BALAI POLIS LUBOK STOL

BALAI POLIS LUBOK STOL

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from BALAI POLIS LUBOK STOL, Police station, Kuala Lumpur.

Photos from BALAI POLIS LUBOK STOL's post 22/04/2024

Ketua Polis Balai (KPB) Lubok Stol bersama Encik Tarmizi Penghulu Kampung Rahmat buat lawatan ziarah cakna kebakaran rumah salah seorang murid Sekolah Kebangsaan Rahmat. Semoga mangsa tabah menghadapi ujian ini.

01/12/2023

Pemantauan Paras Air Sungai di Kawasan Pentadbiran Balai Polis Lubok Stol

Setakat 01 Disember 2023, jam 1700hrs, paras air sungai meningkat sejak semalam iaitu mencatatkan bacaan 8.35meter (paras amaran). Para penduduk sentiasa diingatkan berwaspada memandangkan hujan lebat berterusan pada petang ini.

22/11/2023

KERATAN AKHBAR PILIHAN: JANGAN MALU BUAT LAPORAN

Johor Bahru, 20 November 2023 - Golongan lelaki yang menjadi mangsa gangguan seksual diminta bertindak lebih berani dengan segera tampil melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Hjh. Nancy Shukri berkata, ini kerana golongan berkenaan didapati lebih gemar memendam perasaan sekiranya perkara itu terjadi kepada mereka.

Katanya, gesaan berkenaan dibuat kerana tahap kesedaran terhadap perkara itu masih rendah berikutan mangsa takut akan implikasi memandangkan kebiasaannya pelaku gangguan seksual di tempat kerja sering melibatkan pegawai atasan mereka.

“Daripada keseluruhan aduan mengenai gangguan seksual, hanya 10 peratus melibatkan mangsa lelaki. Mereka juga menerima gangguan seksual berbentuk sentuhan atau lisan. Kita tahu laporan polis tidak ramai buat tetapi di pihak kementerian, Pusat Sokongan Sosial Setempat menerima banyak aduan.

“Kita galakkan golongan lelaki untuk lebih berani dan tampil membuat aduan, termasuk juga dalam kalangan kanak-kanak, khususnya pelajar sekolah. Kita tidak mahu ada kesulitan dalam menerima aduan sama ada lelaki atau wanita, layanan seharusnya tiada beza,” katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

Photos from Perkep IPD PASIR MAS's post 19/10/2023
07/07/2023

🟣 KENYATAAN MEDIA OLEH KETUA POLIS DAERAH PASIR MAS BERKENAAN TANGKAPAN PATI WARGANEGARA MYANMAR

Photos from BALAI POLIS LUBOK STOL's post 07/07/2023

E-BOOK TREND TERKINI JENAYAH KOMERSIL

Ayuh kongsikan E-Book JSJK ini kepada ahli keluarga, rakan, jiran. Ambil tahu, ambil peduli.

Semua orang boleh menjadi mangsa scammer terutamanya mereka yang tidak tahu tentang helah-helah terkini penjenayah.

Tekan pautan di bawah untuk info lanjut mengenai E-Book JSJK ini serta pelbagai lagi info JSJK.

https://me-qr.com/link-list/zNcAtVe/show



07/07/2023



KERATAN AKHBAR PILIHAN: DRUG RINGS SMUGGLING GUNS VIA 2-IN-1 PACKAGES FROM THAILAND

Kota Bharu, 7th July 2023 - Drug-smuggling syndicates have diversified their "business” by stuffing guns into their packages being brought in from Thailand.

Kelantan Police Chief, CP Dato’ Muhamad Zaki Hj. Harun said these “two-in-one" packages were discovered by police through a series of operations statewide.

“Based on the cases recorded, these syndicates actively operating along the Kelantan-Thailand border are bringing in guns along with drugs.”

Dato’ Muhamad Zaki said 18 smuggled fi****ms had been seized since last year.

Read further on New Strait Times article attached.

Photos from PDRM PASIR MAS's post 24/06/2023

KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH PASIR MAS

“Pemakluman Berkenaan Kes Buli yang Tular di Media Sosial”

Photos from BALAI POLIS LUBOK STOL's post 24/06/2023

Program Gotong Royong Membersihkan Kawasan Perkuburan Kg Lubok Stol, Pasir Mas, Kelantan

Pada 23 Jun 2023 (Jumaat), seawal jam 8.30 pagi satu program gotong-royong membersihkan kawasan perkuburan Kg Lubok Stol, Pasir Mas, Kelantan telah dijalankan.

Program ini melibatkan penduduk kampung bersama anggota Balai Polis Lubok Stol dan Pasukan Gerakan Am (PGA) serta anggota dan pegawai tentera darat.

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk membersihkan kawasan persekitaran kubur dan secara tidak langsung mengeratkan lagi ukhwah antara anggota bersama penduduk kampung.

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Kuala Lumpur