Pejabat Perpaduan Daerah Cheras
PEJABAT PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL DAERAH CHERAS WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
05/10/2019
https://www.facebook.com/100001083390177/posts/2490759347636821/
CARTA ORGANISASI PERPADUAN WPKL 2019-2020
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah antara pejabat Cawangan Negeri bagi Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional dibawah Jabatan Perdana Menteri.
PERPADUAN WPKL diketuai oleh Pn. Suraya Binti Wen sebagai Pengarah dengan lebih 300 orang kakitangan melalui 7 Seksyen iaitu:
1. Seksyen Pengurusan Rukun Tetangga dan Keselamatan (RTK)
2. Seksyen Khidmat Komuniti dan Kesejahteraan Sosial (KKS)
3. Seksyen Jaringan Sosial, Integrasi Nasional Kenegaraan (JSIK)
4. Seksyen Pendidikan Awal Kanak-kanak (PAK).
5. Seksyen Pengurusan Konflik (PK)
6.Seksyen Pengurusan Mediasi Komuniti (MK).
7. Seksyen Khidmat Pengurusan (SKP)
PERPADUAN WPKL bertanggungjawab menguruskan isu-isu konflik dalam masyarakat dan mempromosikan PERPADUAN melalui Rukun Tetangga serta Tabika dan Taska Perpaduan dengan misi Memperkukuhkan Perpaduan dan Keharmonian Negara Berasaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.
Visi utama PERPADUAN adalah untuk menjadi Peneraju Perpaduan dan Keharmonian Negara Malaysia dengan moto "BERSATU KITA MAJU".
17/09/2019
Mohon doakan kak fadilah mohaidin yg dulunya staff perpaduan cheras..semoga kak ilah cepat sembuh...
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=514832975976819&id=316478079145644
17/09/2019
Jom kita pakai pergi ramai2 yerk
https://www.facebook.com/316478079145644/posts/514901319303318/
Promo - Sambutan Minggu Perpaduan 2019 ( Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional ) Dataran Merdeka 22 September 2019 Pelbagai acara dan aktiviti diadakan pada hari tersebut.
15/09/2019
https://www.facebook.com/316478079145644/posts/513522682774515/
Sambutan Minggu Perpaduan 2019 Peringkat Kebangsaan akan diadakan pada 22.09.2019 (Rabu) di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Program Ini bakal dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan seperti Demontrasi Makanan Tradisional, Demontrasi Sukan Tradisional, Konsert dan Persembahan Kebudayaan, Peragaan Fesyen Model dan Tradisional (Runaway Fashion Show), Pameran Perpaduan oleh agensi Kerajaan, NGO dan Swasta.
Bagi segmen Fiesta Makanan Tradisional, terdapat 22 jenis makanan tradisi dibawakan khas dari seluruh pelusuk tanahair.
Selain dapat melihat demontrasi bagaimana makanan ini dimasak, pengunjung juga berpeluang merasai semua makanan tradisional yang dipamerkan secara percuma.
Semua warga lembah klang dijemput hadir. Bawalah ahli keluarga dan rakan-rakan anda bersama.
15/09/2019
https://www.facebook.com/316478079145644/posts/513561552770628/
SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 2019. Semoga Perpaduan kita seluruh rakyat Malaysia berkekalan dan dapat diwariskan. Perbezaan negeri bukanlah suatu masalah pada kita kerana kita sama-sama anak Malaysia.
Kuala Lumpur merupakan ibukota metropolitan yang mempunyai variasi populasi penduduk yang besar. Sebahagian besar dari lebih 1.8 juta yang menjadi warga Kuala Lumpur hari ini merupakan anak rantau yang datang dari seluruh pelusuk tanah air termasuk Sabah dan Sarawak.
Pelbagai asal usul, keturunan, bangsa, agama dan budaya berkumpul disini mencari rezeki, menimba ilmu dan sebagainya. Perkukuhkan hubungan sesama jiran tetangga, rakan taulan dan jauhilah persengketaan.
Kita anak Malaysia, jangan buang masa melayan provokasi. Terus mara melangkah ke hadapan. Demi sebuah masa depan yang gemilang
SELAMAT HARI MALAYSIA
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Telephone
Website
Address
Kuala Lumpur
