Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia Official

Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia Official

Share

Page ini diwujudkan bagi mempromosi aktiviti yang dijalankan oleh Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia (TKPM) bagi membantu pesakit yang kurang berkemampuan.

Photos from Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia Official's post 02/04/2026

πŸ“£ JABATAN KERJA SOSIAL PERUBATAN HOSPITAL MIRI πŸ“£

Alhamdulillah… Buat pertama kali, kolaborasi bersama sektor swasta melalui kerjasama pertama dengan Mercure Hotel Miri berjaya direalisasikan! πŸ’™

Majlis Serahan Sumbangan TKPM Cawangan Hospital Miri telah berlangsung dengan lancar pada 2 April 2026 di Co-working Space (Level 3), Mercure Miri, hasil daripada program Malam Cahaya Kasih (25 Feb – 18 Mac 2026).

πŸ’° Jumlah kutipan berjaya dikumpulkan: RM11,457.00

Majlis ini disaksikan oleh:
⭐ YB Adam Yii Siew Sang (Mayor Miri)

Sumbangan diserahkan kepada:
⭐ Dr. Jack Wong Siew Yu
(Pengerusi TKPM Cawangan Hospital Miri)

Sumbangan disampaikan oleh:
⭐ Mr. Shan Ravengren
(General Manager Mercure Hotel Miri City Centre)

✨ Kerjasama pertama TKPM Hospital Miri & Mercure Hotel Miri 🀝

Terima kasih atas sokongan semua πŸ™

13/03/2026

10 PESAKIT TERIMA SUMBANGAN MELALUI PROGRAM KONGSI REZEKI AIDILFITRI

KEPALA BATAS, 13 Mac β€” Seramai 10 pesakit kurang berkemampuan menerima sumbangan menerusi Program Kongsi Rezeki Aidilfitri: β€œBerkongsi Rezeki, Menyantuni Pesakit” yang diadakan di Hospital Kepala Batas pada Jumaat.

Program anjuran Jabatan Kerja Sosial Perubatan dengan kerjasama Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia (TKPM) cawangan Hospital Kepala Batas itu bertujuan membantu meringankan beban kewangan pesakit dan keluarga mereka dalam membuat persiapan menyambut Ramadan serta Aidilfitri.

Majlis penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh Pengarah Hospital Kepala Batas kepada para penerima yang terdiri daripada pesakit kurang berkemampuan di bawah pemantauan Jabatan Kerja Sosial Perubatan.

Para penerima menerima sumbangan berbentuk bantuan tunai serta bakul raya yang mengandungi barangan keperluan harian bagi membantu memenuhi keperluan asas sepanjang bulan Ramadan di samping menceriakan persiapan mereka menyambut Syawal.

Pihak penganjur turut merakamkan penghargaan kepada para penyumbang yang telah memberikan sumbangan bagi menjayakan program kebajikan tersebut.

Photos from Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia Official's post 12/03/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada hari ni , Khamis , 12/3/26 telah berlangsungnya Program Sinar Kasih Aidilfitri 2026. Program ini anjuran Jabatan Kerja Sosial Perubatan Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar Johor dgn kerjasama Majlis Agama Islam Daerah Muar dan Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia (TKPM) HPSF Muar.

Seramai 20 orang pesakit kurang mampu menerima sumbangan berbentuk bakul makanan dan sumbangan tunai (duit raya). Sumbangan disampaikan oleh Pegawai Daerah Muar (DO), Tuan Haji Zainal bin Eran dan Pegawai Amin Baitulmal Muar , Ustaz Adzrul Taib.

Semoga usaha ni memberi sinar harapan dan keceriaan kpd pesakit2 yg memerlukan.

06/03/2026

πŸŒ™βœ¨ KEMBARA KASIH AIDILFITRI 2026 βœ¨πŸŒ™

Assalamu’alaikum & Salam Sejahtera

Program Kembara Kasih Aidilfitri 2026 anjuran Jabatan Kerja Sosial Perubatan, Hospital Permai Johor Bahru dengan kerjasama Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia telah berjaya dilaksanakan selama dua (2) hari iaitu pada 3 dan 4 Mac 2026 πŸ“…πŸ€

🎯 Program ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan pesakit Hospital Permai Johor Bahru dan keluarga yang kurang berkemampuan melalui penyampaian bantuan berbentuk praktikal seperti:
🧺 Bakul makanan
πŸͺ Biskut raya
πŸ’΅ Sumbangan duit raya

Bantuan ini adalah hasil sumbangan Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia bersama badan bukan kerajaan (NGO) dan individu persendirian, bagi memberi keceriaan kepada pesakit agar dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan lebih bermakna 🌸🌈

πŸ‘₯ Seramai 36 orang peserta yang terdiri daripada pesakit psikiatri berpendapatan rendah telah terpilih sebagai penerima bantuan.

🚐 Pasukan program telah mengembara ke beberapa daerah termasuk:
πŸ“ Johor Bahru
πŸ“ Kulai
πŸ“ Pontian
πŸ“ Gelang Patah
πŸ“ Pasir Gudang
πŸ“ Ulu Tiram
πŸ“ Kota Tinggi

Pasukan juga turut menaiki tangga rumah flat sehingga tingkat lima, 🏒 mengembara selama dua hari dengan perjalan hampir 300 kilometer (pergi balik) serta menaiki bot 🚀 bagi menyantuni pesakit yang tinggal di sebuah pulau & rumah rakit.

πŸ’ Setiap pesakit telah menerima sumbangan sebanyak *RM500.00*, merangkumi:
πŸ’΅ Duit raya: RM260.00
πŸ›’ Barangan makanan & biskut raya: bernilai kira-kira RM240.00

πŸ™ Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada 10 orang penyumbang yang terdiri daripada syarikat dan individu persendirian atas sokongan serta keprihatinan yang diberikan bagi menjayakan program ini.

✨ Semoga segala kebaikan yang dicurahkan menjadi amal jariah dan diberkati Allah SWT. ✨

02/03/2026

19/2/26 Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia cawangan HRPZII menerima sumbangan daripada Yayasan Noor Al-Syakur (YANAS) utk membantu pesakit yang memerlukan di HRPZII.

Terima kasih YANAS , penghargaan besar bagi kami dalam membantu pesakit. Semoga YANAS dilimpahi rezeki dan dapat meneruskan kerja yang baik ini secara berterusan demi kemaslahatan ummah.

Sumbangan telah diterima oleh Puan Zailawati binti Mamat, Pengerusi, Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia cawangan HRPZII

19/02/2026

Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak

17/02/2026

Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada seluruh masyarakat Tionghua. Semoga tahun ini membawa kebahagiaan, kesihatan yang baik dan kemakmuran berpanjangan.

Photos from Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia Official's post 08/02/2026

Sedang berlangsung Bengkel Perancangan & Pelan Tindakan Tahunan PPPM(P)M dan TKPM 2026. Bengkel ini bertujuan sebagai platform perbincangan dan percambahan idea dalam merangka perancangan program bagi tahun 2026.

Photos from Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia Official's post 25/05/2025

Salam Takziah buat saf Majlis Agama Islam Sabah di atas pemergian pegawai Allahyarham Wan Mohd Zakri Wan Yacob pada hari ini.

Photos from Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia Official's post 13/05/2025

13.5.2025 (Selasa), Wisma PKSP, Bandar Baru Bangi

Majlis Menandatangani Watikah Perlantikan Yang Amat Mulia Raja Saidatul Mardiah Almarhum Sultan Idris A'fifullah Shah sebagai Penaung Diraja Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia. Semasa majlis ini TKPM menerima sumbangan Mock Cek bernilai RM12,000 dari Projek Vending Machine hasil usahasama TKPM dgn Syarikat Coffee Star di Hospital Sungai Buloh. Turut hadir menyaksikan majlis ini adalah penyumbang utama TKPM terdiri dari LZS, Baitulmal Wilayah dan Yayasan AEON Malaysia.

Photos from Hospital Raja Perempuan Zainab II - RASMI's post 25/02/2025
Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


Kuala Lumpur