Netizen Malaya

Netizen Malaya

Share

All about Malaysia

27/01/2026

Bila bigboss Rembayung bagi nasihat.

Photos from Netizen Malaya's post 21/07/2022

Peringatan buat kawan-kawan yang kaki hiking, s**a jungle tracking, dan aktiviti camping. Benda ni selalunya kita terlepas pandang.

Sekiranya terjumpa dengan timbunan daun-daun kering macam ni, tak kiralah daun buluh ke, daun pokok getah ke, pelepah kelapa sawit ke, jangan hampiri timbunan tersebut.

Kemungkinan besar itu adalah sarang ular Tedung Selar.

Ular jenis ini menjadi lebih agressif ketika sedang mengeram telurnya!

Bisa dari patukannya boleh membunuh!

Kelewatan sampai ke hospital, boleh membawa maut. Apatah lagi, kalau kalau kita jauh di dalam hutan dan tapak perkhemahan yang agak pendalaman.

Jadi, berjaga-jagalahlah kalau korang hiking, jungle trekking ataupun camping tu.

Bacaan lanjut: https://ms.wikipedia.org/wiki/Ular_Tedung

Jemput follow https://www.facebook.com/netizenMsia

Photos from Netizen Malaya's post 14/07/2022

Yang s**a berpiknik di pantai wajib baca!

Keadaan genting ini, perlu kita semua amati sewaktu ditepian pantai.

Cukup sekadar seminit akan merubah hidup anda.

Kalau dilihat dalam gambar pertama, ada laluan gelombang laut. Jangan cuba sesekali mandi-manda atau bermain di situ.

Jika anda mandi disitu, arus akan menarik anda jauh ke ketengah laut.

Marilah kita saling mengingati, baik keluarga mahupun orang lain sekeliling kita, jika melihat gelombang seperti ini.

Sumber:
http://en.m.wikipedia.org/wiki/Rip_current

Jemput follow https://www.facebook.com/netizenMsia

06/07/2022

Tips bercuti ke Cameron Highlands yang ramai tak tahu.

Siapa dari KL boleh ikut Tapah, dari Penang ikut Simpang Pulai.

Pastikan Bertolak awal okeh! Sesudah subuh harap dah start enjin. Lambat confirm jem. Jangan lupa merancang itu penting.

Kena tahu info tempat menarik disana:

- Ladang Teh Boh di Ringlet Teh Garden 9.30am-4.30pm (Isnin- cuti)
- Kea Farm (8.30am-6pm)
- KHM Strawberry Farm (8.30am-6pm)
- Ladang Anggur Lembah Bertam ,9am-5pm (Bulan 12 musim anggur)
- Taman Abang Buffet Steamboat & Grill
- Pasar malam Sg. Ruil dekat Golden Hills
- Penginapan: Salah satunya Cameron Golden Hills Resort (jalan kaki ke pasar malam)

Seeloknya pergi bukan pada musim cuti sekolah. Kenapa?

+ harga jualan produk berlipat ganda daripada harga asal.
+ s**ar untuk dapat parking kereta.
+ kebanyakan hotel penuh dan harga juga lebih mahal.
+ kurang privasi.

Jika anda mahu membeli buah, sayuran, teh dan lain-lain sebagai buah tangan, belilah di kawasan S Corner. Ada sign-board S Corner sebelum menuruni bukit di situ. Di sini berderetan kedai dan gerai yang sangat murah berbanding di tempat-tempat lain seluruh Cameron Highlands.

Anda boleh dapat buah strawberi yang besar dan manis sebanyak 5 pek dengan harga semurah RM10 berbanding jika anda beli di kawasan lain, mungkin hanya 3 pek dengan harga RM10.

Anda boleh beli teh uncang dengan harga RM5 sekotak. Kalau beli banyak, boleh dapat murah lagi jika anda bijak mengayat. Saya pernah membeli 20 kotak teh uncang dengan RM100 serta mendapat strawberi white coffe sekotak dengan percuma.

Sayuran segar dan gemuk di sini cuma RM10 bagi 8 pek yang anda boleh pilih. Kalau mahu makan nasi berlauk dengan portion yang kenyang, lauk yang sedap, harga yang memuaskan, cari di Tanah Rata. Berdekatan sebelah terminal bas Cameron. Nama kedai Kak Yam, ada banner yang besar boleh nampak.

Cari hotel di sekitar tanah rata. Berhampiran kedai makan Kak Yam itu juga. Park kereta, jalan kaki untuk buat survey. Biasa backpackers s**a menginap di hotel seperti itu.

Kalau datang bersama anak-anak kecil, ada bilik yang sesuai pada kadar harga RM80 dengan kemudahan yang baik.

Tempat menarik yang wajib dilawati:

Ladang Teh:

1. Bharat Valley Tea House

2. Bharat Valley Tea House 2 ( lagi besar)

3. Ladang Teh Boh Sungai Palas

4. Boh Tea Garden
- Masuk Percuma
- Buka 9.00am- 4.30pm

Tempat menarik yang percuma:

YZ Agro Farm (Kebun strawberry Melayu) (8.30a.m - 6p.m)

KHM Strawberry and Jem (8.30a.m - 6p.m)

Cactus point (9a.m- 6p.m)

Big Red Strawberry Farm (8a.m - 6p.m)

Ladang Lebah (8a.m - 7p.m)

Ladang Anggur Bertam Valley (9am - 5pm)

Kea Farm (8.30am- 6 pm)

Pasar Malam Brinchang (Jumaat dan Sabtu)

Tempat menarik yang BERBAYAR:

Taman Agroteknologi MARDI,
Dewasa RM5, Kids RM3 (8.45am - 5pm)

Lavender Garden
Dewasa RM10, Kids RM7 (9am- 6pm)

Butterfly Garden
Dewasa RM7, Kids RM5 (9am - 6pm)

Orkid and Rose Garden
Dewasa RM8, Kids RM6 (9am - 6pm)

Makanan yang wajib cuba:

Aiskrim Malaysia Strawberry
Aiskrim Strawberry
Scone
Strawberry coklat
Nasi Lemak Sambal strawberry
Sayuran goreng
Steamboat cheese highlands
Jagung mutiara rebus
Ubi rebus

Ole-oleh wajib beli:

Strawberry
Jambu epal (merah dan hijau)
Sayuran segar (10 sayur RM10)
Buah-buahan Kering
Coklat buah-buahan
Kordial buah-buahan

Extra info Suhu di Cameron Highlands
Pagi - 17*C
Siang - 24-26*C
Malam - 18*C

Highland steamboat cheese
Dewasa-RM 35
Kids- RM 20
(5pm -12am)

The Stone Valley steamboat
Dewasa - RM35
Kids- RM18
(5pm- 12am)

Jemput follow dan like Netizen Malaya.

05/07/2022

Telur mahal?

Seorang rakyat Argentina mahu membeli telur ayam. Apabila dia bertanyakan harga, dia mendapati ianya melebihi harga biasa.

Kenapa?

"Pembekal naikkan harga!" kata penjual.

Perlahan-lahan, dia letakkan balik telur itu ke tempatnya, sambil berkata,

"Saya tidak perlu telur. Saya boleh hidup tanpa telur."

Tiba dirumah, dia naikkan status di Fb, WhatsApp, Instagram, TikTok dan group family, berkempen tentang apa yang dibuatnya.

Ajaibnya, 99% rakyat melakukan perkara sama tanpa mogok!

Tak sampai seminggu, syarikat telur datang menawarkan telur kepada kedai, tapi mereka tak mahu terima telur baru, kerana telur lama tidak dibeli oleh sesiapa pun!

Rakyat memboikot telur, dan syarikat mula rugi.

Akhirnya, banyak syarikat muflis, dan yang masih tinggal berbincang semula dan memutuskan perkara berikut:

1. Meminta maaf secara rasmi kepada rakyat Argentina.

2. Mengurangkan harga telur serta-merta.

Kesimpulannya, sebagai Netizen Malaya, kita boleh mengurangkan atau menaikkan harga mana-mana komoditi jika kita mahu.

Jom SHARE tulisan ni, kita bagi orang atas tu menggigil sikit!

04/07/2022

Rupanya ramai yang tak tahu kat siapa nak mengadu kalau lambat dapat parcel dari Shopee atau Lazada.

Korang boleh follow cara dibawah ni. Confirm syarikat penghantaran korang tu huru-hara dan akan selesaikan penghantaran barang korang tu sepantas kilat.

1. Klik website ni: https://aduan.skmm.gov.my/Complaint/AddComplaint?NOSP=1

2. Pilih kategori Postal & Courier Service, seterusnya sub-kategori Late Delivery.

3. Seterusnya, pilih nama syarikat penghantaran tu, contohnya J&T Express Malaysia atau Poslaju. Kendian, masukkan details semua bagai.

Bila buat aduan macam ni, pihak berkuasa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia akan ambil tindakan secepat mungkin terhadap syarikat penghantaran tu untuk pastikan hak pengguna terjamin.

Sebarkan!

04/07/2022

“Selagi saya bernafas harga 50 sen ini akan terus dikekalkan walaupun ada pelanggan yang cakap itu harga gilaa.” kata peniaga roti canai, Mustafa Abd Latif.

Walaupun berdepan situasi s**ar dengan kenaikan harga barangan tetapi dia nekad untuk terus kekalkan harga jualan roti canai di warungnya.

“Tidak dinafikan keuntungan amat nipis apabila harga tepung gandum naik lebih sekali ganda tetapi hajat saya ini semua sedekah buat kedua arwah ibu bapa”.

"Niat saya berniaga bukan mahu kaya asalkan senang kami sekeluarga belanja sudah memadai. Insyaallah apabila kita yakin akan ada rezeki”.

Jom sapot bisnes Pakcik Mustafa ni.

Lokasi di Bukit Katil, Melaka.
https://goo.gl/maps/wULYwVMiuqcHySPA6

20/04/2022

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Kuala Lumpur
50050