24/04/2026
PENDAFTARAN KLAS RENANG FASA 1 / 2026 - KANAK-KANAK (B40) PERINGKAT KAWASAN KEPONG / SEGAMBUTπ₯β‘
Permohonan untuk menyertai Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) Renang Peringkat Kawasan Kepong/ Segambut, Kuala Lumpur kini dibuka.
LOKASI KLAS RENANG :-
π RNJ Swimming Academy (Kepong)
RNJ Swimming Academy (Kepong), Lot 11 & 12, PT 19681, Jalan 2, Taman Kepong, 52100 Kuala Lumpur
π
30 , 31 Mei & 06 Jun 2026
KLAS bermula pada Cuti Sekolah (Minggu Hari Raya Haji)
1. 30 Mei 2026 (Sabtu)
2. 31 Mei 2026 (Ahad)
3. 06 Jun 2026 (Sabtu)
β
KUMPULAN 1 (20 orang) : 9.30 pagi - 11.30 pagi (2 jam)
β
KUMPULAN 2 (20 orang) : 11.30 pagi - 1.30 t/hari (2 jam)
*Peserta akan dibahagikan kepada 2 kumpulan*
ποΈ Penyertaan adalah TERHAD kepada 40 orang sahaja.
ποΈ Penyertaan adalah PERCUMA!
ποΈ Peserta TERPILIH akan diberikan kelengkapan renang (Baju Renang, Goggles, Cap)
ποΈ Sijil Penyertaan KBS
IMBAS KOD QR untuk daftar dan semak syarat penyertaan
Sebarang Pertanyaan boleh hubungi urusetia PBSK Kepong/Segambut :
- En. Hairie : 011-11413288
24/04/2026
π£ββοΈ *HEBAHAN PENYERTAAN PERCUMA* π£ββοΈ
*KURSUS ASAS KAYAK STAR ONE PERINGKAT WP KUALA LUMPUR 2026*
Jom! Sertai Kursus Asas Kayak Star One yang memberi pendedahan menyeluruh merangkumi logistik kayak, teknik pengendalian, kemahiran asas berkayak serta langkah keselamatan penting sebelum, semasa dan selepas aktiviti.
π
Tarikh: 2 β 4 Mei 2026
π Lokasi Aktiviti: Tasik Titiwangsa
π¨ Penginapan: Arena Suite, Setapak Kuala Lumpur
π₯ Kapasiti: Terhad kepada 30 peserta sahaja
π Daftar sekarang:
https://forms.gle/hKvZU6bMVpFEhebh7
β¨ 100% PERCUMA!
βοΈ Penginapan disediakan
βοΈ Makan & minum disediakan
β οΈ Penyertaan sangat terhad β siapa cepat, dia dapat!
π² Imbas QR Code atau klik pautan untuk pendaftaran segera!π₯
13/04/2026
π¨ CABAR DIRI ANDA SEKARANG!
Adakah anda bersedia untuk jadi versi TERBAIK diri sendiri tahun ni? π
Jom sertai Pertandingan BIGGEST LOSER KBS 2026 β PERINGKAT WP KUALA LUMPUR!
Platform terbaik untuk cabar diri, ubah gaya hidup ke arah yang lebih baik π₯
β
Turunkan berat badan
β
Tingkatkan kesihatan
β
Bina keyakinan diri
Sertai kami:
π
25 April 2026 (Sabtu)
π Dewan Serbaguna Intan Bukit Kiara
π 10.00 pagi
π Tarikh tutup pendaftaran: 22 April 2026 (Rabu)
Hadiah menanti β¨
Sertai komuniti sihat, aktif & positif bersama KBS! π₯
π DAFTAR SEKARANGπ±
π DAFTAR SEKARANGπ±
https://forms.gle/K9Zbb9iLy1XpCC2T7
11/03/2026
Persiapan Akhir Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan Peringkat Kawasan Kepong / Segambut Tahun 2026
Segambut, 11 Mac 2026 (Rabu) β PBSK Kepong/Segambut membuat persiapan akhir bagi Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan Peringkat Kawasan Kepong / Segambut Tahun 2026 yang diadakan di Dewan SMK Segambut Jaya. Sepanjang sesi persiapan tersebut, peserta telah melakukan latihan raptai bagi memastikan perjalanan program berjalan lancar pada hari pelaksanaan nanti. Latihan ini memberi peluang kepada peserta untuk memahami pergerakan serta peranan masing-masing semasa program berlangsung.
PBSK Kepong/Segambut turut dibantu oleh guru-guru dari SMK Segambut Jaya yang memberikan kerjasama yang sangat baik dalam memantau serta membimbing peserta sepanjang sesi raptai berlangsung. Persiapan ini diharapkan dapat memastikan program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan dilaksanakan dengan lebih teratur dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.
27/02/2026
Perbincangan Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan Peringkat Kawasan Kepong / Segambut Tahun 2026
Segambut, 27 Februari 2026 (Jumaat) β Satu perjumpaan telah diadakan bersama Pengetua SMK Segambut Jaya, Pn. Hajah Nor Asiah binti Che Lah, bagi membincangkan pelaksanaan Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan Peringkat Kawasan Kepong / Segambut Tahun 2026. Perjumpaan tersebut turut dihadiri oleh wakil PPD Sentul, Che Nur Izzah binti Che Azmi serta Pegawai-pegawai Belia dan Sukan Kawasan Kepong / Segambut yang diketuai oleh Encik Halman bin Salleh.
Perbincangan memfokuskan secara terperinci beberapa perkara utama melibatkan penyertaan peserta program, penggunaan aplikasi Dashboard Belia sebagai medium pemantauan serta perancangan atur cara tadarus Al-Quran yang dijadualkan berlangsung dari 2 hingga 5 Mac 2026. Selain itu, pelaksanaan Majlis Khatam Al-Quran yang dirancang pada 12 Mac 2026 turut dibincangkan bagi memastikan pengisian program berjalan dengan teratur, berimpak dan mencapai objektif yang ditetapkan.
Sesi lawatan tapak juga telah diadakan sebaik sahaja selesai perbincangan dan beberapa penetapan telah dipersetujui. Encik Halman bin Salleh telah menyerahkan bunting program kepada pihak pengetua sebagai simbolik kerjasama strategik yang dijalankan. Program ini akan dilaksanakan di Surau Al-Muqarrabin, sekali gus memperkukuhkan jaringan kerjasama antara pihak sekolah dan agensi terlibat dalam menyemarakkan aktiviti bulan Ramadan di peringkat komuniti.
09/02/2026
PBSK Kepong / Segambut Jayakan Kempen BEST (Bersih Setiap Tempat) Mega WPKL 2026 di Parlimen Segambut
SEGAMBUT, 7 Februari 2026 β PBSK Kepong / PBSK Segambut dan sukarelawan Rakan Muda bersama-sama mengerah tenaga dalam menjayakan Kempen BEST Mega WPKL 2026 Parlimen Segambut yang berlangsung dari jam 7.15 pagi hingga 11.00 pagi di sepanjang Jalan Dutamas Raya, Segambut. Penganjuran kempen ini bertujuan memupuk kesedaran masyarakat terhadap kepentingan kebersihan persekitaran dalam kalangan komuniti setempat.
Program ini melibatkan kerjasama pelbagai agensi antaranya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), SWCorp, Majlis Perwakilan Penduduk, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, PEMADAM Segambut serta pasukan sukarelawan. Antara aktiviti utama yang dijalankan ialah plogging dan pengecatan kerb, yang mendapat sambutan menggalakkan.
Kempen berkenaan telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Ismadi Bin Sakirin, Pengarah Eksekutif (Pembangunan Sosioekonomi) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, yang menzahirkan penghargaan terhadap komitmen semua pihak terlibat. Beliau turut berharap penganjuran program seumpama ini dapat diteruskan sebagai usaha berterusan memperkukuh penglibatan komuniti serta menyokong aspirasi WPKL 2026 ke arah bandar yang bersih, sihat dan sejahtera.
24/11/2025
PRA PENDAFTARAN KLAS RENANG FASA 3 / 2025 - KANAK-KANAK (B40) PERINGKAT KAWASAN KEPONG / SEGAMBUTπ₯β‘
Permohonan untuk menyertai Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) Renang Peringkat Kawasan Kepong/ Segambut kini dibuka.
LOKASI KLAS RENANG :-
π RNJ Swimming Academy (Kepong)
RNJ Swimming Academy (Kepong), Lot Jalan 2, Taman Kepong, 52100 Kuala Lumpur
π
19, 20 & 21 Disember 2025
1. 19 Dis 2025 (Jumaat)
β
KUMPULAN 1 (20 orang) : 2.30 petang - 4.30 petang (2 jam)
β
KUMPULAN 2 (20 orang) : 4.30 petang - 6.30 petang (2 jam)
2. 20 Dis 2025 (Sabtu)
β
KUMPULAN 1 (20 orang) : 9.00 pagi - 11.00 pagi (2 jam)
β
KUMPULAN 2 (20 orang) : 11.00 pagi - 1.00 t/hari (2 jam)
3. 21 Dis 2025 (Ahad)
β
KUMPULAN 1 (20 orang) : 9.00 pagi - 11.00 pagi (2 jam)
β
KUMPULAN 2 (20 orang) : 11.00 pagi - 1.00 t/hari (2 jam)
ποΈ Penyertaan adalah TERHAD kepada 40 orang sahaja.
ποΈ Penyertaan adalah PERCUMA!
ποΈ Peserta TERPILIH akan diberikan kelengkapan renang (Baju Renang, Goggles, Cap)
ποΈ Sijil Penyertaan KBS
Sebarang Pertanyaan boleh hubungi urusetia PBSK Kepong/Segambut :
Hairie : 011-11413288
20/10/2025
πβ¨ Selamat Menyambut Hari Deepavali! β¨π
Semoga sinar menerangi kehidupan dengan kebahagiaan, kedamaian dan harapan baharu.
Ikhlas dari :
Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Kepong/Segambut
07/10/2025
MARI MENCUBA SEMPENA HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT KAWASAN KEPONG/ SEGAMBUT TAHUN 2025.
Penganjur juga menyediakan cenderahati kepada pengunjung yang dapat menyelesaikan βtaskβ @ sasaran yang ditetapkan. Ayuh mencuba !!
07/10/2025
Pertandingan Mewarna Kanak Kanak Kategori Bawah 6 & 12 Tahun
07/10/2025
Pertandingan Penalti Bola Sepak Kanak Kanak Bawah 12 Tahun antara aktiviti yang juga akan memeriahkan suasana Hari Sukan Negara Peringkat Kawasan Kepong / Segambut Tahun 2025.