Jabatan Penerangan PAS Pusat

Jabatan Penerangan PAS Pusat

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Jabatan Penerangan PAS Pusat, Political organisation, Kuala Lumpur.

14/05/2026

BICARA DUNIA ISLAM:
Ke Manakah Hala Tuju Iran & Timur Tengah?

Photos from Jabatan Penerangan PAS Pusat's post 14/05/2026

🔥 KELANTAN BAKAL BERGEGAR! 🔥

Satu pentas…
Satu perjuangan…
Satu gelombang ilmu yang bakal menyentuh hati ribuan manusia! ✨

Kehadiran insan yang dinanti-nantikan,
Abdul Somad bakal menggegarkan bumi Kelantan dalam siri UAS Kelantan Tour 2026! 🌙🔥

📍 Dari Pantai Sri 7, Tumpat
📍 Ke Masjid Beijing, Rantau Panjang
📍 Hingga ke Pasir Puteh

Bersedia untuk lautan manusia, laungan selawat, air mata keinsafan dan ledakan semangat ummah yang luar biasa! đź’š

Ini bukan sekadar ceramah…
Ini adalah gelombang kebangkitan jiwa!⚡

đź—“ MEI 2026
Jangan jadi orang yang hanya dengar cerita…
Jadilah sebahagian daripada sejarah!

Tag keluarga, sahabat & geng anda sekarang! 👇

13/05/2026

Sumber - NIK MUHAMMAD ZAWAWI BIN SALLEH

KENYATAAN MEDIA
YB DR NIK MUHAMMAD ZAWAWI BIN SALLEH
13 Mei 2026 | 25 Zulkaedah 1447H

Merujuk kepada kontroversi berkaitan pengucapan saya baru-baru ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para tuan guru, asatizah, sahabat-sahabat serta seluruh masyarakat yang telah memberikan teguran, nasihat dan pandangan kepada saya.

Saya mengakui bahawa saya kurang cermat dalam mengolah maklumat serta penyampaian ketika memberikan kenyataan tersebut. Justeru itu, saya dengan rendah hati memohon maaf atas kekhilafan tersebut.

Saya sama sekali tidak berniat untuk menjatuhkan maruah atau menghina insan-insan terpilih yang dimuliakan oleh Allah SWT.

Tujuan asal kenyataan saya hanyalah untuk menjelaskan serta memberikan penekanan mengenai kehebatan risalah Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW dalam mengubah sosio budaya masyarakat jahiliah kepada kehidupan yang lebih mulia dan berperadaban.

Saya mengambil tanggungjawab penuh terhadap perkara ini sebagai kekhilafan peribadi saya, dan ia sama sekali tidak berkaitan dengan pendirian Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mahupun kepimpinannya.

Semoga Allah SWT mengampunkan segala kekhilafan saya dan menerima segala usaha kita semua dalam menyampaikan dakwah dengan hikmah dan kebijaksanaan.

YB Dr Nik Muhammad Zawawi Bin Salleh
Ahli Parlimen Pasir Puteh

10/05/2026

Selamat Hari Ibu buat seluruh insan istimewa yang bergelar ibu, emak, umi, mama, mummy dan seumpamanya.

Di sebalik lahirnya anak-anak yang berjaya dan keluarga yang bahagia, hadir pengorbanan seorang ibu yang tidak pernah mengenal erti penat dan lelah.

Kasih sayang, didikan serta doa seorang ibu adalah kekuatan besar dalam membina generasi yang beriman, berakhlak dan berbakti kepada masyarakat.

Sesungguhnya Islam meletakkan martabat ibu pada kedudukan yang sangat tinggi. Segala pengorbanan yang dicurahkan dalam membesarkan anak-anak dan mengurus keluarga merupakan amanah mulia yang besar ganjarannya di sisi Allah SWT.

Semoga seluruh ibu sentiasa dikurniakan kesihatan, ketenangan, kekuatan dan rahmat daripada Allah SWT dalam meneruskan perjuangan mendidik keluarga dan ummah.

Selamat Menyambut Hari Ibu. ❤️

07/05/2026

"Apa yang dilakukan sekarang, Umno sedia meninggalkan asas Islam dan Melayu, laksana mencabut paku lantai kerana bekerjasama dengan parti liberal seperti PKR dan parti yang melampau sekularnya seperti DAP kerana mahukan kedudukan, bukan kuasa dalam kerajaan."

Baca selanjutnya:
https://harakahdaily.net/2026/05/07/umno-rumah-yang-dicabut-paku-lantai/

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Kuala Lumpur
50350