Balai Polis TTDI KL

Balai Polis TTDI  KL

Share

Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada

Photos from Balai Polis TTDI  KL's post 24/02/2025

PROGRAM PENYERAHAN VEST SRS RT PROGESIF BERSAMA SRS, KAMPUNG SG PENCHALA, KUALA LUMPUR.

IPD Brickfields, 22 Februari 2025 @ 2100 - Sjn Mohd Faisal Bin Hamdi (Sjn Aktiviti BP TTDI) bersama Kpl Mohd Hadri bin Ismail dari Balai Polis TTDI telah menghadiri Program Penyerahan Vest SRS Rt Progresif di Kabin KRT Kampung Sg Penchala, Kuala Lumpur.

Turut hadir En. Shahrin wakil dari Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional WPKL. Objektif utama program untuk penyerahan vest yang baharu bagi kegunaan anggota SRS Sg Penchala. Program seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan baik yang terjalin antara Pihak PDRM khususnya Balai Polis TTDI dengan masyarakat setempat terutama anggota SRS di kawasan Kampung Sg. Penchala, Kuala Lumpur, serta memperkasakan SRS di kawasan KRT Sg Penchala dalam usaha bersama mencegah kegiatan jenayah di kawasan tersebut.

PDRM amat menyokong dan menghargai peranan SRS yang menjadi mata dan telinga (Rakan Polis) bagi menyalurkan sebarang maklumat kegiatan pencegahan jenayah di kawasan Sg. Penchala Kuala Lumpur.

Program ini telah berjalan lancar dan berakhir dengan jayanya.

Sekian Terima kasih.

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Address


Balai Polis Taman Tun Drive Ismail, Jalan Burhanuddin Helmi
Kuala Lumpur
60000