Dr. Azman Aziz

Call Directions Website Contact the organization

Dr. Azman Aziz ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ| CEO of PERKESO & President of ISSA

Setiap hari, ratusan ribu rakyat Malaysia merentasi Tambak Johor untuk mencari rezeki di Singapura. Di sebalik pengorban...
18/10/2026

Setiap hari, ratusan ribu rakyat Malaysia merentasi Tambak Johor untuk mencari rezeki di Singapura. Di sebalik pengorbanan mereka menyara keluarga, ada โ€˜grey areaโ€™ atau kelompangan keselamatan sosial yang sehingga kini belum mendapat pengadilan tuntas.

Andai tulang belakang ini terbabit dalam nahas jalan raya, apa nasib keluarga yang bergantung harap? Saya sendiri lihat pahit maung penderitaan itu apabila kehidupan isteri dan anak-anak yang masih kecil berubah dalam sekelip mata, hilang tempat bergantung.

Justeru, sesi libat urus di Johor Bahru, dengan penglibatan 1,023 pekerja Malaysia yang turut mengambil bahagian dalam survei hari ini menjadi medan untuk segenap pandangan didengar dan sebarang persoalan dirungkai sebaiknya. Pendekatan bottom to top ini juga adalah sandaran utama bagi memastikan apabila Skim Pengembara ini diperkenalkan kelak, ia benar-benar menjadi cerminan denyut nadi pekerja rentas sempadan.

Bagi saya, perlindungan keselamatan sosial perlu melangkaui sempadan geografi. Rakyat Malaysia yang setiap hari merentasi sempadan untuk mencari rezeki wajar diberikan perhatian agar kebajikan mereka dan keluarga terus terbela apabila ditimpa musibah.

Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Republik Singapura, Puan Yang Terutama Datin Paduka Anizan Siti Hajjar Adnin; Ahli Parlimen Tebrau, Yang Berhormat Tuan Jimmy Puah Wee Tse; Ahli Parlimen Pasir Gudang, Yang Berhormat Tuan Hassan Abdul Karim; Ahli Parlimen Pulai, Yang Berhormat Tuan Suhaizan Kaiat serta Pengarah Wilayah Selatan KWSP, Yang Berusaha Encik Nor Azhar Abdul Mokti atas sokongan dan kerjasama yang diberikan.

Penghargaan turut saya rakamkan kepada rakan kerjasama iaitu 1ThirdMedia Movement, Malaysian Association in Singapore (MASIS), Singapore Accident Help Centre (Johor), wakil-wakil persatuan dan seluruh pekerja Malaysia yang hadir serta berkongsi pandangan. Semoga usaha bersama ini membuka jalan kepada perlindungan sosial yang lebih menyeluruh demi menjaga kebajikan pekerja rentas sempadan dan keluarga mereka.

Melaka menjadi destinasi seterusnya untuk PERKESO mendekati rakyat menerusi program iLINDUNG u Gegar @ Melaka di Dataran...
17/10/2026

Melaka menjadi destinasi seterusnya untuk PERKESO mendekati rakyat menerusi program iLINDUNG u Gegar @ Melaka di Dataran Keris, Alor Gajah. Sungguh meriah saya lihat orang ramai datang bersama keluarga menikmati pelbagai aktiviti dan mengisi masa bersama insan tersayang. Di sebalik kemeriahan ini, ada satu perkara yang saya mahu kita bawa p**ang bersama, iaitu kesedaran bahawa perlindungan keselamatan sosial bukan hanya untuk mereka yang bekerja di pejabat atau kilang, tetapi untuk semua yang keluar mencari rezeki dan keluarga yang bergantung harap kepada mereka.

Oleh sebab itu, pelbagai inisiatif terus diusahakan bagi memastikan lebih ramai rakyat mendapat perlindungan keselamatan sosial yang sewajarnya. Menerusi Belanjawan 2027, usaha ini diperkukuh melalui pelbagai kemudahan dan insentif yang mengambil kira keperluan pekerja serta cabaran yang dihadapi dalam kehidupan seharian.

Dalam masa yang sama, PERKESO turut memberi perhatian kepada golongan yang memerlukan perlindungan termasuk pekerja gig, suri rumah dan rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara. Usaha memperluas perlindungan ini akan terus diperkukuh agar lebih ramai dapat bekerja dan mencari rezeki dengan keyakinan bahawa kebajikan diri serta keluarga mereka turut diberi perhatian.

Terima kasih saya ucapkan kepada Menteri Sumber Manusia, YB Datoโ€™ Sri Ramanan Ramakrishnan; Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Antarabangsa) KESUMA, YBrs. Dr. Haji Mohd Shaharin Umar; Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) KESUMA, YBrs. Tuan Sutekno Ahmad Belon dan Pengerusi Lembaga PERKESO, YBhg. Dato' Sri Subahan Kamal atas komitmen berterusan dalam memperkukuh agenda perlindungan sosial negara. Saya berharap kemeriahan iLINDUNG u Gegar @ Melaka bukan sahaja meninggalkan kenangan manis buat pengunjung tetapi turut membawa p**ang kesedaran tentang pentingnya perlindungan sosial.

Saya dan seluruh warga PERKESO mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran kepada Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi), KES...
17/10/2026

Saya dan seluruh warga PERKESO mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran kepada Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi), KESUMA, YBrs. Tuan Sutekno Ahmad Belon.

Semoga YBrs. Tuan Sutekno terus dipermudah urusan, diberikan tekad dan kekuatan dalam memperkasa penyampaian perkhidmatan kementerian.

Melihat pencapaian graduan ADTEC Jabatan Tenaga Manusia (JTM) yang dimaklumkan oleh Ketua Pengarah JTM, YBhg. Datoโ€™ Haji...
15/10/2026

Melihat pencapaian graduan ADTEC Jabatan Tenaga Manusia (JTM) yang dimaklumkan oleh Ketua Pengarah JTM, YBhg. Datoโ€™ Haji Mohamad Zahri Haji Samingon, saya tertarik dengan kadar kebolehpasaran graduan yang mencatatkan kadar 98 peratus. 97.2 peratus majikan turut menyatakan keyakinan terhadap graduan yang dilahirkan JTM. Saya percaya latihan kemahiran memainkan peranan besar dalam menentukan masa depan anak-anak muda kita dan kemahiran yang dipelajari perlu memenuhi keperluan industri supaya mereka bukan sahaja berjaya menamatkan pengajian tetapi juga mendapat peluang pekerjaan.

Dalam pertemuan bersama JTM hari ini, perkara penting yang menjadi perhatian kedua-dua pihak adalah elemen perlindungan sosial kepada pelajar, terutamanya yang berada di bawah ADTEC JTM. Sebagai permulaan, kita akan melihat pelaksanaan perlindungan menerusi Skim LINDUNG Kendiri untuk pelajar di dalam latihan industri, sebelum meneliti keperluan dan kebolehlaksanaan untuk pelajar ADTEC JTM serta institusi pengajian tinggi di seluruh negara.

Kami turut membincangkan keupayaan PERKESO dalam membantu pelajar membuat persediaan lebih awal sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Antaranya melalui pemprofilan pelajar ketika menjalani latihan industri bagi mengenal pasti minat dan kemahiran mereka. Dengan cara ini, minat dan kemahiran pelajar dapat dipadankan dengan peluang pekerjaan yang bersesuaian seawal mungkin menerusi MYFutureJobs.

Tambahan lagi, saya melihat potensi besar kursus kemahiran jangka pendek yang ditawarkan JTM untuk membantu pencari kerja di bawah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP). Ada kalanya, seseorang yang kehilangan pekerjaan bukan tidak mahu bekerja tetapi memerlukan kemahiran baharu untuk merebut peluang yang ada. Sebab itu, kerjasama antara JTM dan PERKESO penting bagi membantu mereka mendapatkan latihan yang sesuai dan kembali bekerja secepat mungkin.

Alhamdulillah, maklum balas daripada perbincangan ini adalah positif. Insya-Allah, rangka kerjasama ini akan diperhalusi dan dimeterai melalui MoU dalam masa terdekat.

Terima kasih saya ucapkan kepada Ketua Pengarah JTM, YBhg. Datoโ€™ Haji Mohamad Zahri Haji Samingon, Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan, Ts. Suhaila binti Abdul Samad, Ketua Unit Jalinan Industri, Ts. Dr. Ganesan a/l V. Murugesu serta seluruh delegasi JTM atas perkongsian dan perbincangan yang bermakna ini. Saya berharap kerjasama ini dapat membuka lebih banyak peluang untuk anak-anak muda membina kerjaya yang sesuai dengan minat dan potensi mereka, di samping mendapat perlindungan sosial yang sewajarnya.

Sebagai anak Pahang, kunjungan Yayasan Pahang ke PERKESO hari ini membawa makna yang cukup istimewa. Sudah tentu saya sa...
15/10/2026

Sebagai anak Pahang, kunjungan Yayasan Pahang ke PERKESO hari ini membawa makna yang cukup istimewa. Sudah tentu saya sangat gembira untuk berbincang mengenai usahasama yang boleh saya sumbangkan kembali kepada negeri kelahiran sendiri. Bak kata orang, bagai sirih p**ang ke gagang. Jika ada ruang dan peluang untuk saya membantu anak-anak Pahang bagi membina masa depan yang lebih baik maka saya pasti ini antara sumbangan yang cukup bermakna buat saya.

Saya tertarik mendengar perkongsian Yayasan Pahang mengenai ekosistem pendidikan yang dibangunkan daripada peringkat tadika hinggalah ke pendidikan tinggi merangkumi pendidikan tahfiz, akademik dan TVET. Saya percaya usaha untuk membangunkan potensi anak-anak muda perlu berjalan seiring dengan pendedahan kepada dunia pekerjaan. Disebabkan itu, saya mencadangkan inisiatif pelaksanaan intervensi awal MYFutureJobs untuk membantu anak-anak Pahang termasuk pelajar dan graduan dalam kalangan masyarakat Orang Asli untuk mengenal pasti minat dan potensi kerjaya sejak di bangku sekolah, sebelum dibimbing secara berperingkat hingga mereka ke menara gading.

Kami juga meneroka potensi kerjasama dalam bidang rehabilitasi di Pahang bagi memenuhi keperluan masyarakat yang memerlukan perkhidmatan pemulihan. Mudah-mudahan, usaha ini membuka ruang untuk lebih ramai rakyat mendapat akses kepada perkhidmatan rehabilitasi yang bersesuaian. Nanti sudi - sudi lah aokme melawat ke Pusat Rehabilitasi PERKESO Sultan Nazrin Shah ye.

Jutaan ucapan terima kasih saya ucapkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang, YH. Datoโ€™ Indera Mahmud Mohd Nawawi; Ketua Pegawai Operasi Yayasan Pahang, Tuan Haji Abd Razak Abu Musa Saari; Pengurus Capaian Pendidikan, Puan Nor Azean Othman serta semua delegasi Yayasan Pahang atas kunjungan dan perkongsian yang cukup bermakna ini. Saya berharap pertemuan ini menjadi permulaan sinergi yang lebih erat dalam bidang pendidikan, pembangunan kerjaya dan rehabilitasi di Pahang. Besar harapan saya agar kita dapat bersama-sama membuka lebih banyak peluang untuk anak-anak Pahang melangkah lebih jauh, sekali gus dapat menyumbang kembali kepada negeri yang kita sayangi.

๐๐ฎ๐ฅ๐š๐ง๐  ๐Š๐ž ๐Š๐จ๐ญ๐š ๐๐ž๐ฅ๐ฎ๐, ๐๐š๐ฆ๐ฎ๐ง ๐“๐š๐ค๐๐ข๐ซ ๐Œ๐ž๐ง๐ฃ๐ž๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ญ ๐๐ฎ๐ฅ๐š๐ง๐  Pada 25 Ogos lalu, tatkala rakyat Malaysia sedang menikmati cuti umu...
14/10/2026

๐๐ฎ๐ฅ๐š๐ง๐  ๐Š๐ž ๐Š๐จ๐ญ๐š ๐๐ž๐ฅ๐ฎ๐, ๐๐š๐ฆ๐ฎ๐ง ๐“๐š๐ค๐๐ข๐ซ ๐Œ๐ž๐ง๐ฃ๐ž๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ญ ๐๐ฎ๐ฅ๐š๐ง๐ 

Pada 25 Ogos lalu, tatkala rakyat Malaysia sedang menikmati cuti umum, sebuah keluarga diuji dengan kehilangan ketika dalam perjalanan p**ang di Kota Belud, Sabah selepas selesai bercuti di daerah Kota Kinabalu. Allahyarhamah Norasida Mayur dalam perjalanan p**ang ke rumahnya bersama tiga orang anak. Namun, perjalanan yang sepatutnya membawa mereka kembali ke pangkuan keluarga bertukar menjadi tragedi apabila kereta yang dipandu Allahyarhamah terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori.

Norasida Mayur merupakan seorang guru di GIATMARA Tuaran meninggal dunia di tempat kejadian. Dua orang anaknya turut mengalami kecederaan dan menerima rawatan di hospital. Anak lelaki sulungnya telah dibenarkan keluar dari hospital namun masih menunggu untuk menjalani pembedahan pada tempurung kepala. Anak bongsunya p**a baru sahaja dibenarkan p**ang selepas menjalani pembedahan bagi memasang besi pada bahagian paha.Kini, kedua-dua anak Allahyarhamah berada di bawah jagaan datuk dan nenek mereka.

Allahyarhamah merupakan pencarum aktif PERKESO di bawah Akta 4. Susulan pemergiannya, waris beliau layak menerima Faedah Pengurusan Jenazah dan Pencen Penakat di bawah skim perlindungan PERKESO. Dalam keadaan keluarga sedang melalui kehilangan dan ujian yang begitu berat, sekurang-kurangnya perlindungan yang ditinggalkan Allahyarhamah dapat menjadi sedikit sokongan buat keluarga yang kini perlu meneruskan kehidupan tanpa Allahyarhamah.

Terima kasih saya ucapkan kepada Skuad PERKESO Prihatin Kota Marudu dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Pintasan Kota Belud atas kesudian hadir menyantuni keluarga Allahyarhamah. Saya mendoakan agar anak-anak Allahyarhamah dipermudahkan urusan dan diberikan kesembuhan. Semoga ibu bapa Allahyarhamah terus diberikan kekuatan dan semoga roh Allahyarhamah Norasida ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman.

14/10/2026

Setelah lebih separuh abad ditubuhkan, pelbagai transformasi dan pembaharuan telah PERKESO hadapi. Berdiri teguh demi meLINDUNGi pencarum dan rakyat Malaysia.

Penghargaan dan apresiasi daripada masyarakat kepada PERKESO sempena ulang tahun yang ke-55. Agar menjadi pembakar semangat warga kerja untuk terus berbakti demi ibu pertiwi.

Tekad Melindungi, Amanah Dijunjung

14/10/2026

55 tahun melakar perjalanan, menempa pengalaman dan memperkukuh amanah dalam melindungi rakyat Malaysia. ๐Ÿ’™

Sejak ditubuhkan pada 1 Oktober 1971 di Johor Bahru, PERKESO terus melangkah ke hadapan dengan semangat kebersamaan, komitmen seluruh warga kerja dan kesediaan untuk terus menambah baik mutu perkhidmatan. Setiap teguran menjadi ruang untuk belajar, setiap cabaran menjadi peluang untuk berkembang.

Perjuangan ini tidak terhenti di sini. Generasi demi generasi akan terus menyambung amanah, memastikan PERKESO kekal relevan dan teguh sebagai pelindung kesejahteraan rakyat sepanjang zaman.

Selamat Ulang Tahun PERKESO ke-55. Terima kasih kepada seluruh warga kerja, pencarum, majikan dan rakyat Malaysia yang terus menjadi sebahagian daripada perjalanan ini.

Tekad Melindung, Amanah Dijunjung.

13/10/2026

Lebih lima dekad memayungi perjalanan hidup segenap insan โค๏ธ

Selamat Ulang Tahun PERKESO ke-55!
Tekad Melindung, Amanah Dijunjung๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ


Bila sebut saja mengenai Akta Sistem Insurans Pekerjaan (SIP), terimbau pelbagai memori silam dari saat perundangan ini ...
13/10/2026

Bila sebut saja mengenai Akta Sistem Insurans Pekerjaan (SIP), terimbau pelbagai memori silam dari saat perundangan ini nak mula diperkenalkan 15 tahun lalu. Mungkin akan berkajang-kajang lembaran ceritanya jika saya ingin kongsikan di sini, tetapi cukuplah saya simpulkan sebagai โ€˜masam manis kehidupanโ€™.

Apa sekali pun, limpah manfaat daripada SIP terutama ketika pandemik COVID-19 yang menyaksikan ratusan ribu pekerja berupaya diselamatkan dan majikan tidak terpaksa gulung tikar, adalah hasil kerjasama berpasukan. Namun, perjalanan SIP sebagai antara โ€˜tulang belakangโ€™ kelestarian pasaran buruh negara masih panjang.

Justeru, di kesempatan hadir pada Konvensyen SIP 2026, sebentar tadi, saya berkongsi nasihat: โ€œPencapaian ini bukan hasil usaha kita seorang. Seperti dalam doa tadi, kita perlu bekerja sebagai satu pasukan. Baru kita boleh capai apa yang kita hasratkan, kita di sini bukan one man showโ€.

Setinggi-tinggi tahniah kepada 11 penerima anugerah. Bagi yang belum naik pentas, jadikan ini sebagai pembakar semangat. Insya-Allah, berkat keikhlasan bekerja, tekad yang tidak pernah luntur, rezeki dan nikmat akan hadir melimpah.

Address

Menara PERKESO, 281, Jalan Ampang
Kuala Lumpur
50538

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60342526170

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dr. Azman Aziz posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Dr. Azman Aziz:

Shortcuts

Share