Wanita Tentera Darat Rasmi

Wanita Tentera Darat Rasmi

Share

Laman ini bertujuan untuk menyalurkan segala maklumat dan hebahan berkaitan Wanita Tentera Darat

27/04/2026

HENTIKAN DERA: MEMPERKUKUH DISIPLIN TANPA KEKERASAN DALAM PERKHIDMATAN

Tentera Darat menegaskan bahawa pembentukan disiplin dalam perkhidmatan hendaklah dilaksanakan secara profesional berlandaskan prinsip kepimpinan beretika tanpa sebarang unsur kekerasan. Sebarang bentuk penderaan sama ada melalui tindakan fizikal mahupun tekanan psikologi adalah bercanggah dengan nilai integriti, tata kelakuan serta piawaian kepimpinan yang menjadi asas kekuatan dan kredibiliti organisasi ketenteraan.

Penguatkuasaan tindakan tatatertib secara tegas selaras dengan perundangan perlu dilaksanakan dan disokong oleh mekanisme pencegahan yang komprehensif termasuk pemantauan berterusan dan sistem pelaporan yang berkesan.

Selaras dengan itu, pendekatan Detect and Deter (Mengesan dan Mencegah) diaplikasikan sebagai strategi utama dalam membendung isu penderaan. Pendekatan ini menekankan tindakan mengesan (detect) bagi mengenal pasti risiko dan petunjuk awal melalui pemantauan serta analisis di samping mencegah (deter) melalui langkah proaktif seperti peningkatan kesiapsiagaan, kehadiran kepimpinan dan penguatkuasaan yang berkesan.

Usaha bersepadu ini selari dengan aspirasi merealisasikan Angkatan Masa Hadapan - Domain Daratan (AMH-D2) yang berteraskan profesionalisme, integriti dan kesejahteraan warga, sekali gus memastikan organisasi kekal relevan, berdaya tahan dan diyakini.

Photos from Wanita Tentera Darat Rasmi's post 25/04/2026

β€œπ™‹π™€π™ˆπ™€π™π™†π˜Όπ™Žπ˜Όπ˜Όπ™‰ π™’π˜Όπ™‰π™„π™π˜Ό π˜½π™π™†π˜Όπ™‰ π™‡π˜Όπ™‚π™„ π™Žπ˜Όπ™π™ π™‹π™„π™‡π™„π™ƒπ˜Όπ™‰, π™π™€π™π˜Όπ™‹π™„ π™Žπ˜Όπ™π™ π™†π™€π™‹π™€π™π™‡π™π˜Όπ™‰ π™Žπ™π™π˜Όπ™π™€π™‚π™„π™†β€

Petikan dari Ucapan Jen Dato’ Azhan bin Hj Md Othman, Panglima Tentera Darat semasa Perasmian Sambutan Hari Wanita Tentera Darat Tahun 2026 yang telah berlangsung pada 24 Apr 26 bertempat di Auditorium Wisma Pertahanan.

Sambutan ini dihadiri seramai 500 orang Wanita TD dari seluruh formasi. Sambutan pada tahun ini dimulai dengan amanat daripada PTD serta perasmian majlis diikuti dengan persembahan drumline dari Brassband Wanita RSD.

Majlis diteruskan dengan sesi syarahan daripada Mej Jen Dato’ Azudin bin Hassan, AKS G1 merangkap Penasihat JKHEWTD dengan tajuk Peranan Wanita TD dalam Mendokong Aspirasi Angkatan Masa Hadapan-Domain Daratan (AMH D2).

Kemudian di sebelah petang, syarahan disampaikan oleh Prof Madya Ts. Dr. Suriati Paiman dari Universiti Putra Malaysia dengan tajuk Internet of Things: Pemerkasaan Wanita TD Dalam Bidang Teknologi Ke Arah Memperkukuh Keupayaan AMH. Syarahan terakhir dengan tajuk Fit to Fight: Kesiapsagaan Wanita TD Dalam Menuju AMH telah disampaikan oleh Dr. Nurhafizah binti Hamzah dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

Sambutan ini juga dimeriahkan dengan pameran pendidikan dan kesihatan, serta acara derma darah di foyer wisma.

Turut hadir pada perasmian majlis ialah Lt Jen Dato’ Mohamad Suria bin Mohamad Saad, Timbalan Panglima TD, Lt Jen Dato’ Ahmad bin Abu Bakar, Ketua Staf TD serta Pengarah-pengarah Kor/Rejimen.


Photos from Tentera Darat Malaysia's post 25/04/2026
24/04/2026

Montaj Pencapaian Wanita Tentera Darat Sempena Sambutan Hari Wanita Tentera Darat Tahun 2026 diiringi lagu bertajuk Lembayung Srikandi yang digubah khas untuk Wanita TD.

Photos from Berita Tentera Darat Malaysia's post 24/04/2026
24/04/2026
21/04/2026
Photos from Angkatan Tentera Malaysia's post 09/04/2026
Photos from Wanita Tentera Darat Rasmi's post 08/04/2026

MESYUARAT KOORDINASI SAMBUTAN HARI WANITA TENTERA DARAT DAN MAJLIS RAMAH MESRA PERINGKAT JAWATANKUASA HAL EHWAL WANITA TENTERA DARAT

2 Apr 26 - Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita TD (JKHEWTD) telah melaksanakan Mesyuarat Koordinasi Sambutan Hari Wanita Tentera Darat Tahun 2026 bertempat di Dewan Seri Menanti, Wisma Perwira RSD.

Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan pengisian bagi pelaksanaan Sambutan Hari Wanita TD Tahun 2026 yang akan dilaksanakan dalam masa yang terdekat.

Mesyuarat disusuli dengan Majlis Ramah Mesra Peringkat JKHEWTD bersempena dengan bulan syawal yang masih berlangsung disamping meraikan Exco Hal Ehwal Agama JKHEWTD iaitu Mej (Ustazah) Kamarulzama binti Mohamed Hashim yang akan bercuti bagi menamatkan perkhidmatan pada bulan April ini.

Mesyuarat turut dihadiri oleh barisan Exco JKHEWTD dan barisan Pengerusi JKHEW Kor dan Rejimen.

07/04/2026

Under the theme β€œEnhancing Operational Readiness Through Inclusive Leadership,” MAFIS 2026 brings together defence professionals from Malaysia and international partners to exchange strategic perspectives and operational insights in today’s evolving security environment.

The symposium can also be streamed live on the official MAF page, providing wider access to key discussions and insights from defence leaders and experts.

Stay tuned and follow us for live updates!







United Nations, Kementerian Pertahanan Malaysia, Department of National Defence

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


Markas Tentera Darat, Wisma Pertahanan Jalan Padang Tembak
Kuala Lumpur
50634