IKRAM Kuala Lumpur

IKRAM Kuala Lumpur

Share

Pertubuhan IKRAM Malaysia Kuala Lumpur

26/05/2026

Salam Aidiladha 1447H 🤍

“Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, walillahil hamd.”

Semoga Aidiladha kali ini menambahkan iman, ketakwaan dan jiwa pengorbanan dalam diri kita semua.

Ikhlas daripada
IKRAM Kuala Lumpur

19/05/2026

Membelah arus kota, mendakap resah dan cita anak muda.

Memperkenalkan, penggalas usaha IKRAM Muda Kuala Lumpur. Berdiri dan terdiri bukan sekadar untuk memimpin, tetapi untuk mendengar, membela dan menggembleng potensi anak kota, bersama utuhnya tautan saf di setiap kawasan seluruh KL.

Dari kota kita bermula, bersama anak muda kita membina đź”–

Photos from Wanita IKRAM Kuala Lumpur's post 19/05/2026

Tahniah Wanita IKRAM Kuala Lumpur!

Photos from IKRAM Wangsa Maju's post 19/05/2026

Tahniah IKRAM Wangsa Maju!

16/05/2026

Sambutan Hari Guru 2026:

“Guru Bitara Nadi Negara”

Guru Pembina Insan, Penggerak Negara Rahmah

Pertubuhan IKRAM Kuala Lumpur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan Selamat Hari Guru 2026 kepada seluruh warga pendidik di Malaysia, khususnya para guru di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, atas jasa, pengorbanan dan komitmen mereka dalam mendidik generasi masa depan negara.

Tema Hari Guru 2026, “Guru Bitara Nadi Negara”, amat bertepatan dengan kedudukan guru sebagai insan unggul yang bukan sahaja menyampaikan ilmu, tetapi turut membentuk akhlak, membina pemikiran, memupuk nilai, serta menyemai semangat tanggungjawab dalam diri anak-anak bangsa.

Bagi IKRAM Kuala Lumpur, guru bukan sekadar menyampaikan ilmu dan berkongsi pengalaman tetapi mereka ialah murabbi yang membina insan dari segi adab, akal, emosi dan rohan untuk kemenjadian pelajar. Mereka juga sebgai pembimbing, pencetus perubahan dan pembina tamadun. Di tangan gurulah terbentuk generasi yang bukan sahaja cemerlang dari sudut akademik, malah memiliki adab, integriti, kasih sayang, daya fikir kritis dan kepekaan sosial.

Dalam suasana masyarakat bandar yang semakin mencabar, peranan guru menjadi semakin besar. Anak-anak hari ini berhadapan dengan pelbagai tekanan akademik, pengaruh digital, cabaran kesihatan mental, krisis identiti, jurang sosioekonomi serta perubahan nilai dalam masyarakat. Justeru, guru perlu terus diperkasa sebagai pendidik yang berilmu, berjiwa besar dan disokong oleh ekosistem pendidikan yang manusiawi.

IKRAM Kuala Lumpur menyeru agar penghargaan kepada guru tidak hanya dizahirkan melalui sambutan tahunan, tetapi diterjemahkan melalui tindakan yang lebih bermakna, antaranya:
• Memartabatkan kebajikan dan kesejahteraan guru supaya mereka dapat mendidik dengan lebih tenang, berkesan dan bermaruah.
• Mengukuhkan kerjasama ibu bapa, komuniti dan sekolah dalam membentuk generasi berakhlak dan berdaya tahan.
• Mengurangkan beban tugas bukan pengajaran agar guru dapat memberi tumpuan kepada fungsi utama mendidik dan membimbing murid.
• Menyokong pembangunan profesional guru dalam aspek pedagogi, teknologi, kepimpinan, bimbingan emosi dan pendidikan nilai.
• Mengangkat peranan guru sebagai agen rahmah dan islah dalam masyarakat, khususnya dalam membina generasi yang berilmu, beradab dan bertanggungjawab.
IKRAM Kuala Lumpur juga menegaskan bahawa pendidikan bukan tanggungjawab guru semata-mata. Ibu bapa, masyarakat, institusi agama, pertubuhan masyarakat sivil dan pihak kerajaan perlu berganding bahu membina persekitaran yang menyokong tugas guru.

Sempena Hari Guru 2026 ini, IKRAM Kuala Lumpur mengajak seluruh masyarakat untuk kembali menghargai kedudukan guru sebagai nadi pembangunan insan dan negara

Akhirnya, IKRAM Kuala Lumpur mendoakan agar seluruh guru diberikan kekuatan, kesabaran, kesihatan dan ganjaran yang besar di sisi Allah SWT atas segala ilmu, didikan dan kasih sayang yang dicurahkan.

Selamat Hari Guru 2026.
Guru Bitara, Nadi Negara.
Guru Dimuliakan, Generasi Dibangunkan.

Pertubuhan IKRAM Kuala Lumpur
15 Mei 2026
27 Zulkaedah 1447H

Photos from Wanita IKRAM Malaysia's post 11/05/2026
11/05/2026
Photos from IKRAM Kuala Lumpur's post 11/05/2026

Alhamdulillah pada hari ini, Ketua Kump**an Fokus (Dadah), Kluster Sosial, Pertubuhan IKRAM Malaysia Puan Faridah Maludin bersama En. Farid Zuhri Ismail daripada AIDS Malaysia telah dijemput ke Radio IKIM.FM bagi membincangkan tajuk “Masalah Dadah : Bantu, Jangan Hukum?”.

Perkongsian ini menekankan bahawa penagihan dadah perlu dilihat melalui lensa kesihatan awam, pemulihan dan kemanusiaan dan bukan semata-mata isu jenayah. Berdasarkan statistik AADK tahun 2025, seramai 191,832 individu direkodkan terlibat dalam penyalahgunaan dadah dan menerima rawatan serta pemulihan di Malaysia. Majoritinya melibatkan golongan belia dan dewasa muda.

Di Kuala Lumpur p**a, sebanyak 5,800 individu dikesan terlibat dalam penyalahgunaan dadah bagi tempoh tiga bulan pertama tahun 2025, dengan kadar 253 penagih bagi setiap 100,000 penduduk. Dadah jenis Amphetamine Type Stimulants (ATS) menjadi pilihan utama melibatkan sekitar 65% kes. Pendekatan harm reduction yang dibincangkan bukan menghalalkan dadah, tetapi usaha mengurangkan mudarat, menyelamatkan nyawa dan membantu penagih kembali kepada kehidupan yang lebih bermaruah.

Masyarakat juga perlu bersama-sama mengurangkan stigma terhadap penagih dadah dan membuka ruang peluang kedua buat mereka yang ingin berubah. Sokongan keluarga, komuniti dan masyarakat amat penting agar mereka tidak terus terpinggir dan mempunyai harapan untuk kembali membina kehidupan yang lebih baik.

Dijemput semua untuk mendengar rakaman bual bicara ini dan bersama memahami pendekatan Islam yang lebih rahmah dan membina dalam menangani isu dadah di Malaysia.

https://www.youtube.com/live/jkCNsos6NHc?si=umCFpRPSCx9YTxsp

11/05/2026

Suami Isteri, PJJ: Ujian Jarak dan Pembinaan Keluarga

Istilah keluarga komuter merujuk kepada pasangan yang tinggal berasingan dan berulang-alik demi mengekalkan kestabilan keluarga.

Baca artikel penuh di ruangan komen📲

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


B-1, 3, Jalan Setiawangsa 11
Kuala Lumpur
54200