08/04/2026
UJIAN KECERGASAN TEMPUR (UKT) 93 REJIMEN SEMBOYAN DIRAJA
KUALA LUMPUR : Seramai 3 Pegawai dan 64 anggota Lain-lain Pangkat (LLP) telah melaksanakan Ujian Kecergasan Tempur (UKT) Komponen 1 dan 3 pada 7 dan 8 Apr 25 bertempat di 1 RAMD, Kem Perdana, Sungai Besi.
UKT ini merupakan salah satu Latihan Ketenteraan yang harus dilaksanakan oleh semua anggota dalam kitaran latihan 12 bulan yang bertujuan untuk meningkatkan kecergasan mental dan fizikal.
Sebelum ujian UKT dilaksanakan, pegawai dan anggota diberi taklimat ringkas oleh Jurulatih Jasmani berkenaan pelaksanaan ujian dan keselamatan semasa melaksanakan ujian ini.
UKT Komponen 1 (Ujian Ketangkasan) merangkumi 4 jenis ujian iaitu memikul pasangan sejauh 100m bersama peralatan webbing dan senjata persendirian, merangkak di bawah dawai berduri sejauh 20m, melepasi monkey rack dan melompat lubang sejauh 5 kaki dengan menggunakan Pakaian Lengkap Medan.
UKT Komponen 3 (Ujian Abseiling dan Rappelling) bertujuan menguji keyakinan diri setiap anggota. Sebelum pelaksanaan latihan, Anggota diberikan taklimat telah diberikan keselamatan yang komprehensif serta demontrasi tatacara pemakaian dan pemeriksaan peralatan abseiling dengan betul mengikut prosedur operasi standart yang telah ditetapkan, latihan ini dikendalikan oleh jurulatih berpengalaman bagi memastikan setiap anggota memahami teknik turun tebing dengan selamat, terkawal dan berdisiplin.
Objektif utama ujian ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk membentuk sebuah pasukan yang mempunyai anggota yang sihat dan cergas. Selain itu, ianya dapat melahirkan semangat setiakawan dan kerjasama antara anggota apabila melaksanakan sesuatu tugas.
Sumber: Mata Bola Studio, 93 RSD.
02/04/2026
MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS KETUA SKUADRON MARKAS DAN PEMAKAIAN PANGKAT ANGGOTA LAIN-LAIN PANGKAT 93 REJIMEN SEMBOYAN DIRAJA
KUALA LUMPUR, 01 Apr 26 – Majlis Serah Terima Tugas Ketua Skuadron Markas di antara Mej Fauziah binti Daud dengan Mej Rusli bin Zahari telah dilaksanakan di Kelab De'Crows, 93 RSD
Majlis Serah Terima Tugas dimulakan dengan upacara menandatangani Nota Serah Terima Tugas Ketua Skuadron Markas yang disaksikan oleh YBhg Kol Hj Zulkefly bin Hj Md Kasim, Ketua Perisikan Semboyan Peperangan Elektronik.
Majlis diteruskan lagi, dengan pemakaian pangkat Anggota Lain-lain Pangkat yang terdiri dari 3 kali Anggota yang dinaikan pangkat dari Sjn ke P/SSjn yang turut disempurnakan oleh YBhg Ketua Perisikan Semboyan Peperangan Elektronik. Majlis diteruskan dengan acara suai kenal dan kemasukan ahli baru Kelab De'Crows 93 RSD.
Majlis diakhiri dengan jamuan ringan dan penyampaian cenderahati kepada Pegawai yang bertukar keluar serta acara memotong kek hari jadi kepada Pegawai dan Anggota yang menyambut hari jadi pada bulan Januari hingga bulan Mac. Dalam ucapan KPSPE, beliau mengucapkan tahniah kepada anggota yg telah dinaikkan pangkat dan selamat maju jaya kepada Pegawai yang bertukar Keluar.
Sumber : Mata Bola Studio, 93 RSD.
18/03/2026
MAJLIS BERBUKA PUASA 93 REJIMEN SEMBOYAN DIRAJA
KUALA LUMPUR, 17 Mac 26: 93 Rejimen Semboyan Diraja telah melaksanakan Majlis Berbuka Puasa bertempat di Dewan Vistana, Kem Imphal.
Majlis dimulakan dengan berbuka puasa dan solat maghrib yang dipimpin oleh Guru Agama Pasukan yg bertempat di Madrasah An-Nur. Selesai solat maghrib, majlis diteruskan dengan jamuan berbuka puasa bersama Kol Hj Zulkefly bin Hj Md Kasim, Ketua Perisikan Semboyan Peperangan Elektronik.
Bagi melengkapkan acara, majlis diteruskan dengan solat isyak dan solat sunat tarawih dan diserikan lagi dengan penyampaian Sumbangan Aidilfitri kepada Staf Awam Wisma Bintara Kem Imphal (WBKI) dan penyerahan beg raya kepada anggota yang bertugas pada hari raya pertama.
Majlis diakhiri dengan ucapan oleh KPSPE yang menzahirkan harapan agar anggota menjaga keselamatan diri dari aspek harta benda, kenderaan serta keselamatan kem sepanjang tempoh bercuti. KPSPE turut mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga 93 RSD yang akan menyambut perayaan ini tidak lama lagi.
Sumber : Mata Bola Studio, 93 RSD.
13/03/2026
PEMERIKSAAN KENDERAAN SEMPENA CUTI HARI RAYA AIDILFITRI 93 REJIMEN SEMBOYAN DIRAJA
KUALA LUMPUR, 13 Mac 2026 – Pasukan 93 Rejimen Semboyan Diraja telah melaksanakan Pemeriksaan Kenderaan bagi anggota yang akan pulang menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung halaman. Pemeriksaan ini telah dilaksanakan oleh Anggota Polis Pasukan (RP).
Pemeriksaan dokumen merangkumi Aplikasi MyJPJ, lesen memandu, cukai jalan kenderaan serta rekod penyelenggaraan kenderaan. Manakala pemeriksaan fizikal kenderaan melibatkan kondisi minyak enjin, keadaan tayar, lampu isyarat, lampu kecemasan serta sistem brek kenderaan.
Objektif pemeriksaan ini adalah bagi memastikan kenderaan anggota berada dalam keadaan baik dan selamat untuk dipandu pulang ke destinasi. Di samping itu, pemeriksaan ini juga bertujuan menjaga kebajikan anggota serta mengurangkan risiko kejadian yang tidak diingini sepanjang perjalanan pulang menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Sumber : Mata Bola Studio, 93 RSD.
13/03/2026
PROGRAM QIAMULLAIL DAN KHATAM AL-QURAN 1447H/2026M 93 REJIMEN SEMBOYAN DIRAJA
KUALA LUMPUR, 13 Mac 2026 – 93 Rejimen Semboyan Diraja telah menganjurkan Program Qiamullail dan Khatam Al-quran yang bertempat di Madrasah An-Nur, Kem Imphal.
Pengisian program meliputi Solat Sunat Tahajud, Solat Sunat Taubat, Solat Sunat Hajat dan Solat Sunat Witir yang diselangi dengan alunan zikir munajat. Program ini telah dipimpin oleh Guru Agama Pasukan.
Program diteruskan lagi dengan Majlis Khatam Al-Quran yang telah disertai oleh 1x Pegawai dan 23x Anggota Lain - Lain Pangkat yang terdiri dari pasukan 93 Rejimen Semboyan Diraja dan 96 Rejimen Semboyan Tentera Darat.
Penganjuran program ini bertujuan untuk memperkukuh penghayatan nilai-nilai Islam dan mengajak anggota mengimarahkan bulan mulia dengan membaca Al-Quran khususnya dalam menghidupkan 10 malam terakhir bulan Ramadan.
Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada peserta Khatam Al-Quran yang telah disempurnakan oleh Kol Suhaila binti Dahalan, Pegawai Memerintah 96 Rejimen Semboyan Tentera Darat.
Sumber : Mata Bola Studio, 93 RSD.
10/03/2026
MESYUARAT KEBAJIKAN SIRI 1/2026, PEMAKAIAN PANGKAT LLP SERTA IKRAR BEBAS RASUAH
KUALA LUMPUR, 10 Mac 2026 – Pasukan 93 Rejimen Semboyan Diraja telah melaksanakan Mesyuarat Kebajikan Siri 1/2026, Pemakaian Pangkat LLP Serta Ikrar Bebas Rasuah di Dewan Vistana Kem Imphal.
Acara dimulakan dengan upacara Ikrar Bebas Rasuah dan Pemakaian Pangkat LLP. Seterusnya mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan daripada Pengerusi iaitu Kol Haji Zulkefly bin Haji Md Kasim, Ketua Perisikan Semboyan PE. Dalam ucapannya, beliau berharap agar semua peringkat anggota pasukan dapat memaklumkan segala permasalahan serta memberikan cadangan penambahbaikan kepada pasukan melalui medium mesyuarat ini.
Mesyuarat diteruskan dengan pengesahan minit mesyuarat yang lepas serta membincangkan perkara-perkara berbangkit di samping pembentangan kedudukan kewangan semasa Tabung Kebajikan Rejimen (TKR) serta cadangan-cadangan baharu dari anggota.
Segala cadangan dan usul baharu yang dikemukakan oleh anggota dipandang serius oleh Pengerusi dan tindakan selanjutnya akan diambil demi menjaga kebajikan semua peringkat anggota.
Mesyuarat diakhiri dengan ucapan oleh KPSPE yang menzahirkan harapan agar setiap usul yang dibangkitkan dapat dipertimbangkan dan dilaksanakan mengikut keutamaan serta keperluan semasa pasukan. KPSPE turut mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga 93 RSD yang akan menyambut perayaan ini tidak lama lagi.
Sumber : Mata Bola Studio, 93 RSD.
01/03/2026
Kol Haji Zulkefly bin Haji Md Kasim, Ketua Perisikan Semboyan PE mengucapkan Selamat Menyambut Hari Tentera Darat ke-93 kepada seluruh warga Tentera Darat Malaysia. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas jasa, pengorbanan serta kesetiaan dalam mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara.
“Kemahuan Untuk Menang;
Pemangkin Keperkasaan Tentera Darat”
18/02/2026
Kol Haji Zulkefly bin Haji Md Kasim, Ketua Perisikan Semboyan PE mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak Tahun 2026 kepada semua warga 93 Rejimen Semboyan Diraja.
“Semoga Ramadhan kali ini penuh dengan rahmat, pengampunan, dan kedamaian untuk kita semua.”
13/02/2026
PERBARISAN SERAH TERIMA TUGAS SARJAN MEJAR REJIMEN (SMR) 93 REJIMEN SEMBOYAN DIRAJA
KUALA LUMPUR, 13 Februari 2026 – Kol Haji Zulkefly bin Haji Md Kasim, Ketua Perisikan Semboyan Peperangan Elektronik (KPSPE) telah menyaksikan Perbarisan Serah Terima Tugas Sarjan Mejar Rejimen 93 RSD di Padang Kawad, Kem Imphal.
Perbarisan Serah Terima Tugas di antara PW I (SMR) Mahda bin Ali dan PW I (SMR) Mohd Al-Hafiz bin Mohd Hanafiah dimulai dengan acara Perbarisan Serah Terima Tugas yang terdiri daripada 69 Anggota Lain - Lain Pangkat. Majlis Serah Terima Tugas SMR 93 RSD telah disempurnakan dengan menandatangani Nota Serah Terima Tugas dan Penyerahan Tongkat SMR disaksikan oleh KPSPE.
Seterusnya majlis diteruskan dengan acara pemakaian pangkat dan pertukaran beret prajurit muda wanita siri 50/2025 serta penyampaian cendera kenangan kepada mantan SMR 93 RSD yang bertempat di Dewan Vistana, Wisma Bintara Kem Imphal.
Di akhir majlis, KPSPE memberikan ucapan selamat maju jaya kepada Mantan SMR 93 RSD yang akan melapor ke pasukan baharu dan tahniah kepada anggota yang telah dinaikan pangkat.
Sumber : Mata Bola Studio, 93 RSD