๐๐ฃ๐ข๐๐ง ๐๐ฎ๐๐ญ ๐ฌ๐ข ๐ฉ๐๐ง๐๐๐ซ๐ข ๐ซ๐๐ณ๐๐ค๐ข
Dalam sibuk mencari rezeki demi meneruskan kehidupan, tiada siapa sangka satu perjalanan pulang seperti biasa bertukar menjadi tragedi yang mengubah segalanya. Begitulah ujian yang dilalui Mohd Sani Samsuddin, seorang runner yang gigih bekerja setiap hari demi keluarga tercinta.
Dalam sekelip mata, tubuh yang selama ini kuat mencari nafkah diuji dengan kecederaan serius melibatkan pendarahan otak, patah tulang rusuk, kecederaan hati serta tulang belakang. Kesakitan yang ditanggung bukan sekadar luka pada tubuh tetapi turut menguji emosi dan kekuatan dirinya untuk terus bangkit meneruskan kehidupan seperti dahulu. Hari-hari yang sebelum ini dipenuhi rutin mencari rezeki kini bertukar menjadi perjalanan rawatan, fisioterapi dan proses pemulihan yang panjang.
Di sebalik ujian berat ini, hadir sedikit sinar harapan melalui perlindungan PERKESO di bawah Skim Lindung Kendiri (Akta 789). Mohd Sani menerima Faedah Hilang Upaya Kekal sebagai gantian pendapatan bagi membantu meringankan beban kewangan sepanjang tempoh rawatan dan rehabilitasi yang sedang dijalani.
Terima kasih saya ucapkan kepada Skuad PERKESO Prihatin Klang khususnya Pengurus Pejabat PERKESO Klang, Puan Thavamani a/p Ramalingam yang turun padang menyantuni beliau di kediaman. Kehadiran penuh empati itu bukan sahaja membawa bantuan tetapi turut menjadi kekuatan buat beliau dan keluarga untuk terus bertahan menghadapi hari-hari mendatang.
Kadangkala, sebuah caruman kecil itulah yang menjadi penyelamat terbesar ketika hidup sedang diuji.
Dr. Azman Aziz
๐ฒ๐พ| CEO of PERKESO & President of ISSA
12/05/2026
Pejam celik, sudah 25 tahun rupanya saya berkhidmat di PERKESO. Alhamdulillah, malam ini saya sendiri menerima Anugerah Khidmat Setia (AKS) 25 Tahun dalam Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang PERKESO 2025. Bila mengimbau kembali perjalanan sepanjang tahun 2025, begitu banyak kejayaan dan pencapaian yang berjaya diraih oleh PERKESO dan saya percaya semua itu tidak mungkin tercapai tanpa penat lelah, komitmen serta usaha setiap warga kerja yang sentiasa memberikan yang terbaik untuk organisasi ini.
Untuk itu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada 193 penerima Anugerah Khidmat Cemerlang (AKC) serta 37 penerima AKS 20 dan 25 Tahun. Pengiktirafan ini bukan sekadar penghargaan atas tempoh perkhidmatan tetapi simbol dedikasi, kesungguhan dan amanah yang dicurahkan demi memastikan PERKESO terus kekal menjadi pelindung kepada masyarakat.
Terima kasih saya ucapkan kepada YB Menteri KESUMA, Datoโ Sri Ramanan Ramakrishnan; YB Timbalan Menteri KESUMA, Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan; Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Antarabangsa) KESUMA yang menanggung tugas Ketua Setiausaha KESUMA, YBrs. Dr. Hj. Mohd Shaharin Umar serta Pengerusi Lembaga PERKESO, YBhg. Datoโ Sri Subahan Kamal atas kesudian hadir pada majlis malam tadi yang pasti memahat sejuta kenangan.
Insiden di Lebuhraya MEX ialah isyarat jelas bahawa hak pekerja gig untuk mendapat perlindungan keselamatan sosial perlu ditunaikan kerana ia hak asasi mereka. Bertindak segera!
12/05/2026
Kemalangan di Lebuhraya MEX membabitkan pemandu e-hailing pada 23 April lalu ialah isyarat jelas betapa pentingnya perlindungan keselamatan sosial. Menerusi Akta Pekerja Gig 2025 (Akta 872) yang berkuat kuasa 31 Mac 2026, semua penyedia perkhidmatan platform wajib mendaftarkan pekerja masing-masing untuk memulakan caruman secara automatik dengan PERKESO.
Namun, setakat ini, hanya 7 syarikat yang berperanan sebagai penyedia perkhidmatan platform sudah melaksanakan integrasi sistem bagi tujuan pendaftaran maklumat pekerja. Syarikat berkenaan ialah Airasia Ride Sdn. Bhd.; Kiddocare; Eternal Meteor Sdn Bhd (GOGET); ShopeeFood Malaysia; Troopers Innovation Sdn Bhd; Fastgig Sdn Bhd dan Delivery Hero Malaysia (Foodpanda) Sdn Bhd.
Daripada senarai ini, Fastgig Sdn Bhd sudah melengkapkan kedua-dua proses bagi membolehkan pekerja mereka membuat caruman PERKESO secara automatik. Jika Fastgig mampu menyempurnakan integrasi sistem demi melindungi kebajikan pekerja, maka tiada sebab untuk yang lain enggan berbuat demikian.
Mesej ini saya sampaikan sewaktu hadir menziarahi dan menyampaikan faedah Hilang Upaya Sementara kepada En. Jailani Sapiih, 41 iaitu pemandu e-hailang yang cedera dalam kemalangan ketika membawa penumpang dari KLIA. Menerusi caruman PERKESO yang dikuatkuasakan melalui Akta 872, bapa kepada 4 anak ini menerima bayaran gantian pendapatan untuk semua cuti sakit beliau selama 41 hari.
Malah, beliau menerima alat bantuan pemulihan berupa kerusi roda dan tongkat dari PERKESO bagi memudahkan pergerakan. Semoga En. Jailani segera diberikan kesembuhan seperti sediakala dan kepada 7 lagi penyedia platform perkhidmatan gig, usah berdolak dalik mendaftarkan pekerja kerana kebajikan mereka adalah hak asasi manusia.
๐ทcredit gambar: Malaysia Gazette
11/05/2026
Tahukah anda bahawa kadar pendermaan darah di Malaysia hanya sekitar 2.3% berbanding piawaian global iaitu tiga hingga lima peratus? Banyak faktor yang mempengaruhi, antaranya populasi menua dan masalah kesihatan yang kian meruncing seperti penyakit tidak berjangkit (NCD), selain ketidakseimbangan permintaan dan aspek bekalan khususnya generasi muda.
Perkara ini dikongsikan Pengarah Pusat Darah Negara (PDN), Dr. Nor Nazahah Mahmud dalam kunjungan rasmi ke PERKESO sebentar tadi. Justeru, PERKESO menyatakan kesediaan untuk memperluas kerjasama dalam memupuk kesedaran dan membudayakan amalan derma darah dalam kalangan pekerja. Ketahuilah yang satu beg darah kita dermakan, sebenarnya mampu menyelamatkan tiga nyawa.
Setinggi penghargaan saya ucapkan kepada Dr Nor Nazahah; Timbalan Pengarah I PDN, Dr. Tun Maizura Mohd Fathullah dan seluruh delegasi atas kunjungan yang penuh bermakna ke PERKESO. Semoga kerjasama PERKESO-PDN terus utuh demi menjamin kesiapsiagaan sistem kesihatan negara.
10/05/2026
On 10 May 2026, the MoU Exchange Ceremony between PERKESO Sarawak and ILMU (Immigration Labour Management Unit) was materialise.
Through this strategic partnership, the national portal MYFutureJobs under the Ministry of Human Resource together with JobSarawak portal will work together to create an ecosystem employability that is more whole, integrated and inclusive.
Both of the jobs portal will:
Give asses that is more wide coverage to the employability opportunity be it in the state or even national level.
A more accurate and effective talent matching function, powered by systems and data sharing.
Enhancing support for local talent development to guarantee Sarawakโs workforce stays competitive and prepared for futures.
10/05/2026
Majlis Ramah Mesra YAB Perdana Menteri bersama mahasiswa India anjuran KESUMA melalui Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) di Universiti Malaya hari ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan dalam memperkasa akses pendidikan dan masa depan generasi muda. Dalam majlis ini, bantuan Institusi Pengajian Tinggi serta peranti turut disampaikan kepada mahasiswa yang memerlukan agar mereka dapat meneruskan pengajian dengan selesa.
PERKESO menyambut baik inisiatif ini dengan mendekati mahasiswa melalui Kiosk MyFutureJobs Career Exploration Centre (MyCEC), MyFutureJobs Rover serta sesi semakan resume bersama rakan strategik seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan PETRONAS. Saya juga sempat berkongsi dengan YAB Perdana Menteri mengenai fungsi MyCEC yang dapat membantu mahasiswa mengenal pasti kecenderungan kerjaya mereka lebih awal kerana persediaan memasuki alam pekerjaan tidak sepatutnya hanya bermula selepas tamat pengajian tetapi perlu dibentuk sejak di menara gading lagi.
Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Amat Berhomat Perdana Menteri, Datoโ Seri Anwar Ibrahim serta Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia, Datoโ Sri Ramanan Ramakrishnan atas komitmen berterusan dalam memperkukuh pembangunan bakat dan membuka lebih banyak peluang kepada generasi pewaris negara.
09/05/2026
Buat semua insan-insan hebat bergelar mak, ibu, mommy, mama, ammi di luar sana, Selamat Hari Ibu saya ucapkan.
Tema tahun ini, โSeteguh Kasih Ibu' cukup menggambarkan betapa besarnya kasih seorang ibu yang tidak pernah mengharap sebarang balasan, namun cukup dengan kegembiraan melihat insan yang disayangi mereka kekal terjaga sebaiknya. Di sebalik setiap pengorbanan, penat lelah dan doa yang tidak pernah putus, ada cinta yang membesarkan kita menjadi siapa diri kita pada hari ini.
Benar.. Ibu mungkin tidak menagih janji atau balasan, tetapi alangkah indahnya jika mengingati, menghargai dan menjaga mereka sebaiknya. Kalau masih pening fikir hadiah apa nak bagi, mungkin boleh mulakan dengan sesuatu yang memberi perlindungan buat mereka dengan carumkan ibu di bawah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (LINDUNG Kasih) kerana cinta pada ibu juga hadir dalam bentuk perlindungan dan rasa peduli.
Sekali lagi, Selamat Hari Ibu.
Seteguh kasihmu, selamanya di hati ๐ค
09/05/2026
Penghijrahan tenaga kerja sering menjadi antara topik perbualan mengenai pasaran buruh di Sabah. Justeru, Karnival LINDUNG Kerjaya MYFutureJobs Peringkat Negeri Sabah hari ini memperuntukkan penyelesaian tuntas apabila lebih 80% peluang pekerjaan yang ditawarkan adalah di Negeri di Bawah Bayu.
Setakat 4 jam karnival selama dua hari ini membuka tirai, saya difahamkan bahawa sudah 56 penempatan kerja direkodkan, dengan 126 calon yang lain melepasi temu duga peringkat pertama. Menerusi pendekatan pasaran buruh aktif ini, trend penyusutan kadar pengangguran yang dicatatkan di Sabah diyakini akan terus merekodkan perkembangan positif.
Buat yang tidak berkesempatan untuk hadir, jangan bimbang kerana karnival kerjaya ini berlangsung selama dua hari hingga esok di Pusat Konvenysen Antarabangsa Sabah (SICC), dekat Kota Kinabalu. Dengan lebih 5,000 pekerjaan yang ditawarkan 52 majikan, pastinya peluang untuk meningkatkan sosioekonomi rakyat Sabah kini terbentang luas.
Setinggi terima kasih saya ucapkan kepada Timbalan Menteri Sumber Manusia, YB Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan; Timbalan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Sabah (UPEN) Sabah, YBhg. Datuk Robert Stidi dan semua rakan agensi serta strategik atas kehadiran menjayakan program ini. Semoga lebih banyak peluang dapat dibuka buat rakyat selari visi Sabah Maju Jaya.
08/05/2026
๐๐ซ๐๐ ๐๐๐ข ๐๐ข ๐๐ฎ๐ง๐ฎ๐ง๐ ๐๐ง๐๐ฌ, ๐๐๐จ๐ซ๐๐ง๐ ๐๐ฒ๐๐ก ๐๐๐ก๐ข๐ฅ๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐๐๐๐ฅ๐๐ก ๐๐๐ง๐ ๐๐ง
Dalam hidup ini, ada ujian yang hadir tanpa sempat kita bersedia. Bagi Azinuddin Azemi, 39 tahun, satu perjalanan biasa demi mencari rezeki akhirnya mengubah seluruh kehidupannya dalam sekelip mata. Sebagai pemandu lori, perjalanan jauh sudah menjadi rutin hariannya. Namun pada tengah hari kejadian ketika dalam perjalanan dari Klang, Selangor menuju ke Kuala Nerang, Kedah di Jalan Hulu Perak, Baling laluan Gunung Inas, takdir merubah segalanya.
Sebuah kenderaan dari arah bertentangan tiba-tiba memasuki laluan sehingga menyebabkan lori yang dipandunya hilang kawalan. Dalam detik cemas itu, tangan kiri beliau tersepit dan akhirnya tidak dapat diselamatkan. Bayangkan, dalam satu hari seorang lelaki kehilangan sebahagian daripada dirinya. Bukan sekadar kehilangan anggota badan, tetapi hilangnya kudrat yang selama ini digunakan untuk bekerja, memeluk anak-anak dan menyara keluarga tercinta.
Lebih berat, Azinuddin bukan hidup untuk dirinya sahaja. Di rumah, ada seorang isteri dan lima orang anak kecil yang bergantung harap kepadanya. Sebagai seorang ayah, luka paling dalam bukan pada tubuhnya tetapi pada fikirannya yang memikirkan cara untuk terus menjadi kuat buat keluarga.
Namun di sebalik ujian yang amat berat ini, masih ada sinar harapan yang memimpin langkahnya untuk bangkit semula. Melalui perlindungan PERKESO, beliau menerima Faedah Hilang Upaya Sementara sepanjang tempoh cuti sakit serta Faedah Hilang Upaya Kekal akibat kecacatan kekal yang dialami.
Terima Kasih saya ucapkan kepada Skuad PERKESO Prihatin Negeri Perlis yang diketuai oleh Pengarah PERKESO Negeri Perlis, Encik Ahmad Firdaus Hashim dan Penghulu Bahagian Pentadbiran Daerah Negeri Perlis, Encik Reswan Ramli yang pantas menyantuni Azinuddin sekeluarga. Kehadiran mereka bersama Kotak Prihatin bukan sekadar membawa bantuan tetapi juga menyampaikan satu mesej penting bahawa beliau tidak menghadapi semua ini sendirian.
07/05/2026
Berdasarkan data PERKESO, hanya sebahagian daripada hampir 19,000 penjaja di seluruh Kuala Lumpur yang dilindungi di bawah Skim Kesealamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (LINDUNG Kendiri). Hakikat ini membuka ruang kepada satu perbincangan penting bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) demi memastikan golongan penjaja tidak tercicir daripada jaringan perlindungan keselamatan sosial negara.
Langkah ini selari dengan pelaksanaan mandatori caruman LINDUNG Kendiri bagi sektor penjaja yang berkuat kuasa sejak 1 September 2024. Saya ingin menekankan, PERKESO sentiasa bersedia memberikan sokongan sepenuhnya kepada DBKL atau mana-mana pihak berkuasa tempatan dalam memastikan penjaja di bawah seliaan mereka terus dilindungi.
Di kesempatan ini, saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada DBKL atas sokongan dan tajaan caruman LINDUNG Kendiri kepada lebih 3,000 penjaja bazar Ramadan pada Februari lalu. Setinggi-tinggi penghargaan kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur, YBhg. Datuk Seri TPr Fadlun Mak Ujud atas kesudian menerima kunjungan hormat daripada pihak PERKESO.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Menara PERKESO, 281, Jalan Ampang
Kuala Lumpur
50538
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |
