Puteri Pengerang

Directions Contact the organization

Puteri Pengerang Pergerakan Puteri UMNO Pengerang Penggal 2023-2026

“Dengan Penuh Takzim, Menjunjung Kasih Tuanku. Daulat Tuanku. 🇲🇾”
20/09/2026

“Dengan Penuh Takzim, Menjunjung Kasih Tuanku. Daulat Tuanku. 🇲🇾”

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2026..PERSIDANGAN PUTERI UMNO MALAYSIA 🩷🤍
11/09/2026

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2026..PERSIDANGAN PUTERI UMNO MALAYSIA 🩷🤍



24/08/2026
24/08/2026

Salam Maulidur Rasul saya ucapkan kepada seluruh umat Islam.

Semoga sambutan Maulidur Rasul ini menjadi ruang untuk kita menghayati kembali akhlak, kepimpinan dan kasih sayang yang ditunjukkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Marilah kita meneladani sunnah Baginda dalam membina masyarakat yang saling menghormati, berbuat kebaikan dan menjaga amanah sesama insan.

MADANI Dihayati, Ummah Diberkati.




03/08/2026

Selamat menyambut Hari Ulang Tahun Puteri UMNO ke-25 kepada seluruh kepimpinan dan ahli Puteri UMNO di seluruh negara.

Sebagai Ketua Puteri UMNO yang pertama, saya amat bersyukur serta bangga melihat sayap ini terus berkembang menjadi wadah penting dalam melahirkan pemimpin wanita muda yang berani, berprinsip dan dekat dengan denyut nadi rakyat.

Semoga Puteri UMNO terus subur sebagai suara generasi muda, memperkukuh perjuangan parti dan membawa aspirasi wanita Malaysia ke hadapan.




24/07/2026
Alhamdulillah TAHNIAH YB Fauziah Misri 🩷
12/07/2026

Alhamdulillah TAHNIAH YB Fauziah Misri 🩷

TERIMA KASIH PENGUNDI DUN PENAWAR

Syukur Alhamdulillah.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya rakamkan kepada seluruh pengundi yang telah menunaikan tanggungjawab dalam proses demokrasi ini. Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepada Barisan Nasional.

Saya juga ingin merakamkan penghormatan kepada semua calon yang telah bertanding. Perbezaan pandangan dan persaingan sepanjang kempen merupakan sebahagian daripada proses demokrasi yang wajar kita hormati bersama.

Kemenangan ini bukanlah kemenangan peribadi saya. Ia adalah kemenangan kita semua, hasil sokongan, doa, pengorbanan serta kerja keras para jentera, sukarelawan, penyokong dan semuanya.

Kini, tempoh pilihan raya telah berakhir. Tiba masanya untuk kita kembali bersatu, berganding bahu dan memandang ke hadapan demi kemajuan DUN Penawar. Saya berjanji akan berkhidmat untuk seluruh rakyat DUN Penawar.

Doakan agar saya diberikan kekuatan, kebijaksanaan dan keikhlasan untuk memikul amanah serta tanggungjawab ini dengan sebaik-baiknya, demi kesejahteraan seluruh warga DUN .

TERIMA KASIH PENGUNDI DUN PENAWAR 💙❤️




Alhamdulillah TAHNIAH YB Aznan Tamin
12/07/2026

Alhamdulillah TAHNIAH YB Aznan Tamin

TERIMA KASIH WARGA N39 TANJUNG SURAT🫶🏻

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Allah SWT atas kepercayaan dan amanah yang diberikan oleh seluruh warga N39 Tanjung Surat.

Terima kasih kepada setiap pengundi yang telah menunaikan tanggungjawab dengan penuh matang dan berhemah. Penghargaan juga saya rakamkan kepada semua calon yang bertanding atas semangat demokrasi yang telah dipamerkan sepanjang Pilihan Raya Negeri Johor ini.

Kemenangan ini bukan milik saya semata-mata, tetapi adalah amanah besar daripada rakyat yang perlu dipikul dengan penuh keikhlasan, integriti dan rasa tanggungjawab.

Kini, tirai pilihan raya telah pun dilabuhkan. Marilah kita tinggalkan segala perbezaan dan kembali bersatu sebagai satu keluarga besar Tanjung Surat.

Saya berjanji akan terus berkhidmat untuk seluruh rakyat tanpa mengira kaum, agama, usia mahupun kecenderungan politik, kerana keutamaan saya ialah memastikan setiap suara didengari dan setiap kehidupan dapat dibela.

Bersama-sama kita terus membina Tanjung Surat yang lebih maju dan sejahtera demi masa depan anak-anak kita.

Terima kasih atas kepercayaan ini. In Shaa Allah, amanah ini akan saya laksanakan sebaik mungkin demi rakyat Tanjung Surat yang saya sayangi.

TANJUNG SURAT DIHATIKU🫰🏻






Address

Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Puteri Pengerang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Puteri Pengerang:

Shortcuts

Share