01/05/2025
KEADILAN mengucapkan Selamat Menyambut Hari Pekerja kepada semua rakyat Malaysia yang terus gigih dan berdedikasi dalam pekerjaan anda setiap hari.
'𝐏𝐞𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚 𝐊𝐄𝐒𝐔𝐌𝐀 𝐁𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚' dipilih sebagai tema Hari Pekerja tahun ini seiring dengan inisiatif Kerajaan melahirkan modal insan yang mempunyai ciri kebudayaan, nilai dan aspirasi untuk meneroka bidang baharu serta berdaya saing.
01/05/2025
Selamat menyambut Hari Pekerja 2025. Satu tarikh penting dan simbolik sebagai menghargai sumbangan pekerja-pekerja yang menjadi nadi dan tulang belakang kepada ekonomi negara.
Kita telah mulakan dengan pengenalan Dasar Gaji Progresif untuk menaikkan gaji sektor swasta, kenaikan gaji penjawat awam dan keputusan menaikkan gaji minimum kepada RM1,700 sebulan.
Kerajaan Madani akan sentiasa mengambil pendekatan strategik untuk menjaga kebajikan pekerja dan melonjakkan pendapatan.
14/04/2025
Mantan Perdana Menteri Malaysia Ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah kembali ke rahmatullah pada jam 7.10 malam di Insitut Jantung Negara, Kuala Lumpur.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan roh orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
11/04/2025
𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗥𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗧𝗲𝗿𝗯𝘂𝗸𝗮 𝗣𝗮𝗿𝗹𝗶𝗺𝗲𝗻 𝗣𝗮𝗻𝗱𝗮𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟱
Saya ingin menjemput rakan-rakan dan warga Parlimen Pandan ke Majlis Rumah Terbuka Parlimen Pandan 2025.
Tarikh: 13 April 2025 (Ahad)
Masa: 12:00 tengah hari - 3.00 petang
Tempat: Dewan MPAJ, Pandan Indah (berhampiran SMK Pandan Indah)
Google Map: https://maps.app.goo.gl/YfQnPNJjzBsaCeUj9?g_st=ic
Jemput hadir beramai-ramai bersama saudara-mara dan seluruh keluarga bagi memeriahkan majlis ini. Saya berharap akan dapat bertemu semua di sana nanti insya-Allah.
11/04/2025
Selamat mengundi dan selamat maju jaya kepada semua calon serta anggota KEADILAN dalam pemilihan parti kali ini.
Proses ini harus berlangsung dalam semangat kekeluargaan dan penuh etika, menjauhi budaya yang memecahbelahkan. Demokrasi dalaman parti perlu diperkukuh demi masa depan yang lebih utuh.
Seperti yang sering saya tegaskan — KEADILAN bukan sekadar parti politik, namun wadah perjuangan rakyat. Maka, pilihlah kepimpinan yang berintegriti, amanah dan benar-benar membawa suara rakyat terbanyak.
Insya-Allah, usaha dan ikhtiar kita akan dipermudahkan demi Malaysia yang lebih adil dan makmur untuk semua.
04/04/2025
Selamat ulang tahun yang ke-26 kepada Parti Keadilan Rakyat! Dalam perjalanan yang penuh cabaran ini, kita telah membuktikan bahawa perjuangan untuk keadilan dan kebajikan rakyat tidak akan pernah padam. Marilah kita terus bersatu, mengangkat suara rakyat, dan berusaha tanpa henti ke arah Malaysia yang lebih baik. Keadilan adalah hak setiap individu, dan bersama, kita akan membinanya demi generasi akan datang. Teruskan perjuangan kita!
18/03/2025
𝗦𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗡𝗨𝗭𝗨𝗟 𝗔𝗟-𝗤𝗨𝗥𝗔𝗡
KEADILAN mengucapkan selamat menyambut Nuzul Al-Quran kepada seluruh umat Islam.
Semoga kita beroleh keberkatan dan syafaat Al-Quran di akhirat kelak dengan menjadikannya sebagai pedoman hidup dan mendapat keredaan Allah SWT kelak.
18/03/2025
Selamat menyambut Nuzul Quran kepada seluruh umat Islam. Semoga kita terus menghayati makna Al-Quran sebagai panduan dalam kita menjalani kehidupan seharian.
Semoga kita dapat menghayati makna peristiwa Nuzul Quran, mengambil iktibar daripadanya, dan menerima keberkatan daripada-Nya.
01/03/2025
Saya mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada seluruh umat Islam di Malaysia.
Ramadan adalah bulan keberkatan dan kesempatan untuk kita membaiki diri, mengukuhkan hubungan dengan Allah, serta mengeratkan silaturahim sesama kita.
Semoga bulan yang mulia ini memberikan kita rahmat, kesabaran, serta ketenangan.
01/03/2025
Selesai MATC pandan 2025
1hb Mac 2025