30/04/2026
Selamat Menyambut Hari Pekerja kepada semua insan yang bergelar pekerja.
Semoga sentiasa komited dalam melakukan tugas yang diberikan.
โPekerja MADANI, Warga KESUMAโ
Berhati-hati di jalan raya dan utamakan keselamatan setiap masa.
Ikhlas daripada
Pihak Pengurusan dan seluruh Warga Kerja Lebuhraya DUKE
30/04/2026
Kerja - kerja penyenggaraan rutin dijalankan
bagi memastikan keselesaan para pengguna DUKE.
20/03/2026
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H / 2026 kepada seluruh umat Islam tulus ikhlas daripada Pihak Pengurusan dan Warga Kerja Lebuhraya DUKE ๐
Di hari yang mulia ini tidak lengkap tanpa keriangan bersama orang yang tersayang.
Pandulah dengan penuh berhemah dan sila pastikan baki kad atau e-wallet anda mencukupi sebelum memulakan perjalanan.
Sekiranya kenderaan anda mengalami kerosakan semasa berada di Lebuhraya DUKE atau SPE, sila hubungi talian Hotline DUKE & SPE di 03-6251 3100 untuk bantuan atau kecemasan ๐.
17/03/2026
Nikmati 50% diskaun kadar tol di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) sempena Hari Raya Aidilfitri khusus untuk kenderaan Kelas 1 Sahaja bermula:
๐๏ธ 18 Mac 2026 (Rabu) 12.01 tengah malam sehingga 19 Mac 2026 (Khamis), 11.59 malam.
Rancang perjalanan anda lebih awal dan patuhi had laju yang telah ditetapkan.
06/03/2026
Salam Nuzul Al-Quran kepada seluruh umat Islam ikhlas daripada Pihak Pengurusan dan warga kerja DUKE โจ
Marilah bersama-sama menyemarakkan lagi bulan Ramadan yang mulia ini dengan keberkatan Al-Quran dan semoga iainya menjadi penyuluh di setiap langkah kita.
28/02/2026
NOTIS PEMBERITAHUAN:
Dimaklumkan bahawa Susur Masuk ke Bamboo Hill dari Jalan Ipoh akan ditutup sepenuhnya selama sembilan (9) bulan bagi tujuan pelaksanaan kerja-kerja pembinaan jejambat jalan oleh Tetuan Concord Housing Development Sdn. Bhd.
๐
Tarikh: Bermula 2 Mac 2026 (Isnin)
Oleh yang demikian, pengguna diminta untuk menggunakan laluan alternatif untuk ke Bamboo Hill, sila rujuk pelan pengurusan trafik yang disertakan.
Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami.
27/02/2026
Pengurusan serta seluruh warga kerja DUKE dengan sukacitanya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YBrs. Ir. Mohd Hadzmir bin Yusoff atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) yang berkuat kuasa mulai 11 Februari 2026.
Semoga pelantikan ini akan terus memacu kecemerlangan LLM serta memperkukuh pembangunan dan pengurusan lebuh raya negara ke tahap yang lebih gemilang.