27/04/2026
HENTIKAN DERA: MEMPERKUKUH DISIPLIN TANPA KEKERASAN DALAM PERKHIDMATAN
Tentera Darat menegaskan bahawa pembentukan disiplin dalam perkhidmatan hendaklah dilaksanakan secara profesional berlandaskan prinsip kepimpinan beretika tanpa sebarang unsur kekerasan. Sebarang bentuk penderaan sama ada melalui tindakan fizikal mahupun tekanan psikologi adalah bercanggah dengan nilai integriti, tata kelakuan serta piawaian kepimpinan yang menjadi asas kekuatan dan kredibiliti organisasi ketenteraan.
Penguatkuasaan tindakan tatatertib secara tegas selaras dengan perundangan perlu dilaksanakan dan disokong oleh mekanisme pencegahan yang komprehensif termasuk pemantauan berterusan dan sistem pelaporan yang berkesan.
Selaras dengan itu, pendekatan Detect and Deter (Mengesan dan Mencegah) diaplikasikan sebagai strategi utama dalam membendung isu penderaan. Pendekatan ini menekankan tindakan mengesan (detect) bagi mengenal pasti risiko dan petunjuk awal melalui pemantauan serta analisis di samping mencegah (deter) melalui langkah proaktif seperti peningkatan kesiapsiagaan, kehadiran kepimpinan dan penguatkuasaan yang berkesan.
Usaha bersepadu ini selari dengan aspirasi merealisasikan Angkatan Masa Hadapan - Domain Daratan (AMH-D2) yang berteraskan profesionalisme, integriti dan kesejahteraan warga, sekali gus memastikan organisasi kekal relevan, berdaya tahan dan diyakini.
25/04/2026
βπππππππΌππΌπΌπ ππΌππππΌ π½πππΌπ ππΌππ ππΌππ ππππππΌπ, ππππΌππ ππΌππ ππππππππΌπ ππππΌπππππβ
Petikan dari Ucapan Jen Datoβ Azhan bin Hj Md Othman, Panglima Tentera Darat semasa Perasmian Sambutan Hari Wanita Tentera Darat Tahun 2026 yang telah berlangsung pada 24 Apr 26 bertempat di Auditorium Wisma Pertahanan.
Sambutan ini dihadiri seramai 500 orang Wanita TD dari seluruh formasi. Sambutan pada tahun ini dimulai dengan amanat daripada PTD serta perasmian majlis diikuti dengan persembahan drumline dari Brassband Wanita RSD.
Majlis diteruskan dengan sesi syarahan daripada Mej Jen Datoβ Azudin bin Hassan, AKS G1 merangkap Penasihat JKHEWTD dengan tajuk Peranan Wanita TD dalam Mendokong Aspirasi Angkatan Masa Hadapan-Domain Daratan (AMH D2).
Kemudian di sebelah petang, syarahan disampaikan oleh Prof Madya Ts. Dr. Suriati Paiman dari Universiti Putra Malaysia dengan tajuk Internet of Things: Pemerkasaan Wanita TD Dalam Bidang Teknologi Ke Arah Memperkukuh Keupayaan AMH. Syarahan terakhir dengan tajuk Fit to Fight: Kesiapsagaan Wanita TD Dalam Menuju AMH telah disampaikan oleh Dr. Nurhafizah binti Hamzah dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.
Sambutan ini juga dimeriahkan dengan pameran pendidikan dan kesihatan, serta acara derma darah di foyer wisma.
Turut hadir pada perasmian majlis ialah Lt Jen Datoβ Mohamad Suria bin Mohamad Saad, Timbalan Panglima TD, Lt Jen Datoβ Ahmad bin Abu Bakar, Ketua Staf TD serta Pengarah-pengarah Kor/Rejimen.
08/04/2026
MESYUARAT KOORDINASI SAMBUTAN HARI WANITA TENTERA DARAT DAN MAJLIS RAMAH MESRA PERINGKAT JAWATANKUASA HAL EHWAL WANITA TENTERA DARAT
2 Apr 26 - Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita TD (JKHEWTD) telah melaksanakan Mesyuarat Koordinasi Sambutan Hari Wanita Tentera Darat Tahun 2026 bertempat di Dewan Seri Menanti, Wisma Perwira RSD.
Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan pengisian bagi pelaksanaan Sambutan Hari Wanita TD Tahun 2026 yang akan dilaksanakan dalam masa yang terdekat.
Mesyuarat disusuli dengan Majlis Ramah Mesra Peringkat JKHEWTD bersempena dengan bulan syawal yang masih berlangsung disamping meraikan Exco Hal Ehwal Agama JKHEWTD iaitu Mej (Ustazah) Kamarulzama binti Mohamed Hashim yang akan bercuti bagi menamatkan perkhidmatan pada bulan April ini.
Mesyuarat turut dihadiri oleh barisan Exco JKHEWTD dan barisan Pengerusi JKHEW Kor dan Rejimen.
07/04/2026
Under the theme βEnhancing Operational Readiness Through Inclusive Leadership,β MAFIS 2026 brings together defence professionals from Malaysia and international partners to exchange strategic perspectives and operational insights in todayβs evolving security environment.
The symposium can also be streamed live on the official MAF page, providing wider access to key discussions and insights from defence leaders and experts.
Stay tuned and follow us for live updates!
United Nations, Kementerian Pertahanan Malaysia, Department of National Defence