKEM, PW I Mohamad Hassan dan Penyelia Pembangunan Jab RAJD PW I Tc. Azna Sah bin Shahar.
-Institut Kejuruteraan Medan Tentera Darat
30/04/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
KUALA LUMPUR: Jab RAJD telah menganjurkan Bengkel Penulisan Majalah Sapper Tahun 2026 pada 27 hingga 29 Apr 26 bertempat di Bilik Mesyuarat LoC, MK RAJD Pakar (AW).
Majalah Sapper merupakan jurnal RAJD yang memaparkan artikel-artikel berkualiti hasil karya warga RAJD dan kali terakhir diterbitkan pada tahun 2024. Bagi meneruskan kesinambungan jurnal dan artikel, Majalah Sapper akan diterbitkan semula pada tahun 2026. Tema artikel adalah inovasi dan menjurus kepada Kita Berusaha Untuk Menang (We Strive We Win).
Bengkel ini telah menghimpunkan ahli Tim Sidang Redaksi dan peserta dari pasukan-pasukan RAJD. Bengkel ini dianjurkan sebagai platform kolaboratif untuk memperkukuhkan keseragaman idea, menyelaras standart penulisan, sesi perbincangan dan sesi penyuntingan sebelum penerbitan Majalah Sapper. Ini bagi memastikan setiap pengisian majalah berkualiti dan selari dengan objektif.
๐ฟ๐๐จ๐๐๐๐๐ ๐๐ฃ ๐ค๐ก๐๐ ๐๐๐ก ๐ผ๐ ๐
๐๐ ๐๐ผ๐
๐ฟ
#๐๐๐๐ข๐ก๐๐๐
#๐๐๐๐ข๐ ๐โ๐๐๐๐๐๐๐๐๐โ
29/04/2026
PERBARISAN HUT RAJD KE-73 PERINGKAT ZON SARAWAK
Kuching: Seramai 8 Pegawai dan 93 anggota Lain-lain Pangkat (LLP) RAJD telah terlibat dalam Perbarisan Hari Ulang Tahun (HUT) Rejimen Askar Jurutera DiRaja (RAJD) Ke-73 Peringkat Zon Sarawak bertempat di Padang Kawad 3 Skn RAJD, Kem Penrissen, Kuching, Sarawak pada 22 Apr 26.
Detasmen perbarisan selain daripada RAJD 1 Div, ianya turut disertai oleh Pegawai dan anggota LLP RAJD dari pasukan 91 UPKAT. Pembacaan perutusan Pengerusi RAJD telah disempurnakan oleh Kol Jurutera PMTTD iaitu Kol Khairi Anuar bin Yahya. Melalui perutusan tersebut, boleh dirumuskan bahawa dalam melaksanakan tugas tanggungjawab sebagai Peg dan anggota LLP RAJD, Pengerusi RAJD telah menggariskan lima keutamaan yang perlu dititikberatkan iaitu:
1. Disiplin sebagai teras kekuatan organisasi.
2. Tindakan segera berbanding perancangan sempurna.
3. Kecemerlangan melalui pematuhan arahan dan perintah.
4. Tumpuan kepada tugasan.
5. Keseimbangan dalam kepimpinan (fizikal, mental, emosi).
Dengan berpegang kepada prinsip-prinsip ini, nescaya kor RAJD akan sentiasa berada pada tahap kesiapsiagaan yang tinggi serta berkeupayaan melaksanakan setiap misi dengan berkesan dalam "Kita Berusaha Untuk Menang".
Mengakhiri ucapan, Kol Jurutera PMTTD menyatakan matlamat utama warga Sappers menyambut hari ulang tahun adalah dengan bersyukur kerana dapat meneruskan legasi dan melaksanakan peranan yang diberikan dengan cemerlang. Turut hadir adalah TKRJ 1 Div, Lt Kol Azman bin Abdullah, Lt Kol Mohd Faris bin Ismail, Pen Peg Mem 91 UPKAT, Lt Kol Mohd Redzuan bin Mohamad Ya'akob, PS 1 Senggaraan Struktur PMTTD, Mej Ir Rodziah binti Mohamad, Peg Pem Skn Pakar Air RAJD (AW), Peg dan anggota LLP dari unit KLR sekitar Kuching, RAJD Pakar (AW), Pesara-pesara RAJD dan seluruh warga RAJD 1 Div.
Acara diteruskan dengan jamuan makan dan acara pemotongan kek Sempena HUT RAJD Ke-73 yang diadakan di Garaj DBK 3 Skn RAJD.
29/04/2026
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ (๐๐) ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐
๐๐๐ฅ๐๐ค๐, ๐๐ ๐๐ฉ๐ซ๐ข๐ฅ ๐๐๐๐ โ Sejarah tercipta apabila Markas RAJD Pakar (AW) melalui 60 Rej Pakar Air RAJD (AW) menerima Anugerah Rakan Perkhidmatan Air sempena Hari Air Sedunia 2026. Penganugerahan berprestij ini disampaikan oleh YAB Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri kepada YBhg Brigedier Jeneral Ts. Sharuddin bin Mohd Noh, Ketua Jurutera diiringi oleh Kolonel Mohd Nizam bin Mat Daud, KRJ Markas RAJD Pakar (AW).
Pengiktirafan ini menjadi simbol kecekalan dan kepakaran pasukan 60 Rej Pakar Air RAJD (AW) dalam memastikan kelangsungan bekalan air negara walau berdepan banjir, kemarau atau krisis kecemasan. Dari rawatan air hingga pemulihan sistem terjejas, rejimen ini sentiasa menjadi benteng harapan rakyat.
Lebih daripada sekadar operasi, rejimen ini turut membina masa depan industri air dengan melatih operator perkhidmatan agar lebih cekap dan bersedia menghadapi cabaran. Inilah semangat resilience dan national readiness yang menjadi tunjang keselamatan negara.
Sinergi antara pertahanan dan sektor air ini adalah bukti bahawa kesejahteraan rakyat lahir daripada kerjasama strategik โ mendukung konsep Whole of Government, Whole of Society (WOGOS) demi perlindungan infrastruktur kritikal dan kesejahteraan bersama.
Disediakan oleh 60 Rej Pakar Air RAJD (AW)
29/04/2026
๐๐๐ง๐ ๐ฅ๐ข๐๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐ง๐ข๐ญ๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐ฆ ๐๐๐ฆ๐๐ฎ๐ญ๐๐ง ๐๐๐ซ๐ข ๐๐๐ง๐ข๐ญ๐ ๐๐๐ง๐ญ๐๐ซ๐ ๐๐๐ซ๐๐ญ ๐๐๐๐ โ๐๐๐ง๐ข๐ญ๐ ๐๐๐ซ๐ฐ๐ข๐๐๐ฐ๐, ๐๐๐ง๐๐จ๐ซ๐จ๐ง๐ ๐๐๐ฎ๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ฅ๐๐ง ๐๐โ
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐: Ketua Jurutera bersama 12 pegawai wanita dan 23 anggota lain-lain pangkat (pranita) Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) telah terlibat dalam menjayakan Sambutan Hari Wanita Tentera Darat (TD) 2026 yang bertemakan โWanita Berwibawa, Pendorong Keunggulan TDโ.
Sambutan tersebut telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Azhan Haji Md Othman, bertempat di Auditorium Wisma Pertahanan pada 24 April 2026. Dalam amanatnya, PTD menekankan kepentingan memperkukuh penglibatan wanita Tentera Darat termasuk warga wanita RAJD dalam bidang kepimpinan, teknologi dan operasi, selaras dengan keperluan pertahanan masa kini yang semakin dinamik.
Program turut diisi dengan tiga syarahan utama yang memfokuskan kepada peranan wanita dalam menyokong pembangunan Angkatan Masa Hadapan, pemanfaatan teknologi seperti Internet of Things (IoT) serta kepentingan kesiapsiagaan fizikal dan mental melalui konsep โFit to Fightโ.
Penglibatan wanita RAJD dalam sambutan ini mencerminkan komitmen berterusan kor dalam melahirkan anggota wanita yang berwibawa, kompeten dan berdaya tahan dalam mendepani cabaran semasa serta memperkukuh keupayaan pertahanan negara.
Sambutan ini secara keseluruhannya menjadi platform strategik dalam memperkasa profesionalisme dan kredibiliti wanita Tentera Darat amnya dan Wanita RAJD khasnya agar terus relevan dan unggul dalam landskap pertahanan moden.
28/04/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐
KUALA LUMPUR, 25 APRIL 2026 โ Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) telah menerima lawatan rasmi Pasukan Kejuruteraan Angkatan Tentera Persekutuan Rusia dari 21 hingga 25 April 2026. Lawatan ini merupakan yang pertama ke RAJD dan berfokus kepada pengukuhan kerjasama dalam bidang kejuruteraan ketenteraan, meliputi perkongsian kepakaran, doktrin, latihan serta pembangunan keupayaan.
Delegasi Rusia diketuai oleh Lt Jen Stavitsky Yuri Mikhailovich, Chief of Engineering Troops, manakala RAJD diketuai oleh Brig Jen Ts. Sharuddin bin Mohd Noh, Ketua Jurutera. Sepanjang lawatan, delegasi bersama pegawai Kedutaan Rusia di Malaysia telah melaksanakan beberapa aktiviti utama termasuk sesi taklimat dan perbincangan dua hala, lawatan fasiliti serta demonstrasi keupayaan Counter-Improvised Explosive Device (C-IED) yang bertempat di 91 Rejimen Bantuan RAJD, Kem Batu Kentonmen.
Delegasi turut menghadiri sambutan Hari Ulang Tahun RAJD ke-73, di samping mengadakan kunjungan hormat kepada Timbalan Panglima Tentera Darat Malaysia serta melawat Muzium Tentera Darat dan pameran Defence Services Asia (DSA) di MITEC Kuala Lumpur.
Secara keseluruhannya, lawatan ini telah mencapai objektif dengan menekankan aspek pertukaran ilmu, pengalaman serta pengukuhan hubungan strategik dalam bidang kejuruteraan ketenteraan di bawah RAJD. Delegasi Rusia turut menyatakan penghargaan terhadap tahap profesionalisme dan layanan yang diberikan oleh Tentera Darat Malaysia.