KAKEP MinDef

KAKEP MinDef

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from KAKEP MinDef, Government Organization, Kuala Lumpur.

18/10/2024

Kejohanan Badminton Piala KSU 2024 akan bermula tidak lama lagi. Semua warga Awam MinDef adalah dialu-alukan untuk menyertai pertandingan ini. Ayuh semua tunjukkan semangat pasukan anda dan rangkul Piala Pusingan KSU Tahun 2024!

--------------------------------------
Rujuk syarat-syarat dan muat turun borang penyertaan dengan mengimbas QR Kod atau klik pautan https://shorturl.at/7BZEz
--------------------------------------

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Pengurus Sukan Badminton seperti tertera di poster.








Follow & Like

📘 Facebook : Kakep MinDef
https://www.facebook.com/kakep.kakep.3

🧱 Page : KAKEP MinDef
https://www.facebook.com/KAKEP-MinDef-115556896508523/

📸 Instagram : kakepofficial
https://www.instagram.com/kakepofficial See less

16/10/2024

Kejohanan Ping Pong Piala Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Tahun 2024 akan bermula tidak lama lagi. Serlahkan kehebatan anda dan rebut peluang memenangi hadiah utama!

Rujuk maklumat utama pertandingan
dengan mengimbas kod QR seperti di poster.

Jom semua Warga Awam MinDef. Serlahkan bakat terpendam! Piala pusingan mungkin milik anda!





Follow & Like

📘 Facebook : Kakep MinDef
https://www.facebook.com/kakep.kakep.3

🧱 Page : KAKEP MinDef
https://www.facebook.com/KAKEP-MinDef-115556896508523/

📸 Instagram : kakepofficial
https://www.instagram.com/kakepofficial

02/10/2024

KEJOHANAN INDOOR GAMES PIALA KSU TAHUN 2024 SEMPENA HARI SUKAN NEGARA MINDEF

Sempena Hari Sukan Negara MinDef 2024 Kelab Kakitangan Awam Kementerian Pertahanan (KAKEP) akan mengadakan Kejohanan Indoor Games Piala KSU Tahun 2024. Kejohanan ini terbuka kepada semua warga awam MinDef yang berminat.

Kepada yang berminat boleh klik di pautan https://shorturl.at/cqmJr bagi syarat-syarat dan borang penyertaan. Sila hubungi pihak urus setia sekiranya terdapat pertanyaan lanjut. Jom semua sama-sama kita memeriahkan kejohanan ini.





Biro Sukan
KAKEP 2024

02/10/2024

E-SPORT FIFA 2024 SEMPENA HARI SUKAN NEGARA MINDEF 2024

Serlahkan kehebatan anda dengan menyertai E-Sport FIFA 2024 sempena Hari Sukan Negara MinDef 2024.

Terbuka kepada warga awam MinDef dan penyertaan adalah terhad.

Maklumat pertandingan:

Tarikh : 10 Oktober 2024 (Khamis)
Masa : 9.00 pagi - 4.30 petang
Tempat : Foyer Wisma Pertahanan, MINDEF

Hubungi pihak urus setia En. Fazerin Shah 019-992 2085 sekiranya terdapat pertanyaan lanjut atau boleh mengimbas Kod QR seperti di poster bagi syarat-syarat dan borang penyertaan.





Biro Sukan
KAKEP 2024

02/10/2024

Sukacita dimaklumkan, Biro Kesenian dan Kebudayaan di bawah Kelab Kakitangan Awam Kementerian Pertahanan (KAKEP) mengalu-alukan semua Warga Kementerian Pertahanan yang berbakat untuk menyertainya Pertandingan Deklamasi Sajak bersempena dengan Sambutan Dekad Bahasa Kebangsaan dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia (DBP).

KAKEP dan DBP amat berbesar hati dengan penganjuran pertandingan yang dibuka untuk semua Warga Kementerian Pertahanan.

Pertandingan ini mempunyai Empat (4) Tema Sajak iaitu Bahasa, Kenegaraan, Penghargaan Kepada Tokoh dan Perpaduan untuk dipilih oleh peserta dan pertandingan akan bermula pada 15 Oktober.

Sila imbas kod QR bagi syarat-syarat dan borang penyertaan. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi urusetia seperti tertera di poster.

Biro Kebudayaan dan Keseniaan
KAKEP 2024





Follow & Like

📘 Facebook : Kakep MinDef
https://www.facebook.com/kakep.kakep.3

🧱 Page : KAKEP MinDef
https://www.facebook.com/KAKEP-MinDef-115556896508523/

📸 Instagram : kakepofficial
https://www.instagram.com/kakepofficial

Photos from KAKEP MinDef's post 25/09/2024

TAHNIAH diucapkan kepada para pemenang Swafoto dan Mencipta Puisi sempena Hari Kemerdekaan ke-67 yang telah diadakan baru-baru ini.

KAKEP telah menerima penyertaan yang amat memberangsangkan daripada seluruh warga awam Kementerian Pertahanan. Tahniah sekali lagi dan terima kasih di atas penyertaan anda semua.

Anda memang terbaik!






Follow & Like

📘 Facebook : Kakep MinDef
https://www.facebook.com/kakep.kakep.3

🧱 Page : KAKEP MinDef
https://www.facebook.com/KAKEP-MinDef-115556896508523/

📸 Instagram : kakepofficial
https://www.instagram.com/kakepofficial

13/09/2024

[HEBAHAN] KEJOHANAN BOLING TENPIN PIALA KSU KEMENTERIAN PERTAHANAN TAHUN 2024 ANJURAN KELAB KAKITANGAN AWAM KEMENTERIAN PERTAHANAN (KAKEP)

Kelab Kakitangan Awam Kementerian Pertahanan (KAKEP) akan mengadakan Kejohanan Boling Tenpin Piala KSU Tahun 2024 Antara Bahagian dan Markas.

Semua warga awam Kementerian Pertahanan adalah dijemput untuk menyertai kejohanan ini.

Rujuk syarat-syarat penyertaan dengan memuat turun borang penyertaan melalui imbasan QR kod atau klik pautan berikut:-

https://shorturl.at/luVkG

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Pengurus Sukan En. Kamarul Azli 019-280 0610.

13/09/2024

[HEBAHAN] KEJOHANAN LIGA BOLA SEPAK PENALTI BERPASUKAN PIALA KSU TAHUN 2024 ANJURAN KELAB KAKITANGAN AWAM KEMENTERIAN PERTAHANAN (KAKEP)

Semua warga awam Kementerian Pertahanan adalah dijemput untuk menyertai kejohanan ini.

Rujuk syarat-syarat penyertaan dengan memuat turun borang penyertaan melalui imbasan QR kod atau klik di pautan ------

https://shorturl.at/uJCjj

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Pengurus Sukan En. Faizal Baharum 011-1271 1171 atau Muhammad Atiq Fitri - 013-4977437

Photos from KAKEP MinDef's post 04/09/2024

23 Ogos 2024 [Khamis] – KEJOHANAN BOLA TAMPAR MAKSWIP 2024

Kejohanan Bola Tampar MAKSWIP 2024 telah berlangsung pada 23 – 25 Ogos 2024 bertempat di Institut Penilaian Negara (INSPEN), Kajang menyaksikan sebanyak 54 pasukan bola tampar lelaki dan 47 pasukan bola tampar wanita yang
melibatkan pelbagai kementerian, jabatan, dan agensi. KAKEP telah menghantar 2 pasukan Bola Tampar ke kejohanan ini (Pasukan Lelaki dan Pasukan Wanita) yang di ketuai Pengurus Pasukan Pn. Norjuliana binti Md Daud (MiDAS)
bersama 24 pemain terbaik lelaki dan wanita.

Berikut adalah jadual perlawanan yang ditetapkan dan pasukan KAKEP berada di dalam dua kumpulan
KUMPULAN C [ KAKEP LELAKI, M*F dan PLAN MALAYSIA]
KUMPULAN K [ KAKEP WANITA, JAKIM dan KERIS IB]

Berikut adalah keputusan penuh Kejohanan.
****************************************
Kumpulan C (Lelaki)
a. KAKEP 22 – 31 M*F
b. KAKEP 31 – 25 PLAN MALAYSIA
****************************************
Keputusan : Pasukan Bola Tampar KAKEP Lelaki mendapat NAIB JOHAN di dalam kumpulan dan layak ke pusingan kalah mati Round 32 seterusnya.

****************************************
Kumpulan K (Wanita)
a. KAKEP 31 – 6 JAKIM
b. KAKEP 31 – 26 KERIS IB
****************************************
Keputusan : Pasukan Bola Tampar KAKEP Wanita JUARA kumpulan dan layak ke pusingan kedua Kalah mati Round 32 seterusnya.

Pusingan Kedua kalah mati Round 32 menyaksikan pertemuan Pasukan Bola Tampar lelaki KAKEP bertemu DBKL dengan keputusan:
****************************************
KAKEP 16 – 31 DBKL
****************************************

Pusingan Kedua kalah mati Round 32 menyaksikan perjumpaan Pasukan Bola Tampar wanita KAKEP bertemu MAIWP dengan keputusan:
****************************************
KAKEP 23 – 31 MAIWP
****************************************

Pasukan bola tampar KAKEP lelaki dan wanita terpaksa berpuas hati apabila menamatkan perjuangan di Pusingan 32 apabila tumpas di tangan DBKL dan MAIWP.







Follow & Like

Photos from KAKEP MinDef's post 04/09/2024

15 OGOS 2024 [Khamis] – KEJOHANAN BADMINTON MAKSWIP 2024

Kejohanan Badminton MAKSWIP 2024 yang berlangsung pada 15 – 18 Ogos bertempat di Arena Badminton DBKL, Cheras menyaksikan sebanyak 57 pasukan melibatkan pelbagai kementerian, jabatan dan agensi.

2 pasukan mewakili KAKEP iaitu KAKEP A dan KAKEP B telah bertanding bagi setiap kategori berikut:

a. Perseorangan Lelaki
b. Beregu Lelaki
c. Perseorangan Wanita
d. Beregu Veteran
e. Beregu Campuran

Berikut adalah jadual perlawanan yang ditetapkan dan pasukan KAKEP berada di dalam dua kumpulan

KUMPULAN C [ KAKEP A, M*F B, KDN dan KASTAM KL]
KUMPULAN E [ KAKEP B, IIM, WISMA PUTRA dan JKWPKL B]

Berikut adalah keputusan penuh Kejohanan:
****************************
Kumpulan C
a. KAKEP A 5 – 0 KASTAM KL
b. KAKEP A 2 – 3 M*F B
c. KAKEP A 2 – 3 KDN
****************************
Keputusan : Pasukan Badminton KAKEP A mendapat tempat ke 3 di dalam kumpulan

****************************
Kumpulan E
a. KAKEP B 5 – 0 IIM
b. KAKEP B 4 – 1 WISMA PUTRA
c. KAKEP B 3 – 2 JKWPKL B
****************************
Keputusan : Pasukan Badminton KAKEP B JUARA kumpulan dan mara ke pusingan kedua Kalah mati.

**************
Pusingan Kedua - Pusingan 32 menyaksikan pertemuan pasukan KAKEP B bertemu PPUM B, dengan keputusan :

KAKEP B 1 – 3 PPUM B

Keputusan penuh perlawanan:
Pasukan KAKEP B terpaksa berpuas hati di Pusingan 32 apabila tumpas di tangan PPUM B.

30/08/2024

Kelab Kakitangan Awam Kementerian Pertahanan KAKEP mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan ke-67!

Hayatilah erti kemerdekaan. Eratkan perpaduan di antara kita rakyat Malaysia yang aman dan harmoni.

Malaysia Madani. Jiwa Merdeka. Perlambangan Kesepaduan.






23/08/2024

HEBAHAN: SURVEY PROGRAM HEALING GERM'S @ TAMAN NEGERI KENABOI, NEGERI SEMBILAN ANJURAN BIRO REKREASI KAKEP

Kelab Kakitangan Awam Kementerian Pertahanan (KAKEP) melalui Biro Rekreasi KAKEP bercadang untuk menganjurkan Program Healing Germ's @ Taman Negeri Kenaboi, Negeri Sembilan pada 6 Oktober 2024. Program ini terbuka kepada semua Ahli KAKEP di sekitar Lembah Klang.
​
Biro Rekreasi juga telah menyediakan beberapa soalan survey seperti di pautan https://forms.gle/xHa7AosjBiQwUFvt9 bagi memastikan program ini mencapai objektifnya dan terlaksana dengan jayanya.

Kerjasama daripada anda amatlah dihargai

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Kuala Lumpur