Pasukan Gerakan Am - PGA

Call Directions Contact the organization

Pasukan Gerakan Am - PGA Facebook Rasmi Pasukan Gerakan Am (PGA)

𝗧𝗜𝗠𝗕𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗞𝗗𝗡𝗞𝗔 (𝗣𝗚𝗔/𝗪𝗖𝗕/𝗣𝗔𝗞) 𝗧𝗘𝗥𝗜𝗠𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔𝗣 𝗣𝗘𝗡𝗘𝗥𝗝𝗨𝗡𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗛𝗢𝗥𝗠𝗔𝗧 𝗥𝗢𝗬𝗔𝗟 𝗧𝗛𝗔𝗜 𝗔𝗥𝗠𝗬 Hatyai, Thailand,  03 September 2...
03/09/2026

𝗧𝗜𝗠𝗕𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗞𝗗𝗡𝗞𝗔 (𝗣𝗚𝗔/𝗪𝗖𝗕/𝗣𝗔𝗞) 𝗧𝗘𝗥𝗜𝗠𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔𝗣 𝗣𝗘𝗡𝗘𝗥𝗝𝗨𝗡𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗛𝗢𝗥𝗠𝗔𝗧 𝗥𝗢𝗬𝗔𝗟 𝗧𝗛𝗔𝗜 𝗔𝗥𝗠𝗬

Hatyai, Thailand, 03 September 2026 (Khamis) - DCP Dato’ Mohamad Suzrin bin Mohamad Rodhi, Timbalan Pengarah KDNKA PGA/WCB/PSK telah menerima Sayap Penerjunan Kehormat Royal Thai Army pada hari ini yang berlangsung di Hansa JB Hotel, Hatyai Thailand.

Majlis penganugerahan ini telah diadakan bersempena 119th Regional Border Committee (RBC) Meeting 2026, yang menjadi platform penting dalam memperkukuh kerjasama serta hubungan dua hala antara Malaysia dan Thailand, khususnya dalam aspek keselamatan dan pengurusan sempadan.

Turut menerima penganugerahan ini ialah CP Dato’ Adzli bin Abu Shah, Ketua Polis Kedah dan SAC Ahmad Radzi bin Hussein, Komander Briged Tenggara PGA Rasmi. Penganugerahan ini mencerminkan penghargaan serta pengiktirafan terhadap komitmen dan kerjasama erat yang terjalin antara kedua-dua negara dalam memastikan keselamatan serta kestabilan di kawasan sempadan sentiasa terpelihara.


𝗧𝗜𝗠𝗕𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗞𝗗𝗡𝗞𝗔 (𝗣𝗚𝗔/𝗪𝗖𝗕/𝗣𝗦𝗞) 𝗧𝗨𝗥𝗨𝗧 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗗𝗡𝗞𝗔 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗣𝗘𝗥𝗕𝗔𝗥𝗜𝗦𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔𝗔𝗡 𝗞𝗘-𝟲𝟵 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 ...
31/08/2026

𝗧𝗜𝗠𝗕𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗞𝗗𝗡𝗞𝗔 (𝗣𝗚𝗔/𝗪𝗖𝗕/𝗣𝗦𝗞) 𝗧𝗨𝗥𝗨𝗧 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗗𝗡𝗞𝗔 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗣𝗘𝗥𝗕𝗔𝗥𝗜𝗦𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔𝗔𝗡 𝗞𝗘-𝟲𝟵 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲

Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Tahun 2026 telah berlangsung dengan penuh semangat patriotik di Persiaran Perdana, Putrajaya. Majlis bersejarah ini turut diserikan dengan kehadiran CP Dato’ Sri Mohd Yusri bin Haji Hassan Basri, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM.

Sambutan dimulakan dengan perbarisan Detasmen Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diketuai oleh CP Dato’ Sri Mohd Yusri bin Haji Hassan Basri selaku Ketua Detasmen Unit Berkuda PDRM. Perbarisan tersebut turut disertai oleh YDH DCP Dato’ Mohamad Suzrin bin Mohamad Rodhi, Timbalan Pengarah KDNKA (PGA/WCB/PSK).

Perbarisan tahun ini, Pasukan Gerakan Am (PGA) menampilkan petugas infantri dan anggota Public Order and Riot Unit (PORU). Turut dipamerkan ialah aset taktikal PGA, iaitu All-Terrain Tactical Assault E-Bike (ATEB) dan Armoured Personnel Carrier (APC), sekali gus memperlihatkan tahap kesiapsiagaan serta keupayaan mobiliti pasukan dalam mendukung penugasan keselamatan sempadan dan ketenteraman awam.

Majlis turut dihadiri oleh Komander-Komander dan Ketua-Ketua Penolong Pengarah elemen Jabatan KDNKA, selain pegawai kanan, pegawai rendah polis dan anggota yang terlibat dalam perbarisan ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah dirakamkan kepada seluruh pegawai dan anggota atas komitmen, disiplin serta profesionalisme yang dipamerkan dalam memastikan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Tahun 2026 berlangsung dengan lancar dan penuh berprestij.


𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔𝗔𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲Sempena sambutan Hari Kebangsaan 2026, marilah kita bersama-sama menghayati erti k...
30/08/2026

𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔𝗔𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲

Sempena sambutan Hari Kebangsaan 2026, marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan dengan memperkukuh semangat patriotisme, memelihara keharmonian serta mempertahankan keamanan dan kedaulatan negara.

Semoga semangat kebersamaan terus menjadi teras dalam membina Malaysia yang aman, makmur dan sejahtera. Tekad dan komitmen seluruh rakyat amat penting dalam memastikan kemerdekaan yang diwarisi kekal terpelihara demi generasi akan datang.

Ikhlas daripada:

𝗗𝗠𝗦
𝗧𝗣 𝗞𝗗𝗡𝗞𝗔 (𝗣𝗚𝗔/𝗪𝗖𝗕/𝗣𝗦𝗞)




Briged Utara PGABriged Tengah PGA Polis Diraja MalaysiaBriged Tenggara PGA RasmiBriged Sarawak PGABriged Sabah PGA Official

𝗦𝗘𝗦𝗜 𝗥𝗔𝗣𝗧𝗔𝗜 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗗𝗨𝗔 𝗦𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔𝗔𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲Putrajaya, 28 Ogos 2026 (Jumaat) – Sesi raptai hari kedua Sambutan H...
28/08/2026

𝗦𝗘𝗦𝗜 𝗥𝗔𝗣𝗧𝗔𝗜 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗗𝗨𝗔 𝗦𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔𝗔𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲

Putrajaya, 28 Ogos 2026 (Jumaat) – Sesi raptai hari kedua Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Persiaran Perdana, Putrajaya. DCP Dato’ Mohamad Suzrin bin Mohamad Rodhi, Timbalan Pengarah KDNKA (PGA) turut hadir pada sesi raptai yang dijalankan pada hari ini.

Turut ditampilkan dalam segmen detasmen aset ialah aset mobiliti taktikal terbaharu Pasukan Gerakan Am (PGA), iaitu All Terrain Tactical Assault E-Bike (ATEB), sebagai manifestasi pemerkasaan keupayaan operasi dan kesiapsiagaan PDRM selaras dengan perkembangan teknologi semasa.

Turut hadir dalam sesi raptai ini adalah SAC Rosli bin Md Yusof, Komander Pasukan Simpanan Persekutuan dan semua Pegawai serta anggota yang terlibat.


𝗢𝗣 𝗚𝗔𝗟𝗜 𝗠𝗘𝗚𝗔: 𝗣𝗚𝗔 𝗚𝗘𝗠𝗣𝗨𝗥 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗢𝗠𝗕𝗢𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗔𝗠, 𝗥𝗠𝟭𝟭𝟵 𝗝𝗨𝗧𝗔 𝗥𝗔𝗠𝗣𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗗𝗜𝗥𝗘𝗞𝗢𝗗𝗞𝗔𝗡Bukit Aman, 27 Ogos 2026 (Khamis) – Sidang Me...
27/08/2026

𝗢𝗣 𝗚𝗔𝗟𝗜 𝗠𝗘𝗚𝗔: 𝗣𝗚𝗔 𝗚𝗘𝗠𝗣𝗨𝗥 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗢𝗠𝗕𝗢𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗔𝗠, 𝗥𝗠𝟭𝟭𝟵 𝗝𝗨𝗧𝗔 𝗥𝗔𝗠𝗣𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗗𝗜𝗥𝗘𝗞𝗢𝗗𝗞𝗔𝗡

Bukit Aman, 27 Ogos 2026 (Khamis) – Sidang Media Pengarah Jabatan KDNKA bersama Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) bagi Operasi Gali Mega telah diadakan di Dewan Theatrette, Bukit Aman. CP Dato’ Sri Mohd Yusri bin Haji Hassan Basri, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM bersama Dato’ Ir. Ahmad Zukni bin Ahmad Khalil, Pengarah Kanan Bahagian Perkhidmatan Teknikal, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia - JMG telah mengadakan sidang media bersama berkaitan operasi ini.

Pasukan Gerakan Am (PGA) melaksanakan Op Gali Mega secara bersepadu di seluruh negara dari 19 hingga 23 Ogos 2026 telah merekodkan pencapaian signifikan dalam usaha membanteras aktiviti perlombongan haram serta pelanggaran undang-undang berkaitan. Sepanjang operasi, sebanyak 45 lokasi perlombongan di 10 negeri telah diperiksa. Hasil pemeriksaan mendapati 24 lokasi menjalankan aktiviti perlombongan secara haram, manakala 21 lokasi dikenal pasti mempunyai lesen perlombongan yang sah. Seramai 146 individu turut diperiksa, dengan 99 individu ditangkap atas pelbagai kesalahan.

Jumlah tersebut melibatkan 61 warganegara dan 38 pendatang asing tanpa izin (PATI) berusia antara 18 hingga 64 tahun. Pelaksanaan Op Gali Mega turut menghasilkan nilai rampasan keseluruhan hampir RM119 juta, sekali gus mencerminkan impak penguatkuasaan berskala besar terhadap aktiviti perlombongan yang menyalahi undang-undang. Operasi ini memperkukuh komitmen PGA dalam membanteras aktiviti perlombongan haram, mengekang ketirisan hasil negara serta melindungi sumber mineral dan kepentingan strategik negara melalui pendekatan penguatkuasaan yang bersepadu, terselaras dan berterusan.

Turut hadir dalam sidang media ini adalah CP Dato’ Muhammad bin Abdul Halim, Timbalan Pengarah KDNKA (Gerakan/Operasi), DCP Dato’ Mohamad Suzrin bin Mohamad Rodhi, Timbalan Pengarah KDNKA (PGA/WCB/PSK), SAC Shaiful Azmi @ Hussein bin Omar, Ketua Penolong Pengarah PGA, Komander-Komander elemen Jabatan KDNKA, Komander-Komander Briged PGA, Pegawai-Pegawai Kanan dan Pegawai Rendah Polis Bukit Aman serta rakan media.

Tahniah kepada semua petugas yang terlibat dalam operasi yang dilaksanakan ini. PGA akan meneruskan kerjasama dengan agensi penguatkuasaan terlibat dalam memerangi kegiatan ini bagi mengawal dan menjaga keamanan terhadap ancaman yang menganggu gugat keselamatan dan ketenteraman awam di Malaysia.


𝐏𝐄𝐑𝐇𝐈𝐌𝐏𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐌 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐎𝐆𝐎𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟔 - 𝟏𝟎𝟏 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐏𝐈𝐌𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑...
24/08/2026

𝐏𝐄𝐑𝐇𝐈𝐌𝐏𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐌 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐎𝐆𝐎𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟔 - 𝟏𝟎𝟏 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐏𝐈𝐌𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐃𝐍𝐊𝐀 : 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐀𝐃𝐀𝐍, 𝐌𝐄𝐌𝐀𝐂𝐔 𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐅𝐎𝐑𝐌𝐀𝐒𝐈

Bukit Aman, 24 Ogos 2026 (Isnin) - Perhimpunan Bulanan Pengarah Jabatan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM (KDNKA) dianjurkan oleh Ibu Pejabat Pasukan Gerakan Am (PGA) Bukit Aman. Perhimpunan ini telah dihadiri oleh CP Dato’ Sri Mohd Yusri bin Haji Hassan Basri, Pengarah Jabatan KDNKA. Ketibaan YDH Pengarah Jabatan KDNKA telah diringi oleh DCP Dato’ Mohamad Suzrin bin Mohamad Rodhi, Timbalan Pengarah KDNKA (PGA/WCB/PSK).

Dalam ucapan Pengarah Jabatan KDNKA memberikan ucapan agar semua elemen Jabatan KDNKA meningkat komitmen bagi memperkukuh keselamatan negara dan ketenteraman awam terus dipacu menerusi pendekatan yang lebih strategik, bersepadu dan berorientasikan masa hadapan. Selaras dengan Pelan Induk Keselamatan Sempadan 2026–2030, Jabatan KDNKA memberikan penekanan kepada transformasi kawalan sempadan daripada pendekatan konvensional kepada ekosistem keselamatan yang bersepadu, berasaskan risiko, dipacu data serta disokong teknologi moden. Lima keutamaan strategik digariskan sebagai teras pelaksanaan, merangkumi pemerkasaan kedaulatan dan keselamatan sempadan, pengukuhan kerjasama antara agensi, pemanfaatan teknologi dan kecerdasan buatan (AI), pembudayaan integriti dan profesionalisme serta pembangunan modal insan berkeupayaan tinggi.

Dalam memperkukuh kesiapsiagaan Jabatan KDNKA, sebanyak 46 Surat Penghargaan Pengarah Jabatan KDNKA disampaikan kepada pegawai polis, pegawai awam serta pegawai dan anggota Briged Tenggara PGA Rasmi dan Briged Utara PGA atas kecemerlangan perkhidmatan dan kejayaan pelaksanaan operasi berimpak tinggi. Turut disalurkan ialah peruntukan tambahan latihan berjumlah RM1 juta kepada elemen Jabatan KDNKA, Briged PGA dan Ketua Jabatan KDNKA Kontinjen bagi memperkasa pembangunan kompetensi, meningkatkan kesiapsiagaan serta memperkukuh keupayaan operasi melalui latihan berimpak tinggi dan berterusan.

Turut hadir dalam majlis ini CP Dato’ Muhammad bin Abdul Halim, Timbalan Pengarah KDNKA (Gerakan/Operasi), SAC Hisham bin Mahmood Unit Tindakhas, SAC Datuk Mohd Zaki bin Ashar, Komander WCB/PSK, SAC Shaiful Azmi @ Hussein bin Omar, Ketua Penolong Pengarah PGA, SAC Rosli bin Md Yusof, Komander Pasukan Simpanan Persekutuan, SAC Shamsol bin Kassim, Komander Pasukan Polis Marin, Komander-Komander Briged PGA, Ketua Jabatan KDNKA Kontinjen, Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah Polis serta Pegawai Awam Jabatan KDNKA.


19/08/2026
19/08/2026
MAJLIS PENUTUPAN KURSUS ASAS MENUNGGANG KUDA SIRI 1/2026Cheras, 14/08/2026 (Jumaat) - Majlis Penutupan Kursus Asas Menun...
14/08/2026

MAJLIS PENUTUPAN KURSUS ASAS MENUNGGANG KUDA SIRI 1/2026

Cheras, 14/08/2026 (Jumaat) - Majlis Penutupan Kursus Asas Menunggang Kuda Anjuran Ibu Pejabat Pasukan Gerakan Am Siri 1/2026 telah berlangsung dengan jayanya di Pasukan Simpanan Persekutuan, Cheras dan disempurnakan oleh YDH SAC Rosli bin Md Yusof, Komander Pasukan Simpanan Persekutuan.

Penganjuran kursus ini melalui kerjasama Unit Berkuda Pasukan Simpanan Persekutuan mencerminkan komitmen dan usahasama berterusan dalam memperkukuhkan kompetensi, disiplin, kemahiran serta profesionalisme warga pasukan selaras dengan keperluan semasa organisasi.

Dalam kursus ini, peserta didedahkan dengan pengetahuan mengenai teori & praktikal pengendalian menunggang kuda, pengetahuan mengenai ancaman serta kefahaman berkaitan peristiwa ketenteraman awam. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta yang berjaya menamatkan kursus dengan cemerlang.

‘Latihan Menjamin Kecemerlangan’


Address

Ibu Pejabat Pasukan Gerakan Am (PGA), Cheras
Kuala Lumpur
50560

Telephone

+60322663086

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pasukan Gerakan Am - PGA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pasukan Gerakan Am - PGA:

Shortcuts

Share