25/03/2026
Hai semua!
Kami memerlukan segera pekerja sambilan untuk menggosok pakaian sekolah penghuni secara mingguan.
1 set pakaian dibayar upah sebanyak RM2.00.
Peralatan menggosok disediakan.
Jika berminat, boleh menghubungi wakil pengurusan di talian 03-91743523 atau 013-2318524 (pesanan mesej sahaja).
17/03/2026
HOMEMADE COOKIES WITH LOVE : MISI KUIH RAYA
26 Februari 2025 - 10 Mac 2026
Aktiviti ini melibatkan penghuni dalam penyediaan kuih raya secara bersama sama sempena sambutan Aidilfitri. Aktiviti ini dilaksanakan secara beberapa siri bagi memberi peluang kepada penghuni mempelajari kemahiran asas penyediaan kuih, memupuk semangat kerjasama dan mewujudkan suasana persediaan hari perayaan yang lebih bermakna. Melalui aktiviti ini juga, penghuni merasai pengalaman menyediakan kuih raya secara gotong royong dan menikmati hasil usaha mereka sendiri.
Penglibatan:
32 orang penghuni lelaki dan perempuan
12/03/2026
PROGRAM IFTAR BERSAMA INSAN CILIK
Tarikh: 12.03.2026 (Khamis)
Masa: 7.30 malam hingga 8.30 malam
Tempat: Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah
Penglibatan:
1. Pegawai Kedutaan Emiriah Arab Bersatu (UAE)
2. Sukarelawan Misi Asnaf Jalanan - Yayasan Ikhlas
3. Penghuni dan kakitangan RKKTBC
Pengisian:
1. Menjalin kerjasama baharu antara Kedutaan UAE dengan institusi yang memerlukan.
2. Menyantuni penghuni RKKTBC yang terdiri daripada kanak-kanak yang kurang bernasib baik.
3. Berkongsi kegembiraan menyambut Ramadan bersama kanak-kanak.
RKKTBC berbesar hati menerima kehadiran pegawai Kedutaan UAE beramah mesra dengan penghuni melalui penajaan makanan berbuka puasa. Turut diselitkan adalah perancangan untuk menjalin kerjasama strategik pada masa akan datang.
Disediakan oleh,
Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah
Cheras, Kuala Lumpur
06/03/2026
UNDANGAN BERBUKA PUASA ANJURAN HHA ASSOCIATES SDN BHD
Tarikh: 05.03.2026 (Khamis)
Masa: 6.30 petang - 9.00 malam
Tempat: Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel
Penglibatan:
1. Warga Kerja HHA Associates Sdn Bhd
2. 22 penghuni dan kakitangan RKKTBC yang terpilih
Pengisian:
1. Ramah mesra antara warga HHA Associates Sdn Bhd dengan kanak-kanak.
2. Menyantuni kanak-kanak menjamu selera.
3. Pemberian duit raya.
Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah (RKKTBC) berbesar hati memenuhi undangan majlis berbuka puasa tajaan HHA Associates Sdn Bhd. Semoga perkenalan ini membuka ruang kerjasama pada masa akan datang.
06/03/2026
Program CSR & Majlis Berbuka Puasa anjuran Pricewaterhouse Coopers Service Delivery Center (Malaysia) Sdn Bhd.
Tarikh: 04.03.2026 (Rabu)
Masa: 5.00 petang - 9.00 malam
Tempat: Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah
Penglibatan:
1. 15 Sukarelawan PWC
2. 90 Penghuni dan Kakitangan RKKTBC
Objektif:
1. Menjalin kerjasama antara PWC dengan institusi untuk program akan datang.
2. Menyokong pembangunan sahsiah dan pendidikan kanak-kanak melalui sumbangan dari segi kemahiran, masa dan tenaga sukarelawan.
3. Membina pengalaman kepimpinan dan semangat kerja berpasukan.
4. Menyumbang keperluan harian penghuni.
Pengisian Program:
1. Pengendalian Emosi
2. Terapi Mewarna
3. Menyantuni penghuni berbuka puasa
Disediakan oleh,
Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah, Cheras, Kuala Lumpur
01/03/2026
PROGRAM IHYA RAMADAN: MENYANTUNI INSAN CILIK
Tarikh:
28.02.2026
Masa:
5.00 petang hingga 10.00 malam
Tempat:
Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah
Kehadiran:
1. Tuan Muhammad Addaem Mikhail Chandran
(Pengasas & CEO Addaem Chandran Impact Consultancy, dan Founder & CEO IKONIK Eye Specialist & General Health Centre).
2. Dr Noor Aniah Azmi
(Pakar Ophthalmologi, Pensyarah Perubatan & Penyelidik).
3. Encik Muhammad Afifuddin Ramli
(Pengawai Kanan Eksekutif, Jabatan Perhubungan Korporat Yayasan Ikhlas).
4. 40 Sukarelawan Yayasan Ikhlas & Misi Asnaf Jalanan.
5. 120 orang penghuni dan warga kerja RKKTBC.
Objektif:
1. Menyemai nilai kasih sayang, empati dan kepedulian sosial dalam diri penghuni.
2. Mewujudkan suasana Ramadan yang ceria, selamat dan menggembirakan kepada penghuni.
3. Menggalakkan pembentukan akhlak positif di kalangan sukarelawan.
4. Membina jaringan kerjasama untuk perancangan program bulanan akan datang.
Pengisian Program:
1. Penyerahan simbolik cek bagi penajaan khidmat menggosok pakaian sekolah, pembelian baju raya dan tajaan berbuka puasa.
2. Menyantuni penghuni melalui aktiviti mewarna, berbuka puasa dan solat tarawih berjemaah.
Disediakan oleh,
Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah, Cheras, Kuala Lumpur
18/02/2026
SAMBUTAN AMBANG RAMADAN
🗓️Tarikh: 14 Februari 2026 (Sabtu)
🕰️Masa: 9.00 pagi hingga 2.00 petang
Pengisian program:
1. Ceramah Ambang Ramadhan
2. Lambuk Master Challenge
3. Pertandingan Mewarna
Program ini diadakan bagi menyemarakkan kedatangan bulan Ramadan serta memberi pendedahan dan pengalaman bermakna kepada penghuni dalam suasana penuh ukhwah dan kegembiraan.
Penghuni yang mempunyai asas pengetahuan memasak menunjukkan kemahirannya manakala petugas memberi panduan cara penyediaan menu Bubur Lambuk.
28/11/2025
Sambutan Hari Kanak-Kanak Kebangsaan 2025 : Hari Ini, SuaraKu
Seramai 34 orang penghuni RKKTBC telah menyertai Sambutan Hari Kanak-Kanak Kebangsaan 2025 di Stadium Merdeka pada 23 dan 24 November 2025 yang lalu.
Kanak-kanak dibawa menaiki pengangkutan awam MRT untuk ke tapak program bagi memberi kanak-kanak merasai pengalaman menaiki 'kereta api laju' yang sering dilihat dari RKKTBC.
Kanak-kanak kemudiannya bergambar di setiap lokasi ikonik sepanjang perjalanan sebagai kenang-kenangan tanda 'Telah Hadir' di ibu kota negara.
Sambutan dimulakan dengan acara Senamrobik diikuti Fun Walk. Kanak-kanak juga tidak melepaskan peluang mencuba semua aktiviti yang disediakan seperti Petting Zoo (tengok haiwan paling menarik perhatian 😆), aktiviti reruai, acara padang serta aktiviti pentas oleh maskot Didi & Friends dan Along serta adik-adiknya.
Acara yang paling ditunggu adalah Majlis Sambutan Hari Kanak-Kanak Kebangsaan di mana kanak-kanak kelihatan teruja melihat majlis perasmian, persembahan pentas serta menari bersama Didi & Friends + BoBoiBoy.
Kanak-kanak juga ghairah memeriksa kepingan tiket Cabutan Bertuah di tangan mereka apabila nombor yang terpilih dipaparkan di skrin. Melonjak keriangan berlari ke pentas untuk membawa pulang cenderahati yang diberikan.
Kanak-kanak menyatakan keseronokan dan ingin menyertai program seumpamanya pada masa akan datang. Sesungguhnya, 'Suara dan senyuman mereka adalah harapan negara'.
Tahniah kepada penerima anugerah utama.
Terima kasih dan tahniah kepada Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak dan Jabatan Kebajikan Masyarakat atas penganjuran sambutan yang meriah ini.
Semoga bertemu lagi pada sambutan akan datang!
28/11/2025
Sekitar Majlis Apresiasi : Sehati Membina Harapan