24/04/2026
Permudahkan urusan penghantaran barang dari Tanah Suci ke Malaysia bersama FGV Transport Services Sdn. Bhd. sempena musim haji ini.
Direka khas untuk memberi ketenangan sepanjang perjalanan ibadah anda, perkhidmatan ini menawarkan solusi door-to-door yang lengkap dan menyeluruh. Setiap kiriman diurus dengan teliti — daripada pembungkusan, perlindungan insurans, urusan kastam Malaysia, hinggalah penghantaran terus ke pintu rumah.
Dengan rangkaian operasi di Mekah dan Madinah, proses penghantaran menjadi lebih lancar dan tersusun, membolehkan jemaah memberi tumpuan sepenuhnya kepada ibadah tanpa perlu risau tentang urusan logistik.
Lebih daripada sekadar penghantaran, FGV Transport hadir dengan nilai tambah dari segi kemudahan, keselamatan dan pengurusan menyeluruh — memastikan setiap kiriman sampai dengan tenang dan terjaga.
Mudah. Jimat. Selamat.
Bersama FGV Transport Services.
20/03/2026
Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Semoga perayaan anda dipenuhi kegembiraan dan keampunan! 🌅
21/10/2025
FGV Transport pada Selasa, 21 Oktober 2025 telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Urusan MAN Truck & Bus (M) Sdn. Bhd. di Seksyen 28, Shah Alam. Kunjungan hormat ini diketuai oleh CEO Tuan Haji Mohd Jainal Ismail bersempena dengan penganugerahan Best Fuel Efficiency Performance kepada FGV Transport oleh pihak MAN.
Melalui pemantauan dan analisa menggunakan teknologi Telematic FMS MAN Truck, salah seorang pemandu kami iaitu Encik Mohammad Firdaus Suhaimi, pemandu lori Kargo dari Depot Kuantan telah mencapai penjimatan minyak terbaik pada suku ke-4 tahun 2024 yang lalu dengan purata 2.6KM/L.
Pencapaian ini berjaya dicapai melalui kaedah pemanduan yang cermat, berhemat dan pemanduan yang selamat yang telah ditunjukkan oleh pemandu ini, seterusnya menjadi contoh kepada pemandu-pemandu yang lain. Sijil pengiktirafan anugerah ini telah disampaikan oleh Mr. Marc Appelt, Managing Director MAN Truck & Bus (M) Sdn. Bhd.
Pada sesi kunjungan hormat ini juga, rombongan FGV Transport telah dibawa melawat fasiliti Latihan, Bilik Rehat Pemandu, Bengkel Pembaikan dan Kilang Pemasangan CKD MAN Truck. Sebagai rekod, FGV Transport memiliki 85 unit lori MAN yang dibeli pada tahun 2021 dan 2022.
18/07/2025
Ikuti kupasan LOGISTIK HALAL oleh FGV Transport dalam rancangan MYHALAL, hari ini Jumaat, 6.00 petang hanya di TV1.
MYHALAL - LOGISTIK HALAL - 18 JULAI 2025
Pengangkutan adalah bahagian penting di dalam sistem logistik halal. Hal ini berkait rapat dengan sistem pengurusan rantaian bekalan halal yang merangkumi ke...
26/06/2025
Hijrah bukan sekadar perpindahan tempat, tetapi perubahan jiwa dan tekad menuju keredaan Ilahi.
Selamat menyambut Awal Muharram 1447H🌙✨