15/05/2026
SSM BERI TAKLIMAT DAN BUKA KAUNTER PERKHIDMATAN SEMPENA PROGRAM PROGRAM KEMAHIRAN PENJANAAN PENDAPATAN 2026
Ipoh, 15 Mei 2026 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Perak telah menyampaikan taklimat serta membuka reruai pameran sempena Program Kemahiran Penjanaan Pendapatan (KIRANA) Tahun 2026 pada 28 April 2026.
Program anjuran Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Perak ini bertujuan memberi bimbingan dan latihan kepada wanita dalam meningkatkan kemahiran serta memperluas peluang dalam bidang keusahawanan, di samping memperkukuh tahap ekonomi dan kesejahteraan sosial peserta.
Dalam program ini, SSM Perak turut menyampaikan sesi pengenalan dan pendedahan berkaitan perniagaan kepada seramai 32 peserta, yang disampaikan oleh Puan Ramona Rambli, merangkumi kepentingan pendaftaran perniagaan, pematuhan serta kemudahan perkhidmatan digital melalui sistem EzBiz Online.
Pada masa yang sama, reruai pameran SSM turut menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada peserta termasuk pengaktifan akaun pengguna EzBiz Online, pendaftaran perniagaan di bawah Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP), penukaran alamat e-mel, tetapan semula kata laluan serta khidmat nasihat berkaitan pendaftaran perniagaan.
15/05/2026
SSM KEDAH LAKSANA OPERASI PEMERIKSAAN BERSEPADU BERSAMA MDP
Pendang, 15 Mei 2026 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Kedah telah melaksanakan operasi pemeriksaan bersepadu bersama Majlis Daerah Pendang (MDP) di Pekan Kubur Panjang, Kedah pada 29 April 2026.
Pelaksanaan operasi ini merupakan kerjasama strategik berterusan antara SSM Negeri Kedah dan MDP dalam memastikan perniagaan yang beroperasi sentiasa mematuhi undang-undang yang dikuatkuasakan oleh kedua-dua agensi.
Sebanyak 19 premis perniagaan telah diperiksa dalam operasi ini. Hasil pemeriksaan, SSM telah mengeluarkan sembilan notis kompaun bagi kesalahan di bawah Akta Syarikat 2016 dan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.
Operasi ini disertai oleh 16 pegawai dan anggota penguat kuasa daripada kedua-dua agensi. Operasi diketuai oleh Encik Zulkapli Salim, Pengurus Seksyen Penguatkuasaan SSM Negeri Kedah, bersama Encik Masril Safizam Md. Saad daripada Majlis Daerah Pendang.
14/05/2026
BEKAS PENGARAH SYARIKAT DIDAKWA ATAS KESALAHAN MEMBERI MAKLUMAT PALSU KEPADA PENDAFTAR
Seorang bekas pengarah syarikat didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada 13 April 2026 dengan satu pertuduhan di bawah Seksyen 593(b) Akta Syarikat 2016 kerana memberi maklumat palsu kepada Pendaftar Syarikat.
SSM ingin mengingatkan orang awam bahawa tindakan pendakwaan akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati memberikan pernyataan, maklumat atau laporan yang palsu atau mengelirukan kepada SSM.
14/05/2026
SSM PERAK DEKATI KOMUNITI PEDALAMAN MELALUI PROGRAM OSC
Gerik, 14 Mei 2026 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Perak telah menyertai Program One Stop Centre (OSC) Sejahtera Sosial Keluarga Angkat Daerah Hulu Perak di Sekolah Menengah Kebangsaan Kenering, Kampung Lawin, Perak pada 25 April 2026.
Program anjuran Pejabat Daerah dan Tanah Gerik ini melibatkan penyertaan pelbagai agensi sebagai rakan strategik dalam memperkukuh kesejahteraan sosial komuniti, khususnya di kawasan pedalaman.
Menerusi program ini, SSM Perak telah membuka Kaunter Bergerak Pendaftaran Perniagaan bagi menyediakan khidmat nasihat serta penerangan berkaitan pendaftaran dan pematuhan perniagaan kepada masyarakat setempat.
Penyertaan SSM Perak dalam program ini memudahkan masyarakat mendapatkan perkhidmatan SSM di samping meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan pendaftaran perniagaan secara sah.
Kaunter perkhidmatan ini dikendalikan oleh Encik Mohd Yuzaini Yusuf, Encik Zulhilmi Zabidi dan Puan Amirah Afiqah Besar yang turut memberikan penerangan secara langsung kepada pengunjung.
14/05/2026
KENYATAAN MEDIA: SSM INFOSESSION 2026 ZON TIMUR PERKUKUH KEFAHAMAN INDUSTRI TERHADAP PERKHIDMATAN DAN PEMBEKALAN MAKLUMAT KORPORAT
14/05/2026
SSM SABAH ANJUR OPERASI PEMERIKSAAN BERSEPADU BERSAMA KPDN, JABATAN PENGANGKUTAN JALAN DAN POLIS DIRAJA MALAYSIA
Kota Kinabalu, 14 Mei 2026 - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Sabah telah menganjurkan Operasi Pemeriksaan Bersepadu bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 28 April 2026.
Operasi pemeriksaan bersepadu tersebut dijalankan bertujuan bagi memastikan pematuhan terhadap akta-akta yang dikawal selia oleh agensi penguatkuasaan yang terlibat terhadap premis perniagaan aksesori dan alat ganti kenderaan di sekitar Kota Kinabalu, Sabah.
Operasi melibatkan lapan anggota penguat kuasa SSM Sabah yang diketuai oleh Encik Mohamad Khairunnizat Khori, Pengurus Seksyen Penguatkuasaan SSM Sabah, empat anggota KPDN, 10 anggota JPJ dan dua anggota PDRM.
Sebanyak 13 premis telah diperiksa dan hasil pemeriksaan mendapati sebanyak dua kompaun telah dikeluarkan ke atas dua premis yang melanggar keperluan dibawah seksyen 30, Akta Syarikat 2016.
14/05/2026
𝐥𝐁𝐁𝐌 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝐇𝐈𝐌𝐏𝐔𝐍 𝟔𝟎 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓𝐀𝐍 🌺
Bah urang Sabah! Hujung minggu ni kalau inda tau mau pigi mana, jom bah kita serbu SICC! 🛍️✨
Bawa satu family datang ke Program Inspirasi Beli Barangan Malaysia! Ada lebih 60 usahawan tempatan yang bawa macam-macam produk terbaik . Makanan ada, kraftangan pun ada, memang banyak pilihan ba!
Inilah masa kita support produk lokal kita sendiri. Kualiti bukan kaleng-kaleng, harga pun memang berbaloi! 💪
📍 Tempat: Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu
🗓️ Tarikh: 16–17 Mei 2026
⏰ Masa: 9.00 Pagi – 6.00 Petang
Jangan lupa share sama kawan-kawan kamurang yang kaki shopping tu 😆
Mari bah sama-sama support, beli dan bangga dengan produk Malaysia! 🤝❤️
Jumpa kamu di sana bah! 🙌
13/05/2026
RUANG PEJABAT UNTUK DISEWA DI MENARA SSM SARAWAK
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ingin mempelawa orang ramai untuk menyewa ruang pejabat SSM Negeri Sarawak.
Kemudahan Fasiliti:
- Parkir Berbumbung
- Surau Lelaki dan Wanita (Tingkat 9)
- Bilik Latihan (Tingkat 9)
- Bilik Mesyuarat (Tingkat 9)
- Kawalan Keselamatan
- CCTV (Common Area)
Lokasi Berhampiran:
- Klinik Kesihatan Tanah Putih
- Surau Darul Hasan, Kampung Sungai Periok
- Hotel Penview
- Pasaraya
- Restoran
- Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching
Bagi sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai-pegawai berikut:
En. Mohd Alliff Khatt - 017-8565421
En. Norman Iba - 011-19857678
13/05/2026
𝑺𝑨𝑻𝑼 𝑯𝑼𝑩, 𝑷𝑬𝑳𝑩𝑨𝑮𝑨𝑰 𝑴𝑨𝑵𝑭𝑨𝑨𝑻! 📣✨
𝑲𝑼𝑵𝑱𝑼𝑵𝑮𝑰 𝑰𝑵𝑺𝑷𝑰𝑹𝑨𝑺𝑰 𝑩𝑬𝑳𝑰 𝑩𝑨𝑹𝑨𝑵𝑮𝑨𝑵 𝑴𝑨𝑳𝑨𝒀𝑺𝑰𝑨 𝑺𝑨𝑩𝑨𝑯 2026!
Bah, ini kali la! Program IBBM di SICC kali ni bukan setakat jualan barang tempatan saja, tapi dorang bawa pengisian yang paling extra untuk kita semua warga Sabah. SICC akan jadi hub paling meriah hujung minggu ni!
Lebih istimewa gais, 𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐬𝐦𝐢𝐚𝐧 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐬𝐞𝐦𝐩𝐮𝐫𝐧𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐘𝐀𝐁 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 𝐒𝐞𝐫𝐢 𝐏𝐚𝐧𝐠𝐥𝐢𝐦𝐚 𝐇𝐚𝐣𝐢𝐣𝐢 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐍𝐨𝐨𝐫, 𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝟏𝟔 𝐌𝐞𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐒𝐚𝐛𝐭𝐮), 𝐣𝐚𝐦 𝟐.𝟎𝟎 𝐩𝐞𝐭𝐚𝐧𝐠.
Jadi, jangan kamu sampai lambat k!
Apa yang menarik menanti kamurang? Kami spill semua sudah ni. Tiada lagi rahsia antara kita, semua info ada dalam poster!
📅 Tarikh: 16 - 17 Mei 2026
⏰ Masa: 9.00 Pagi - 6.00 Petang
Sambil support produk lokal, sambil kita enjoy aktiviti yang disediakan.
Mana tau rezeki kamurang bawa balik hadiah cabutan bertuah kan? 🎁😉
𝑱𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒍𝒖𝒑𝒂, 𝒌𝒊𝒕𝒂 𝒋𝒖𝒎𝒑𝒂 𝒅𝒊 𝒔𝒂𝒏𝒂!