Muzium Polis Diraja Malaysia

Muzium Polis Diraja Malaysia

Share

Muzium PDRM menjadi lambang pencapaian dan kemegahan PDRM dari dahulu hingga kini

Utama | IPIM - Inspirasi Pelajar Inovasi Muzium 13/05/2026

Inspirasi Pelajar Inovasi Muzium (IPIM) merupakan satu program pendidikan muzium berstruktur yang dilaksanakan oleh Jabatan Muzium Malaysia (JMM) agensi di bawah Kementerian Perpaduan Negara dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

IPIM merupakan salah satu program yang memperkasakan pendidikan menerusi sistem sokongan pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dilaksanakan oleh guru dan pegawai muzium secara berstruktur.

Program Inspirasi Pelajar Inovasi Muzium (IPIM) kini dibuka semula bermula pada 14 Jun 2024. Kepada pihak sekolah/guru yang berminat untuk menyertai program ini boleh membuat permohonan melalui pautan http://ipim.jmm.gov.my/form-permohonan-ipim.

Sebarang maklumat lanjut sila hubungi Urus Setia Unit Pendidikan Muzium di talian 03-2272 5690.











Utama | IPIM - Inspirasi Pelajar Inovasi Muzium Utama Mohon Video Pengukuhan Definisi Muzium “Majlis Muzium Antarabangsa mendefinisikan muzium sebagai sebuah institusi yang bersifat tetap, tidak membuat keuntungan, memberi khidmat kepada masyarakat, terbuka untuk umum, memperoleh, merawat, menyelidik dan mempamer warisan ketara dan tidak ketara...

Photos from Muzium Polis Diraja Malaysia's post 08/05/2026

08 Mei 2025, Jumaat – Lawatan sambil belajar oleh
International University College Of Management And Sports (ICMS) telah diadakan di Muzium Polis Diraja Malaysia hari ini. Seramai 20 orang penuntut ICMS dan 2 pegawai pengiring telah menyertai lawatan berilmiah ini. Taklimat & Lawatan berjadual telah disampaikan oleh Insp Mohd Firdaus bin Fauzi.

Menerusi sesi lawatan berpandu, taklimat diberikan bagi menambah pengetahuan sejarah dan memahami perkembangan pasukan polis di Malaysia dari zaman dahulu hingga kini. Disamping dapat mengenali peranan PDRM dalam bidang tugas, tanggungjawab dan sumbangan polis dalam menjaga keselamatan negara, Pelajar dapat melihat pameran bersejarah seperti senjata lama, kenderaan, dokumen dan artifak penting.




👮‍♂️👮‍♀️

Photos from Akademi Kenegaraan Malaysia's post 29/04/2026
Photos from Muzium Polis Diraja Malaysia's post 25/04/2026

PROGRAM LDP EKSPLORASI SEJARAH DAN WARISAN NEGARA BAGI MUZIUM PDRM TAHUN 2026

Pada 23 April 2026 (Selasa), jam 8.30 pagi hingga 1.00 tengahari, telah diadakan satu lawatan secara kelompok oleh Muzium PDRM ke Memorial Tun Abdul Razak.

Lawatan ini telah disertai oleh seramai 6 orang pegawai Kanan, 58 orang anggota dan 1 Pegawai Awam serta turut disertai oleh DSP Puan Sri Fazreena binti Abdul Karim, Penolong Pengarah Muzium Polis Diraja Malaysia.

Objektif Program ini adalah untuk memberi pendedahan tentang kepentingan pemeliharaan koleksi dan bahan sejarah serta mempelajari teknik peragaan koleksi terutamanya kepada Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah Polis yang baharu bertugas di Muzium PDRM.

Sepanjang Program berlangsung, Pegawai Kanan dan Anggota Muzium PDRM dapat mengetahui sedikit sebanyak mengenai Memorial Tun Abdul Razak yang mempunyai 2 Dewan Pameran yang mengandungi bahan–bahan seperti gambar, artifak dan koleksi peribadi Allahyarham Tun Abdul Razak yang dipamerkan untuk tatapan umum supaya pengunjung dapat mengenali dan menghayati peranan Allahyarham Tun sebagai Perdana Menteri ke-2 dan Bapa Pembangunan Negara.

Program ini juga akan dicatatkan sebagai kehadiran bagi memenuhi keperluan 40 jam setahun latihan yang telah digariskan oleh pucuk pimpinan.




26/03/2026
13/03/2026

NOTIS PENUTUPAN : Kepada pengunjung yang dihormati, penutupan Muzium PDRM sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1447H bermula pada 20 Mac 2026 hingga 24 Mac 2026. Muzium PDRM akan kembali beroperasi seperti biasa kepada pelawat mulai 25 Mac 2026. Terima kasih.

31/12/2025

Selamat Tahun Baru 2026

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Muzium PDRM No 5 Jalan Perdana Bukit Persekutuan
Kuala Lumpur
50480

Opening Hours

Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00