14/05/2026
LAWATAN KERJA YB MENTERI DALAM NEGERI KE JPN KUALA LUMPUR
Sesi petang ini telah berlangsung Program Turun Padang (Citra Negara Menteri Dalam Negeri) dan Lawatan Kerja YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ke Jabatan Pendaftaran Negara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Kuala Lumpur.
Kehadiran YB Menteri ini bukan sekadar lawatan kerja biasa, malah ia mencerminkan komitmen jitu pucuk pimpinan untuk melihat sendiri denyut nadi perkhidmatan di peringkat akar umbi. Interaksi terus ini adalah bagi memastikan setiap urusan rakyat dilaksanakan dengan lebih cekap, pantas dan berintegriti.
Semoga setiap usaha dan hala tuju yang digerakkan ini terus membawa perubahan positif demi kesejahteraan rakyat dan negara. Terima kasih YB Datuk Seri atas kesudian turun padang menyantuni warga JPN dan pelanggan yang hadir.
13/05/2026
𝐀𝐇𝐋𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐍𝐈𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐆𝐄𝐋𝐀𝐑 𝐃𝐀𝐓𝐔𝐊 𝐃𝐈𝐃𝐀𝐊𝐖𝐀 𝐃𝐈 𝐌𝐀𝐇𝐊𝐀𝐌𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐍𝐀 𝐊𝐄𝐌𝐔𝐊𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐓 𝐏𝐀𝐋𝐒𝐔 𝐃𝐈 𝐉𝐏𝐍
KUALA LUMPUR, 13 Mei 2026 – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terus memperteguh integriti dokumen pengenalan diri negara dengan berjaya menyabitkan seorang individu atas kesalahan membenarkan catatan palsu dibuat dalam daftar pendaftaran kelahiran.
Melalui tindakan penguatkuasaan Ops Terancang Bil. 27/2026, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan (BSK) JPN WPKL telah menahan seorang lelaki tempatan berusia 43 tahun pada 12 Mei 2026 (Selasa). Penahanan tersebut dilakukan di pejabat JPN WPKL berikutan hasil siasatan yang mengesan kewujudan maklumat tidak sahih dalam urusan pendaftaran kelahiran yang dibuat pada Mei 2022.
Kes telah dibawa untuk pendakwaan pada hari ini di Mahkamah Majistret 2, Petaling Jaya. Berdasarkan pertuduhan, individu berkenaan (OKT) dituduh telah dengan sengaja membenarkan catatan palsu dibuat dalam daftar kelahiran dengan pengetahuan bahawa maklumat tersebut adalah tidak benar.
Kesalahan tersebut didakwa di bawah:
Seksyen 36(1)(b) Akta Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299).
Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM20,000.00 atau penjara sehingga tiga (3) tahun, atau kedua-duanya sekali.
Di hadapan Majistret Puan Fara Azura binti Mohd Saad, individu tersebut telah mengaku bersalah. Mahkamah menjatuhkan hukuman berikut:
Hukuman Denda RM6,000.00.
Hukuman Penjara Enam (6) bulan sekiranya gagal menjelaskan denda.
Individu tersebut telah menyelesaikan bayaran denda berjumlah RM6,000.00 sepenuhnya.
Prosiding pendakwaan telah dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa JPN Kuala Lumpur. Siasatan kes diketuai oleh Pegawai Penyiasat. Semasa prosiding berlangsung, individu berkenaan diwakili oleh peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Disediakan oleh:
𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 (𝐉𝐏𝐍)
𝐖𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐋𝐮𝐦𝐩𝐮𝐫
Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia
Badrul Hisham bin Alias
11/05/2026
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐄𝐊𝐀𝐑 𝐈𝐇𝐒𝐀𝐍 𝐉𝐏𝐍 𝐖𝐏𝐊𝐋
10 APRIL 2026 | Jabatan Pendaftaran Negara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPN WPKL) telah melaksanakan Program MEKAR Ihsan JPN WPKL di beberapa tempat sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang.
Sebanyak 3 jumlah permohonan MEKAR Ihsan seperti berikut:
1. Taman Setapak, Kuala Lumpur
2. Jalan Kolam Air Sentul, Kuala Lumpur
3. Lembah Jaya Selatan, Ampang Selangor.
Kategori permohonan :
Sebanyak 3 permohonan
Gantian Kad Pengenalan dan Permohonan Kali Pertama (OKU, Uzur, Pesakit Terlantar dan Warga Emas)
Melalui Program MEKAR IHSAN, JPN WPKL telah turun kelapangan menyantuni masyarakat madani yang tidak mampu untuk hadir berurusan di kaunter dengan memberi kemudahan kepada orang ramai bagi menyelesaikan urusan penting lain berkaitan dokumen pengenalan diri.
Rakyat Dihati JPN
Sekian.
𝐔𝐧𝐢𝐭 𝐌𝐄𝐊𝐀𝐑
𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 𝐖𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐋𝐮𝐦𝐩𝐮𝐫
Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia
Badrul Hisham bin Alias
11/05/2026
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐄𝐊𝐀𝐑 𝐈𝐇𝐒𝐀𝐍 𝐉𝐏𝐍 𝐖𝐏𝐊𝐋
09 APRIL 2026 | Jabatan Pendaftaran Negara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPN WPKL) telah melaksanakan Program MEKAR Ihsan JPN WPKL di beberapa tempat sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang.
Sebanyak 3 jumlah permohonan MEKAR Ihsan seperti berikut:
1. Lembah Jaya Utara, Kuala Lumpur
2. Taman Kepong, Kuala Lumpur
3. Hospital Kuala Lumpur, Kuala Lumpur.
Kategori permohonan :
Sebanyak 3 permohonan
Gantian Kad Pengenalan dan Permohonan Kali Pertama (OKU, Uzur, Pesakit Terlantar dan Warga Emas)
Melalui Program MEKAR IHSAN, JPN WPKL telah turun kelapangan menyantuni masyarakat madani yang tidak mampu untuk hadir berurusan di kaunter dengan memberi kemudahan kepada orang ramai bagi menyelesaikan urusan penting lain berkaitan dokumen pengenalan diri.
Rakyat Dihati JPN
Sekian.
𝐔𝐧𝐢𝐭 𝐌𝐄𝐊𝐀𝐑
𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 𝐖𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐋𝐮𝐦𝐩𝐮𝐫
Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia
Badrul Hisham bin Alias
11/05/2026
𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀
Harap maklum, Bahagian Kad Pengenalan di Ibu Pejabat JPN W.P. Kuala Lumpur akan ditutup sementara bermula 11 Mei hingga 13 Mei 2026. Penutupan ini bagi memberi ruang kepada kerja-kerja pembaikan lantai di ruangan pelanggan demi keselesaan anda.
Tarikh Penutupan: 11 - 13 Mei 2026
Beroperasi Semula: 14 Mei 2026
Bagi urusan segera, anda boleh hadir ke cawangan alternatif berikut:
UTC Kuala Lumpur / Sentul / Keramat
Cawangan Bandar Tun Razak / Taman Maluri / Seputeh
Sebarang pertanyaan, sila e-mel ke [email protected]. Segala kesulitan amat dikesali.
Disediakan oleh:
𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 (𝐉𝐏𝐍)
𝐖𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐋𝐮𝐦𝐩𝐮𝐫
Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia
Badrul Hisham bin Alias
10/05/2026
𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐈𝐍𝐃𝐎𝐍𝐄𝐒𝐈𝐀 𝐃𝐈𝐇𝐔𝐊𝐔𝐌 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐀𝐑𝐀 𝐆𝐔𝐍𝐀 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐍𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐋𝐀𝐈𝐍 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐓𝐔𝐉𝐔𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐋𝐈𝐍
KUALA LUMPUR, 8 Mei 2026 – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melalui Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan (BSK) berjaya mengesan dan mendakwa seorang wanita warga asing yang bertindak berani menggunakan kad pengenalan milik orang lain bagi mendapatkan kemudahan di hospital kerajaan.
Tangkapan dilakukan pada 7 Mei 2026 (Khamis) melalui Ops Kutip Bil. 2/2026 hasil aduan daripada pihak Hospital Tunku Azizah. Individu berkenaan, seorang wanita berusia 30 tahun yang disyaki warga Indonesia, telah ditahan kerana dikesan menggunakan Kad Pengenalan (MyKad) milik seorang warganegara Malaysia untuk urusan pendaftaran kemasukan ke hospital tersebut.
Kes telah dibawa ke Mahkamah Majistret Jenayah 9, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada hari ini. Mengikut fakta kes, tertuduh (OKT) didapati dengan sengaja menggunakan identiti individu lain tanpa kuasa yang sah.
Peraturan 25(1)(o) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Akta 78). Sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda yang berat atau pemenjaraan sebagai langkah pencegahan terhadap penyalahgunaan dokumen pengenalan diri negara.
Di hadapan Majistret Puan Faezahnoor, individu berkenaan telah mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut. Mahkamah menjatuhkan hukuman berikut:
Hukuman Denda: RM10,000.00.
Hukuman Penjara: Lima (5) bulan sekiranya gagal menjelaskan denda.
Memandangkan denda gagal dijelaskan, individu tersebut telah diserahkan kepada pihak Penjara Wanita Kajang untuk menjalani hukuman penjara dan tindakan selanjutnya.
Disediakan oleh:
𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 (𝐉𝐏𝐍)
𝐖𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐋𝐮𝐦𝐩𝐮𝐫
Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia
Badrul Hisham bin Alias
10/05/2026
𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐈𝐁𝐔: 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐈𝐀𝐃𝐀 𝐆𝐀𝐍𝐓𝐈🌹
"Ketegasannya adalah tanda cinta, keredaannya adalah pintu syurga."
Di sebalik ketegasan mendidik kita menjadi insan berguna, tersimpan kelembutan doa yang tidak pernah putus buat anak-anaknya. Seorang ibu bukan sekadar peneman, malah dialah tunjang kekuatan dalam membina identiti dan masa depan kita.
Bagi kami di Jabatan Pendaftaran Negara WPKL, setiap rekod kelahiran yang kami daftarkan adalah permulaan kembara agung seorang wanita bergelar Ibu. Terima kasih atas segala pengorbanan yang tidak terhitung nilainya.
Selamat Hari Ibu kepada semua ibu di luar sana, khususnya kepada warga kerja JPN WPKL dan para pelanggan yang kami hargai.
"Rakyat Di Hati, JPN Di Jiwa"
08/05/2026
𝐏𝐀𝐃𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐄𝐌𝐔𝐊𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐓 𝐏𝐀𝐋𝐒𝐔 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐇𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐃𝐈𝐕𝐈𝐃𝐔 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐇𝐔𝐊𝐔𝐌𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐀𝐑𝐀
KUALA LUMPUR, 8 Mei 2026 – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terus memperketat penguatkuasaan terhadap integriti dokumen pengenalan diri dengan membawa seorang individu ke muka pengadilan atas kesalahan memberikan maklumat palsu dalam urusan pendaftaran kelahiran.
Melalui tindakan proaktif Ops Terancang Bil. 26/2026, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan (BSK) JPN WPKL telah berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 45 tahun pada 6 Mei 2026 (Rabu). Penahanan dibuat di pejabat JPN WPKL berikutan hasil siasatan yang mendapati wujud pernyataan tidak benar dalam permohonan pendaftaran yang dikemukakan.
Kes telah didengar pada 7 Mei 2026 (Khamis) di Mahkamah Majistret Jenayah 3 (MMJ 3), Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Individu berkenaan (OKT) dituduh telah dengan sengaja mengemukakan maklumat palsu semasa membuat permohonan Daftar Kelahiran.
Tindakan tersebut merupakan satu kesalahan di bawah:
Seksyen 36(1)(b) Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299).
Sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda yang tinggi atau pemenjaraan bagi menjamin ketelusan rekod pendaftaran negara.
Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman berikut:
Hukuman Denda: RM5,000.00.
Hukuman Penjara: Satu (1) bulan sekiranya gagal menjelaskan denda.
Individu tersebut telah menyelesaikan bayaran denda berjumlah RM5,000.00 sepenuhnya.
Prosiding pendakwaan telah dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa JPN Kuala Lumpur, manakala minit pertuduhan dikeluarkan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Puan Izalina binti Abdullah. Siasatan kes diketuai oleh Pegawai Penyiasat. OKT dalam prosiding ini telah diwakili oleh peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Disediakan oleh:
𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 (𝐉𝐏𝐍)
𝐖𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐋𝐮𝐦𝐩𝐮𝐫
Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia
Badrul Hisham bin Alias
08/05/2026
𝐒𝐔𝐑𝐈 𝐑𝐔𝐌𝐀𝐇 𝐃𝐈 𝐃𝐀𝐊𝐖𝐀 𝐊𝐄𝐌𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐓 𝐏𝐀𝐋𝐒𝐔 𝐏𝐄𝐑𝐌𝐎𝐇𝐎𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐍𝐀𝐋𝐀𝐍
KUALA LUMPUR, 7 Mei 2026 – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terus mempertingkatkan tindakan penguatkuasaan bagi memastikan setiap urusan pendaftaran dokumen pengenalan diri negara bebas daripada unsur penipuan dan maklumat palsu.
Hasil tindakan proaktif melalui Ops Terancang Bil. 25/2026, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan (BSK) JPN WPKL telah menahan seorang wanita tempatan berusia 43 tahun pada 6 Mei 2026 (Rabu). Penahanan dibuat selepas saringan mendapati wujud percubaan untuk mengemukakan maklumat tidak sahih bagi urusan pendaftaran kad pengenalan.
Kes telah dibawa untuk pendakwaan pada hari ini di Mahkamah Majistret Jenayah 3, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Individu berkenaan (OKT) dituduh telah dengan sengaja mengemukakan maklumat palsu bagi tujuan Permohonan Kad Pengenalan Kali Pertama (12 Tahun).
Tindakan tersebut merupakan satu kesalahan di bawah:
Peraturan 25(1)(b) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Akta 78).
Sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda, penjara, atau kedua-duanya sekali.
Di hadapan Majistret Puan Arunjothy A/P M Selvaraju, individu tersebut telah mengaku bersalah. Mahkamah menjatuhkan hukuman berikut:
Hukuman Denda: RM4,000.00.
Hukuman Penjara: Dua (2) minggu sekiranya gagal menjelaskan denda.
Individu tersebut telah menyelesaikan bayaran denda berjumlah RM4,000.00 sepenuhnya.
Prosiding pendakwaan telah dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa JPN Kuala Lumpur manakala minit pertuduhan dikeluarkan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Puan Nadia Eleena binti Jamaluddin Akbal. Siasatan kes p**a diketuai oleh Pegawai Penyiasat. OKT diwakili oleh peguam dari Malini Chambers.
Disediakan oleh:
𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 (𝐉𝐏𝐍)
𝐖𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐋𝐮𝐦𝐩𝐮𝐫
Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia
Badrul Hisham bin Alias
08/05/2026
Tak perlu berpusu-pusu ke JPN untuk tukar MyKad bulan depan - Menteri Dalam Negeri
Tak perlu berpusu-pusu ke JPN tukar MyKad bulan depan - Saifuddin
"Undang-undang mengatakan setiap rakyat Malaysia apabila berumur 12 tahun wajib memiliki MyKad. Itu undang-undang. Tetapi undang-undang tidak mengatakan mulai 1 Jun apabila MyKad baharu dikeluarkan, pemegang MyKad lama wajib terus menukar kad mereka."