10/05/2026
Pra Pendaftaran KLAS Renang Fasa 1 / 2026 Kini Dibuka π₯β‘οΈ
Inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) ini dilaksanakan dengan hasrat memberikan pendedahan asas berenang (learn to swim) kepada kanak-kanak berusia 6 - 12 tahun dalam kalangan keluarga B40 πββοΈ
Program ini dijalankan secara PERCUMA di RNJ Swimming Academi, Kondominium PV21 Wangsa Maju π
Sila imbas kod QR bagi pra pendaftaran dan maklumat lanjut π
Tempat adalah TERHAD dan peserta yang LAYAK akan dihubungi oleh pihak urus setia π
Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Batu / Wangsa Maju π
10/12/2025
Pra Pendaftaran KLAS Renang Fasa 3 / 2025 Kini Dibuka π₯β‘οΈ
Inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) ini dilaksanakan dengan hasrat memberikan pendedahan asas berenang (learn to swim) kepada kanak-kanak berusia 6 - 12 tahun dalam kalangan keluarga B40 πββοΈ
Program ini dijalankan secara PERCUMA di RNJ Swimming Academi, Kondominium PV21 Wangsa Maju π
Sila imbas kod QR bagi pra pendaftaran dan maklumat lanjut π atau klik pada link pendaftaran berikut:
https://forms.gle/heKzWPhbaLuG3iLb7
Tempat adalah TERHAD dan peserta yang LAYAK akan dihubungi oleh pihak urus setia π
Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Batu / Wangsa Maju π
01/10/2025
π₯Hari Sukan Negara 2025π₯β‘οΈ
Peringkat Kawasan Batu / Wangsa Majuππ»ββοΈββ‘οΈππ»ββ‘οΈ
Tarikh: 11 Oktober 2025 (Sabtu)
Lokasi: Taman Metropolitan Batu
Masa: 7.30 Pagi - 12.30 Tengahari
Seluruh warga Batu dan Wangsa Maju dijemput hadir beramai-ramai untuk memeriahkan sambutan Hari Sukan Negara 2025 Peringkat Kawasan Batu / Wangsa Maju bagi tahun ini. Acara ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia, bangsa atau latar belakang.
Antara aktiviti menarik yang menanti anda:
* Larian santai komuniti untuk semua peringkat umur
* Senamrobik perdana bersama jurulatih bertauliah
* Pertandingan sukan rakyat dan sukaneka
* Cabutan bertuah dengan hadiah-hadiah menarik
* Gerai makanan, pameran dan booth komuniti
Masuk adalah percuma! Sertai kami bersama keluarga, sahabat handai dan jiran tetangga. Lagi ramai, lagi meriah!
Tema tahun ini adalah βMalaysia Aktifβπ₯
Ayuh kita jadikan warga Batu dan Wangsa Maju contoh komuniti aktif dan bersatu!
Jumpa anda di sana! π₯π₯
22/09/2025
Pra Pendaftaran KLAS Renang Fasa 2/ 2025 Kini Dibuka π₯β‘οΈ
Inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) ini dilaksanakan dengan hasrat memberikan pendedahan asas berenang (learn to swim) kepada kanak-kanak berusia 6 - 12 tahun dalam kalangan keluarga B40, Warga Emas (60 - 75 tahun) dan Kanak-kanak OKU (6 - 15 tahun) πββοΈ
Program ini dijalankan secara PERCUMA di beberapa lokasi terpilih seluruh negara π
Sila imbas kod QR bagi pra pendaftaran dan maklumat lanjut π
Tempat adalah TERHAD dan peserta yang LAYAK akan dihubungi oleh pihak urus setia π
Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Belia dan Sukan berhampiran anda π
11/08/2025
Sertai kemeriahan 1000 Liga Peringkat Kawasan Batu / Wangsa Maju!
Peluang keemasan buat belia setempat untuk mengasah bakat, semangat kesukanan dan memperkukuh ukhuwah komuniti melalui pertandingan yang penuh aksi dan semangat juang!
π₯ Jangan lepaskan peluang untuk menjadi juara tempatan dan mencipta impak dalam arena sukan komuniti
Kepada peserta yang berminat, boleh hubungi Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Batu / Wangsa Maju untuk maklumat yang lebih lanjut.
11/08/2025
PERBINCANGAN BERKENAAN PROGRAM BERSAMAMU @ KOMUNITI ANJURAN SWCORP DENGAN KERJASAMA DBKL DAN PEJABAT PARLIMEN BATU
PPR Batu Muda, 8 Ogos 2025 - Satu perbincangan telah diadakan berkaitan pelaksanaan Program Bersamamu @ Komuniti yang dianjurkan oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Pejabat Parlimen Batu. Program ini dijadualkan berlangsung pada 21 September 2025 bertempat di PPR Batu Muda, Kuala Lumpur, dan bertujuan untuk menggalakkan penyertaan aktif komuniti setempat dalam aspek kebersihan, kitar semula, kesedaran alam sekitar, serta pengukuhan hubungan sosial antara agensi dan masyarakat.
Turut hadir dalam sesi perbincangan ini ialah Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Batu / Wangsa Maju, Puan Afiqah binti Mustafa Kamil, bersama-sama wakil daripada Pejabat Parlimen Batu, pegawai-pegawai SWCorp, wakil DBKL serta pemimpin komuniti setempat. Kehadiran pelbagai pihak ini mencerminkan komitmen bersama dalam memastikan pelaksanaan program berjalan lancar dan memberi impak positif kepada kesejahteraan penduduk setempat. Pendekatan bersepadu yang diketengahkan melalui program ini diharap dapat memperkasakan komuniti PPR Batu Muda ke arah gaya hidup lebih lestari dan bertanggungjawab.
11/08/2025
PROGRAM RAKAN PRIHATIN: MOBILISASI SKUAD SUKARELAWAN ANAK MALAYSIA (SATRIA) PERINGKAT KAWASAN BATU / WANGSA MAJU
Jom sertai Skuad Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) yang akan digerakkan di peringkat Kawasan Batu dan Wangsa Maju!
Inilah masa untuk anda sebagai belia turun padang, bantu komuniti, dan buktikan semangat melalui tindakan!
π€ Bersama kita jayakan misi sebagai SATRIA
π₯ Sertai SATRIA β Belia Peka, Belia Prihatin, Belia Beraksi!
π Lokasi: FRIM, Kepong
π Tarikh: 23 Ogos 2025 (Sabtu)
Sila hubungi Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Batu / Wangsa Maju untuk dapatkan maklumat lanjut berkenaan program ini.
11/08/2025
PEGAWAI BELIA DAN SUKAN KAWASAN BATU / WANGSA MAJU HADIR KE MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN BAGI TAHUN 2025
Tamu Hotel & Suites, 9 Ogos 2025 β Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Batu / Wangsa Maju, Puan Afiqah binti Mustafa Kamil telah menghadiri Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Wilayah Persekutuan Bagi Tahun 2025 yang telah berlangsung di Tamu Hotel & Suites. Majlis ini merupakan platform penting bagi menghimpunkan wakil-wakil belia serta agensi kerajaan dan bukan kerajaan bagi membincangkan isu-isu semasa yang melibatkan pembangunan belia di Wilayah Persekutuan.
Pegawai Belia dan Sukan dari Kawasan Batu / Wangsa Maju hadir bersama barisan wakil Majlis Belia Kawasan (MBK) serta pemimpin-pemimpin belia tempatan bagi menyuarakan pandangan dan cadangan yang mewakili suara belia di kawasan masing-masing.
Majlis perundingan seperti ini membuktikan komitmen berterusan Kementerian Belia dan Sukan serta semua pihak berkepentingan dalam memastikan suara belia sentiasa diangkat dan diberi perhatian dalam setiap perancangan pembangunan negara.
23/07/2025
π SUMMER CAMP 2025 PERINGKAT KAWASAN BATU / WANGSA MAJU π
π Pengalaman Hebat, Persahabatan Sejati, Kenangan Abadi!
Jom sertai Summer Camp Peringkat Kawasan Batu / Wangsa Maju 2025, satu program penuh keceriaan, pembelajaran, dan cabaran yang direka khas untuk membina sahsiah, semangat kerjasama, dan kepimpinan di kalangan peserta muda!
π― Aktiviti Menarik Menanti Anda!
β
Eksplorasi Alam & Kembara
β
Aktiviti Lasak & Permainan Tradisional
π
Tarikh: 1-3 Ogos 2025
π Lokasi: Kem Bina Semangat Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu
23/07/2025
PEMERIKSAAN MENGEJUT OLEH PENGARAH JBS WP KUALA LUMPUR KE PBSK BATU / WANGSA MAJU
21 Julai 2025, Bukit Kiara β Satu pemeriksaan mengejut telah dilakukan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JBS WP KL), En Sabran bin Abd Bahar ke atas Pejabat Belia dan Sukan Kawasan (PBSK) Batu / Wangsa Maju pada 21 Julai 2025. Pemeriksaan ini bertujuan untuk menilai tahap pengurusan, pematuhan prosedur operasi standard (SOP), serta keberkesanan pelaksanaan program di peringkat akar umbi.
Semasa lawatan tersebut, Pengarah turut meninjau kemudahan fizikal di pejabat serta berinteraksi secara langsung dengan pegawai dan kakitangan yang bertugas. Pemeriksaan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif pemantauan berterusan bagi memastikan integriti, ketelusan dan prestasi tinggi dalam penyampaian perkhidmatan awam.
JBS WP KL akan terus komited dalam memperkasa peranan PBSK melalui pemantauan berjadual dan tidak berjadual demi memastikan tadbir urus yang cekap dan berkesan.