Cure & Care Service Centre

Cure & Care Service Centre

Share

please do not hesitate to contact us if you have any questions at: [email protected] or Call u Perkhidmatan yang ditawarkan ialah:

1. Outreach

2.

Rawatan Terapi Gantian Methadone secara percuma

3. Penempatan Pekerjaan

4. . Rujukan ke hospital

5. Program 12 Teras Pemulihan AADK

6. Kelompok Sokong Bantu (Co-Dependent)
.
7. Alcoholic Anynomous (Kumpulan Sokong Bantu Penagihan Arak)

8. Harm Reduction – Pendidikan & penerangan: Seks selamat, penggunaan jarum suntikan & pengambilan metadon dsb.

9. Klinikal Kaunseling

10/12/2014

Sila like page Malaysian Substance Abuse Council-MASAC
Thanks

qurban kemboja 30/09/2013

Assalamualaikum..


1) PROGRAM QURBAN DAN AKIKAH
Program Ibadah Qurban/Akikah di Cambodia kembali lagi pada tahun ini. Ini merupakan tahun yang ke tujuh program seumpama dianjurkan. Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini pada tahun-tahun yang lepas. Selain Qurban, SALAM telah membina tiga buah masjid di 3 buah kampung termiskin di Cambodia, hasil sumbangan orang ramai. Bantuan lain yang dihulurkan ialah bantuan kewangan untuk sekolah pondok, pembinaan telaga dan pemberian generator, sumbangan makanan dan bahan bacaan, kempen kebersihan dan membaik-pulih surau serta sekolah.
SALAM sangat berharap, penyertaan Qurban 2013 dan sumbangan orang ramai akan berterusan untuk membantu golongan miskin di sana. Untuk maklumat lanjut, sila klik http://www.qurban.salam.org.my/indexs.htm atau hubungi SALAM di talian 03-79584021. Penyertaan Qurban/Akikah dan sumbangan melebihi RM50.00 , layak mendapat resit pengecualian cukai.





2) PROGRAM ZIARAH QURBAN DI CAMBODIA
Yayasan Salam Malaysia mengalu-alukan sesiapa yang berminat untuk bersama kumpulan kami ke Cambodia (wilayah Kratie) pada 12 - 18 Oktober 2013 sempena Program Qurban Cambodia 2013. Bayaran RM 700.00 dikenakan (meliputi kos penginapan, pengangkutan, makan & minum) tidak termasuk kos tiket kapal terbang. Sekiranya berminat, sila hubungi Puan Shuhada di talian 03-7958 4021 @ email [email protected] . Anda juga boleh mendaftar secara dalam talian di https://docs.google.com/forms/d/1VjbSBDNQUhyqcImkWSb-DU8dMOC1j8lrRx_eSIRJBPM/viewform dan berpeluang merasai sendiri pengalaman bersama penduduk kampung termiskin di sana serta turut sama menyertai aktiviti Qurban bersama mereka.

qurban kemboja

Fresh approach to outreach programme 22/02/2013

Fresh approach to outreach programme

Fresh approach to outreach programme KUALA LUMPUR: THE National Anti-Drugs Agency recently had its weekly outreach programme to help drug addicts and homeless people around Chow Kit and Kampung Baru.

PENGALAMAN AMAT BERHARGA 07/02/2013

Program outreach bersama pegawai antiadah lantikan baru.

Kuala Lumpur, 31 Januari: Seramai 55 orang Pegawai Antidadah Lantikan Baru telah mendapat pelbagai pengalaman yang cukup berharga melalui Program Attachment selama 2 hari di AADK WPKL pada 21 dan 22 Januari yang lalu. Antara objektif utama pelaksanaan program tersebuat adalah untuk memberi maklumat dan pengetahuan kepada para pegawai tentang peranan dan tugas di Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri, Daerah dan Cure and Care Service Centre (CCSC) serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh AADK kepada seluruh masyarakat yang mempunyai permasalahan dadah.

Antara pengisian program yang dijalankan adalah Program Outreach yang dilaksanakan dengan kerjasama CCSC Chow Kit. Program tersebut dimulakan dengan sesi taklimat oleh Encik Zahari bin Yusof, Penyelaras Program CCSC Chow Kit berkaitan Garis Panduan (Standard of Procedure) pelaksanaan Program Outreach yang perlu dipatuhi oleh setiap Pegawai AADK. Mereka telah dibahagikan kepada empat kumpulan mengikut empat kawasan yang telah ditetapkan iaitu Jalan Tiong Nam, sekitar Cititel Hotel, sekitar Crash Pad dan di hadapan bangunan SONY.

Sepanjang Program Outreach ini dijalankan, pelbagai reaksi dan maklumbalas diterima daripada pegawai-pegawai tersebut kerana kebanyakan daripada mereka mengakui bahawa ini adalah pengalaman pertama mereka mendampingi klien-klien / kumpulan sasar di sekitar Chow Kit. Namun begitu, atas semangat dan reaksi positif yang ditunjukkan oleh para pegawai, objektif pelaksanaan program ini telah mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Program berakhir pada jam 11.30 malam.

18/01/2013

sayangi diri dengan menjauhi dadah...

17/01/2013

jauhi dadah hidup bahagia

16/01/2013

Kami sedang mencari calon sukarelawan sepenuh masa untuk berkhidmat sebagai penyelaras program rawatan terapi gantian methadone ccsc chow kit. Berkemahiran dalam komputer-word excel dan powerpoint.- kelayakan spm. Umur 18-30an.lelaki atau wanita. Latihan mengenai rawatan terapi gantian methadone akan diberikan. Kemasukan segera. Email kpd [email protected] attn to Raja Noor Irda Bte Raja Aziz Jaffar pegawai pentadbiran&sumber manusia ccsc chow kit. Sila lampirkan resume.

09/01/2013

Donate Now:
1) Outreach Program
2) Food Program - Breakfast, Lunch and Evening Tea
3) Hygiene Program
4) Health Program and many more......

Cure & Care Service Centre please do not hesitate to contact us if you have any questions at: [email protected] or Call u

Photos 20/12/2012

Warga CCSC Chow Kit mengucapkan TAHNIAH kepada Kakitangannya Raja Noor Irda bte Raja Aziz Jaafar dan pasangannya En Hasrul Hasli bin Hamzah yang bakal mengikat tali sebagai suami isteri pada hari khamis, 20/12/2012. semoga kalian berdua akan dicucuri rahmat, dipanjangkan umur dan dikurniakan anak cucu cicit yang soleh dah solehah.
*gambar sebelum kahwin beberapa bulan lepas!

11/12/2012

11 Disember 2012: Hari ini sesi soal jawab bersama pelajar-pelajar Universiti Putra Malaysia bertempat di CCSC Chow Kit

10/12/2012

10 Dis, 9am: Lawatan daripada Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Terengganu ke CCSC Chow Kit.

12 Dis : 8am - CCSC Chow Kit Menerima Sijil dan Cenderamata untuk Anugerah Inovasi Kementerian Dalam Negeri 2012, di KDN Putrajaya.

12 Dis - 2.00pm - 10.00pm : Lawatan sambil belajar dan outreach daripada pelajar-pelajar Universiti Sains Islam Antarabangsa, Nilai (USIM)

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


No 24B & C, Lorong Hj Taib 3, Chowkit
Kuala Lumpur
50350