26/07/2025
Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara
Halaman rasmi Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara yang dikelolakan oleh Bah. Pengurusan KRM Bukit Kiara
26/07/2025
26/07/2025
17/07/2025
LAWATAN MENGEJUT TUAN PENGARAH JBS WPKL KE KRM BUKIT KIARA
Kuala Lumpur, 17 Julai 2025 – Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Tuan Sabran Bin Abd Bahar, telah mengadakan lawatan mengejut ke Kompleks Rakan Muda (KRM) Bukit Kiara hari ini.
Lawatan ini bertujuan meninjau pengurusan operasi kompleks serta membuat semakan dokumen berkaitan pengurusan kewangan dan penyelenggaraan fasiliti. Tuan Pengarah turut menekankan kepentingan pematuhan prosedur kewangan serta rekod yang lengkap bagi memastikan ketelusan dan kecekapan pengurusan.
17/07/2025
KLINIK ASAS PENGENALAN SUKAN GOLF 2025
Kuala Lumpur, 14 - 16 Julai 2025 – Kakitangan Kompleks Rakan muda Bukit Kiara seramai 5 orang telah menghadiri Klinik Asas Pengenalan Sukan Golf 2025 yang dianjurkan oleh Akademi Kemihiran Belia Golf. Kursus ini telah berlangsung selama tiga hari bertempat di Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara dan Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA).
Tujuan utama klinik ini adalah untuk memberi pendedahan dan kemahiran kepada peserta dalam mengenali sukan golf.
17/07/2025
KURSUS PENILAIAN KENDIRI PENGURUSAN KEWANGAN MENGGUNAKAN SISTEM IAREF DIHADIRI OLEH PENGURUS DAN PEMBANTU TADBIR KRM
Putrajaya, 15–16 Julai 2025 – Pengurus Kompleks Rakan Muda (KRM), En. Mohammed Nazeri Bin Gaib, dan Pembantu Tadbir KRM, En. Sollehin Bin Abd Hamid, telah menghadiri Kursus Penilaian Kendiri Pengurusan Kewangan Menggunakan Modul Self-Assessment Audit Dalam Sistem IAREF yang dianjurkan oleh Unit Audit Dalam, Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Kursus ini telah berlangsung selama dua hari bertempat di makmal komputer KBS.
Tujuan utama kursus ini adalah untuk memberi pendedahan dan kemahiran kepada peserta dalam melaksanakan penilaian kendiri pengurusan kewangan menggunakan sistem IAREF secara sistematik, telus dan berintegriti, selaras dengan garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.
08/07/2025
PELAWAAN MENYEWA KAFETERIA DAN KEDAI SERBANEKA DI KOMPLEKS RAKAN MUDA BUKIT KIARA
Dimaklumkan bahawa pelawaan adalah dibuka kepada mana-mana perniagaan/syarikat Bumiputera yang berdaftar dan beralamat di sekitar Lembah Klang untuk menyewa Kafeteria dan Kedai Serbaneka di Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara bagi tempoh tiga (3) tahun.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN:
Pemohon hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen berikut:
Wajib:
Borang Permohonan Sewa
Dokumen Sokongan Wajib (rujuk Perkara 2 di dalam Borang Permohonan Sewa)
Permohonan hanya boleh dikemukakan dalam tempoh waktu pejabat:
Isnin hingga Jumaat, jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang sahaja.
📥 Muat Turun Dokumen:
Borang Permohonan Sewa
TEMPOH IKLAN DAN PERMOHONAN:
Tempoh penerimaan permohonan adalah seperti berikut:
📅 Tarikh Mula: 07 Julai 2025 (Isnin), jam 8.00 pagi
📅 Tarikh Tutup: 21 Julai 2025 (Isnin), jam 1.00 petang
Permohonan hendaklah dihantar ke alamat berikut:
Pengurusan Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara
Jalan Bukit Kiara 1
60000 Kuala Lumpur
08/07/2025
LAWATAN DAN PERBINCANGAN PERSATUAN JOM BOLA (DRAGON SHOOT) BERSAMA PENGURUSAN KOMPLEKS RAKAN MUDA BUKIT KIARA
Kuala Lumpur, 7 Julai 2025 - Persatuan Jom Bola yang juga dikenali sebagai Dragon Shoot telah mengadakan lawatan dan sesi perbincangan bersama pihak pengurusan Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara pada 7 Julai 2025.
Sesi tersebut diketuai oleh Pengerusi Persatuan Jom Bola, Encik Sukdev, bagi membincangkan cadangan penandaan garisan gelanggang khas untuk permainan Jom Bola. Garisan ini dijangka turut memberi manfaat kepada permainan Pickleball, yang semakin mendapat sambutan di kalangan masyarakat.
Pihak pengurusan kompleks menyambut baik kerjasama ini dan berharap ia dapat membuka ruang kepada lebih banyak penganjuran aktiviti sukan melibatkan pelbagai lapisan masyarakat.
05/07/2025
PENUTUPAN BEKALAN ELEKTRIK SEMENTARA BAGI PENYELENGGARAAN GENSET DI KOMPLEKS RAKAN MUDA BUKIT KIARA
Kuala Lumpur, 4 Julai 2025 – Kerja-kerja penyelenggaraan ke atas sistem penjana kuasa (genset) sedang dijalankan di Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara sebagai langkah memastikan kecekapan dan keselamatan sistem bekalan elektrik di premis tersebut.
Sehubungan itu, satu penutupan sementara bekalan elektrik di keseluruhan Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Kompleks Rakan Muda telah dijadualkan bagi memberi ruang kepada proses pengujian semula switchgear di dalam bilik MSB.
Penutupan bekalan dijangka berlangsung hari ini bermula jam 5.30 petang hingga 6.00 petang.
05/07/2025
MESYUARAT PENGURUSAN KRM BUKIT KIARA TEKANKAN ISU PENTADBIRAN DAN KEPRIHATINAN STAF
Kuala Lumpur, 25 Jun 2025 – Mesyuarat Pengurusan Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara telah diadakan bagi membincangkan prestasi kutipan hasil, hal-hal pentadbiran, isu aduan serta keperluan pembaikan fasiliti.
Mesyuarat dipengerusikan oleh En. Mohammed Nazeri bin Gaib dan turut mengetengahkan cadangan penambahbaikan serta pemantapan sistem aduan dalaman.
Sebagai tanda keprihatinan, sumbangan turut disampaikan kepada En. Mohd Zaim bin Mohd Sam yang kehilangan bapa tercinta baru-baru ini. Mesyuarat ditutup dengan komitmen mempertingkatkan mutu perkhidmatan kompleks.
05/07/2025
PEMBERSIHAN TAPAK KEBAKARAN SKATEPARK BUKIT KIARA
Kuala Lumpur, 28 Jun 2025 – Kerja-kerja pembersihan di kawasan kebakaran Skatepark Bukit Kiara telah dilaksanakan oleh pihak kontraktor kebersihan sebagai langkah awal pemulihan.
Tapak masih ditutup kepada orang awam bagi menjamin keselamatan dan memberi ruang kepada pembaikan tangki air serta menunggu laporan siasatan rasmi daripada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Pengurusan Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara komited memastikan keselamatan pengguna sebelum operasi dibuka semula. Sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
05/07/2025
INSIDEN KEBAKARAN DI SKATEPARK BUKIT KIARA
Kuala Lumpur, 21 Jun 2025 – Satu insiden kebakaran telah berlaku di Skatepark Bukit Kiara pada jam 3.20 petang melibatkan kebakaran tilam wall climbing. Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berjaya mengawal kebakaran dengan cepat tanpa melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.
Punca kebakaran masih dalam siasatan dan laporan rasmi daripada Unit Forensik Jabatan Bomba dijangka diterima dalam tempoh 14 hari dari tarikh kejadian. Buat masa ini, kawasan terlibat ditutup sementara bagi tujuan keselamatan serta kerja-kerja pembersihan dan pemulihan.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara
Kuala Lumpur
60000
