Polis KL

Call Directions Contact the organization

Polis KL Kuala Lumpur Police Official page

Facebook Rasmi Polis Kuala Lumpur
(1676)

18/09/2026
18/09/2026

PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT BERSAMA KETUA POLIS KUALA LUMPUR

18/09/2026
𝗣π—₯π—’π—šπ—₯𝗔𝗠 π—šπ—”π—¬π—” π—›π—œπ——π—¨π—£ π—¦π—œπ—›π—”π—§ π—žπ—˜π—§π—¨π—” π—£π—’π—Ÿπ—œπ—¦ π—žπ—¨π—”π—Ÿπ—” π—Ÿπ—¨π— π—£π—¨π—₯π‘·π’π’π’Šπ’”π‘²π‘³, 18 September 2026 – Polis Kuala Lumpur telah mengadakan Progra...
18/09/2026

𝗣π—₯π—’π—šπ—₯𝗔𝗠 π—šπ—”π—¬π—” π—›π—œπ——π—¨π—£ π—¦π—œπ—›π—”π—§ π—žπ—˜π—§π—¨π—” π—£π—’π—Ÿπ—œπ—¦ π—žπ—¨π—”π—Ÿπ—” π—Ÿπ—¨π— π—£π—¨π—₯

π‘·π’π’π’Šπ’”π‘²π‘³, 18 September 2026 – Polis Kuala Lumpur telah mengadakan Program Gaya Hidup Sihat yang diisi dengan aktiviti senamrobik bertempat di Anjung Srikandi, IPK Kuala Lumpur, petang ini.

Program anjuran Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Polis Kuala Lumpur ini merupakan salah satu inisiatif berterusan dalam menggalakkan amalan gaya hidup sihat serta meningkatkan tahap kecergasan fizikal dalam kalangan warga Polis Kuala Lumpur.

Selain itu, program ini turut menjadi platform bagi mengeratkan silaturahim, memupuk semangat kerja berpasukan serta memperkukuh kesejahteraan mental dalam kalangan pegawai, anggota dan pegawai awam Polis Kuala Lumpur.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Polis Kuala Lumpur, ACP Foo Chek Seng; Pegawai Turus Pentadbiran, Jabatan Pengurusan Polis Kuala Lumpur, ACP Ernawati binti Abdul Wahab; Timbalan Ketua Cawangan Khas (Pengurusan/Koordinasi), Cawangan Khas Polis Kuala Lumpur, ACP Aldrin Ak Junaidi; pegawai-pegawai kanan polis, pegawai-pegawai rendah polis serta pegawai-pegawai awam Polis Kuala Lumpur.

οΏ½

18/09/2026
18/09/2026
π— π—”π—π—Ÿπ—œπ—¦ π—¦π—’π—Ÿπ—”π—§ 𝗛𝗔𝗝𝗔𝗧, 𝗕𝗔𝗖𝗔𝗔𝗑 π—¬π—”π—¦π—¦π—œπ—‘, 𝗗𝗒𝗔 π—¦π—˜π—Ÿπ—”π— π—”π—§ 𝗗𝗔𝗑 π—§π—”π—­π—žπ—œπ—₯𝗔𝗛 π— π—œπ—‘π—šπ—šπ—¨π—”π—‘ π—žπ—’π—‘π—§π—œπ—‘π—π—˜π—‘ π—žπ—¨π—”π—Ÿπ—” π—Ÿπ—¨π— π—£π—¨π—₯π‘·π’π’π’Šπ’”π‘²π‘³, 18 September 2026 - ...
18/09/2026

π— π—”π—π—Ÿπ—œπ—¦ π—¦π—’π—Ÿπ—”π—§ 𝗛𝗔𝗝𝗔𝗧, 𝗕𝗔𝗖𝗔𝗔𝗑 π—¬π—”π—¦π—¦π—œπ—‘, 𝗗𝗒𝗔 π—¦π—˜π—Ÿπ—”π— π—”π—§ 𝗗𝗔𝗑 π—§π—”π—­π—žπ—œπ—₯𝗔𝗛 π— π—œπ—‘π—šπ—šπ—¨π—”π—‘ π—žπ—’π—‘π—§π—œπ—‘π—π—˜π—‘ π—žπ—¨π—”π—Ÿπ—” π—Ÿπ—¨π— π—£π—¨π—₯

π‘·π’π’π’Šπ’”π‘²π‘³, 18 September 2026 - Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, DCP Dato’ Mohd Azani bin Omar telah hadir ke Majlis Solat Hajat, Bacaan Yasin dan Doa Selamat Mingguan Polis Kuala Lumpur bertempat di Surau As-Sakinah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Majlis telah dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Abd Fatah bin Yusof dan Al-Fadhil Ustaz Mohd Hafizullah bin Mat Zainuddin, dari Bahagian Agama dan Kaunseling, IPK Kuala Lumpur.

Turut hadir adalah Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Polis Kuala Lumpur, ACP Mahazir bin Mat Ibrahim; wakil Ketua-ketua Jabatan, Pegawai-pegawai Kanan Polis, Pegawai-pegawai Rendah Polis dan Pegawai-pegawai Awam Polis Kuala Lumpur.


17/09/2026

Address

Jalan Hang Tuah
Kuala Lumpur
55100

Telephone

+60321159999

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis KL posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Polis KL:

Shortcuts

Share