Vandalisme mpu1013 Kump. 2

Vandalisme mpu1013 Kump. 2

Share

Ahli Kumpulan:
1. Abbas Ali 290551
2. Fickry N.W. 290585
3. Mardiah 290608
4. Shahila 290824

Photos from Vandalisme mpu1013 Kump. 2's post 08/06/2023

Tajuk : Jenis-Jenis Vandalism
Disediakan Oleh : Abbas Ali Bin Meera Hussain
No. Matrik : 290551

Jenis-Jenis Vandalism

Merujuk kepada Utusan Malaysia oleh Puan Aqilah Mior Kamarulbai pada 12 Januari 2022 iaitu berdasarkan kajian, 80 peratus gejala vandalisme dilakukan oleh golongan remaja dalam lingkungan umur 15 hingga 20 tahun dan 70 peratus ke atas terdiri daripada mereka yang berpendidikan rendah atau tercicir dari segi akademik sementara kebanyakan dilakukan secara berkumpulan. Sehubungan dengan itu, jenis-jenis vandalism adalah seperti berikut:
1. Perlakuan
Perlakuan atau perbuatan adalah melibatkan seseorang individu atau secara berkumpulan dengan sengaja merosakkan harta benda awam. Tujuan perlakuan ini dilakukan semata-mata untuk menunjukkan keberanian atau hanya sekadar suka-suka sahaja dan tiada langsung mempunyai perasaan bersalah. Terdapat juga segelintir yang merosakkan harta benda awam bagi tujuan untuk mendapatkan hasil daripada jualan. Sebagai contoh merosakkan taman permainan awam dengan menanggalkan barang-barang seperti besi di buaian dan lain-lain lagi.

2. Dendam
Perasaan dendam ini wujud apabila seseorang individu yang tidak berpuas hati, marah atau geram terhadap pihak tertentu. Sebagai contohnya seseorang yang tidak berpuas hati atau dendam dengan Pengerusi Persatuan Penduduk dan bagi melepaskan geramnya dia sanggup merosakkan harta benda kawasan taman perumahan tersebut supaya dapat menjatuhkan reputasi pengurusan Pengerusi Persatuan Penduduk tersebut.

3. Conteng atau Graffiti
Perlakuan menconteng atau graffiti ini adalah kehendak seseorang individu atau secara berkumpulan menyampaikan sesuatu mesej kepada orang awam atau kepada pihak kerajaan/ swasta mengenai perkara-perkara samada baik mahupun kurang baik, ketidakpuasaan hati, perjuangan dan lain-lain lagi. Perbuatan ini juga untuk memberitahu kewujudan mereka bagi tujuan-tujuan tertentu. Sebagai contohnya perlakuan menconteng ini dilakukan di taman permainan, dinding-dinding bangunan, tandas awam dan lain-lain tempat lagi.

07/06/2023

Punca-Punca Berlakunya Vandalisme

Oleh :
Nama : Mardiah Binti Mohamed Yusof
No Matrik : 290608

a)Pengaruh rakan sebaya

Pengaruh rakan sebaya merupakan faktor yang terbesar berlakunya vandalisme. Seperti yang diketahui umum, rakan sebaya mampu mencorakkan nilai-nilai sama ada positif atau negatif dalam diri remaja. Remaja yang gagal memilih rakan yang baik akan terikut dengan perilaku negatif rakan mereka dan salah satu daripada perilaku tersebut adalah kegiatan vandalisme.

b)Kurang kawalan dan bimbingan ibu bapa

Selain itu, ibu bapa juga berperanan dalam menanamkan nilai negatif kepada anak-anak mereka. Tanpa kita sedari, ibu bapa mampu mendorong kepada sifat vandalisme dalam kalangan remaja melalui tindakan mereka sewaktu bersama anak-anak mereka. Sebagai contoh, tindakan ibubapa membuang sampah di merata-rata tempat tanpa mempedulikan keadaan sekeliling mengajar anak-anak mencontohi tindakan mereka. Menurut kajian, kebanyakan remaja yang terlibat dengan gejala vandalisme lahir dalam keluarga yang bermasalah kerana kurangnya kawalan dan bimbingan ibu bapa yang betul.

c)Tekanan hidup

Bagi golongan yang mengalami masalah tekanan hidup mereka mencari jalan mudah dengan menjadikan vandalisme sebagai cara untuk melepaskan emosi dan kemarahan dalam diri. Ibu bapa yang terlibat dengan masalah penceraian misalnya membuatkan anak mereka berasa tertekan.Tekanan yang dialami membuatkan remaja mencari medium untuk melepaskan kemarahan dan salah satu cara untuk melepaskan tekanan tersebut adalah melalui tingkah laku fizikal iaitu vandalisme.

06/06/2023

TAJUK : CARA PENCEGAHAN VANDALISME
Disediakan oleh : Shahila Bt Norddin
No Matrik : 290824

Masyarakat haruslah menjadi mata dan telinga pihak berkuasa dalam menangani isu Vandalisme
Pihak Berkuasa perlu megenal pasti punca terjadinya Vandalisme dikalangan remaja serta menyediakan tempat khas kepada mereka untuk berkarya.
Media Massa juga perlu memainkan peranan untuk mencegah dalam menyebarkan risalah tentang isu vandalisme ini. Kesedaran harus dipupuk dari sekolah bagi mengelakkan gejala ini berleluasa dikalangan remaja.
Pihak Berkuasa juga memainkan peranan yang sangat penting dalam memperketatkan lagi undang-undang dan denda.
Pelanggaran undang-undang ini biasanya dikenakan hukuman denda, hukuman penjara, atau kedua-duanya, bergantung pada kesalahan dan tindakan vandalisme tersebut.

Photos from Vandalisme mpu1013 Kump. 2's post 03/06/2023

Perkataan VANDALISME bukanlah satu bicara yang asing didengari oleh kita sama ada di media social, corong-corong radio mahupun pada layar kaca televisyen. Ringkasnya, vandalisme adalah perbuatan memusnahkan atau merosakkan harta benda, kemudahan awam dan barangan pemilikan individu. Perkataan vandalisme berasal daripada nama sebuah puak di Eropah, Vandal, yang telah membinasakan Kota Rom dan seisinya. Bangsa Rom yang terkenal dan megah pada zaman dahulu musnah oleh puak tersebut menyatakan bahawa perbuatan ini adalah amat tidak bertanggungjawab. Lazimnya, perbuatan ini kini dianggap sebagai satu bentuk jenayah, tetapi pada keadaan tertentu perbuatan ini dilakukan untuk menunjukkan protes dan menyampaikan idealogi terhadap kondisi dalam masyarakat.
Kata selain vandalisme ialah laku musnah. Perbuatan ini dilakukan sebagai satu bentuk protes atau menyampaikan idealogi telah berlaku sejak dahulu lagi. Semasa suatu masyarakat ingin melakukan revolusi atau mengalami transisi pemerintahan secara keras, segelintir golongan masyarakat mencabar autoriti sedia ada dengan membinasakan harta benda yang dianggap sebagai simbol rejim lama contohnya tugu. Kini, vandalisme sebagai penyampaian idealogi sering dilihat sebagai tanda protes kepada pemimpin negara dan sering kali berunsurkan politik.
Vandalisme dalam kalangan pelajar adalah isu yang acap kali kita dengar di negara kita. Isu ini dilihat seperti tiada pengakhirannya. Pelajar sekolah membuat perbuatan ini sebagai satu ekspresi melepaskan geram dan juga menghilangkan bosan semata-mata. Sikap tidak bertanggungjawab ini mendatangkan kesan yang buruk serta merosakkan lanskap sekolah. Juga, pelajar boleh dikenakan tindakan yang berat seperi gantung sekolah dan diarahkan untuk membuat khidmat social. Perkara ini amat serius dan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah mengedarkan pekeliling untuk membasmi perbuatan ini kerana ianya seperti barah jika tidak dibendung.

*video ada di ruangan komen

FICKRY NOOR WIJAYA BIN ENDRO WIDOYOKO
290585

25/05/2023

Vandalisme merupakan tindakan seseorang yang menghancurkan/merosakkan barang-barang berharga milik awam mahupun persendirian yang berlandaskan kepuasan diri, memperkenal idealogi yang tidak baik dan memperoleh eksistensi iaitu publisiti terutamanya pada era kini.

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Universiti Utara Malaysia Kampus Kuala Lumpur
Kuala Lumpur
50300