Malaysia Madani

Malaysia Madani

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Malaysia Madani, Government Official, Bangunan PERKIM Jalan Ipoh KL, Kuala Lumpur.

Photos from Malaysia Madani's post 31/05/2015

Akidah Ahli Sunnah promosi kesederhanaan

Isu berkenaan akidah dan pemikiran sememangnya sering mendapat perhatian serta minat masyarakat dan media massa. Baru-baru ini timbul p**a isu mengenai gerakan aliran kesufian yang dikatakan mengamalkan penyelewengan dalam akidah. Polemik ini menjadi hangat dalam masyarakat apabila ia dikaitkan dengan gerakan anti sufi yang sering dirujuk kepada golongan Salafi (Wahabi).

golongan Sufi dan Salafi

Kita tidak boleh menafikan betapa jasa tokoh sufi dalam memikat hati golongan bukan Islam sehingga akhirnya ramai daripada kalangan mereka dibukakan hati memilih jalan Islam. Tak sedikit juga bilangan umat Islam sendiri yang menemui jalan hidayah di tangan golongan ini. Kaedah dakwah mereka ternyata berjaya "melembutkan hati", mensucikan jiwa dan juga melembutkan akhlak. Warisan peninggalan (tasawuf) ini boleh sahaja dihimpunkan dan diambil manfaat sekiranya ia dapat diasingkan daripada perkara khurafat dan bidaah yang bercampur bersamanya.

Sementara itu golongan Salafi atau terdapat sebahagian yang melabelkan kump**an ini sebagai Wahabi p**a merujuk kepada aliran yang timbul pada era kegemilangan Asya’irah yang mana mereka begitu tegas dalam mengambil nas sehingga ada yang menggelar mereka sebagai al-Nassiyun, al-Harfiyyun atau al-Naqliyyun. Aliran ini dikatakan timbul tatkala ada segelintir daripada kalangan ulama Asya’irah sendiri pada waktu itu yang dikatakan melampau dalam menggunakan penghujahan akal sehingga hampir menyamai falsafah tulen.

Selain itu kump**an ini juga begitu lantang dan tegas dalam memerangi bidaah dan khurafat. Bagaimanapun mereka juga tidak terlepas daripada kesilapan kerana tidak hanya mengehadkan batasan ibadat kepada zahir nas al-Quran dan hadis serta pandangan tokoh mereka, malah turut mengkehendaki adat dan amalan tradisi yang tiada nas berkaitannya dihapuskan sama sekali dan menghukum sesat bahkan kafir kepada mereka yang melakukannya seperti mana golongan khawarij mengkafirkan pelaku dosa besar.

Meskipun slogan mereka ialah kembali kepada al-Quran dan sunnah tetapi bagi penentang mereka, slogan ini bermaksud adalah kembali kepada "interpretrasi mereka" terhadap al-Quran dan al-Sunnah. Atau dalam bahasa mudahnya mereka mentafsirkan berasaskan pandangan kump**an mereka semata-mata.

Dalam isu tasawuf, sebagaimana kenyataan yang saya keluarkan baru-baru ini, amalan tasawuf sememangnya dituntut dalam Islam kerana dengan mengamalkannya dapat membersihkan jiwa, mengamalkan akhlak terpuji dan boleh membuang amalan yang dikeji. Salah satu cara untuk mengamalkan tasawuf adalah melalui tarekat. Saya menegaskan lagi Jakim tidak menyatakan bahawa semua tarekat adalah sesat dan menyeleweng kecuali setelah dikaji, dibuktikan dan diputuskan ia bertentangan dengan syariat Islam. Secara keseluruhannya apa yang ditangani oleh Jakim terhadap tarekat ini adalah salah faham terhadap konsep-konsep tertentu dalam tarekat.

Sehubungan itu, tindakan yang diambil oleh Jakim buat masa ini adalah sedang menyediakan garis panduan serta penjelasan isu-isu dan istilah-istilah berkaitan tarekat yang boleh membawa kepada penyelewengan akidah yang dirasakan lebih bersesuaian dalam memberi penjelasan kepada masyarakat.

dinamik, penyuluh konflik umat

Islam ialah sebuah agama yang dinamik, berkembang dan mengakar ke dalam jiwa masyarakat dengan menyerap unsur-unsur kebudayaan setempat dan hal ehwal kehidupan seharian yang bersesuaian dengan ajarannya. Dalam erti kata lain Islam ini ialah Islam yang "anjal" yang meresapi segenap perubahan bersesuaian. Islam ini tidak menyempitkan penafsiran agama sehingga ia menjadi begitu kaku, keras dan tertutup, dan tidak juga terlalu longgar sehingga mengggadaikan prinsip asas yakni akidah. Islam ini juga ialah Islam yang tidak berkonfrontasi dengan amalan tradisi setempat, tidak emosional, tidak cepat menghukum, taksub kepada pemimpin atau kump**an tertentu malah berlapang dada terhadap setiap aktiviti dakwah oleh pelbagai latar masyarakat.

Islam inilah yang mula-mula bertapak dan berkembang mekar di negara ini sejak ia mula sampai di nusantara ini iaitu Islam yang memikat, membebaskan akal fikiran daripada unsur-unsur khurafat dan tahyul peninggalan zaman lama kepada suatu "kerangka teologi" yang mencerahkan dan mengangkat potensi akal.

Islam di negara ini ialah aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) aliran Asyairah yang memberi keutamaan kepada petunjuk wahyu yang diperkukuh dengan penghujahan akal dengan mengambil jalan tengah yakni antara pendekatan ultra rasional mutazilah (yang kononnya kini dipelopori aliran liberal yang meleset sama sekali) dan tidak juga pendekatan rigid sesetengah kelompok yang dirujuk sebagai aliran salafiyyah atau ahli hadis, yang terlalu menekankan pendekatan tekstual.

Kerangka teologi ini turut memandang positif terhadap gerakan kesufian yang berlandaskan ilmu. Ini kerana amalan sufi yang sebenar ialah berlandaskan kefahaman dan pengetahuan tentang hal kerohanian hasil dari amalan-amalan yang berlandaskan prinsip syarak yang didapati melalui kaedah pengajian. Selain itu seseorang yang terlibat dengan kump**an kesufian juga harus mengenal ilmu yang boleh mendidik dan membinasakan jiwanya selain amanah terhadap agama.

Inilah pendekatan yang harus difahami dan dipegang oleh semua yang beramal dengan kaedah tarekat (kesufian) agar kita tidak menyimpang atau bertaklid semata-mata.

ajaran yang benar atau yang palsu?

Dari segi luaran, akal manusia sudah boleh membezakan yang hak dan batil ini. Ajaran Islam yang benar pastinya akan membawa masyarakat kepada mengagungkan Islam. Ajaran yang songsang cenderung memperbesarkan si pembawa ajaran yang akhirnya membuahkan ketaksuban kepada kump**an dan pendewaan pemimpin. Jadi hasilnya bukan agama Islam yang dibesarkan tetapi jemaah dan ketua mereka yang dibesarkan.

Lain daripada itu, tiada jalan pintas untuk mengenali perbezaan ini. Setiap individu harus mengambil inisiatif meneliti ciri-ciri yang hak itu menerusi pengajian dan pembacaan. Kemudiannya bolehlah meneliti ciri-ciri penting penyelewengan akidah bagi tujuan pengasingan dari bercampur dengan yang hak itu tadi.

Hasil daripada kajian terhadap beberapa beberapa penyelewengan dalam amalan tarekat yang mana telah dijelaskan dengan terperinci melalui buku penjelasan Istilah Terhadap Beberapa Penyelewengan Dalam Tariqat yang diterbitkan oleh Jakim antara ciri-ciri yang menyeleweng adalah:

1. Menggambarkan wajah guru semasa berzikir dan beramal ibadat

2. Bertawasul dan rabitah dengan “Guru Mursyid’

3.Konsep Nur “Frekuensi Tidak Terhingga”

4. Kesalahan mentafsirkan ayat-ayat al-Quran

5. “Melalui Amalan Zikir dapat menggagalkan kedatangan hari kiamat”

6. Guru Mursyid boleh memberi Syufaat pada hari Akhirat

7. Kepercayaan roh mereka yang tidak memperoleh Nur berterbangan entah ke mana

8. Tiada jaminan masuk syurga tanpa frekuensi tidak terhingga

Kepercayaan yang disebutkan di atas akan merosakkan pegangan akidah dan penghidupan masyarakat Islam, kerana mereka akan dibawa kepada kepercayaan yang luar daripada ajaran Islam yang sebenarnya.

kecelaruan akidah melalui pemantapan ilmu

Proses memantapkan keilmuan masyarakat yang setaraf pada tingkatan keperluannya perlu dibuat secara bersepadu. Ilmu-ilmu asas akidah dan akliah dengan menerapkan kaedah berfikir secara betul yang dulunya diajar dalam disiplin Mantiq dan Logik boleh diperkenalkan dalam kadarnya yang berpatutan mengikut martabat seseorang itu.

Selain itu saya fikir sudah sampai masanya kempen membaca ini ditingkatklan lagi kepada ‘Kempen membaca bahan-bahan Ilmiah’ terutama karya yang autentik dalam bidang akidah dan pemikiran (boleh diaplikasi dalam isu dan bidang lain) yang menyentuh isu-isu baru dan moden.

Selain itu, siri pembacaan atau pengajian-pengajian ilmu ini boleh sahaja dibuat dalam bentuk halaqah-halaqah ilmu, kuliah yang berterusan.

maklumat akidah kepada pihak berkuasa agama

Saya menggesa agar masyarakat lebih berhati-hati membuat dakwaan-dakwaan yang mengaitkan golongan tertentu dengan ajaran salah, dibimbangi dakwaan kita itu nanti hanya bersifat andaian dan spekulasi. Jakim memuji sikap prihatin masyarakat yang sentiasa memandang berat isu-isu berkaitan akidah ini. Bagaimanapun saya menggesa agar segala isu ataupun maklumat ini dipanjangkan kepada pihak yang bertanggungjawab supaya mereka dapat merangka tindakan bersesuaian terhadap isu-isu ini.

Photos from Malaysia Madani's post 28/05/2015

Persidangan Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Seluruh Malaysia Bil. 1/2015

27/05/2015

Semua tarekat adalah dibenarkan kecuali setelah dikaji, dibuktikan dan diputuskan bertentangan dengan syariat Islam. Namun, secara keseluruhannya Jakim menganggap semua tarekat adalah baik selagi tiada salah faham terhadap konsep-konsep tertentu dalam tarekat.

Majlis Ramah Mesra JAKIM Bersama Media 2015 27/05/2015

Terima kasih Sahabat-sahabat Media yang sudi hadir

Majlis Ramah Mesra JAKIM Bersama Media 2015 di Muzium Kesenian Islam, Kuala Lumpur pada 26 Mei 2015 jam 12.00 tengah hari

26/05/2015

KENYATAAN MEDIA
BERKENAAN ISU TAREKAT
(MERUJUK LAPORAN EKSKLUSIF UTUSAN MALAYSIA)

1. Amalan tasawuf sememangnya dituntut dalam Islam kerana dengan mengamalkannya dapat membersihkan jiwa, mengamalkan akhlak terpuji dan boleh membuang amalan yang dikeji. Salah satu cara untuk mengamalkan tasawuf adalah melalui tarekat. S**a Jakim menyatakan bahawa semua tarekat adalah adalah dibenarkan kecuali setelah dikaji, dibuktikan dan diputuskan ia bertentangan dengan syariat Islam. Secara keseluruhannya Jakim menganggap semua tarekat adalah baik selagimana tiada salah faham terhadap konsep-konsep tertentu dalam tarekat.

2. Jakim bersama-sama dengan Jabatan Agama Islam Negeri sentiasa memantau isu-isu berkenaan dengan tarekat berdasarkan aduan dan maklumat yang diterima daripada orang ramai termasuklah isu habaib. Walau bagaimanapun, sebagaimana kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan; Tan Sri Prof Dato’ Dr Abdul Shukor Hussin pada 20 April 2015 yang lalu, kump**an habaib tidak boleh dikaitkan dengan kump**an Tarekat Naqsyabandiah Al A’liyyah selagi belum dapat dibuktikan.

3. Sebelum sesuatu keputusan diambil dan diputuskan di peringkat Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Jakim akan memastikan setiap keputusan yang diambil adalah berasaskan kajian terperinci dan mekanisme yang telah ditentukan. Setiap hasil laporan kajian yang dibuat oleh Jakim akan dibentangkan dalam Panel Pakar Akidah (PPA) sebelum dibawa kepada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia.

4. Panel Pakar Akidah Jakim adalah terdiri daripada 15 orang pakar dari pelbagai disiplin ilmu khususnya dalam bidang aqidah, tasawuf dan aliran pemikiran.

5. Bagi menentukan kesahihan sesuatu ajaran dalam tarekat tersebut, Panel Pakar Akidah akan memanggil ketua atau wakil dari kump**an tarekat berkenaan bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung dengan amalan-amalan yang terdapat dalam tarekat tersebut.

6. Ini bermakna, Jakim tidak mengambil mudah dalam membuat sesuatu keputusan dan jawatankuasa menimbang sesuatu perkara dengan begitu teliti termasuklah memanggil dan bertemu dengan wakil kump**an berkenaan beberapa kali serta melihat sendiri amalan mereka sehinggalah kita benar-benar berpuas hati.

7. Sehubungan dengan itu, saya menasihati orang ramai agar merujuk kepada pihak berautoriti agama dalam memastikan setiap maklumat yang diterima adalah tepat dan tidak mengelirukan.
Sekian dimaklumkan, terima kasih

DATO’ HAJI OTHMAN MUSTAPHA
25 Mei 2015

Photos from Malaysia Madani's post 21/05/2015

Majlis ketik perakam waktu terakhir sahabat saya, YBhg Ustaz Mokhtar Ab. Rahman,Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kemajuan Islam pada 21 Mei 2015.

Beliau telah menyumbang bakti begitu banyak kepada Jakim. Moga Allah mengurniakan pahala kebajikan atas jasa bakti selama perkhidmatan beliau.

Photos from Malaysia Madani's post 21/05/2015

Merasmikan Persidangan Tahunan Agama anjuran PUSPANITA Kebangsaan di Putrajaya pada 21 Mei 2015. Tahniah kepada seluruh warga PUSPANITA.

Photos 15/05/2015
Photos from Malaysia Madani's post 07/05/2015

Ahamdulillah berkesempatan saya dan beberapa rakan warga Jakim memimpin bacaan tahlil dan menziarahi adik Nur firuza Amira dan Nur Firuza Aqila di kediaman mereka hari ini. Smg anakanda berdua tabah dan cekal melalui hari mendatang dan menjadi anak-anak solehah.

Photos from Tan Sri Othman bin Haji Mahmood's post 25/04/2015

Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah!

Kunjungan Hormat Delegasi OIC 16/04/2015

Menerima Kunjungan Hormat daripada Delegasi OIC pada 15 April 2015 jam 3.30 petang.

Mobile uploads 16/04/2015
Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Bangunan PERKIM Jalan Ipoh KL
Kuala Lumpur