Kelab Sukan, Sosial dan Kebajikan ATM

Kelab Sukan, Sosial dan Kebajikan ATM

Share

Memanfaatkan penyaluran Dana Khas kepada ATM seiring dengan Teras #Kebajikan MINDEF untuk Kelihatan dan Dirasai oleh warganya.

Photos from Kelab Sukan, Sosial dan Kebajikan ATM's post 17/03/2023

TAKLIMAT KELAB SUKAN, SOSIAL DAN KEBAJIKAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (KSSKA) SIRI 4 TAHUN 2023

KUALA LUMPUR, 17 Mac 2023 - Satu sesi Taklimat KSSKA telah dilaksanakan bertempat di 56 Rejimen Semboyan Pakar Telekom Askar Wataniah (56 RSPT AW), Kem KEMENTAH kepada penuntut Kursus Ketenteraan Kelas 2 Generik Tentera Darat dan Kor (Dec) Siri 1/2023, Kor Perkhidmatan Am - Bahagian Kerani.

Seramai 79 penuntut kursus yang terlibat dalam sesi taklimat yang disampaikan oleh Kapt Norfaezal bin Abdullah Sani selaku PS3 KSSKA. Taklimat ini bertujuan sebagai pendedahan kepada anggota untuk mengetahui apakah fungsi dan peranan KSSKA ditubuhkan. Sesi taklimat meliputi skop utama seperti Latar Belakang Penubuhan, Tujuan Penubuhan, Organisasi dan Sumber Kewangan KSSKA.

Seusai taklimat, diadakan sesi soal jawab bagi memantapkan kefaman penuntut kursus agar selari dengan objektif taklimat yang telah digariskan. Taklimat diakhiri dengan penyampaian cenderahati oleh Penyelia Kursus, SSjn Amyrul Mukmin bin Che Mansor kepada pensyarah jemputan diiringi jamuan ringan yang disediakan.

Disediakan oleh: Kelab Sukan, Sosial dan Kebajikan ATM (KSSKA).

Photos from Kelab Sukan, Sosial dan Kebajikan ATM's post 15/03/2023

MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA BILANGAN SATU KELAB SUKAN, SOSIAL DAN KEBAJIKAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (KSSKA) DAN PENYERAHAN MOCK CHEQUE YURAN KEAHLIAN TAHUN 2022, SUMBANGAN ASAS SERTA GERAN SEPADAN TAHUN 2023 FASA PERTAMA KEPADA PERKHIDMATAN DAN PENERIMA FAEDAH

KUALA LUMPUR, 10 Mac 2023 - Mesyuarat telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Markas Tentera Laut dan dipengerusikan oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Abdul Rahman bin Ayob selaku Yang Dipertua (YDP) Kelab Sukan, Sosial dan Kebajikan ATM (KSSKA).

Seramai 20 pegawai dan anggota selaku AJK dan wakil perkhidmatan terlibat dalam mesyuarat kali ini. Turut hadir, Laksmana Muda Dato’ Pahlawan Abd Halim bin Hj Shaari, Inspektorat Jeneral ATM selaku NYDP KSSKA dan Mejar Jeneral Azhan bin Hj Md Othman, Asisten Ketua Staf Sumber Manusia Tentera Darat sebagai AJK Pegawai Tentera Darat.

Intipati mesyuarat pada kali ini menjurus kepada pemakluman Pengagihan Yuran Keahlian Tahun 2022, Sumbangan Asas dan Geran Sepadan Tahun 2023 Fasa Pertama. selain daripada perkara-perkara khusus yang termaktub untuk dibincangkan dalam Mesyuarat Ahli Jawatankuasa seperti Taklimat Kedudukan Kewangan KSSKA dan juga Taklimat Kerangka Kerja setiap perkhidmatan bagi suku keempat tahun 2022. Pembayaran tahun ini dilaksanakan secara dua fasa akibat penetapan semula syarat oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Justeru, pembayaran bagi fasa kedua dijangka dilaksanakan pada bulan Julai 2023.

Seterusnya, acara Penyerahan Mock Cheque Yuran Keahlian KSSKA Tahun 2022, Sumbangan Asas dan Geran Sepadan Tahun 2023 dilaksanakan sejurus mesyuarat dipinda. Penyerahan disampaikan oleh YDP KSSKA kepada setiap wakil perkhidmatan dan penerima faedah. Mendahului senarai perkhidmatan, MK ATM menerima jumlah wang KSSKA sebanyak RM 526,329.36. Tentera Darat, RM 3,467,833.41. Tentera Laut, RM 757,387.29. Tentera Udara, RM 758,237.95. Penerima Faedah iaitu Majlis Sukan Angkatan Tentera (MSAT), RM 770,295.00 dan diakhiri dengan Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera Malaysia (BAKAT), RM 256,765.00.

Dalam ucapan penutup daripada YDP KSSKA, beliau menitikberatkan kepentingan mengurus tadbir penggunaan wang KSSKA secara berhemah dan bertepatan dengan keperluannya. Selain itu, beliau turut menegaskan agar AJK dan Sekretariat KSSKA sentiasa komited dan amanah terhadap tugas yang dipikul. Mesyuarat diakhiri dengan jamuan di 19th Hole, Markas Tentera Laut dan seterusnya bersurai.

Disediakan oleh: Kelab Sukan, Sosial dan Kebajikan ATM (KSSKA).

Photos from Kelab Sukan, Sosial dan Kebajikan ATM's post 17/02/2022

MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA BILANGAN 1 KELAB SUKAN, SOSIAL DAN KEBAJIKAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (KSSKA) DAN PENYERAHAN MOCK CHEQUE YURAN KEAHLIAN TAHUN 2021, SUMBANGAN ASAS SERTA GERAN SEPADAN TAHUN 2022 KEPADA PERKHIDMATAN DAN PENERIMA FAEDAH

KUALA LUMPUR, 15 Februari 2022- Mesyuarat telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Rajawali, Markas Tentera Udara yang dipengerusikan oleh Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM selaku Yang Dipertua (YDP) Kelab Sukan, Sosial dan Kebajikan ATM (KSSKA).

Seramai 20 pegawai dan anggota selaku AJK dan wakil perkhidmatan terlibat dalam mesyuarat kali ini. Turut hadir, Laksda Abd Halim bin Hj Shaari, Inspektorat Jeneral ATM selaku NYDP KSSKA dan Mejar Jeneral Dato’ Hj Subari Bin Hj Tomo, Ketua Staf Tentera Darat sebagai AJK Pegawai Tentera Darat.

Intipati mesyuarat pada kali ini lebih kepada pemakluman Pengagihan Yuran KSSKA Tahun 2021, Sumbangan Asas dan Geran Sepadan Tahun 2022 selain daripada perkara-perkara khusus yang termaktub untuk dibincangkan dalam Mesyuarat Ahli Jawatankuasa seperti Taklimat Kedudukan kewangan KSSKA dan juga Taklimat Kerangka Kerja setiap perkhidmatan bagi suku keempat tahun 2021.

Seterusnya, acara Penyerahan Mock Cheque Yuran Keahlian KSSKA Tahun 2021, Sumbangan Asas dan Geran Sepadan Tahun 2022 dilaksanakan sejurus mesyuarat dipinda. Penyerahan disampaikan oleh YDP KSSKA kepada setiap wakil perkhidmatan dan penerima faedah. Mendahului senarai perkhidmatan, MK ATM menerima jumlah wang KSSKA sebanyak RM 539,607.78. Tentera Darat, RM 3,697,579.55. Tentera Laut, RM 796,632.89. Tentera Udara, RM 800,981.79. Penerima Faedah iaitu Majlis Sukan Angkatan Tentera (MSAT), RM 1,068,246.00 dan diakhiri dengan Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera Malaysia (BAKAT), RM 356,082.00.

Bagi menghargai sumbangan, jasa dan komitmen selaku AJK Pegawai Tentera Darat, YDP KSSKA juga turut menyampaikan cenderahati kepada Mejar Jeneral Dato' Hj Subari bin Hj Tomo yang merancang akan bercuti mulai 7 April 2022 seterusnya bersara dari perkhidmatan.

Mesyuarat dilaksanakan dengan menitikberatkan SOP dan mematuhi langkah-langkah perlu bagi mencegah penularan COVID-19 dengan mempraktikan amalan penjarakan sosial, penggunaan hand sanitizer, tidak berjabat salam serta meminimumkan bilangan kehadiran.

Mesyuarat diakhiri dengan ucapan penutup daripada YDP KSSKA diiringi jamuan ringan dan seterusnya bersurai.

Oleh: Kapt Norfaezal bin Abdullah Sani, PS 3 KSSKA (Darat).

19/07/2021

KSSKA mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha





28/06/2021

Setiap jenis vaksin yang anda terima mampu membina perlindungan dalam badan untuk mengurangkan risiko ancaman Covid-19.



Photos from Kelab Sukan, Sosial dan Kebajikan ATM's post 20/07/2020

MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA BILANGAN 3 KELAB SUKAN, SOSIAL DAN KEBAJIKAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 20 Jul 2020 - Mesyuarat telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Rajawali, Markas Tentera Udara yang dipengerusikan oleh Panglima Tentera Udara, Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM selaku Yang Dipertua (YDP) Kelab Sukan, Sosial dan Kebajikan ATM (KSSKA) yang baharu setelah mengambil alih tugas tersebut secara rasminya pada 5 Jun 2020 yang lalu.

Seramai 20 pegawai dan anggota selaku AJK dan wakil perkhidmatan terlibat dalam mesyuarat kali ini. Turut hadir, Mej Jen Meor Anwar Shuhaili bin Mohd Ramli selaku NYDP KSSKA dan Mej Jen Dato’ Marzuki bin Muhammad wakil bagi Tentera Darat.

Intipati mesyuarat pada kali ini lebih kepada membincangkan perkara yang melibatkan persiapan awal Mesyuarat Agung ke-14 KSSKA selain daripada perkara-perkara khusus yang termaktub untuk dibincangkan dalam Mesyuarat Ahli Jawatankuasa seperti Taklimat Kedudukan kewangan KSSKA dan juga Taklimat Kerangka Kerja setiap perkhidmatan bagi suku kedua tahun 2020.

Melalui mesyuarat ini juga, beberapa pindaan terhadap Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil KSSKA telah dibentangkan oleh Penasihat Perundangan KSSKA, Brig Jen Ahmad Faiezzelan bin Abdul Karim yang akan diputuskan semasa Mesyuarat Agung ke-14 KSSKA akan datang.

Mesyuarat dilaksanakan dengan menitikberatkan SOP dan mematuhi langkah-langkah perlu bagi mencegah penularan COVID-19 dengan mempraktikan amalan penjarakan sosial, penggunaan hand sanitizer, tidak berjabat salam serta meminimumkan bilangan kehadiran.

Mesyuarat diakhiri dengan ucapan penutup daripada YDP KSSKA diiringi jamuan ringan dan seterusnya bersurai.

Oleh: Kapt Norfaezal bin Abdullah Sani, PS 3 KSSKA (Darat).

Photos from Kelab Sukan, Sosial dan Kebajikan ATM's post 03/06/2020

TAKLIMAT KELAB SUKAN, SOSIAL DAN KEBAJIKAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (KSSKA) KEPADA PANGLIMA TENTERA UDARA, YANG BERBAHAGIA JENERAL DATO’ SRI ACKBAL BIN HJ ABDUL SAMAD TUDM SELAKU YANG DIPERTUA KSSKA

KUALA LUMPUR: Taklimat telah dilaksanakan pada 3 Jun 20 jam 1100 bertempat di Bilik Mesyuarat Rajawali, Wisma Pertahanan. Panglima Tentera Udara selaku YDP KSSKA yang baharu telah mempengerusikan taklimat tersebut dan dihadiri oleh semua AJK KSSKA.

Taklimat dimulakan oleh Leftenan Kolonel Mohamad bin Nordin @ Mohidin selaku Setiausaha KSSKA yang merangkumi perkara-perkara berkenaan Latar Belakang Penubuhan KSSKA, Objektif, Organisasi, Pengenalan kepada AJK KSSKA dan Tugas-tugas YDP KSSKA.

Seterusnya bagi hal ehwal Kuasa Kelulusan Kewangan dan Taklimat Kewangan diserahkan kepada Lt Kol Ibni Abbas bin Chik selaku Bendahari KSSKA untuk memberikan taklimat berkenaan perkara-perkara tersebut.

Taklimat berkenaan Jadual Aktiviti Tahun 2020 serta aktiviti yang memerlukan kehadiran YDP KSSKA ditaklimatkan selepas Taklimat Kewangan diberikan dan diakhiri dengan sesi soal jawab dan seterusnya ucapan penutup daripada Setiausaha KSSKA.

Di akhir taklimat Panglima Tentera Udara menyarankan agar segala penyata berkenaan kewangan perlu diselenggara dengan baik dan cermat serta perlu dikemaskini dari masa ke semasa. Beliau juga mengambil kesempatan bagi merakamkan ucapan penghargaan terima kasih kepada Ketua Staf Tentera Darat, Mej Jen Datuk Mohd Zakaria bin Hj Yadi selaku AJK Pegawai TD yang akan menyerahkan tugas beliau dalam masa terdekat.

Taklimat dilaksanakan dalam suasana sederhana rentetan daripada wabak Covid-19 yang sedang melanda negara. Justeru, ianya dihadiri oleh AJK dan wakil daripada Sekretariat KSSKA sahaja kerana mengambil kira faktor jarak sosial yang perlu diamalkan.

Taklimat diakhiri dengan ucapan penutup daripada YDP KSSKA diiringi santapan tengah hari dan seterusnya bersurai.

Oleh: Kapt Norfaezal bin Abdullah Sani PS 3 KSSKA (Darat)

Photos from Kelab Sukan, Sosial dan Kebajikan ATM's post 06/05/2020

MAJLIS PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA AHLI JAWATANKUASA KSSKA BADAN KEBAJIKAN ANGKATAN TENTERA ATM (BAKAT ATM).

KUALA LUMPUR: Majlis telah dilaksanakan pada 6 Mei 20 jam 1100 bertempat di perkarangan pejabat IJ MATM, Laksda Mohd Hatim bin Saad selaku NYDP KSSKA yang dimulai dengan kata-kata aluan daripada Setiausaha KSSKA, Leftenan Kolonel Mohamad bin Nordin @ Mohidin.

Majlis dilaksanakan dalam suasana sederhana rentetan daripada wabak Covid-19 yang sedang melanda negara. Justeru, ianya dihadiri oleh penerima penghargaan dan wakil daripada Sekretariat KSSKA sahaja.

Penerima penghargaan iaitu PS 1 BAKAT ATM, Lt Kol Hjh Zainon binti Hj Mohamed selaku AJK KSSKA BAKAT ATM dilantik bermula 2 Ogos 18 hingga 26 Apr 20. Beliau telah memaparkan prestasi perkhidmatan cemerlang selaku AJK KSSKA. Selain itu, beliau sangat komited dalam memberikan kerjasama, pandangan dan idea demi membantu KSSKA untuk terus unggul memartabatkan aspirasi ATM dan kepentingan warganya.

Penyerahan Sijil Penghargaan disempurnakan oleh Laksda Mohd Hatim bin Saad selaku NYDP KSSKA diiringi ucapan terima kasih diatas segala titik peluh perkhidmatan Lt Kol Hjh Zainon binti Hj Mohamed yang dicurahkan selaku AJK KSSKA BAKAT ATM.

Majlis diakhiri dengan acara bergambar dan bersurai.

Oleh: Kapt Norfaezal bin Abdullah Sani PS 3 KSSKA (Darat)

Photos from Kelab Sukan, Sosial dan Kebajikan ATM's post 06/02/2020

Majlis Penyerahan Cek Yuran Keahlian Kelab Sukan, Sosial dan Kebajikan ATM (KSSKA) dan Sumbangan Kerajaan.

KUALA LUMPUR: Majlis dilaksanakan pada 6 Feb 20 jam 1030 bertempat di perkarangan pejabat PTD yang dimulai dengan kata-kata aluan daripada Setiausaha KSSKA, Leftenan Kolonel Mohamad bin Nordin @ Mohidin dan seterusnya bacaan doa.

Seramai 20 pegawai dan anggota LLP terlibat dalam majlis yang telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi Panglima Tentera Darat selaku YDP KSSKA diiringi Yang Berbahagia Laksda Mohd Hatim bin Saad selaku NYDP KSSKA bagi acara penyampaian cek kepada wakil-wakil perkhidmatan.

Semua wakil markas perkhidmatan dan penerima faedah turut hadir antaranya Yang Berbahagia Mejar Jeneral Datuk Mohd Zakaria bin Hj Yadi Ketua Staf Tentera Darat. Laksma Sahak bin Omar Asisten Ketua Staf Tadbir Markas Tentera Laut. Kolonel Ahmad Najib bin Othman Pengarah Sekretariat Markas ATM. Kolonel Hj Ahmad bin Yusof TUDM Pengarah Pasukan Simpanan Tentera Udara. Kepten Ismail bin Othman TLDM Setiausaha Persatuan Lumba Basikal ATM, Majlis Sukan Angkatan Tentera (MSAT) dan Mejar Mazlina binti Mazlan @ Ramly Pegawai Staf 2 Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera Malaysia (BAKAT ATM).

Setiap MK Perkhidmatan dan penerima faedah menerima Yuran Keahlian KSSKA dan Sumbangan Kerajaan berjumlah RM 622,693.66 untuk MK ATM. Seterusnya, untuk MK TD berjumlah RM 3,783,737.08. MTL dan MTU masing-masing menerima jumlah RM 837,983.75 dan RM 854,337.51. MSAT menerima jumlah sebanyak RM 1,195,430.00 manakala BAKAT ATM menerima jumlah sebanyak RM 396,610.00.

Majlis diakhiri dengan acara bergambar dan jamuan ringan kepada semua yang hadir.

Oleh: Kapt Norfaezal bin Abdullah Sani PS 3 KSSKA (Darat)

Photos from Kelab Sukan, Sosial dan Kebajikan ATM's post 28/07/2019

KUALA LUMPUR - 26 April 2019 (Jumaat). Bertempat di Bilik Mesyuarat Sekretariat Markas Tentera Darat telah berlangsungnya Mesyuarat Ahli Jawatankuasa KSSKA Bilangan 3 Tahun 2019. Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg Panglima Tentera Darat, Jen Datò Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi selaku Yang Dipertua KSSKA.

Antara intipati mesyuarat selain dari memantapkan pengurusan KSSKA adalah perbincangan mengenai hala tuju, pindaan perlembagaan dan Perjanjian Persefahaman (MoU) di antara KSSKA dan pihak A’FAMOSA RESORT.

Sebagai langkah awal untuk KSSKA sentiasa bernafas ‘Seen & Felt’ kepada warga ATM dan ahli keluarga, platform perjanjian ini akan direncanakan sebaiknya di mana pelbagai faedah akan dinikmati untuk dimanfaatkan bersama dengan konsep Situasi Menang-Menang.

Semasa mesyuarat bersidang, Yang Dipertua KSSKA juga bermurah hati menyampaikan cenderamata berupa sebuah buku kepada Ahli Jawatankuasa di mana hasil dari ilham, pengalaman dan kepimpinan beliau dijelmakan melalui bentuk penulisan.

KSSKA akan sentiasa ‘Kelihatan dan Dirasai’ oleh ahli-ahlinya. Selamat maju jaya.

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


Jalan Padang Tembak
Kuala Lumpur
50634

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00