Jabatan Penerangan PAS Pusat

Directions

Jabatan Penerangan PAS Pusat Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Jabatan Penerangan PAS Pusat, Political organisation, Kuala Lumpur.

KENYATAAN MEDIA PEMBATALAN PENDAFTARAN PERIKATAN NASIONAL1. PAS mengecam tindakan kerajaan membatalkan pendaftaran Perik...
21/10/2026

KENYATAAN MEDIA

PEMBATALAN PENDAFTARAN PERIKATAN NASIONAL

1. PAS mengecam tindakan kerajaan membatalkan pendaftaran Perikatan Nasional (PN) melalui suatu notis daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) bertarikh 20 Oktober 2026.

2. ⁠PAS kesal dengan tindakan ini yang dilihat mendahului keputusan mahkamah, menghadkan hak demokrasi yang dijamin Perlembagaan, sekaligus memperlihatkan ketakutan yang sedang memuncak di pihak kerajaan.

3. ⁠Dalam hal ini, PAS mengesahkan segala aspek pentadbiran dan pengurusan PN dijalankan secara teratur dan mengikut perlembagaan parti, manakala keharmonian dalam kalangan parti anggota amat utuh, kecuali satu pihak yang telah menyisihkan diri dan berpaling arah.

4. ⁠Segala langkah seterusnya, termasuk persiapan menghadapi PRN Melaka dan tindakan di mahkamah bagi mencabar keputusan ini akan diambil secara bersama dengan parti-parti PN yang sehaluan.

5. ⁠PAS menghargai sokongan ahli, penyokong dan pengundi atas pagar yang mengharapkan berlaku perubahan dalam kepimpinan negara, serta menyeru semua pihak untuk menghormati undang-undang dan lunas demokrasi.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 10 Jamadilawal 1448 / 21 Oktober 2026

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merakamkan ucapan selamat hari lahir kepada Presiden PAS, YB Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru ...
20/10/2026

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merakamkan ucapan selamat hari lahir kepada Presiden PAS, YB Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, yang menyambut ulang tahun kelahiran pada 20 Oktober 1947.

Semoga Allah SWT sentiasa melimpahkan rahmat dan keberkatan, mengurniakan kesihatan yang baik, memanjangkan usia dalam ketaatan serta memberikan kekuatan dan ketabahan untuk terus memimpin dan menyebarkan cahaya Islam demi kesejahteraan ummah.

Semoga segala usaha dan perjuangan beliau terus dipermudahkan serta diberkati Allah SWT.

16/10/2026

Ahli Parlimen Kemaman, YAB Dato' Seri Ir Dr Ahmad Samsuri Mokhtar tekankan keadilan pengagihan peruntukan dalam perbahasan Belanjawan 2027.

PAS RAKAM UCAPAN TAKZIAH BUAT KELUARGA TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMADPAS merakamkan ucapan takziah buat keluarga YABhg Tun ...
28/09/2026

PAS RAKAM UCAPAN TAKZIAH BUAT KELUARGA TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD

PAS merakamkan ucapan takziah buat keluarga YABhg Tun Dr Mahathir bin Mohamad atas pemergian isteri, ibu dan juga nenek tercinta YABhg Tun Dr Siti Hasmah Binti Mohamad Ali di Institut Jantung Negara pagi ini.

Allahyarhamah yang juga direkodkan sebagai wanita pertama di Malaysia yang berkhidmat sebagai pegawai perubatan kerajaan turut memainkan peranan dalam membantu menaikkan martabat wanita Malaysia merangkumi pelbagai bidang seperti kesihatan, pendidikan dan juga ekonomi sepanjang YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad bergelar Perdana Menteri.

Ahli-ahli PAS khususnya dan seluruh warganegara umumnya turut merasa kehilangan Ibu Negara ini. Semoga roh YABhg Tun Dr Siti Hasmah ditempatkan bersama para solehin.

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَجِعُونَ

"Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya lah kami kembali."

Terima kasih.

Takiyuddin Hassan
Setiausaha Agung PAS

Bertarikh: 28 September 2026

Salam TakziahParti Islam Se-Malaysia (PAS) merakamkan ucapan takziah atas pemergian YAB Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali ...
28/09/2026

Salam Takziah

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merakamkan ucapan takziah atas pemergian YAB Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali yang telah kembali ke rahmatullah pada 28 September 2026 bersamaan 16 Rabiul Awal 1448H, jam 9.20 pagi tadi di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.

Semoga agar Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh beliau, mengampunkan segala dosa, menerima segala amal kebajikan serta menempatkan beliau dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Semoga seluruh ahli keluarga diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi saat yang penuh dukacita ini.

Al-Fatihah.

KENYATAAN MEDIAPAS mendapat maklum tentang suatu notis tunjuk sebab dalam tempoh 30 hari bertarikh 22 September 2026 yan...
24/09/2026

KENYATAAN MEDIA

PAS mendapat maklum tentang suatu notis tunjuk sebab dalam tempoh 30 hari bertarikh 22 September 2026 yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) terhadap Perikatan Nasional (PN), menurut subseksyen 13 (2) Akta Pertubuhan 1966 [Akta 832], berikutan aduan daripada Parti Bersatu Pribumi Malaysia (BERSATU).

PAS turut mendapat maklum akan suatu perintah penggantungan serta merta terhadap PN oleh ROS, bertarikh 23 September 2026.

PAS yakin notis dan perintah yang dikeluarkan pada tarikh yang sama dengan pengumuman dan pembubaran DUN Melaka itu akan diuruskan mengikut peruntukan undang-undang dan proses perundangan sewajarnya oleh Parti Perikatan Nasional.

Atas prinsip musyawarah dan akauntabiliti, PAS juga akan bersama-sama parti komponen dalam PN yang bertanggungjawab bagi meneliti dan mengambil segala langkah yang wajar mengikut lunas undang-undang dan peraturan yang ditetapkan terutamanya Akta Pertubuhan 1966 bagi memenuhi matlamat dan objektif penubuhan dan perjuangan PN.

PARTI ISLAM SE-MALAYSIA (PAS)

24 September 2026

SUDAHKAH PAS bersedia dengan negara Islam perjuangannya?Inilah soalan paling kerap ditanyakan. Bukan hanya persoalan ke ...
22/09/2026

SUDAHKAH PAS bersedia dengan negara Islam perjuangannya?

Inilah soalan paling kerap ditanyakan. Bukan hanya persoalan ke Putrajaya, sehingga ada yang bertanya siapa ketua kerajaannya, Perdana Menterinya, hala tujunya (road map), atau rangka tindakannya (blueprint). Disebabkan jawapannya tidak ada dan tidak kelihatan, maka tidak boleh dipercayai, padahal Rasulullah SAW juga dicabar sepertinya.

Baca selanjutnya:
https://harakahdaily.net/2026/09/22/mana-model-negara-islam-perjuangan-pas/

Address

Kuala Lumpur
50350

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Penerangan PAS Pusat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share