Malaysia Productivity Corporation (MPC)

Malaysia Productivity Corporation (MPC)

Share

MPC is in the business of productivity and competitiveness improvement focusing at national, sectoral, and enterprise levels.

Sertai kami di platform media sosial rasmi untuk maklumat terkini:
► Like kami di Facebook: MPC Productivity
► Follow kami di Instagram: @MPCProductivity
► Follow kami di X: @MPCProductivity
► Subscribe kami di YouTube: MPC Productivity
► Follow kami di TikTok: @MPCProductivity
► Follow kami di LinkedIn: MPCProductivity

31/05/2026

MPC merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YBrs. Dr. Mazlina Shafi’i, Pengarah MPC Wilayah Sarawak, yang akan bersara pilihan bermula 1 Jun 2026 (Isnin).

Sepanjang lebih 29 tahun 9 bulan perkhidmatan, beliau telah menunjukkan dedikasi dan komitmen luar biasa dalam memacu produktiviti negara. Sumbangan beliau akan terus menjadi inspirasi kepada seluruh warga MPC.

Terima kasih atas segala jasa dan kenangan yang ditinggalkan. Semoga dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan keberkatan di fasa kehidupan yang baharu.

30/05/2026

Keharmonian dan kedamaian hidup adalah asas kepada kebahagiaan kita bersama. Melalui penghayatan tema 'Mendepani Era Digital, Memupuk Kebijaksanaan Bersama', mari kita bawa nilai-nilai murni ini ke tempat kerja untuk membina persekitaran yang positif sekaligus meningkatkan produktiviti yang mampan. 🤝✨

Selamat Menyambut Hari Wesak 2026 kepada semua warga yang beragama Buddha. Semoga sambutan tahun ini membawa keamanan, kasih sayang, dan kesejahteraan dalam hidup kita.

Ministry of Investment, Trade and Industry, Malaysia

Photos from Malaysia Productivity Corporation (MPC)'s post 29/05/2026

Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH) Bilangan 2/2026 telah diadakan pada 22 Mei 2026 sebagai platform strategik kerjasama kerajaan dan industri dalam memperkukuh agenda reformasi peraturan negara.

Mesyuarat yang dipengerusikan bersama oleh YB Menteri Ekonomi, YBhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara dan Tokoh Industri ini memberi tumpuan kepada usaha menambah baik persekitaran perniagaan negara melalui reformasi kerenah birokrasi serta penyampaian peraturan yang lebih cekap, responsif dan mesra industri.

Antara perkara utama yang diberi perhatian ialah pemansuhan keperluan Sijil Pendaftaran Penjual Makanan Haiwan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan Haiwan 2012, yang dijangka menghasilkan penjimatan kos pematuhan kepada industri sebanyak RM4.33 juta.

Mesyuarat turut membincangkan cadangan pewujudan Mekanisme Penyelesaian Pertikaian Teknikal Sektor Pembinaan bagi mempercepat penyelesaian isu teknikal berkaitan pembangunan secara lebih cekap dan telus.

Sebagai urus setia bersama PEMUDAH, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dan Kementerian Ekonomi terus komited memperkukuh kerjasama awam-swasta dalam mempercepat reformasi peraturan bagi meningkatkan produktiviti, memperkukuh daya saing dan merangsang pertumbuhan ekonomi negara.





29/05/2026

Tuai padi antara nampak,
Esok jangan layu-layuan,
Semangat produktiviti terus melonjak,
Demi masa depan penuh kemakmuran. 🚀🌾

Selamat Menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya warga Sabah dan Sarawak.

Semoga musim menuai kali ini membawa keberkatan, keharmonian, dan memacu produktiviti negara ke tahap yang lebih tinggi.

Ministry of Investment, Trade and Industry, Malaysia
Malaysia Productivity Corporation - MPC Sabah
Malaysia Productivity Corporation - MPC Sarawak

Photos from Malaysia Productivity Corporation (MPC)'s post 26/05/2026

Sunchirin Industries Perkasa Operasi melalui Pendekatan Digital KAIZEN dan IoT

Sebagai sebahagian daripada Projek Demonstrasi Digital KAIZEN APO-JPC-MPC, sesi Gemba, Mesyuarat Penyelarasan, serta pelaksanaan peranti IoT secara proof of concept telah dijalankan di Sunchirin Industries (M) Berhad.

Inisiatif ini melibatkan kerjasama antara APO, JPC, dan MPC bersama pasukan operasi syarikat bagi meneliti proses pembuatan, mengenal pasti peluang peningkatan produktiviti, serta menilai aplikasi IoT yang bersesuaian untuk menyokong operasi berteraskan digital.

Melalui pendekatan Digital KAIZEN, pelaksanaan penyelesaian IoT ini dijangka dapat meningkatkan pemantauan masa nyata, keterlihatan data, serta memperkukuh budaya penambahbaikan berterusan dan pembuatan keputusan berasaskan data dalam persekitaran pembuatan.

Asian Productivity Organization

Photos from Malaysia Productivity Corporation (MPC)'s post 26/05/2026

Projek Demonstrasi Digital KAIZEN Perkukuh Transformasi Digital di UEDA Plating

Sebagai sebahagian daripada Projek Demonstrasi Digital KAIZEN APO-JPC-MPC, sesi Gemba, Mesyuarat Penyelarasan, serta pemasangan peranti IoT secara proof of concept telah berjaya dilaksanakan di UEDA Plating (M) Sdn. Bhd.

Wakil daripada APO, JPC, dan MPC bersama pihak pengurusan serta teknikal syarikat telah bekerjasama dalam menilai operasi pembuatan, mengenal pasti peluang penambahbaikan produktiviti, serta melaksanakan penyelesaian IoT yang bersesuaian bagi menyokong pemantauan masa nyata dan pembuatan keputusan berasaskan data.

Inisiatif ini mencerminkan usaha berterusan dalam memperkukuh kecekapan operasi, transformasi digital, dan budaya penambahbaikan berterusan dalam sektor pembuatan melalui pendekatan Digital KAIZEN.

Asian Productivity Organization

Photos from Malaysia Productivity Corporation (MPC)'s post 26/05/2026

Projek Demonstrasi Digital Kaizen Pacu Transformasi Produktiviti Sektor Pembuatan

Projek Demonstrasi Digital KAIZEN bagi PKS dalam Sektor Pembuatan telah dimulakan secara rasmi menerusi Sesi "kick-off" yang melibatkan wakil daripada Asian Productivity Organization (APO), Japan Productivity Center (JPC), dan Malaysia Productivity Corporation (MPC).

Sesi tersebut telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Mohamad Norjayadi Tamam, Timbalan Ketua Pengarah MPC yang menekankan kepentingan pengintegrasian amalan KAIZEN dengan teknologi digital dalam meningkatkan produktiviti, kecekapan operasi, dan daya saing industri.

Program ini turut melibatkan dua syarikat demonstrasi iaitu UEDA Plating (M) Sdn. Bhd. dan Sunchirin Industries (M) Berhad bagi membincangkan pelaksanaan projek serta inisiatif penambahbaikan berterusan berasaskan data.

Asian Productivity Organization

26/05/2026

Di sebalik kemeriahan Aidiladha, tersimpan nilai besar tentang pengorbanan, keikhlasan dan kekuatan dalam melaksanakan amanah.

Setiap usaha, setiap pengorbanan dan setiap langkah kecil yang dilakukan dengan penuh dedikasi mampu membawa perubahan yang besar — bukan sahaja kepada diri sendiri, malah kepada organisasi dan negara.

Semoga Aidiladha ini menjadi inspirasi untuk kita terus memperkukuh semangat bekerja, meningkatkan produktiviti dan bersama-sama membina masa depan yang lebih gemilang.

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua yang meraikannya. ✨

Ministry of Investment, Trade and Industry, Malaysia

26/05/2026

🎧 𝗨𝗽𝗰𝗼𝗺𝗶𝗻𝗴 𝗼𝗻 𝗣𝗿𝗼𝗱𝘂𝗰𝘁𝗶𝘃𝗶𝘁𝘆 𝗠𝗮𝘁𝘁𝗲𝗿𝘀 𝗣𝗼𝗱𝗰𝗮𝘀𝘁

We are pleased to feature 𝗗𝗿. 𝗖𝗮𝘀𝘀𝗮𝗻𝗱𝗿𝗮 𝗖𝗵𝗮𝗻, 𝗖𝗲𝗿𝘁𝗶𝗳𝗶𝗲𝗱 𝗣𝗿𝗼𝗱𝘂𝗰𝘁𝗶𝘃𝗶𝘁𝘆 𝗦𝗽𝗲𝗰𝗶𝗮𝗹𝗶𝘀𝘁 (𝗖𝗣𝗦) in an insightful discussion on: “𝗕𝗼𝗼𝘀𝘁𝗶𝗻𝗴 𝗥𝗲𝘁𝗮𝗶𝗹 𝗣𝗿𝗼𝗱𝘂𝗰𝘁𝗶𝘃𝗶𝘁𝘆: 𝗙𝗿𝗼𝗺 𝗦𝗮𝗹𝗲𝘀 𝗧𝗿𝗮𝗶𝗻𝗶𝗻𝗴 𝘁𝗼 𝗠𝗲𝗮𝘀𝘂𝗿𝗮𝗯𝗹𝗲 𝗥𝗲𝘃𝗲𝗻𝘂𝗲 𝗚𝗿𝗼𝘄𝘁𝗵”

Gain valuable perspectives on enhancing workforce capability, improving retail performance, and translating sales training into measurable business outcomes.

🗓️ 5 June 2026
⏰ 3.00 PM
📍 Watch us on MPC Facebook & YouTube

Save the date and don’t miss out on this insightful discussion! 🎙️

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Aras 1, Aras 9-15 (East Wing), Aras 21, Menara MATRADE, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah
Kuala Lumpur
50480

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00