Laman Rasmi Lembaga Getah Malaysia (LGM)

Call Directions Website

Laman Rasmi Lembaga Getah Malaysia (LGM) Lembaga Getah Malaysia merupakan badan yang bertanggungjawab terhadap industri getah di Malaysia.

Mempromosi dan memajukan industri getah Malaysia, membantu dalam pembentukan dasar kebangsaan dan memberi keutamaan kepada pembangunan industri getah Malaysia.

🚨 HEBAHAN RASMI | AWAS DOKUMEN PALSU DAN CUBAAN PENIPUAN!JANGAN MUDAH TERPEDAYA!Lembaga Getah Malaysia (LGM) ingin membe...
16/10/2026

🚨 HEBAHAN RASMI | AWAS DOKUMEN PALSU DAN CUBAAN PENIPUAN!

JANGAN MUDAH TERPEDAYA!

Lembaga Getah Malaysia (LGM) ingin memberi perhatian kepada orang ramai berhubung dokumen yang menggunakan nama Buletin Lembaga Getah Malaysia (BLGM) berserta kadar bayaran pengiklanan seperti yang dipaparkan.

Untuk mengelakkan kekeliruan, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang bayaran, memberikan maklumat peribadi atau berurusan dengan mana-mana pihak berdasarkan dokumen tersebut sebelum kesahihannya disahkan melalui saluran rasmi LGM.

⚠️ Sila ambil perhatian:
❌ Jangan mudah mempercayai dokumen yang menggunakan nama atau logo LGM.
❌ Jangan membuat sebarang pembayaran tanpa pengesahan rasmi.
❌ Jangan berkongsi maklumat peribadi atau maklumat syarikat dengan pihak yang tidak dapat disahkan identitinya.

📢 TERIMA DOKUMEN MENCURIGAKAN? BERTINDAK SEGERA!

Orang ramai diminta menghubungi LGM untuk membuat pengesahan dan melaporkan sebarang dokumen yang mencurigakan melalui saluran rasmi:

📞 Telefon LGM: 03-9206 2000
🌐 Laman web: www.lgm.gov.my

Sekiranya mengesyaki berlaku penipuan, laporkan juga kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau pihak berkuasa yang berkaitan. Jika melibatkan penipuan kewangan, hubungi National Scam Response Centre (NSRC) di talian 997 dengan segera.

Jangan biarkan pihak tidak bertanggungjawab menyalahgunakan nama dan identiti LGM untuk memperdaya orang ramai.

Bersama kita membanteras penipuan dan melindungi kepentingan semua pihak.


Kementerian Perladangan dan Komoditi - KPK Dato' Dr. Noraini Ahmad YB Dato' Sri Huang Tiong Sii

15/10/2026

Khamis, 8 Oktober 2026 | Pejabat LGM Machang, Kelantan

Perbincangan Hala Tuju Program Konsolidasi Negeri Kelantan Bersama Syarikat EMC Goldpeace Corporation

Pihak Sekretariat bersama LGM Negeri Kelantan telah mengadakan sesi perbincangan bersama syarikat Estate Management Company (EMC) Goldpeace Corporation Sdn Bhd bagi membincangkan hala tuju pelaksanaan Program Konsolidasi di negeri Kelantan, yang melibatkan kawasan pemulihan sehingga 800 hektar.

Sesi perbincangan berlangsung secara interaktif dengan perkongsian maklumat serta penerangan lanjut berhubung pelaksanaan program, skop tanggungjawab EMC dan perancangan strategik bagi memastikan kelancaran pelaksanaan inisiatif tersebut.

Melalui program ini, EMC yang dilantik oleh LGM bertanggungjawab melaksanakan usaha pemulihan kawasan kebun getah terbiar sehingga kembali mengeluarkan hasil dalam tempoh lima tahun, selaras dengan matlamat program untuk mengoptimumkan penggunaan kawasan dan meningkatkan produktiviti sektor getah negara.

Hasil perbincangan ini diharap dapat menjadi titik permulaan kepada pelaksanaan Program Konsolidasi di negeri Kelantan, seterusnya membuka ruang kepada kerjasama yang lebih berkesan antara LGM dan syarikat EMC dalam memperluas usaha pemulihan kebun getah terbiar di negeri tersebut.



Kementerian Perladangan dan Komoditi - KPK Dato' Dr. Noraini Ahmad YB Dato' Sri Huang Tiong Sii

14/10/2026

💰 HARGA GETAH ADA NILAINYA. KEBUN KITA ADA REZEKINYA!

Setiap titisan susu getah ada nilainya. Setiap torehan membawa harapan untuk keluarga. Kalau kebun masih ada, pokok masih boleh ditoreh ayuh, kita kembali mengusahakannya!

💪 Jangan tunggu esok.
🌳 Jangan biarkan kebun terbiar.
💚 JOM MENOREH!

Bukan sekadar mencari pendapatan, tetapi meneruskan legasi dan memastikan industri getah Malaysia terus kukuh dan berdaya saing!

📢 KEMBALI KE KEBUN. TOREH SEKARANG. RAIH REZEKI LEBIH BAIK!

Kongsikan mesej ini kepada rakan pekebun dan keluarga yang mengusahakan kebun getah.



Kementerian Perladangan dan Komoditi - KPK Dato' Dr. Noraini Ahmad YB Dato' Sri Huang Tiong Sii

12 Oktober 2026 | Bentong, PahangWAKIL EUROPEAN COMMISSION’S DIRECTORATE-GENERAL FOR INTERNATIONAL PARTNERSHIPS (EC DG I...
13/10/2026

12 Oktober 2026 | Bentong, Pahang

WAKIL EUROPEAN COMMISSION’S DIRECTORATE-GENERAL FOR INTERNATIONAL PARTNERSHIPS (EC DG INTPA) MENGADAKAN LAWATAN KE BENTONG, PAHANG UNTUK MENINJAU PELAKSANAAN MALAYSIAN SUSTAINABLE NATURAL RUBBER (MSNR) DI SEPANJANG RANTAIAN NILAI

Lembaga Getah Malaysia (LGM) telah memberi taklimat dan penerangan kepada Encik Jacopo Branchesi, Malaysia Desk Officer EC DG INTPA berkaitan aktiviti yang dijalankan serta tanggungjawab pematuhan MSNR dari peringkat ladang oleh pekebun kecil, peniaga getah hingga ke kilang pemprosesan getah.

Sepanjang lawatan, wakil EC DG INTPA telah dibawa ke beberapa aktiviti utama dalam rantaian getah seperti demonstrasi pengump**an maklumat lokasi kebun menggunakan Sistem RRIM GeoRubber, aktiviti jual beli getah di premis peniaga getah dan penghasilan getah separa siap di kilang pemprosesan getah. Tinjauan ini secara langsung memberikan pendedahan kepada wakil EC DG INTPA mengenai usaha yang dijalankan oleh LGM bagi memastikan bekalan getah di Malaysia adalah memenuhi aspek kemampanan dan kebolehjejakan.

LGM kekal komited untuk memperkukuh jaringan strategik antarabangsa bagi memastikan rantaian bekalan getah negara mampan, telus dan boleh dijejaki (traceable), sejajar dengan tuntutan kemampanan dunia.

KURSUS KAEDAH PENOREHAN DAN KAWALAN PENYAKIT DI RRIMINIS GUA MUSANG📅 Tarikh: 12 Oktober 2026 (Isnin)📍 Tempat: RRIMINIS G...
13/10/2026

KURSUS KAEDAH PENOREHAN DAN KAWALAN PENYAKIT DI RRIMINIS GUA MUSANG

📅 Tarikh: 12 Oktober 2026 (Isnin)
📍 Tempat: RRIMINIS Gua Musang, Kelantan
👥 Bilangan Peserta: 20 orang dari sekitar Gua Musang

🎤 Penceramah:

1. En. Mohd Riduan bin Ismail
Penolong Pegawai Penyelidik, LGM Machang.
2. Puan Norhayati Md Sallah
Penolong Pegawai Penyelidik, LGM Tok Dor, Terengganu.

Objektif Kursus:
Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam kaedah penorehan yang betul serta pengenalpastian dan kawalan penyakit tanaman getah.

Impak Kursus:
Memperkasa kemahiran peserta dalam pengurusan kebun getah, meningkatkan kesihatan pokok dan menyokong peningkatan produktiviti tanaman getah.

KURSUS KAEDAH PENOREHAN DAN KAWALAN PENYAKIT DI RRIMINIS GUA MUSANG📅 Tarikh: 12 Oktober 2026 (Isnin)📍 Tempat: RRIMINIS G...
13/10/2026

KURSUS KAEDAH PENOREHAN DAN KAWALAN PENYAKIT DI RRIMINIS GUA MUSANG

📅 Tarikh: 12 Oktober 2026 (Isnin)
📍 Tempat: RRIMINIS Gua Musang, Kelantan
👥 Bilangan Peserta: 20 orang dari sekitar Gua Musang

🎤 Penceramah:

1. En. Mohd Riduan bin Ismail
Penolong Pegawai Penyelidik, LGM Machang.
2. Puan Norhayati Md Sallah
Penolong Pegawai Penyelidik, LGM Tok Dor, Terengganu.

Objektif Kursus:
Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam kaedah penorehan yang betul serta pengenalpastian dan kawalan penyakit tanaman getah.

Impak Kursus:
Memperkasa kemahiran peserta dalam pengurusan kebun getah, meningkatkan kesihatan pokok dan menyokong peningkatan produktiviti tanaman getah.



Kementerian Perladangan dan Komoditi - KPK Dato' Dr. Noraini Ahmad YB Dato' Sri Huang Tiong Sii

11/10/2026

Memperkasa Industri Getah Negara: Perbincangan Strategik Pelaksanaan Program Konsolidasi Getah Matang Terbiar Bersama FPMSB Wilayah Raja Alias dan LGM Wilayah Tengah

Mengaktifkan Semula Potensi Getah Negeri Sembilan

Sesi perbincangan strategik telah diadakan antara FPMSB Wilayah Raja Alias dan Lembaga Getah Malaysia (LGM) Wilayah Tengah bagi membincangkan pelaksanaan Program Konsolidasi Getah Matang Terbiar dan Tidak Ditoreh untuk Lot Felda dan Lot Peneroka di Negeri Sembilan.
Fokus Utama Program:
• Pengurusan Secara Kluster: Mengoptimumkan pengurusan kebun-kebun getah kecil yang terbiar secara bersistematik dan berkelompok bagi meningkatkan kecekapan operasi serta produktiviti hasil.
• Mengaktifkan Semula Potensi Hasil: Memperkukuh rantaian bekalan bahan mentah industri getah tempatan.
• Kerjasama Strategik Agensi & Industri: Memperkemaskan peranan LGM sebagai badan penyelaras teknikal bersama rakan strategik industri bagi memastikan kelancaran pelaksanaan di peringkat lapangan Wilayah Tengah.

Melalui pendekatan yang lebih tersusun dan bersepadu, Program Konsolidasi diharap dapat memacu semula produktiviti sektor getah, mengoptimumkan potensi hasil serta memberi manfaat langsung kepada peneroka FELDA dan pekebun kecil.



Kementerian Perladangan dan Komoditi - KPK Dato' Dr. Noraini Ahmad YB Dato' Sri Huang Tiong Sii

LGM PERKUKUH KERJASAMA ANTARABANGSA DALAM PELAKSANAAN MSNR DI FACT FORUM 2026 DAN ADP MULTI-STAKEHOLDER MEETING DI BERLI...
11/10/2026

LGM PERKUKUH KERJASAMA ANTARABANGSA DALAM PELAKSANAAN MSNR DI FACT FORUM 2026 DAN ADP MULTI-STAKEHOLDER MEETING DI BERLIN, JERMAN**

BERLIN, JERMAN | 5–8 OKTOBER 2026

Lembaga Getah Malaysia (LGM) terus memperkukuh kerjasama antarabangsa dalam mempromosikan kemampanan industri getah asli Malaysia menerusi penyertaan dalam FACT Forum 2026 pada 5 hingga 7 Oktober 2026 dan Amsterdam Declarations Partnership (ADP) Multi-Stakeholder Meeting 2026 pada 8 Oktober 2026 di Berlin, Jerman.

LGM diwakili oleh Encik Hairul Irwan Jamaluddin, Pengarah Bahagian Ekonomi, Pelesenan dan Penguatkuasaan, dalam siri pertemuan antarabangsa yang menghimpunkan wakil kerajaan, sektor industri, organisasi antarabangsa, ahli akademik dan institusi penyelidikan. Perbincangan memberi tumpuan kepada pemeliharaan hutan, perdagangan mampan serta kerjasama antara negara pengeluar dan pengguna komoditi bagi memperkukuh pematuhan terhadap keperluan kemampanan, termasuk dalam sektor getah asli.

Dalam forum tersebut, LGM telah diberi peluang sebagai ahli panel untuk berkongsi pengalaman Malaysia dalam membangunkan Malaysian Sustainable Natural Rubber (MSNR) melalui pendekatan berasaskan kerangka peraturan dan pelaksanaan sistem kebolehjejakan rantaian bekalan, iaitu MSNR Trace. Sistem ini merupakan antara inisiatif penting LGM dalam memperkukuh ketelusan rantaian bekalan getah asli serta menyokong usaha meningkatkan daya saing industri getah Malaysia dalam pasaran global yang semakin menitikberatkan aspek kemampanan dan kebolehjejakan.

Melalui sesi panel, perkongsian pengalaman dan perbincangan pelbagai pihak berkepentingan, peserta turut meneroka pendekatan kerjasama antara kerajaan, industri dan masyarakat bagi memastikan usaha pemeliharaan hutan dapat dilaksanakan secara berkesan. Perbincangan turut menekankan kepentingan pengagihan manfaat yang lebih adil sepanjang rantaian bekalan, termasuk perlindungan kepentingan dan kesejahteraan pekebun kecil.

Penyertaan LGM dalam kedua-dua platform antarabangsa ini mencerminkan komitmen berterusan LGM untuk memperkukuh pelaksanaan MSNR, memperluas kerjasama strategik antarabangsa serta memastikan industri getah asli negara kekal berdaya saing, mampan dan inklusif, selaras dengan keperluan perdagangan global serta aspirasi meningkatkan kesejahteraan pekebun kecil.



Kementerian Perladangan dan Komoditi - KPK Dato' Dr. Noraini Ahmad YB Dato' Sri Huang Tiong Sii

KADAR INSENTIF PENGELUARAN GETAH (IPG) DINAIKKAN KEPADA RM3.30 SEKILOGRAM!Kerajaan terus komited menjaga kebajikan pekeb...
09/10/2026

KADAR INSENTIF PENGELUARAN GETAH (IPG) DINAIKKAN KEPADA RM3.30 SEKILOGRAM!

Kerajaan terus komited menjaga kebajikan pekebun kecil getah melalui kenaikan kadar Insentif Pengeluaran Getah (IPG) daripada RM3.00 kepada RM3.30 sekilogram, berbanding RM2.50 sekilogram pada tahun 2022.

✅ Membantu meningkatkan pendapatan pekebun kecil getah.
✅ Meringankan beban ketika berdepan turun naik harga getah.
✅ Memberi manfaat kepada lebih 300,000 pekebun kecil getah di seluruh negara.

Usaha ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkukuh kesejahteraan pekebun kecil serta memastikan industri getah negara terus mampan dan berdaya saing.

Getah Malaysia, Nadi Ekonomi Negara! 🇲🇾🌱






Kementerian Perladangan dan Komoditi - KPK Dato' Dr. Noraini Ahmad YB Dato' Sri Huang Tiong Sii

LAWATAN PEMATUHAN TERMA DAN SYARAT UJI KAJI LAPANGAN TERKAWAL (ULT) OLEH JABATAN BIOKESELAMATAN KE LEMBAGA GETAH MALAYSI...
09/10/2026

LAWATAN PEMATUHAN TERMA DAN SYARAT UJI KAJI LAPANGAN TERKAWAL (ULT) OLEH JABATAN BIOKESELAMATAN KE LEMBAGA GETAH MALAYSIA

Lembaga Getah Malaysia (LGM) telah menerima kunjungan daripada Seksyen Penguatkuasaan dan Pemantauan (SPP), Jabatan Biokeselamatan (JBK), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) pada 1 Oktober 2026 bagi pelaksanaan pemantauan pematuhan terma dan syarat Uji Kaji Lapangan Terkawal (ULT) LGM di Stesen Penyelidikan Penawar, Johor.

Sesi pemantauan ini bertujuan menilai tahap pematuhan terhadap terma dan syarat kelulusan yang ditetapkan oleh Lembaga Biokeselamatan Kebangsaan (LBK) selaras dengan keperluan Akta Biokeselamatan 2007 [No. Kelulusan LBK: JBK(S) 602-1/1/17 (55)].

Atur cara program dimulakan dengan pembentangan status semasa dan perkembangan ULT LGM serta pengenalan kepada getah transgenik yang disampaikan oleh Penyelidik Utama (PI) ULT, Dr. Siti Shuhada Shuib. Seterusnya, taklimat berkaitan Stesen Penyelidikan Kota Tinggi (SPKT), Johor telah disampaikan oleh Timbalan Pengurus SPKT, Encik Mohd Fauzi bin Mohd Yusoff. Sesi ini turut dihadiri oleh Pegawai Biokeselamatan (BSO), Jawatankuasa Keinstitusian Biokeselamatan (IBC) LGM, Dr. Nor Afiqah binti Maiden. Seksyen Penguatkuasaan dan Pemantauan (SPP), Jabatan Biokeselamatan p**a diwakili oleh Puan Noor Ainal Nabilah binti Muhamad, Puan Kartini binti Mohd Khair, Puan Syazni Mardhiah binti Saleh, serta wakil JKG-Pemantauan, YBrs. Dr. Maizura binti Ithnin.

Pada sebelah petang, program diteruskan dengan sesi Refresher Course: Pengurusan dan Pematuhan Uji Kaji Lapangan Terkawal. Sesi ini bertujuan memperkukuh pengetahuan serta kefahaman berhubung prosedur, pengurusan, dan pematuhan ULT. Sesi pemantapan ini dihadiri oleh kakitangan LGM yang terlibat dalam penyelidikan transgenik daripada Unit Pembaikan dan Sumber Genetik dan Stesen Penyelidikan Kota Tinggi, Bahagian Penawar, Johor.

LGM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Biokeselamatan atas kerjasama dan sokongan berterusan terhadap kemajuan penyelidikan getah di LGM.

📷: JBK, NRES dan En Azmie bin Zainal, SPKT

Kementerian Perladangan dan Komoditi - KPK Dato' Dr. Noraini Ahmad YB Dato' Sri Huang Tiong Sii

Address

Kuala Lumpur
50450

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60392062000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Laman Rasmi Lembaga Getah Malaysia (LGM) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share