Surau Al Tholabah Kolej Profesional MAIWP

Surau Al Tholabah Kolej Profesional MAIWP

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Surau Al Tholabah Kolej Profesional MAIWP, Kuala Lumpur.

Photos from Surau Al Tholabah Kolej Profesional MAIWP's post 25/12/2025

Pada hari Khamis,18 Disember 2025, telah berlangsung majlis bacaan Surah Yasin dan Solat Hajat sempena persiapan kemasukan para pelajar Institut Kemahiran Baitulmal ke asrama Kolej Profesional MAIWP. Majlis ini diadakan sebagai langkah memohon keberkatan dan perlindungan daripada Allah SWT agar urusan penginapan, pembelajaran serta perjalanan kehidupan para pelajar di asrama dipermudahkan. Seterusnya diteruskan dengan pengagihan al-Quran sebagai usaha menyemai kecintaan terhadap kalam Allah. Semoga majlis yang sederhana namun penuh makna ini menjadi titik permulaan yang baik dalam membentuk sahsiah terpuji, kekuatan rohani serta kesatuan hati dalam kalangan pelajar.

Photos from Surau Al Tholabah Kolej Profesional MAIWP's post 25/12/2025

Alhamdulillah, pada 18 Disember 2025, buat pertama kalinya ahli JASAT telah mengadakan sesi usrah bersama para pelajar Semester 1. Usrah ini dianjurkan sebagai platform untuk membina hubungan yang lebih erat antara ahli serta mahasiswa KPMAIWP, di samping menjadi ruang perkongsian ilmu, nasihat, dan pengukuhan nilai ukhuwah. Melalui sesi ini, para peserta bukan sahaja berpeluang bertukar pandangan dan pengalaman, malah dapat memperkukuhkan semangat kebersamaan dalam membentuk sahsiah yang lebih baik. Semoga usaha kecil ini menjadi titik permulaan kepada lebih banyak program bermanfaat pada masa akan datang.

Photos from Surau Al Tholabah Kolej Profesional MAIWP's post 13/10/2025

Pada 3 Oktober 2025 iaitu pada hari Jumaat adalah hari terakhir Ustaz Adam berkhidmat di Kolej Profesional MAIWP. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Ustaz Adam atas segala jasa, pengorbanan, serta khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan. Sepanjang berada di sini, Ustaz bukan sahaja berperanan sebagai pendidik, tetapi juga sebagai pembimbing, penyokong dan sumber inspirasi, sama ada dalam kalangan pelajar mahupun rakan setugas.

Segala ilmu, bimbingan, dan nilai murni yang telah Ustaz berikankan akan terus menjadi panduan serta bekalan yang sangat berharga buat kami semua. Keikhlasan dan dedikasi Ustaz dalam mendidik tidak akan kami lupakan.

Kami mendoakan agar Ustaz terus diberi kekuatan, kesihatan yang baik dalam langkah dan kerjaya baharu. Semoga setiap jasa dan kebaikan Ustaz menjadi amal jariah yang berpanjangan.

Terima kasih Ustaz, Jasamu akan sentiasa dikenang dan dihargai.

08/05/2023

Hiduplah seolah-olah kamu akan mati besok. Belajarlah seolah-olah kamu hidup selamanya ☺️❀️.
-mahatma gandhi-

21/04/2023

1 Syawal Menjelang Tiba,
Takbir bergema menggegar Jiwa,
Sekiranya ada Salah & Dosa,
Ampun Maaf Dipinta Di Hari Mulia,
Selamat Hari Raya Aidil FitRi.. Maaf Zahir & BatinπŸ¦‹πŸŒΉ

IKHLAS DARIPADA:JK SURAU AL-THOLABAH

15/04/2023

Assalamualaikum w.b.t

Tuan/Puan

*Program Ihya' Ramadan Surau Al Tholabah Kolej Profesional Baitulmal KL tahun 1444H/2023M*

πŸ”– Majlis Berbuka Puasa (50 orang sehari)

πŸ”– Tazkirah Zohor

πŸ”– Tadarus al Quran (Selepas Solat Asar)

πŸ”– Solat sunat terawih & witir

πŸ”– Sahur (10 malam terakhir)

πŸ”– Program Nuzul Al Quran

πŸ”– Qiamullail (10 malam terakhir)

Tuan/Puan dijemput turut serta dalam memeriahkan dan mengindahkan Ramadan yang bakal tiba.

Sumbangan majlis berbuka puasa dan tajaan Ihya' Ramadan amat dialukan.

πŸ‘‰ Tajaan berbuka puasa (Sehari RM500)

1lot = RM10 x 50 lot sehari

Sumbangan tuan/puan amat kami hargai.

Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun bank:

Akaun BIMB: 14032010094150
Nama: Surau Al Tholabah

Ref: Ihya' Ramadan / Slot berbuka

Ikhlas dari kami

_Alif Fahmi Bin Abdullah_
Pengerusi
Surau At-Tholabah, Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur

08/04/2023

Assalamualaikum w.b.t
..........................................................
SALAM NUZUL AL-QURAN☺️

17 RAMADAN 1444H

Ikhlas daripada Kami:
AJK
SURAU AL THOLABAH
KOLEJ PROFESSIONAL BAITULMAL πŸ•Œ

03/04/2023

"Ramadan itu seperti teman,
kamu mungkin berjumpa dengannya harini,
Tetapi belum tentu kamu boleh berjumpa lagi dengannya
Di lain waktu". πŸ¦‹

RAMADAN DAY-12
.............................................................................................................................

18/03/2022

[Kenyataan Media]

KETETAPAN TERKINI AKTIVITI PENGIMARAHAN Dl MASJID DAN SURAU WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN DALAM FASA ENDEMIK

i. Dibenarkan solat berjemaah tanpa penjarakan fizikal atau saf dirapatkan.

ii. Jemaah digalakkan membawa dan menggunakan sejadah sendiri.

iii. Kehadiran ke masjid dan surau dibenarkan tanpa had umur kepada yang telah menerima vaksinasi Covid-19.

iv. Masjid dan surau dibenarkan untuk melaksanakan Solat Sunat Tarawih 20 rakaat pada bulan Ramadan. Manakala Qiamullail dibenarkan untuk diadakan di masjid dan surau mulai tengah malam.

v. Majlis berbuka puasa, moreh dan sahur dibenarkan untuk diadakan di masjid dan surau dan makanan digalakkan untuk disediakan secara berbungkus.

vi. Dibenarkan aktiviti tadarus al-Quran di masjid dan surau serta boleh dilaksanakan pada mana-mana waktu yang bersesuaian dalam bentuk kumpulan kecil.

Berkuat kuasa 1 April 2022 (Jumaat)

28/02/2022

PERISTIWA TERAGUNG DALAM SEJARAH ISLAM

Peristiwa ini terjadi pada tahun kewafatan Bapa Saudara Nabi iaitu Abu Talib dan isteri kesayangan baginda Saidatina Khadijah R.H. Dinamakan tahun dukacita.

Israk - Perjanalan Rasulullah saw dari Masjid al-Haram menuju ke Masjid Al Aqsa

Mikraj - Perjalanan Rasulullah saw naik ke Sidratul Muntaha bertemu Allah SWT.

Masjid al-Haram => Masjid Aqsa (Palestin) => Sidratul Muntaha

Langit Pertama = Bertemu Nabi Adam AS
Langit Kedua = Bertemu Nabi Isa dan Nabi Yahya AS
Langit Ketiga = Bertemu Nabi Yusof AS
Langit Keempat = Bertemu Nabi Isris AS
Langit Kelima = Bertemu Nabi Harun AS
Langit Keenam = Bertemu Nabi Musa AS
Langit Ketujuh = Bertemu Nabi Ibrahim AS

Seterusnya ke Sidratul Muntaha

Syiar Yang Teragung

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


Kuala Lumpur
59100